Thursday, April 2, 2015

The Unspoken I - 5 -

Short entry for Jumaat :-)
Johan benar-benar kurang faham dengan hubungan sahabat Adreanna Soffea, kembar sahabat karibnya dengan Shafirul Hakim, the boy next door. Menurut kata Adam, mereka berdua tak pernah berhenti bergaduh. Ada-ada sahaja benda yang hendak digaduhkan. Kadang-kadang pasal secawan air pun boleh meleret-leret pertengkaran mereka.
Tapi apa yang dia lihat sebentar tadi bukan begitu. Kebetulan dia berada di dapur untuk melegakan tekak yang haus. Dan dari tingkap dapur dia melihat kedua-dua Anna dan Hakim berjalan seiringan pulang. Sambil bergelak ketawa pula tu. Namun sebentar kemudian Anna kelihatan seolah-olah mahu menyepak Hakim. Tidak lama selepas itu gadis itu tersenyum nakal semula. Hakim pula yang seperti ingin menelan Anna, wajahnya menunjukkan rasa tidak puas hati. Kemudian mata Johan yang terbuka besar melihat tangan Hakim menepuk kepala Anna. Dibalas dengan tumbukan pada bahu Hakim. Diikuti dengan laungan seorang wanita.
"Pantang lepa aje kamu berdua ni!" Raziah menjegilkan matanya. Geram. Sejak tadi dia memerhatikan gelagat anak bongsunya dengan Anna. Dan bila sudah ternampak tangan Hakim naik, terus sahaja dia meninggalkan pinggan mangkuk yang sedang dicuci dan menyarung selipar. "Dah besar-besar pun tak reti-reti nak behave. Takkan nak mak piat telinga seorang-seorang macam kecik-kecik dulu?"
Secara automatik kedua-dua remaja itu terdorong ke belakang. "Mak, janganlah gitu, tak baik tau..." Hakim tersengih, cuak. Anna mengangguk-angguk. "Malu kitorang nanti kena piat telinga dah besar panjang macam ni."
"Tau pun, dah tu kenapa tak buat perangai macam orang besar?" Geram betul lah aku dengan budak-budak ni. "Anna pun satu, yang pergi dilayan si Hakim ni kenapa?"
"Tapi makcik, Anna depan Hakim je gini. Depan orang lain semua Anna kontrol ayu. Betul..."
"Menjawab, menjawab..." Raziah membesarkan lagi matanya. Anna sudah dianggap sebagai anak sendiri, disebabkan itulah dia tidak kekok hendak memarahi gadis itu. Anna menikus. Dari kecil lagi dia gerun dengan kegarangan Raziah. Lisa pula selalu mengusiknya dengan berkata, "Lisa rasa Anna ni mewarisi aura garang daripada makcik Raziah agaknya." Apa pulak dia boleh dapat sifat tu daripada Raziah, wanita itu tidak punya pertalian darah langsung dengan keluarganya.
Selepas itu Johan tidak mendengar lagi suara mereka, ketiga-tiganya sudah pun bergerak masuk ke dalam rumah Raziah.
***
Adam tahu adiknya jauh hati. Dia tidak sedar sebenarnya sebelum ini, tapi apabila Hakim menawarkan diri untuk menggantikan dia membawa Johan berjalan-jalan ke sekeliling kampung dan menyuruh dia duduk di rumah menemankan Anna, baru terbuka matanya. Mana perginya 'twin's instinct' yang mereka selalu gembar gemburkan pada Hakim sejak dahulu? Instinct Hakim yang tiada kaitan langsung dengan keluarga mereka lebih kuat daripada gerak hatinya sebagai kembar Anna?
"Abang minta maaf," Adam memaut tubuh si adik, mesra. Anna memandang Adam, kehairanan. Tiba-tiba aje Adam ni, bukan katanya nak bawa Johan yang jahat tu ke sungai ke? Apa pulak dia buat dekat rumah?
"Anna tak faham...kenapa ni? Kenapa Ad tak keluar dengan Johan?"
"Abang tak sedar pun yang adik abang kecil hati dengan abang. Memang abang ni teruk kan?" Adam merenung tepat ke dalam mata Anna. "Maafkan abang?"
Air mata yang ditahan sejak mereka sampai di kampung tidak mampu untuk dibendung lagi. Teresak-esak Anna di dalam pelukan abangnya. Memang dia terasa bila seolah-olah diabaikan oleh Adam. Semuanya sebab Johan tu! Rampas abang aku. Aku report dengan Lisa balik ni. Siaplah kau.
"Abang pun tak tau kenapa abang jadi buta sangat kali ni. Kalaulah si Hakim tu tak offer diri gantikan abang bawa Johan jalan, memang abang tak akan sedar agaknya yang abang selalu sangat tinggalkan Anna. Kuasa kita dah lemah ke ek?" sempat dia mengusik. Sejak kecil dahulu, dia, Lisa dan Anna suka sekali berimaginasi bahawa mereka bertiga mempunyai kuasa ajaib-kononnya berupaya membaca fikiran masing-masing. "So... Hakim kata awak ada secret admirer sekarang? Siapa jantan karbaret tu?"



0 comments: