Friday, April 10, 2015

The Unspoken I -8-

Megat Johari melangkah masuk ke dalam rumah besar bercat kuning susu dengan rasa berat hati. Sejak akhir-akhir ini dia merasa malas sekali hendak balik ke rumah. Kadang-kadang dia bermalam di hotel sahaja dengan alasan hendak menyudahkan kerja syarikat. Duduk di rumah pun hanya menambahkan sakit hati sahaja.

"Ayah balik dah..." Puteri Noreha menghadiahi Megat Johari sekuntum senyuman manis. Tangan Megat Johari yang masih terpinga-pinga diraih dan dikucup penuh hormat. "Ayah nak apa-apa? Eha buatkan...?"

"Apa Eha buat kat sini?" seakan-akan baru terjaga dari mimpi, Megat Johari terus sahaja menarik puteri sulungnya dalam dakapan. Terkejut betul dia dengan kepulangan anaknya itu. Ni bukan hujung minggu, dan kalau tak silap sekarang ini bukan waktu cuti Puteri Noreha.

"Ayah ni, macam tak suka je Eha balik," Puteri Noreha memuncungkan bibirnya. Dia dan adiknya Puteri NorAina memang manja dengan Megat Johari, sejak kecil lagi. 

"Bukanlah, ayah suka...tapi terkejut ayah tiba-tiba Eha ada kat rumah, sepatah pun tak cakap dengan ayah. Eha balik naik apa tadi?" Megat Johari meletakkan brief case di atas sofa. Ditarik tangan Puteri Noreha agar duduk di sisinya. 

"Kawan Eha hantar..." perlahan sahaja suara gadis berusia 20 tahun itu. 

"Kawan?" Megat Johari tersenyum nakal. Anaknya ini memang lemah sikit kalau bab-bab nak berdalih, lagi-lagi dengan dirinya. "Anak ayah dah besar ye?"

"Apa ayah ni...! Kan Eha kata kawan..." Puteri Noreha mengetap bibir. Wajahnya merona merah. Susah benar nak menyembunyikan sebarang perkara dari Megat Johari, pasti dapat dihidunya.

"Bila nak bawak jumpa ayah?"

"Hm? Apa ayah cakap?"

Megat Johari senyum lagi. Taktik nak mengelak jawab soalan lah tu. Tak apa lah, lain kali boleh tanya lagi. "Hm, Eha tak jawab soalan ayah lagi. Kenapa Eha tiba-tiba balik? Bukan time cuti Eha kan? Ke ayah tersilap?"

Puteri Noreha menggelengkan kepalanya. Mana mungkin ayahnya tersilap. Dia tahu setiap hari Megat Johari akan memeriksa planner untuk memastikan waktu cuti anak-anaknya. "Tak cuti, tapi kebetulan Eha tak ada kelas esok. Eha memang ingat nak stay back kat UKM je, tapi mummy called Eha suruh balik. Eha pun hairan. "

"Mummy suruh Eha balik?" hairan Megat Johari dengan apa yang didengarnya. Seingatnya isterinya itu tidak pernah kisah sama ada anak-anak perempuannya ada atau tidak. Disebabkan itu gadis-gadis itu lebih rapat dengan Megat Johari. "Mummy cakap apa lagi?"

"Entahlah yah. Eha tanya jugak, tapi mummy tak nak jawab..."

"Kalau Eha tak balik, boleh tak mummy?  Eha ingat nak study...."

"Mummy cakap balik, balik je lah. Selalu mummy tak suruh balik, you balik jugak. Bukannya selalu mummy mintak you balik. Susah sangat ke?" tajam kata-kata Puteri Kamariah memotong kata-kata anaknya. Puteri Noreha hilang kata-kata.

".....Okey. Eha jumpa mummy kat rumah malam ni...."
                    ***
"Apa awak cakap ni?" Megat Johari meninggikan suaranya. Bagai tidak percaya akan apa yang baru sahaja dia dengar dari mulut isterinya. Puteri Noreha kaku tidak bergerak. Terasa baru dijatuhkan hukuman maut.

Puteri Kamariah tidak mempedulikan pertanyaan suaminya. Matanya terarah pada Puteri Noreha. "Noreha, dengar kan apa yang mummy cakap?"

"Mummy..."mata Puteri Noreha mula berair. "Eha rayu pada mummy, jangan buat Eha macam ni...jangan buat..."

"Ikut cakap mummy. Ni untuk bahagia hidup you jugak."

"Berilah Eha peluang nak tentukan arah hidup Eha sendiri. Eha dah ikut setiap permintaan mummy. Eha nak ambil medic, mummy suruh tukar business management, Eha ikut...so please mummy... ni hidup Eha..." setitik air mata jatuh ke pipi anak gadis itu.

"Kenapa degil sangat ni? Bukannya susah sangat nak fulfill my request," pandangan diarahkan pada suaminya pula. "Megat, cakap dengan anak you ni sikit."

Terasa sakit hati Megat Johari bila Puteri Kamariah langsung tidak mempamirkan rasa hormat langsung ketika berbicara dengannya. "Yah, dia muda lagi. Tak puas hidup seronok lagi. Kenapa nak paksa-paksa dalam benda ni? Biar lah dia buat keputusan dia sendiri..." dia cuba berlembut.

"I'm not sentencing her to death! You akan hidup senang Noreha, kenapa nak tolak tuah?"

"Macam mana Eha nak kahwin dengan orang yang Eha tak kenal, yang Eha langsung tak suka?!" Puteri Noreha mula membentak. Hilang sifat keanak-anakan dan kepatuhan yang sering dia tonjolkan di hadapan Puteri Kamariah untuk meraih kasih sayang wanita itu. Tiada guna nya lagi dia berlembut dengan ibunya, hanya untuk dipergunakan demi kepentingan perniagaan wanita itu sahaja.

"Dah kahwin nanti kan boleh kenal? Dah, mummy tak mau dengar dah any of your nonsense. Esok mummy bawa you pergi jumpa Dato' Shahid dan keluarga dia. You better behave," Puteri Kamariah bangkit dari sofa. Dipandangnya Megat Johari sekilas. "You memang tak boleh diharap lah Megat. I buat ni untuk anak kita hidup senang jugak. Nanti kalau dibiarkan entah dengan siapa-siapa dia berkawan. Hidup susah."

Megat Johari diam sahaja, malas hendak membalas kata-kata isterinya. Tidak mahu mereka bertengkar di hadapan Puteri Noreha. Apabila Puteri Kamariah sudah menghilang ke tingkat atas, Megat Johari mendekati anaknya yang sudah teresak-esak menangis. 

"Ayah...ayah...tolong Eha ayah...Eha tak mau..."

"Ayah tau..." Megat Johari menggosok-gosok belakang anak gadisnya. "Eha..." sebak hatinya mendengar suara sayu Puteri Noreha. "Kalaulah ayah ada kuasa, memang ayah akan buat segala-galanya dalam kuasa ayah untuk halang benda ni..."

"Ayah... Razif tu...bukan orang baik, yah... dia pernah cuba nak pegang-pegang Eha dengan Aina dulu..." Puteri Noreha membuka cerita. Ketika itu mereka sekeluarga menghadiri majlis di sebuah hotel. Keluarga Dato' Shahid ada sekali. Itulah kali pertama dia bertemu Razif, anak tunggal Dato' Shahid. Ketika dia dan Puteri NorAina sedang berjalan-jalan di taman hotel, mereka menyaksikan anak muda itu tanpa segan silu meneguk beer bersama beberapa orang lagi. Dan belum sempat mereka berdua hendak berpatah balik, Razif terlebih dahulu menarik kedua-duanya dalam pelukan. Terasa hendak muntah dengan bau arak dari badan Razif. Mujur dia mendapat keberanian hendak menampar wajah Razif sekuat hati lalu menarik Puteri NorAina jauh dari situ sebelum Razif sempat hendak berbuat apa-apa lagi.

"Ayah tau, Eha..." Megat Johari mengetap bibir. Dia arif sekali dengan perangai anak tunggal rakan perniagaan isterinya itu. " Eha naik tidur dulu... ayah akan cuba fikirkan cara..."

The Unspoken I -7-

"Lisa!"

Adelissa Shafini menoleh, dan saat itu juga dadanya mula berdebar-debar. Haris! Ish, comel betul dia dengan outfit pengawas sekolah- kemeja lengan panjang biru, seluar hitam, tali leher pengawas yang berwarna kuning tanah dan kasut kulit hitam. Come on lah Lisa, benda yang dia pakai sehari-hari pun nampak comel pada mata kau. Just admit it lah yang Haris pakai apa pun kau nampak elok. Masa solat hajat sebelum PMR dulu, sampai nak sesak nafas kau tengok Haris dengan baju melayu dan kain pelekat.

"Lisa?" Haris menegur apabila gadis itu hanya merenung wajahnya tanpa bersuara.

"Oh sorry, aku termenung pulak. Tu lah, siapa suruh kau jalan lambat sangat?" Rasa gemuruhnya ditutup dengan lawak selamba. Selamba? Tu lawak bodohlah Lisa!

Haris tersengih. Hai...ada-ada aja budak Lisa ni. Kalau dengan dia, mesti tak sah kalau tak ceria hidup lah.

"Ada apa kau cari aku?" Lisa mengerling ke arah anak muda di hadapannya. "Nak belanja aku makan eh? Rehat ada lagi 15 minit ni. Moh le kite ke kantin. Aku siap sedia aje."

"Lisa, Lisa. Aku baru cakap sepatah, kau dah reply berpatah-patah," Haris tertawa. "Tak ada benda sebenarnya. Aku nampak kau, aku tegurlah. Nak ke mana ni?"

Semata-mata sebab nampak aku aje? Hati Lisa mula melonjak-lonjak ingin tahu. "Iye ke ni? Apa yang menarik pada aku hari ni yang membuatkan ko merasa nak tegur?" ujarnya dalam nada mengusik. Dilihatnya Haris sudah mula resah. Terketar-ketar bibir anak muda itu. Apa maksud keresahan awak tu, enche?

"Ke..." Kasihan pula Lisa melihat Haris terkulat-kulat begitu. "...aku ada hutang dengan kau, tapi kau segan nak cakap sebab aku adik Adam?" Sudah-sudah lah tu mengusik Lisa. Entah-entah Haris tak selesa langsung kau buat macam tu. Mungkin dia sekadar tegur kau sebab kau kembar kepada teman sepasukan dia. Cukup-cukuplah memasang angan-angan.

Haris kelihatan tenang semula mendengar kata-kata Lisa. Sebab ni lah aku senang nak hang out dengan budak ni. Kalau pun lawak-lawak selamba dia tu boleh buat aku kelam kabut, end resultnya mesti aku akan rasa selesa jugak. "Tak ada apa lah. Saja je. Lama dah tak nampak kau, dari cuti lagi. Hm...jomlah aku belanja kau kat kantin. Tak tahan aku tengok muka sememeh kau tu."

Bibir Lisa mengorak senyum riang.

Tak tahan aku tengok muka sememeh kau tu. Cute sangat-sangat.
***
"She...really likes him...kan?" Johan menghela nafas. Patutlah keras sangat hati gadis itu untuk diketuk, rupanya sudah terkunci rapat untuk orang lain. Sudah lama dia perhatikan tingkah laku Lisa. Orang lain mungkin akan merasakan Lisa bersikap biasa sahaja di hadapan Haris, lagipun gadis itu memang peramah dengan sesiapa sahaja. Tapi dia...dia yang setiap saat memerhatikan Lisa sekiranya gadis itu ada di hadapan matanya dapat mengesan perubahan ketika Haris ada bersama. 

"Kenapa cakap macam tu pulak?" Adam bertanya kembali. Sengaja dia tidak mendedahkan yang dia juga turut tahu isi hati Lisa.

"Whenever Haris is around...Lisa macam... lain. Senyum dia lebih dari biasa and Haris will get all her attention. Although dia layan juga orang lain pada masa yang sama, tapi perhatian dia ada pada Haris aje."

"You've been observing my girl?" Adam mula terasa panas hati. Dia pantang sedikit kalau mendapat tahu ada lelaki yang asyik memerhatikan adik-adik kembarnya. Tak kisah lah kawan ke lawan ke. Melihat kemesraan Haris dan Lisa tadi pun dia sudah merasa hendak menarik adiknya itu jauh-jauh. Mujur dapat dipujuk hatinya. 

Johan menepuk bahu Adam, perlahan, cuba menenangkan temannya. "Over protective betul kau ni lah. We're teens now. Normal lah tu. Opposite attracts."

"Pi tenung perempuan lain. Adik aku jangan," Adam masih berdegil. 

Johan ketawa sahaja. Terhibur dengan gelagat teman. Namun sedikit terkilan bila merasakan dirinya tidak berpeluang lagi untuk mendekati gadis itu. Lisa menolak permintaannya secara baik, tapi... tanpa dipinta, wajah seorang gadis lagi menjelma dalam fikirannya, dengan raut wajah yang saling tidak tumpah dengan wajah Lisa. Wajah yang tidak pernah tersenyum apabila mata mereka bertemu.

Kenapa ye Anna tak pernah nak berlagak mesra dengan dia? Dia bukannya orang lain, member kembar gadis itu juga. Setiap kali mereka bertemu muka, dapat dirasakan ada perasaan negatif yang dikeluarkan oleh Anna, macam gadis tu sangat tidak suka akan kehadirannya.

"Does Anna... hate me?" tanpa sedar soalan itu meluncur keluar dari mulut Johan. Adam merenung temannya, tajam. Johan ni nak buat musuh dengan aku ke? Tadi Lisa, sekarang Anna pulak? Johan menyedari pandangan maut Adam, lantas mengangkat kedua-dua belah tangannya. "Hei, Adam, relaks... aku tanya bukan sebab apa pun. Sebab masa kat kampung kau hari tu, dia pandang aku macam aku ni musuh negara nombor satu. Aku tanya, dia jawab sepatah aje. Pandang pun macam nak tak nak aje. "

"Oh..." Adam terdiam sebentar. "Sama kes dengan aku sekarang ni lah. Dia rasa tak seronok aku punya attention ada pada kau aje time kat kampung hari tu. She felt left out by me. Salah aku sebenarnya. And dia jenis yang biasanya tak beritau orang sangat apa yang dia rasa through words, unless being provoked. Hakim yang hebat dalam bab tu. Aku memang tak reti sangat. Banyak based on twin instinct je aku ni."

"Dengan Hakim kau tak terasa nak jadi over protective sangat dengan Anna?"

"He's our childhood friend. Nak lagi tepat, Anna punya childhood friend. Hakim spent masa dengan Anna lagi banyak daripada aku. No other choice but to trust him," Adam mengangkat bahu. Dia tidak nafikan pernah satu masa dahulu dia sangat-sangat tidak suka pada Hakim kerana keakraban lelaki itu dengan Anna. Dia rasa jauh hati kerana ada perkara tentang Anna diketahui Hakim, namun dia langsung tidak tahu menahu. Kerana Hakim dengan selambanya membuat perkara yang dia rasakan hanya hak dia sebagai abang sahaja yang layak melakukannya. Hampir-hampir bertumbuk dengan Hakim apabila melihat Hakim menarik rambut Anna ketika berumur 12 tahun. "I fought a lot with him masa kecik dulu. I hated him. Rasa macam hak aku diambil dia je," Adam tertawa kecil. "Tapi, makin besar...makin aku dapat terima..." 

"Something you're not telling me?" Johan dapat mengesan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Adam. Suara temannya itu tiba-tiba berubah nada. Adam sengih. 

"Not yet. Lain kali aku cerita lah."

Sunday, April 5, 2015

The Unspoken I - 6 -

"Apa aktiviti kau dengan Hakim cuti itu hari?"

"Ju, rendahkanlah sikit suara tu. Kau nak semua orang dengar ke?" Anna mencuit lengan si teman.

Juliet menekup mulutnya. "Yikes, sorry. Kau tau lah, aku ni kan naik excited sikit bila masuk bab kau dengan boy next door tu," gadis kacukan itu tersengih. "But still...I can't understand kenapa kau dengan dia nak sembunyi-sembunyi pasal relationship korang. Bukannya ada apa-apa pun kan?"

"Dah berbuih mulut aku beritau kau makcik, nape tak buleh nak compute dalam kepala tu?" Anna menjegilkan mata. Cadar katil ditarik-tarik sedikit supaya lebih kemas. Senang lagi kalau kitorang ada apa-apa, at least aku hidup tenang aje. Tapi sebab kitorang tak ada apa-apalah yang buat the whole thing become irritating. Aku dah serik lah Ju jadi post girl tak bergaji. Masa sekolah rendah dulu, hari-hari aku kena sampaikan salam dari budak-budak perempuan lain tau. Lagi-lagi kakak-kakak senior, sibuk je nak jadikan Hakim tu adik angkat. Tambah lagi aku kena berdepan dengan kutukan-kutukan budak yang obses dengan dia. And aku naik boring dah ditanya 'awak dengan Hakim ada special relationship ke? Kenapa nampak korang berdua ni baik sangat?' Duh, macam lah satu jenis relationship je yang boleh ada antara lelaki dengan perempuan."

Juliet tergelak. Dia sendiri tahu tentang Anna dan Hakim pun secara tidak sengaja ketika mereka berada dalam tingkatan 2. Waktu itu, mereka berdua belum rapat lagi walapun berada dalam kelas yang sama.
***
Juliet berhenti menghirup air daripada water cooler apabila terdengar suara orang bercakap-cakap dari belakang bangunan kelas yang menghadap ke arah blok bengkel Kemahiran Hidup. Hairan ada, seram pun ada juga. Mana taknya, water cooler itu terletak di hujung bangunan, antara kelas 2 Berlian dan tandas lelaki. Dah la malam-malam macam ni pulak. Dalam kepala Juliet mula terbayang-bayang cerita-cerita hantu sekolah yang sering mereka bualkan dalam dorm. Lantas dia mengambil keputusan untuk beredar pulang ke kelas. Tak sanggup nak berlama-lama di situ.

"Eh...ada orang..."

Langkah Juliet terhenti apabila mendengar suara dari belakangnya. Hantu bercakap? Namun sebelum sempat rasa takut mengambil alih pemikirannya, kepalanya sudah terlebih dahulu berpaling. Matanya bertemu pandang dengan dua pasang mata yang dikenalinya. 

"Bodoh, yang kau pi bukak mulut buat apa?!" si gadis menyiku keras anak muda di sisinya. "Tak pasal-pasal kantoi macam ni."

"Mana aku nak tau la mangkuk! Dah terkeluar suara baru aku tersedar."

"Hopeless."

"Shut up."

Terpegun seketika Juliet mendengar perbualan mereka. Antara Shafirul Hakim yang kurang bergaul dengan perempuan dan Adreanna Soffea, yang biasanya lebih suka membawa hal sendiri. 

"Korang...buat apa kat belakang tu?" Rasa curiga mula menyelinap dalam diri Juliet. Lelaki dan perempuan. Tempat sunyi. Gelap.

"Eh perempuan, kena ke...?" Hakim memandang Anna yang sedang terkebil-kebil memandang Juliet. "Biar je lah..."

"Juliet kan?" Anna tidak mempedulikan permintaan Hakim. "I really need you to keep this a secret..."

"Why should I?" Juliet memotong, geram. Gila ke hape diorang ni? "Korang berdua kat belakang tu buat apa benda pun aku tak tau. Berdua! Apa, ingat sekolah ni nenek moyang korang punya ke yang korang boleh buat sesuka hati macam ni? Ni nasib baik aku yang jumpa, kalau warden yang jumpa tadi macam mana?" Terasa dia mahu menjerit ketika tu. Kot iye pun nak dating, pi lah cari tempat cerah-cerah, ramai orang sikit. Ni kalau kena cekup, bukan diorang je yang kene fire, mau satu sekolah kena stay back masa perhimpunan Isnin nanti tau. Dengan korang-korang sekali cikgu sandingkan kat depan. 

Sekelip mata Hakim sudah berada di hadapan Juliet. "Kau ingat kitorang buat apa, ha?! Merendek tak tentu pasal? Buat kerja tak senonoh kat belakang tu?"

"Dah tu? Apa lagi yang patut aku fikir?"

"Betul jugak cakap dia Hakim. Oi, cuba kau jauhkan diri sikit daripada dia. Sampai tersandar budak tu kau asak dia," Anna menarik lengan baju melayu Hakim. "Aku faham kalau kau fikir macam tu, Juliet, tapi... just percaya yang kitorang tak buat benda yang kau fikir tu. Dating pun jauh sekali. Hakim just nak hulur ubat demam kat aku. Tu je. Lepas tu, kitorang bukan berdua je."

"Wah, terasa macam dalam filem lah pulak. Coming to the rescue dalam critical moments." Muncul seorang wanita dalam awal 30-an dari tempat yang sama Anna dan Hakim muncul tadi. Dengan senyuman ke arah Juliet. "Saya ada sekali dengan mereka tadi."

"Cikgu Maryam??!" Juliet ternganga. Apa pesen dating bawak cikgu nih? Maryam senyum sahaja.

"Budak-budak," wanita itu memandang ke arah Hakim dan Anna. "Kak Yam rasa kena tambah seorang lagi lah dalam secret society kita..."
***
"That was funny," Juliet tersengih.

"Was not," Anna mencebik. Dia menarik beg ke hadapan locker yang sudah sedia terbuka pintunya. Satu persatu bajunya dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam almari. T-shirt di atas susunan t-shirt, seluar di atas susunan seluar. Dia tak boleh kalau barangnya bercampur-campur jenis, menyerabutkan kepala sahaja. "Bukannya senang nak menerangkan pada orang tau. Kau pun ambil masa berapa lama nak terima yang aku dengan Hakim memang sejujurnya, strictly friends. Lepas tu dengan Hakim yang degil tu, berapa lama baru dia boleh berlagak macam biasa depan aku bila kau ada."

"Mana taknya, makcik. In case you don't realize it kan, that guy is exceptionally good looking. And he seems unreachable. Adding to his saham dua combination tu. But then, there you are, bergelak ketawa dengan dia like you don't care. Aku rasa ada defect lah dengan kau ni, Anna," Juliet membeliakkan mata. "Cikgu Maryam tu lain lah. Dia sekampung dengan korang and for sure dia tak ada perasaan bukan-bukan dengan budak bawah umur."

"Ju, how many times kita dah bercakap pasal hal ni?"

"Remind me the next time we talk about this."

Thursday, April 2, 2015

The Unspoken I - 5 -

Short entry for Jumaat :-)
Johan benar-benar kurang faham dengan hubungan sahabat Adreanna Soffea, kembar sahabat karibnya dengan Shafirul Hakim, the boy next door. Menurut kata Adam, mereka berdua tak pernah berhenti bergaduh. Ada-ada sahaja benda yang hendak digaduhkan. Kadang-kadang pasal secawan air pun boleh meleret-leret pertengkaran mereka.
Tapi apa yang dia lihat sebentar tadi bukan begitu. Kebetulan dia berada di dapur untuk melegakan tekak yang haus. Dan dari tingkap dapur dia melihat kedua-dua Anna dan Hakim berjalan seiringan pulang. Sambil bergelak ketawa pula tu. Namun sebentar kemudian Anna kelihatan seolah-olah mahu menyepak Hakim. Tidak lama selepas itu gadis itu tersenyum nakal semula. Hakim pula yang seperti ingin menelan Anna, wajahnya menunjukkan rasa tidak puas hati. Kemudian mata Johan yang terbuka besar melihat tangan Hakim menepuk kepala Anna. Dibalas dengan tumbukan pada bahu Hakim. Diikuti dengan laungan seorang wanita.
"Pantang lepa aje kamu berdua ni!" Raziah menjegilkan matanya. Geram. Sejak tadi dia memerhatikan gelagat anak bongsunya dengan Anna. Dan bila sudah ternampak tangan Hakim naik, terus sahaja dia meninggalkan pinggan mangkuk yang sedang dicuci dan menyarung selipar. "Dah besar-besar pun tak reti-reti nak behave. Takkan nak mak piat telinga seorang-seorang macam kecik-kecik dulu?"
Secara automatik kedua-dua remaja itu terdorong ke belakang. "Mak, janganlah gitu, tak baik tau..." Hakim tersengih, cuak. Anna mengangguk-angguk. "Malu kitorang nanti kena piat telinga dah besar panjang macam ni."
"Tau pun, dah tu kenapa tak buat perangai macam orang besar?" Geram betul lah aku dengan budak-budak ni. "Anna pun satu, yang pergi dilayan si Hakim ni kenapa?"
"Tapi makcik, Anna depan Hakim je gini. Depan orang lain semua Anna kontrol ayu. Betul..."
"Menjawab, menjawab..." Raziah membesarkan lagi matanya. Anna sudah dianggap sebagai anak sendiri, disebabkan itulah dia tidak kekok hendak memarahi gadis itu. Anna menikus. Dari kecil lagi dia gerun dengan kegarangan Raziah. Lisa pula selalu mengusiknya dengan berkata, "Lisa rasa Anna ni mewarisi aura garang daripada makcik Raziah agaknya." Apa pulak dia boleh dapat sifat tu daripada Raziah, wanita itu tidak punya pertalian darah langsung dengan keluarganya.
Selepas itu Johan tidak mendengar lagi suara mereka, ketiga-tiganya sudah pun bergerak masuk ke dalam rumah Raziah.
***
Adam tahu adiknya jauh hati. Dia tidak sedar sebenarnya sebelum ini, tapi apabila Hakim menawarkan diri untuk menggantikan dia membawa Johan berjalan-jalan ke sekeliling kampung dan menyuruh dia duduk di rumah menemankan Anna, baru terbuka matanya. Mana perginya 'twin's instinct' yang mereka selalu gembar gemburkan pada Hakim sejak dahulu? Instinct Hakim yang tiada kaitan langsung dengan keluarga mereka lebih kuat daripada gerak hatinya sebagai kembar Anna?
"Abang minta maaf," Adam memaut tubuh si adik, mesra. Anna memandang Adam, kehairanan. Tiba-tiba aje Adam ni, bukan katanya nak bawa Johan yang jahat tu ke sungai ke? Apa pulak dia buat dekat rumah?
"Anna tak faham...kenapa ni? Kenapa Ad tak keluar dengan Johan?"
"Abang tak sedar pun yang adik abang kecil hati dengan abang. Memang abang ni teruk kan?" Adam merenung tepat ke dalam mata Anna. "Maafkan abang?"
Air mata yang ditahan sejak mereka sampai di kampung tidak mampu untuk dibendung lagi. Teresak-esak Anna di dalam pelukan abangnya. Memang dia terasa bila seolah-olah diabaikan oleh Adam. Semuanya sebab Johan tu! Rampas abang aku. Aku report dengan Lisa balik ni. Siaplah kau.
"Abang pun tak tau kenapa abang jadi buta sangat kali ni. Kalaulah si Hakim tu tak offer diri gantikan abang bawa Johan jalan, memang abang tak akan sedar agaknya yang abang selalu sangat tinggalkan Anna. Kuasa kita dah lemah ke ek?" sempat dia mengusik. Sejak kecil dahulu, dia, Lisa dan Anna suka sekali berimaginasi bahawa mereka bertiga mempunyai kuasa ajaib-kononnya berupaya membaca fikiran masing-masing. "So... Hakim kata awak ada secret admirer sekarang? Siapa jantan karbaret tu?"



Wednesday, April 1, 2015

The Unspoken I -4-

Selamat hari TB sedunia. :-)
Enjoy and good night all.

Anna berlari-lari anak ke arah warung makan yang tidak berapa jauh di hadapannya. Matanya melirik pada jam di tangan kanannya. Habislah aku macam ni, terlajak tidur tengahari pulak! Janji jumpa pukul 5 petang kat warung Pak Husin, pukul 5 baru lah dia mencelikkan mata. Solat Asar tadi pun ekspres aje.
"Kau ni memang tak boleh nak tepati masa langsung ye?"
Aduh, tak sempat aku nak tarik nafas lagi, dah kena saji dengan perlian pulak. Apa boleh buat, salah sendiri. Sengih ajelah. Dia menarik kerusi lantas duduk melepaskan lelah. Tak dipedulikan renungan tajam teman di hadapan. "Pak Husin, macam biasa!"
"Milo ais satu!" kedengaran suara Pak Husin menyahut dari dalam. "Anna, bila sampai?" Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an keluar dari dalam warung. Tersengih-sengih menunjukkan gigi rongaknya. "Lama dah Pak Husin tak nampak Anna. Makcik kamu tu pun selalu sebut-sebut nama kamu."
"Sorrylah Pak Husin, bukan Anna tak mau balik, tapi Anna tak dapat nak curi masa sangat sekarang ni. Ayah makin sibuk, Anna ni balik naik bas tau Pak Husin. Kali pertama!"
"Berani pulak kamu. Seorang-seorang aje? Tak kena kacau ke?"
"Abang Adam dengan kawan dia ikut sekali. Kalau tak mama takkan kasi Anna balik."
"Baru sekali naik bas dah nak jaja satu kampung, aku setiap kali balik sini naik bas tau, tak kecoh pun?" Hakim yang sejak tadi diam bersuara sebaik sahaja Pak Husin meninggalkan mereka berdua.
"Kau ni selalu aje dengki dengan aku lah Hakim. Dah memang hakikat orang lagi sayang aku daripada sayang kau, nak buat macam mana kan? Just accept the fact lah. Tak payah nak bising-bising," Anna menjelirkan lidah ke arah temannya. Kemudian dia menyandarkan tubuh pada kerusi plastik yang didudukinya sambil melepaskan keluhan. Hakim mengangkat kening.
Anna menggeleng lemah. Dia tahu itu tandanya Hakim mahukan dia bercerita. "Tak mau. Biar aku sendiri aje."
"Kalau nak aku biarkan kau sendiri, cuba jangan mengeluh depan aku, boleh? Tapi dah kau boleh buat gaya pasrah macam tu, might as well cerita aje. Spill."
"Tak ada apa-apa."
Hm, kena guna provoke method ni. "Adam apa cerita, tak sempat nak borak panjang lagi dengan dia. Asyik menghilang aje bawak kawan dia jalan-jalan. Anjang pun hilang sama." Buat seketika, dia pasti dia dapat mengesan perubahan riak wajah Anna. Namun cepat sahaja wajah itu kembali seperti biasa. Not tough enough ya?
"Aku tak pernah tau pun Adam ada kawan rapat macam ni sampai boleh ajak balik kampung, I thought he was stuck with you two girls je. Kau tau tak?"
"Aku pernah dengar Adam sebut nama dia aje. Aku pun baru jumpa dia aje. 2,3 hari sebelum balik sini," malas sahaja Anna menjawab. Hakim sengih. Bila dia dah buat suara gitu, memang tak salah lagi lah. I hit the right spot. Bullseye!
"Kau terasa ye sebab Adam lebihkan kawan dia lagi daripada kau?"
Kalau lah ada anugerah pembaca fikiran Adreanna Soffea yang terbaik, memang Shafirul Hakim lah pemenangnya. Sudah lah mereka berdua tiada pertalian darah langsung. Kalau berada di hadapan Hakim, memang Anna terasa transparent betul. "You are looking through my mind without my permission again."
"Pleasure is mine."
Anna menongkat dagu. "Tak dapat nak borak sikit pun dengan Adam. Setiap kali aku dalam mood nak manja-manja tu, ada aje budak Johan tu kat situ dok dengar Adam bercerita pasal salasilah keluarga lah, pasal kampung ni lah. Terasa macam dipinggirkan aje."
"Sensitif lebih aje kau ni. Johan tu kan first time datang kampung kita ni," Hakim menghirup teh tarik.
"Dia jumpa Johan hari-hari at school tau. Aku ni dia jumpa sekali sebulan aje. Cuti panjang je baru ada masa lebih sikit nak spend dengan diorang...
"Anna, kau ni bercakap macam Johan tu girlfriend Adam pulak," Hakim mencelah. Kemudian dia tergelak. "Hai, tak tau lah aku macam mana kau dengan Lisa kalau Adam dah ada bini karang. Dua-dua jealous mengalahkan bini."
"Janganlah gelak!" Anna menjegilkan mata. Takkan lah Hakim tak faham...tak...tak mungkin Hakim boleh memahami perasaannya dan Lisa sekiranya Adam mempunyai teman wanita kelak. Sedangkan ketika Adam mengusik Lisa yang menyimpan perasaan terhadap Haris minggu lepas, Anna sedar ada rasa kurang senang dalam diri abangnya itu. Dia tahu Adam berani mengusik Lisa kerana dia pasti Haris tidak tahu tentang perasaan Lisa terhadapnya. Tidak mungkin Adam akan melepaskan Lisa sesenang hati sahaja, walaupun pada teman sepasukannya sendiri. "Well, you wouldn't understand anyway."
"Umph... ni mesti pasal twin's instinct ni lagi," Hakim membalas. "Benda yang aku takkan faham. Yada yada yada..." dia tersengih, mengajuk kata-kata Anna setiap kali isu itu ditimbulkan.
"Shut up. Kalau tak sakitkan hati aku memang tak boleh ye?"

"It's my inborn instinct..." senyum nakal bermain di bibir. "Well, you wouldn't understand anyway."