Sunday, March 29, 2015

The Unspoken I - Intro

As salam semua.
Ada satu perkembangan yang mengejutkan even diri hamba sendiri. Ehee...
Terjumpa kembali kerja-kerja yang lama. I shall call it- the unspoken PART I.
And i will be posting it all in good time.

enjoy.

Sharifah Haslina membuka pintu bilik anak gadisnya perlahan-lahan. Bimbang mengejutkan mereka sekiranya mereka masih tidur. Kemudian dia tersenyum sendiri. Tak mungkin budak-budak berdua tu tidur lagi. Sudah terlatih dari kecil untuk bangun pada waktu  Subuh. Dia menjenguk ke dalam. Matanya singgah pada tubuh seorang gadis yang sedang meniarap sambil membaca sesuatu di atas katil. "Assalamualaikum, mama masuk ye?"

Gadis itu menoleh, terukir senyum di bibir dan mengangguk. Dia bingkas duduk, memberi ruang untuk ibunya duduk. "Apa mimpi mama datang bilik pagi-pagi ni?"

"Tiba-tiba aje mama rasa nak jenguk bilik ni selain dari masa mama nak mengemas," matanya tertancap pada salah satu daripada twin beds di dalam bilik itu, bertentangan dengan katil yang didudukinya. Sudah siap dikemaskan. Selimut sudah elok terlipat dan bantal serta stuffed toys juga tersusun rapi. "Mana Lisa, Anna? Tengah mandi ke?" Tapi tak dengar bunyi air pun dari dalam attached bathroom dalam bilik mereka ni?

Gadis di sisi Sharifah Haslina terjerit kecil dan mula ketawa. Sharifah Haslina memandang anaknya kehairanan. Apa kena anaknya tiba-tiba ketawa tanpa sebab. "Kenapa ni Anna? Apa yang mama cakap..." Kemudian diteliti wajah si anak yang sudah merah-merah mentertawakan dirinya. Pantas peha gadis itu dicubitnya. "Bertuah punya budak! Lisa main-mainkan mama ye? Dah besar-besar macam ni pun perangai tak berubah-ubah lagi."

Lisa tersengih lalu memeluk ibunya, manja. "Saja-saja lah mama. Lagipun lama dah kitorang tak buat macam ni kan? Saja je Anna kemaskan katil Lisa and Lisa lepak kat katil dia. Lagipun kami tau mama nak masuk bilik pagi ni sebab hari ni hari first Anna balik cuti panjang. Dah jadi rutin mama dari dulu, kan?"

Sharifah Haslina menggeleng-gelengkan kepala. Budak-budak bertuah. "Dah tu, Anna nye mana? Menyorok kat bilik air?"

Lisa senyum."Kat padang bola, mama. Nak surprisekan orang."


0 comments: