Sunday, March 29, 2015

The Unspoken I - 1-

Belanja lebih sikit malam ni sebab happy :-)
Anna memastikan yang basikalnya sudah dikunci dengan elok sebelum melangkah pergi dari tempat letak basikal sekolah tersebut. Orang ramai berduyun-duyun masuk melalui pagar sekolah. Satu wajah pun dia tidak kenal, anggapannya mereka itu pelajar-pelajar sekolah tuan rumah dan juga dari pihak lawan. Musuh tradisi bertembung di padang bola, pastilah mendapat perhatian ramai. Wah, bercakap macam aku student sekolah ini aje. Padahal dok dengar dari mulut Adam aje benda-benda ni. Agaknya dia terkejut tak tengok aku kat sini ye? Semalam beria-ia beritahu dia dalam telefon yang aku tak mau pergi.
Anna mengekor sahaja langkah kaki orang ramai ke padang bola. Nak pandai-pandai pergi sendiri, dia tidak tahu tempatnya di mana.Namun sebaik sahaja matanya melihat padang bola sekolah dengan bilangan penyokong yang bukan sedikit, hatinya melonjak. Sudah lama sebenarnya dia meminati bola sepak, seluruh ahli keluarganya juga tahu. Kalau perlawanan pasukan kegemarannya di TV memang jangan harapla channel akan bertukar, remote control juga tidak bertukar tangan. Abdul Malik sering sahaja menggosok-gosok kepala anak gadisnya sambil berkata, "Ni la best friend abah kalau musim World Cup. Nanti Anna backing abah ye kalau mama marah-marah?" Dan Sharifah Haslina akan menjeling tajam bila diusik begitu oleh suaminya.
Sorakan penyokong mula membingitkan telinga. Anna tersengih-sengih sendiri, bersorak sendirian di dalam hati. Mana Adam punya team ek? Matanya meliar mencari-cari kelibat pemuda yang sudah sekian lama mengajaknya menonton perlawanan bolanya di sekolah. Mana tidaknya, member tu kan striker, mesti la mau orang kesayangan dia tengok dia beraksi di padang. Gerak hati memintanya memandang ke sebelah kiri padang, di mana sekumpulan pemain berjersi merah sedang berbincang sesuatu. Dan bola matanya cekap menangkap sesusuk tubuh tinggi lampai dengan spiky hair yang dirinduinya selama ini.
Anna mencelah-celah di antara orang ramai menghampiri pasukan tersebut. Adam, Anna datang ni, pandangla sini... Bagai mendengar suara hati Anna, anak muda berambut tegak itu menoleh ke kanan, betul-betul ke arah gadis itu. Pada mulanya matanya terbuka besar,seolah-olah tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Kelihatan dia berkata sesuatu pada teman-teman sepasukan sebelum berlari-lari anak ke arah Anna. Wajahnya berseri-seri. "Anna! Semalam Ad ajak datang Anna kate tak mau datang?"
"Eh, tak happy ke Anna datang?"
Adam pantas menggelengkan kepala. Mana mungkin dia tak suka. Sudah jenuh dia memujuk gadis itu menonton perlawanannya sebelum-sebelum ini, namun tidak pernah sekali pun Anna hadir. Malu katanya hendak tiba-tiba menyibuk di sekolah orang lain. "Mestilah happy, Anna ni pun. Barula Ad rasa semangat sikit nak main. Okey Anna, coach dah panggil Ad tu. Jerit nama Ad kuat-kuat ye nanti?" Adam mengenyit mata, tangannya sempat lagi menggosok-gosok kepala anak gadis itu dan terus sahaja dia berlari ke arah pasukannya semula. Anna cepat-cepat mencari tempat duduk yang strategik supaya dia dapat menyaksikan pertembungan dua pasukan itu dengan jelas.
*
Puas hati betul tengok game hari ni. Rasa macam nak suruh diorang main lagi sekali pulak. Anna menyentuh bahagian kerongkongnya. Terasa kering tekak dek menjerit macam orang histeria tadi, sehingga mengundang pandangan pelik seorang pemuda yang duduk di sisinya sepanjang perlawanan tadi. Suaranya naik sekali ganda lagi bila bola sampai di kaki Adam. Selama ni aku dok ingat dia brag aje, rupanya memang Ad mantap yang teramat. Bangga betul aku!
Terasa bahunya ditepuk dari belakang. Anna menoleh pantas, menyangka Adam yang berada di belakangnya. Keningnya terangkat bila mendapati tekaannya tersilap. Mamat yang duduk kat sebelah aku rupanya... "Ada apa? Suka hati je cuit anak dara orang?"
Hampir tergelak juga dia melihat perubahan wajah pemuda itu bila di'sound' begitu, lebih-lebih lagi oleh orang yang tak dikenali. Nasib la, sape suruh gatal touching-touching aku. Bukannya tak buleh kasi salam. "Apa bendanya ni? Apa yang awak nak?"
"Eh, sejak bila kau berbahasa gitu dengan aku, Lisa?"
Ah, sudah! Kawan Lisa ke ni? "Sorry, salah orang. Bye," tuturnya selamba. Habislah aku kena ngan Lisa sebab buat kawan dia macam ni. Dia berpaling untuk mencari-cari Adam. Team dia dah menang besar macam ni, memang wajib belanja aku sarapan pagi. Aku skip sarapan kat rumah sebab dia tau...
"Lisa..." aih mamat ni. Tak reti bahasa ke? Aku bukan Lisa lah! Tapi tak boleh nak salahkan dia jugak. Dah muka kami photocopy aje, kalau orang yang tak cukup kenal memangla tak boleh nak cam. Buat tak tau ajelah, opah dulu pesan jangan cakap dengan orang yang tak kenal. "Lisa, cuba pandang muka aku sekejap. Aku tengah bercakap dengan kau ni."
"Sorry, awak salah orang ni. Kita bukan Lisa...," Anna memandang sekilas lelaki di sisinya. Dia berfikir sejenak. "Lagipun, Lisa mana suka tengok bola. Mana la dia nak datang tempat-tempat macam ni."
Pemuda itu merenung Anna, lama. "Awak ni...takkanla..." Uisk, dia pun dah tukar guna awak dah.
"Anna!" Tuan punya suara itu tidak payah dikenalpasti lagi. Memang dia yang dicari sejak tadi. Selamba sahaja gadis itu dirangkulnya. "Sekolah Ad menang, Anna!"
"Ad, Ad...orang ramai ni. Tak malu betul peluk Anna kat depan orang,," Anna menolak tubuh anak muda itu. "Eii...dahla berpeluh-peluh. Habis Anna yang wangi ni terlekat busuk Ad," dia pura-pura marah. Adam tersengih. Kemudian baru sedar kehadiran anak muda di sisi Anna. "Eh, Johan. Tak perasan pulak aku kau ada. Anna, ni best friend Ad, Johan. Ad ada cerita pasal dia kan kadang-kadang? Johan, ni...."
"Adreanna, panggil Anna aje."
Johan memandang Adam, masih dalam keadaan keliru. "Dam, ni bukan Lisa ke?"
Adam ketawa. "Takkan la aku nak tersilap antara dua awek-awek aku ni kot."
"Tapi kau dengan Lisa kan...kau jangan nak main-main dengan aku, Dam."
Anna sengih. Lucu benar dia melihat keadaan Johan yang seperti tak tentu arah itu. "Johan, ever heard the word triplets?"


2 comments:

Jaz said...

heheheh so triplets explained then .... gottcha!
kesian johan fening dh!!!

~ZYX~ said...

Rindu cite ni....hahaha...da lame x bace...