Monday, March 30, 2015

The Unspoken I - 2 -

"Kenapa la tak cakap kau dengan Lisa ada lagi seorang kembar?"
"Kau tak tanya," balas Adam, selamba sambil mengunyah roti canai. Anna mendengar sahaja perbualan abangnya dan Johan, mee goreng mamak di dalam pinggan dikuis-kuis sedikit, mencari isi ayam. "Lagipun budak ni bukan selalu ada kat rumah pun. Lari dari rumah aje kerjanya. Sebulan sekali baru balik ke rumah."
"Sekolah kat mana?" soalan kali ini diajukan kepada Anna.
"Kuala Selangor," dia menjawab pendek. Seleranya sedikit berkurangan bila Adam menjemput Johan untuk bersarapan bersama-sama mereka. Hancur rancangan hendak berbual panjang dengan abangnya itu. Ad ni pun satu, macam tak faham-faham aje... Johan terangguk-angguk. Buat kesekian kalinya dia memandang wajah Anna. Memang sebijik macam muka Lisa. Sampai sekarang aku tak dapat nak bezakan lagi muka diorang dua.
"Jangan ditenung lama-lama budak tu Joe. Dia telan kau karang. Budak ni garang kemain. Bukan macam Lisa, tau?" Adam yang menyedari tindak tanduk Johan sejak tadi bersuara. Sedikit rasa kurang senang bertandang di hatinya. Mana tidaknya, suka hati aje nak tenung muka baby sister aku lama-lama gitu. Nasib baik member, kalau tak memang dah lama aku korek-korek biji mata tu tau.
"Oh, sorry. Aku nak tengok beza muka dia dengan Lisa aje. Tapi macam tak dapat nak cari aje..."
"Jangan disusahkan diri tu. Kitorang yang dah bertahun-tahun duduk sebumbung ni pun kadang-kadang boleh dimainkannya," Adam menghirup teh tariknya yang masih panas. Wah, sedap betul. Dadah apa la yang mamak ni masukkan sampai aku buleh addicted sebegini.
"Wei, Adam, makan tak ajak team mates pun," belakang Adam ditepuk kasar sehingga anak muda itu mengaduh.
"Haris! Pekejadah kau bantai belakang aku? Sat lagi aku tak buleh main karang, korang jugak yang susah," becok mulut Adam membebel. Anna menopang dagu. Dah mula dah bangga-bangga diri abang aku sorang ni. Hmm..kalau tak silap aku, ni diorang punya goalkeeper. "Anna, ni Haris, goal keeper kitorang, yang ni pulak Didi, defender terbagus abad ini," Adam tersengih-sengih memperkenalkan teman-temannya.
"She's not Lisa?" Didi mengerutkan dahi sambil mengambil tempat di meja sebelah. Haris turut berbuat begitu. "Aku mati-matila ingat si Lisa buang tebiat datang tengok kau main bola. Dahla hari tu dok kasi sumpahan team kita kalah. That little witch," Didi tergelak mengenangkan gaya gadis itu menurunkan 'curse' pada team mereka konon-kononnya. Betul-betul macam ahli sihir.
Adam turut ketawa. "Kau jangan tak tau, dia siap hulur her so called air jampi suruh aku minum so that I won't be performing macam biasa. Aku hirup aje, lepas tu aku kejar dia satu rumah nak sembur dia dengan air tu. Oh by the way, this is Anna, another twin of mine."
"Sekolah mana? Tak pernah nampak pun dalam game-game sebelum ni?" Haris bertanya, sedang Didi memesan makanan untuk mereka berdua. "Kau pun Adam, ada adik lagi seorang sikit punya comel macam ni, kau nak sorok-sorok ye?"
"Oi, oi, kau tengah memuji Lisa jugak lah ni kiranya ek?" Johan mencelah. Restoran itu mula riuh rendah dengan suara Haris yang berusaha mempertahankan dirinya serta Didi dan Johan yang semakin galak mengusik. Adam mengalihkan perhatiannya pada Anna semula yang tekun menghabiskan mee di dalam pinggan.
"Anna, kenapa diam aje ni? Marah Ad ye?" Adam cuba mencungkil. Anna menggeleng-gelengkan kepala. Dia tahu dia tidak sepatutnya tawar hati dengan Adam yang seolah-olah terlupa dengan kehadirannya. Abangnya itu sedang dalam mood gembira selepas pasukannya menewaskan musuh tradisi sekolah mereka. Lebih-lebih lagi gol terakhir adalah hasil sepakannya. "Anna terasa sebab Ad tak layan Anna ye?" Adam menyoal lagi, bagai dapat meneka apa yang ada dalam hati adiknya itu.
Anna senyum sahaja, dia menggeleng lagi. Namun dia tahu, Adam pasti dapat meneka juga apa yang dia rasa tanpa mengira apa sahaja yang dia katakan. Walaupun dia, seperti kata Adam, lebih garang daripada Lisa, namun hatinya lembut sekali. Cepat terasa dalam hal-hal tertentu. Memang dia pelik sedikit. DIusik habis-habisan oleh abang-abangnya dia masih boleh melawan, tapi bila saja ada hal kecil yang mengganggu perasaannya, cepat sahaja air matanya mahu gugur. "Anna tunggu borak dengan Ad dekat rumah nanti aje lah."
****
"Anna nak balik jenguk tuk dengan aki. Lama dah tak jumpa diorang. Nak ikut?" Anna memandang wajah kedua-dua kembarnya.
Adam dan Lisa saling berpandangan. Antara mereka bertiga, Anna lah yang paling rapat sekali dengan nenek dan atuk di sebelah bapa mereka. Dari bayi sehingga tamat darjah 6, gadis itu bermastautin di kampung. Sharifah Haslina berada dalam keadaan yang cukup lemah dan membimbangkan selepas melahirkan mereka bertiga. Lalu Tok Mad dan Nek Siah menawarkan diri untuk meringankan tugas menantu perempuan mereka-, iaitu dengan memelihara salah seorang daripada kembar tiga tersebut. Sharifah Haslina pada mulanya begitu keberatan hendak melepaskan anaknya, namun setelah dipujuk oleh suaminya, Abdul Malik serta ipar-iparnya yang lain, dia beralah. Lebih-lebih lagi, dia mempunyai dua orang anak lagi sebelum kelahiran si kembar, kedua-duanya masih dalam usia yang memerlukan perhatiannya. Berjurai-jurai air mata ibu muda itu ketika hendak berpisah dengan Anna.
"Tak ada masalah rasanya kalau Ad nak ikut," Adam membalas. "Rasanya kitorang tak ada latihan cuti sekolah ni. Lisa?"
"Lisa ikut mama dengan abah balik nanti. Letihla naik bas, tak tahan belakang ni," kata Lisa sambil tersengih. Anna mengangguk sahaja. Dia faham sangat perangai kakaknya itu. Kalau ada jalan yang lagi senang, memang tak mungkin dia akan mengambil langkah yang dilihat akan menyusahkan dirinya. Majalah Remaja di atas ribanya diselak-selak tanpa tujuan tertentu. Adam yang sedang enak melepak di atas katil Lisa tiba-tiba berdehem.
"Ada apa Ad?" Lisa dan Anna bersuara serentak.
"Umm...Anna, kalau Ad ajak Johan sekali balik kampung nanti, boleh tak?"
Lisa membeliakkan mata. "Kenapa pulak Ad nak ajak dia sekali? Ni kira family holiday, okay? And obviously, he's not a family..."
"Relax, sis... "Anna memegang bahu kakaknya. Lisa memang cepat melenting, pantang dicuit sedikit. Namun cepat pula dia sejuk. Berlainan dengan dia dan Adam. Kedua-dua mereka lebih suka bersikap 'cool' sahaja, tapi kalau dah naik marah tu, memang tak ada siapa lah yang boleh nak usik. "Kenapa Ad nak ajak dia pulak?"
Adam kelihatan kurang selesa dengan pertanyaan Anna. Lisa menyilangkan tangannya di hadapan dada, matanya tajam memandang si abang, menanti jawapan. "Anna tanya tu Ad, jawablah."
"Kenapa Lisa macam tak suka aje pada Johan tu? Ada gaduh dengan dia ye?"
"Nothing. He just pisses me off."
"Dia tak ada nak ke mana-mana pun cuti ni. Parents dia sibuk memanjang. Kakak-kakak dia pun dah ada keluarga sendiri. So he's alone. Tak salahkan Ad nak bawak dia sekali balik kampung, enjoy the holiday macam orang lain?" Adam menerangkan tujuannya. "Anna, abaikan aje reaksi Lisa tu. Ada sebab dia jadi sewel macam tu."
"Ad!" Lisa melompat dari katilnya, menerkam ke arah Adam. Adam segera bereaksi. Pantas dia bangun dari posisi meniarapnya sejak tadi, sempat menyelamatkan anggota badannya daripada menjadi mangsa cubitan Lisa sambil ketawa besar. Suka benar dia melihat Lisa marah-marah begitu. Lisa kurang sedikit melawan kalau diusik, berbanding dengan Anna, namun jari jemarinya laju sahaja hendak menjatuhkan hukuman. Sekali kena, memang lebam lah jawabnya.
"Hei!" Anna memprotes. "Korang sembunyikan benda dari Anna. Not fair! Apa yang Anna tak tau ni? Ad, cakapla, cakapla..."
Adam tersengih. "He confessed to her one day. Pastu budak ni reject sebab dia suka pada TUUUT...tapi si Joe ni tak ada la nak putus asa ke apa ke. Terus aje mengharap kat budak ni to the extent she found it annoying. Tak boleh nak salahkan siapa-siapa pun tapi..." Adam bercerita tanpa mempedulikan renungan tajam Lisa.
"Sampai hati Lisa tak kasitau," Anna memuncungkan bibir. "And the TUUUT person being....?" dia memandang Adam penuh harapan.
"Anna nak tau? Yang join kita breakfast pagi tadi tiba-tiba tu...the only one yang akan pakai baju lain daripada players dalam padang..."
"Oh....my.... God...!" Anna membeliakkan matanya ke arah Lisa yang kelihatan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Suspicious betul, kenapa pulak Lisa nampak terkejut dengar apa yang Ad cakap...unless..."Mana Ad tau ni?" diikuti dengan jeritan Lisa yang menggegarkan seisi rumah itu.

"ADAM! You monkey! Ad baca diary orang!"

1 comments:

notie said...

Teringat zaman sekolah dolu2...