Wednesday, March 25, 2015

FLC - random leaf III

Dear readers,
enjoy :-)

Danial mengetuk-ngetuk pintu bilik rakan serumahnya, masih tidak berputus asa walaupun sudah hampir 5 minit dia berbuat begitu tanpa jawapan. Dalam hati sudah terselit rasa risau.

Dia pulang ke rumah petang tadi, keadaan rumah masih sama seperti keadaan yang dia tinggalkan pagi tadi sebelum ke tempat kerja. Danial berkira-kira untuk ke luar rumah semula namun terhenti apabila asap fogging memenuhi porch rumah sewa mereka. Kebelakangan ini kerapnjuga orang-orang kesihatan datang. Sempat satu hari itu Danial berborak dengan salah seorang inspektor kesihatan. Katanya kes denggi memang berleluasa kebelakangan ini dan semakin bahaya.Dia menyentuh hood kereta Satria Neo kepunyaan Meor.

Sejuk.

"Woi Meor! Kau ada tak dalam tu?" Danial mengetuk lagi.

Senyap.

Danial teringat Meor ada menyebut yang dia dah terasa kurang sedap badan malam tadi. Sendi-sendi seluruh badan terasa seperti mahu tercabut. Tapi tidaklah dia memberi perhatian sangat, sangkanya biasalah bila tidak sihat satu badan akan terasa sengal-sengal juga. "Meor!"

Tidak ada cara lain, Danial menggunakan kunci spare bilik Meor yang memang sudah berada dalam tangannya sejak tadi.

Gelap. Hanya beberapa jaluran cahaya senja menyelinap masuk ke dalam bilik temannya itu. Tubuh Meor meringkuk di atas katil bujang menghadap dinding, dilitupi selimut tebal. Sesekali pemuda itu terbatuk-batuk.

"Weh," Danial meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Meor. "Kau demam teruk ni. Dah ke klinik belum?" Dibalas dengan bunyi mendengus daripada dalam selimut. "Bangun cepat, aku bawak kau pergi klinik. Boleh pulak senyap je kat rumah ni. Kalau lah aku balik kampung dua tiga hari memang dah mati kejung kau kat sini tak ada orang perasan," Danial menarik selimut dan membantu temannya untuk bangun dari katil.

"Berapa hari dah demam ni?"

"Daripada malam semalam," Meor menjawab. Dah segar sedikit selepas kepalanya dijirus air oleh Danial sebelum mereka keluar. Mulanya mereka berkira-kira untuk ke klinik berbayar, kemudian Danial mencadangkan mereka ke klinik kerajaan sahaja. "Rupanya ada ek klinik kesihatan yang still operating malam-malam macam ni?"

Doktor perempuan di belakang meja itu senyum dan mengangguk sambil menulis sesuatu. "Extended hours. Kira macam overtime la. Tapi sampai pukul 10 je."

"Tak apalah…masyuk apa. Lagi banyak daripada kami punya rate overtime surely," ramah pula Meor berbual.

"I'd rather have my time," doktor itu tergelak. "…ok, selain daripada demam ada apa-apa lagi tak?"

Beberapa minit seterusnya terisi dengan sesi soal jawab antara mereka berdua dan pemeriksaan ringkas ke atas Meor. "Sounds macam viral fever to me, tapi since encik kata kawasan rumah encik memang hot spot for dengue, ada kemungkinan ini simptom awalnya. We'll have you monitored. Encik pergi ambil darah di bilik 17, lusa pagi datang balik untuk repeat darah. In the meantime banyakkan minum air, cepat- cepat ke hospital kalau mula ada sakit perut, muntah-muntah, cirit birit…" panjang lebar doktor bernama Barbara itu memberi penerangan. Kemudian dia menghulurkan borang darah kepada pemuda itu-tanda konsultasinya sudah berakhir.

"Lamanya kau dalam tu. Aku dah risau yang bukan-bukan je tadi," Danial mengomel sebaik sahaja Meor melangkah keluar dari bilik 17 sambil menekap tempat dia dicucuk untuk mengambil darah tadi. Meor mencebik. Danial ni kalau diberi peluang membebel, memang kalah ibunya.

"Jomlah. Bawa aku makan.  Lapar gila tak jamah apa pun dari malam tadi."

"Ke mana kita?"

Kala itu televisyen di ruangan menunggu menayangkan promosi terbaru set-set makanan di KFC. Mereka saling berpandangan.

"Jom."

1 comments:

Jaz said...

wondering wat's Meor do for a living?