Tuesday, March 3, 2015

FLC-I

As salam.
it has been a long while since any entries made it way here.
InshaAllah it will be meriah again. 

Part 1

Ringtone 'Secrets' dari One Republic mengejutkan Batrisya dari tidur. Eh kejap, belum tidur lagi pun yang sebetulnya. Dia baru terlelap sahaja. Baru beberapa minit sahaja rasanya dia membiarkan mata, minda dan tubuhnya berehat. Dalam mamai dia mencapai telefon bimbitnya. Pada skrin tertera 'I dont want to answer'- panggilan daripada hospital. Sejak dia memulakan oncall pada jam 5 petang semalam, telefonnya berbunyi hampir sejam sekali. Dengan kes yang baru masuk lah, dengan pesakit yang bertambah tenat dan harus dipindahkan ke unit Rawatan Rapi (ICU) (ataupun dipindahkan ke 'bawah'). Itu belum ditambah dengan lambakan darah yang perlu diambil (sekarang musim denggi).


"Hello..."Dalam berat-berat hati pun, Batrisya jawab juga panggilan itu.


"Dr Trish!" Suara halus di hujung talian menjerit kecil. "Bila doktor nak datang clerk patient yang baru masuk ni? Dah sejam dah ni."


What? Patient mana pulak ni? "Ada patient?" Batrisya berdehem, seolah-olah perbuatan itu dapat membuatkan dia berfikir dengan lebih jelas.


"Adoi Dr Trish, saya call doktor pukul 5.30 tadi, ni nak dekat 6.30 dah ni," suara halus itu mula membebel. "Kes denggi Dr Trish."


Mata. Batrisya terbuka luas. 6.30 pagi? Biar betul? Dia menjauhkan telefon dari telinga untuk melihat masa pada skrin. Ah, sudah...habis aku. "Okay, okay saya turun sekarang." Dia mematikan panggilan. What a way to start a day. Come on Trish, solat, solat!


Jam 6.45 pagi dia sudah terpacak di wad 6A. Dia menuju ke sekumpulan jururawat yang sedang melakukan pass over.

"Sorry kak..." Batrisya mempamirkan wajah minta dikasihani apabila Anis, jururawat yang membuat panggilan kepadanya mula bising apabila dia hendak mengambil fail pesakit yang baru masuk itu."Saya nak kena pergi clerk patient tu kak."


"Trish dah mandi ke belum ni?" Anusha, houseman wad 6A yang sedang sibuk dengan blood taking trolley menegur sebaik sahaja Batrisya melintasinya. Batrisya tersengih sahaja. Iyalah, dengan tudung senget dan masih berseluar jeans, memang nampak sangatlah dia masih belum masuk mode 'office hour' lagi.


Sampai sahaja dia di katil pesakit yang baru itu, dia mula melakukan tugas-tugas asas clerking. Biodata secara ringkas, apa yang menyebabkan pesakit itu datang ke hospital dan beberapa lagi soalan yang relevan. Batrisya tahu yang sebentar lagi doktor-doktor wad 6A akan memulakan rounds mereka, dan dia cuba meringkaskan 'interview' nya bersama patient seadanya.


"Saya macam pernah tengok lah doktor ni..."


Ewah, sempat pula patient ni nak beramah mesra. Batrisya mengangkat kepala sebentar memerhatikan pesakit di hadapan. Tiada apa-apa yang membuatkan dia rasa dia kenal dengan pesakit itu. Dia menutup tirai, "Saya nak periksa encik sekejap ya."


"Doktor umur berapa ya?"


"Tak penting tu," bibir dipaksa mengukir senyum. Hujung jari telunjuk dan jari hantu kanannya diletakkan pada pergelangan tangan pesakit, memeriksa nadi. Okay, tak tachy. Selepas 30 saat matanya beralih memerhatikan naik turun dada anak muda itu. Respiratory rate- normal.


"Dr Batrisya...memang bukan saja-saja saya nak kata yang muka doktor memang nampak familiar. Nama pun familiar," masih tidak berputus asa nampaknya pesakit itu. Sempat mengintai tag nama pula tu. Batrisya mula rimas. Dia dah lambat ni.


"Sorry ya, saya dah lambat ni. Boleh tolong baring d  an selak baju tak? Saya nak periksa perut...encik..." Batrisya menjenguk nama pesakit yang tertera di fail. "Meor." Hatinya tiba-tiba berbisik sesuatu yang dia cuba buang selama bertahun-tahun. Dan dia seperti biasa membiarkan bisikan itu berlalu. "Bagitau ya mana tempat yang saya tekan ni sakit."


Tiba di bahagian bawah rusuk belah kanan, dia perhatikan wajah Meor berkerut sedikit. "Sakit?"


"Sikit. Bila tekan yang rasa sakitnya."


Batrisya menyudahkan pemeriksaannya dan mula menulis di dalam case sheet. Diselak helaian clerking dari ED (emergency department), melihat darah apa yang sudah diambil. Dah sampai masa untuk ambil FBC yang seterusnya ni. Terpaksa lah dia meminta bantuan houseman wad itu untuk mengambilnya. Selesai menulis pelan rawatan, Batrisya menurunkan tandatangan dan copnya di bahagian bawah. Sebarang perubahan dalam management, biarlah doktor-doktor di wad itu yang tentukan. Dia pun tadi sempat memberitahu secara ringkas sahaja tentang admission baru itu kepada Medical Officer (MO) yang sama-sama oncall dengan nya. Sempat MO nya membebel, "Aku taubat nak oncall dengan kau dah Trish!"


Batrisya memerhatikan Meor yang sudah pun dalam posisi duduk. Good line, IV drip dah ada...dah habis dah ni, nanti minta Anusha ambilkan darah dia. Then inform Dr Sali...


Sedang Batrisya asyik merancang-rancang dalam kepalanya, Meor mencelah dengan nada suara orang yang baru memenangi sesuatu,"Batrisya....Kak Trish...kakak angkat Wadi kan dulu? Saya Meor Hanafi. Junior doktor kat sekolah dulu. Ingat tak?"


Batrisya dah terasa seram sejuk seluruh badan. Maunya dia tak ingat. Dia pernah memalukan diri sendiri dan memalukan lelaki di hadapannya itu hampir 10 tahun dahulu. Kalau dia pilih untuk  melupakan insiden itu pun...tak...hidup ini tidak begitu murah hati untuk biarkan dia hidup tenang tanpa mengingati peristiwa itu.


"....eh ye ke?" Batrisya mempamerkan muka tak bersalah. "Saya nak kena recall balik lah. Lama dah tinggal sekolah ni. Eh ok lah, saya nak kena balik wad saya ni," laju Batrisya berkata-kata, tidak memberi peluangkepada Meor untuk bersuara. "I will check my school magazine late," ujarnya sebelum berlalu. Memang sumpah dia tak pandang langsung wajah Meor.


Syabas Trish. Bab drama daripada dulu lagi kau memang gred A!

1 comments:

Jaz said...

hai ..

the start already left me wit curiosity to know 'the drama' tat Trish scored grade A ... hehehe
Let's see how far this story gonna magnetised me to stay further
Thanks