Tuesday, March 10, 2015

FLC I - 4th and a half leaf.


Part 4(1)

Batrisya menanggalkan kot putihnya di ruang antara/yang menghubungkan koridor hospital dan ICU. Dalam ruang itu memang disediakan cangkuk untuk mereka yang masuk daripada luar menyangkut white coat. Juga tersedia sinki stainless steel untuk mencuci tangan sebelum masuk ke dalam ICU. Batrisya berdiri tegak di hadapan sinki, matanya meneliti poster step by step hand hygiene yang tertampal di dinding. Walaupun setiap hari dia mengamalkan teknik-teknik membasuh tangan itu, tetap dia akan merujuk pada poster-poster yang sedia ada pada setiap sinki.

Sliding door kaca yang menghala ke ICU terbuka. Batrisya berpaling, serta merta bulu romanya meremang. Dua orang lelaki, seorang MA, dan seorang PPK sedang menolak troli yang membawa keranda besi. Dari mortuari. Ada kematian baru berlaku di ICU. Di belakang mereka berdua, sepasang suami isteri yang sudah agak berumur mengekor rapat, kedua-duanya berwajah sugul. Mata wanita itu sembab, akibat menangis mungkin. Hati Batrisya turut tersentuh memerhatikan keadaan itu. Tidak kira berapa banyak kematian yang dia telah saksikan, setiap kematian tetap akan menimbulkan rasa sayu dalam hatinya.

Selepas mereka melangkah keluar ke koridor melalui sliding door yang satu lagi, Batrisya menyudahkan proses membasuh tangan sebelum dia sendiri masuk ke dalam ICU. Bila sampai ke katil yang sepatutnya diduduki Meor, Batrisya jadi bingung sebentar. Sekejap...I think I am in the right place...memang kat sinilah dia berborak satu hala dengan Meor semalam. Katil yang dimaksudkan...kosong, dikemas rapi.

"Staff nurse..."Batrisya mencuit jururawat yang paling hampir sekali dengannya. "Patient katil tu mana ek?" Fia memuncungkan bibir pada katil kosong itu. "Dah balik wad biasa ya?" Hatinya berbunga riang. Alhamdulillah!

Jururawat itu menggelengkan kepalanya. "Tak lah doktor. Kitorang baru sudah buat LO pada dia tadi."

"Huh?" Salah dengar ni. "Patient denggi tu? Yang muda tu?"

"Ha ah, pagi-pagi tadi dia respiratory distress, anesth intubate. Tengahari tadi makin teruk keadaan dia...kesian...muda lagi. Eh...doktor, ok tak ni?" Cemas pula jururawat itu apabila melihat Batrisya seperti terhuyung hayang. Pantas kedua-dua tangannya memegang bahu Batrisya untuk menstabilkan gadis itu.

Mata Batrisya terasa hangat, cepat-cepat dia memejamkan matanya, rapat. Berulang kali dia cuba memberitahu diri bahawa ini adalah mimpi buruk. Hanyalah mimpi. Atau halusinasi. Sebentar lagi dia akan buka mata, dan Meor akan berada di katil itu, tersenyum ke arahnya walaupun tak berdaya nak berbual. Dan....

Katil itu masih kosong.

Batrisya menelan air liur. "Um...tadi tu yang dari mortuari tu...patient katil ni lah...ye?"  Bila jururawat itu mengangguk, hancur luluh terasa hatinya. Ralatnya rasa bila mengenangkan mereka berselisih tadi...walaupun pihak yang satu lagi berada dalam kotak besi yang dingin. ...tapi 'dia' dah tak dapat rasa kan? "Em...terima kasih lah ya."

"Doktor kenal ke dengan patient tu?" Sempat jururawat itu bertanya sebelum Batrisya beredar dari situ.

"Kawan sekolah saya."

"Oh ye ke..." Suara jururawat itu penuh simpati. "Sedih juga. Saya dengar anak dia pun kecil lagi."

As if harinya tak boleh jadi lebih teruk daripada berita kematian Meor...lelaki itu sudah berkahwin rupanya. Batrisya melarikan pandangannya daripada jururawat itu dan meluru keluar dari sliding door ICU. 

Dia perlu ke tandas, stat. 

NB:

Last Office:

Prosedur yang dilakukan oleh jururawat kepada tubuh si mati tidak lama selepas kematiannya disahkan. Ia adalah untuk mempersiapkan/membersihkan tubuh tersebut sebelum di bawa ke mortuari untuk dituntut oleh ahli keluarga dll.

The first half of the last leaf.
....for now.
enjoy the read.
-msteja

1 comments:

jaz said...

Trish ... scared ya incase Meor dh kawen!

Flashback n3 ... Meor is alive n kicking!
x kan Meor di matikan ...else my curiosity oso blown away!