Saturday, March 7, 2015

FLC I - 3rd leaf

Part 3

"Ulang balik apa you cakap tadi Anusha?"Batrisya mencekak lengan gadis India itu, kuat, sehingga temannya itu menjerit kecil.

"Trish, sakitlah. Kenapa dengan you ni?"

"ICU?" Semakin kuat pegangan Batrisya pada lengan Anusha. "Are you sure? You tak main kan I kan?"

Anusha merentap tangannya dari pegangan Batrisya. Pelik. "Betul lah, kenapa I nak tipu you pulak. Your last minute patient tu kan...his condition worsened late that night, so he got transferred to ICU. Dazlin oncall malam tu, I dengar daripada dia semalam. Kenapa Trish?"

"I...I baru dapat tahu yang dia junior sekolah I dulu...so..." Batrisya cuba mengawal suaranya daripada bergetar. "...he was in shock then...that night? Tapi dia okay je masa I clerk dia pagi tu."

"Not really la. You sendiri tulis yang dia ada tenderness  kat right hypochondrium, and the liver is enlarged. He already had the warning signs that time. Dia dah tak demam masa tu tapi late that evening that he started to vomit and vomit and  became delirious," Anusha merenung wajah Batrisya sejenak sebelum menyambung. "That reminds me, dia ada bertanyakan pasal you siang tu, tapi I tengah busy tak dapat nak layan dia sangat. Tapi apparently dia tau yang you obsessed dengan four leaf clover? Eh Trish, kenapa dengan you hari ni?"

Pipi Batrisya terasa hangat. Cepat-cepat dia menyeka air jernih di pipi. Terlupa seketika yang mereka berada di tempat awam. "I need to tell him...I mean I need to tell our friends. See you later Anusha. And thanks so much." Dan dia meninggalkan Anusha yang masih terpinga-pinga.

******
"Assalamualaikum..."

Meor Hanafi memalingkan muka ke arah bunyi suara yang memberi salam dan serta merta kesakitan yang dialami seluruh tubuhnya sejak dia mula kurang sihat tempoh hari berkurangan....50% daripada asalnya? Senyuman terukir pada bibir. Masih belum cukup kuat hendak berbicara. She came, bisik hati kecilnya. Kemudian cepat-cepat dia menjawab salam, dalam hati.

"Hai..." Batrisya memegang railing katil. "Tak sangka sampai teruk macam ni."

Meor angguk sahaja. "Jahat," halus suaranya. Kemudian merasa lucu apabila melihat Batrisya seperti ditampar apabila mendengar dia berkata begitu. "Denggi. Jahat."

"Oh..."bulat bibir Batrisya. "Saya...baca case sheet awak tadi...dah beransur sembuh....alhamdulillah," suaranya tersekat-sekat, sarat dengan emosi. "Mungkin esok atau lusa dah boleh transfer wad biasa." Mata Batrisya memerhatikan lengan Meor yang terdedah. Merah dengan ruam dan di antaranya terselit warna asal kulit. Antara tanda klasik -Isles of white in the seas of red- yang pesakit sudah berada dalam fasa penyembuhan. "Bacaan darah pun nampak dah mulai okay."

Meor angguk lagi. Kenapa Batrisya nampak sedih saja kalau dia dah makin sembuh? Alahai, manalah tenaga yang dia perlukan pada masa ini. Helpless betul.

"So...actually we do know each other. Sorry kalau saya tak cam awak hari tu...dah lama tinggal sekolah kan...nama pun cam tak cam aje," Batrisya tersenyum tawar. Pandai sangat bohong Trish. Sedangkan ingatan terhadap Meor tak pernah terhakis pun walaupun hampir sepuluh tahun sejak kali terakhir mereka bersua muka.

"Ok," itu sahaja yang mampu dituturkan oleh Meor. 

"Saya ada benda nak tanya," Batrisya mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia cuak sikit bila berada di ICU, yang sebetulnya. Seolah-olah apa sahaja boleh terjadi pada pesakit pada bila-bila masa sahaja. "Umm...sebenarnya....pasal..."

Dengkuran halus dari katil menyebabkan Batrisya berpaling semula ke arah Meor. Mata anak muda itu sudah terkatup rapat, dadanya beralun mengikut rentak nafas. Batrisya senyum sendiri. 

Wrong timing everytime.

1 comments:

Jaz said...

okay ... will Trish 'open' up the 'lost story' masa di zaman sekolah!

curiosity .. “Curiosity is, in great and generous minds"