Wednesday, March 4, 2015

FLC I- 2nd leaf

Part 2

"Eh Trish, tu budak yang kau suka usha tu!"

Batrisya senyap sahaja sambil menghirup air teh ais. Tanpa Farah menyikunya dengan beriya pun matanya memang telah terlatih untuk mengesan kehadiran orang yang tertentu. Terutamanya orang yang tengah melintas tidak jauh di hadapannya. Dah lama terlatih, sejak dua tahun yang lalu. Gila kau Trish, cinta unggul tragis kononnya. Tragis kerana sampai ke sudah orang yang dimaksudkan itu tidak tahu menahu langsung yang dia ada stakler tegar sejak dua tahun lepas.

"Kau ada plan nak bagitahu dia tak Trish? Dari dulu asyik jamu mata je, lepas tu main hantar-hantar request konon dari secret admirer..." Satu pukulan padu hinggap di bahu Farah. "Ouchhh! Heiii, betul apa aku cakap...setiap kali ada kelab yang buka order untuk sampaikan gifts pada orang, kau tak permah terlepas kan? Kan?"

Kali ini wajah Batrisya merah padam. Memang betul apa yang Farah katakan. Baru dua bulan lepas Kelab Bahasa Jepun mengiklankan penanda buku yang cantik-cantik untuk ditempah untuk diri sendiri atau untuk diberi sebagai hadiah kepada orang lain. Ahli-ahli kelab sendiri yang akan menghasilkan penanda buku tersebut dan mereka juga yang akan menjadi 'posmen'. Batrisya awal-awal lagi sudah membuat tempahan. Penerimanya memang tidak asing lagi, orang yang sama sejak dua tahun yang lalu- Meor Hanafi. Kadang-kadang Batrisya tertanya-tanya juga budak tu memang tak perasan langsung ke yang ada mata yang setia mengekornya sejak dulu? Dahla memang tiap-tiap kali ada 'request' memang setiap kali lah dia akan mendapat sesuatu. Daripada orang yang sama. Menggunakan nickname 'Four Leaf Clover.'

Permah salah seorang posmen, Natalia, yang juga teman Batrisya dalam Persatuan Bahasa Inggeris- ditanya oleh Meor tentang identiti Four Leaf Clover-ketika itu sudah 2 kali pemuda itu mendapat sesuatu daripada Batrisya. Natalia dalam kekalutannya bila tiba-tiba ditanya begitu menjawab secara spontan ,"Lain kali awak peka sikit dengan sekeliling, orang tu mungkin selalu perhatikan awak." Memang Batrisya rasa hendak menghempuk sahaja Natalia bila dia diberitahu, memang habislah dia kalau kantoi. Lepas tu dia perasan Meor akan beberapa kali berpaling ke sana dan ke mari memerhatikan keadaan di sekitarnya, namun tak lama. Selepas itu dia kembali seperti biasa. Oblivious. 

"Trish," Farah menyiku Batrisya yang jauh entah ke mana sudah lamunannya. Pandang ke arah padang sekolah yang luas di hadapannya tanpa berkelip. "Batrisya, dia menghala ke sini lah."

"Hm? Siapa?" Batrisya menolak gelas yang sudah kosong ke tengah meja. Memang bertuah betul mereka berdua, waktu riadah yang sepatutnya dimanfaatkan untuk mencergaskan diri, mereka pergi lepak di kantin pula. Silau pula matanya asyik pandang ke arah padang tadi. Tak nampak pula siapa yang dimaksudkan Farah menghala ke arah mereka.

"Assalamualaikum kak Batrisya."
"Waalaikum..." Batrisya terpesona sebentar dengan sepasang mata coklat di hadapannya. "....salam..." Dia cepat-cepat menoleh ke arah Farah yang sama-sama jadi speechless sebentar. Iyalah, selama ini jadi wingman untuk mengintai dari jauh, tugas bila berhadapan dengan suspek tidak pernah termasuk dalam job description. "Err...macam mana tahu nama akak ya?" Soalan yang tak berkualiti langsung, tapi lebih baik daripada tak ada kan? 

Meor memandang wajah Batrisya, ragu-ragu bagaiman hendak menjawab soalan itu. Mengenali dan mengetahui siapa Batrisya bukanlah sesuatu yang pelik. Gadis itu salah seorang ahli Majlis Tertinggi dalam Majlis Perwakilan Pelajar kot. Dan antara yang digemari ramai juga kerana dia tak....skema. "Um...siapa yang tak kenal kak Batrisya baru lah pelik saya rasa, kak," Meor menggaru kepala.

"Err...okay, kadang akak ni pelupa sikit," apa kau cakap ni Batrisya! "Eh duduklah. Ada apa-apa yang boleh akak bantu ke?" Kalau nak bantuan curi hati akak, consider it done 2 years ago! Batrisya sedaya upaya mengawal untuk tidak tersengih terlalu lebar. Mana kan tidak, selama-lama ini dia mengintai dalam diam, tak pernah terfikir pun yang dia akan berdepan, bercakap pula tu. Memang malam ni mimpi indah-indah lah Trish.

Sebaik sahaja Meor duduk, matanya tepat memandang mata Batrisya,"Um...saya Meor. Khairi kata akak yang nak jumpa saya, sebab tu saya datang ni."

Batrisya terasa hendak tumbuk sahaja muka Khairi yang selalu perasan wajahnya persis Anuar Zain itu. Ok fine mata Kahiri sepet tapi adakah itu kriteria untuk menyamakan wajahnya dengan Anuar Zain? 

Ok, anyhow, kisah dia menaruh perasaan senyap-senyap pada Meor sebenarnya diketahui oleh Khairi secara tak sengaja. Dalam bahasa lainnya, kantoi lah. Memang dah beberapa kali Khairi mengugut hendak membocorkan 'rahsia' Batrisya, tetapi biasanya gadis itu akan memberi tawaran-tawaran yang membuatkan Khairi menangguhkan dahulu niatnya itu. Tapi...why is he doing it today?

"Um..." Batrisya terkulat-kulat. Farah sudah mula membuat bunyi yang bukan-bukan dalam usahanya menahan ketawa. Meor masih menanti, mata coklatnya tenang memandang gadis dua tahun lebih tua di hadapannya. "Awak baik dengan Wadi kan?" 

Mata coklat Meor membulat dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu. Farah mencuit-cuit lengan Batriysa. Wadi itu siapa pula?"Wadi? Um...boleh tahanla, classmate saya...kenapa kak Batrisya?"

Aswadi itu Batrisya kenal secara tak sengaja ketika mereka 'berebut' hendak membeli aiskrim Magnum yang tinggal sebatang di kooperasi sekolah. Ah, Trish dan 'tak sengaja' memang tak dapat dipisahkan agaknya! Selepas beberapa saat berlawan mata dengan Batrisya akhirnya Aswadi mengalah. 

"Thanks!" Batrisya mengintai tag nama pada kocek kemeja sekolah budak lelaki itu. "....Aswadi. Nanti next time akan balas balik."

"Kak Trish belanja lah lain kali macam tu."
"Set!" Batrisya setuju aja asalkan Magnum pada hari itu manjadi miliknya. Lazimnya dia akan melupakan nama seseorang itu dalam masa beberapa jam sahaja, tetapi bila selepas itu dia mendapat tahu bahwa Aswadi itu rakan sekelas Meor, memang nama itu melekat dalam kepalanya. Memang Wadi lah satu-satunya kawan Meor yang dia kenal.

"Actually..." Batrisya sudah hilang kawalan ke atas lidahnya. Seolah-olah sistem saraf yang menghubungkan otak dan lidadhnya sudah tidak berfungsi, "Akak nak minta tolong awak jadi perantara akak dengan dia, untuk jadikan dia adik angkat." 

What on earth am I saying? Batrisya sendiri tidak percaya dengan apa yang dituturkan. Farah di sisi sudah menepuk dahi. Meor melopong. "Serius ke ni kak Batrisya?" Ada nada ragu-ragu dalam suaranya. Kalaulah Batrisya sedikit tenang ketika itu, mungkin dia mampu untuk sedar yang ketika itu dia dibentangkan dengan pilihan untuk menarik balik kata-katanya. Tapi, dalam keadaan panik kerana sudah terlepas cakap, Batrisya angguk. Confirmation.

Dan dia hidup dengan rasa ralat itu bertahun-tahun lamanya.

******
Enjoy the read.
-msteja

1 comments:

Jaz said...

hai

yeah i come to part 2 ... still wit my curiousity
i kinda begin to like Trish character
btw ... nice witings - santai