Monday, March 30, 2015

The Unspoken I - 3 -



"Anjang ingat dah sesat ke mana dah bas tu bawak korang. Lambat sampainya. Si Hakim ni dah mengamuk-ngamuk dah. Mujur stesen bas ni tak diterbalikkannya," Nassier tersenyum, mempamirkan giginya yang putih dan tersusun rapi. Anna tertawa, matanya menghala ke arah anak muda di sisi Nassier, tiada langsung senyuman pada wajahnya. Pandangan Anna dibalas dengan renungan tajam.

"Berjanggut orang tunggu, tahu?!" ujarnya kasar. "Lain kali cakap la kalau lambat ke apa."

"Kau nak aku guna apa? Telepati? Belikan aku handset dulu baru berani marah la. Anjang pun tak marah tau. Lagipun bukan aku yang salah. Bas tu yang lambat sampai Putra. Lepas tu berhenti lama sangat pulak."
"Ni siapa pulak budak handsome ni?" Nassier mencelah. Kalau dibiarkan, mau aja budak berdua ni bertekak sampai ke tengahari. Johan tersentak sedikit. Dia memandang Adam.

"Kawan Adam, Johan. Saja Adam bawa dia sekali, tengok-tengok kampung kita. Terpaksa recruit Anjang jadi tour guide lah kali ni," Adam tersengih. Dia tidak mempedulikan Hakim dan adiknya yang masih melemparkan pandangan tidak puas hati antara satu sama lain walaupun telah dileraikan oleh Nassier secara tidak langsung.

"Boleh, boleh. Eh, jom lah, angkut beg masuk dalam kereta. Korang mesti penat kan?"

"Kenapa pulak Anjang nak kasi dia duduk depan?" Hakim membulatkan matanya. Nassier menarik nafas panjang. Hai la anak sedara aku seorang ni... Johan yang sedang memasukkan begnya ke dalam boot kereta Wira milik Nassier terhenti. Adam selamba sahaja masuk ke dalam kereta, manakala Anna berdiri di sisi Nassier dengan senyum sumbing.

"Dia seorang aje perempuan, Kim. takkan dia nak menyempit dengan dua orang lelaki kat belakang."

"Lelaki tu abang dia, Anjang."
"Anna, masuk tempat duduk depan cepat. Nanti guna telefon Anjang telefon Tuk kat rumah. Rasa-rasanya dah risau sangat dah orang tua tu," Nassier segera mengambil tempat di belakang stereng, makin lama melayan kerenah Hakim, makin lama pula mereka di stesen bas itu. Anna mengangguk lalu segera masuk ke tempat duduk penumpang. Hakim merengus, dengan kasar dia melangkah masuk ke dalam kereta di sisi Adam dan menutup pintu dengan kuat.
*
Hakim senyap sahaja bila dileteri ibunya. Anjang ni, tu pun nak mengadu. Bukannya tak biasa tengok dia dan Anna bertekak macam tu. Rutin seharian sejak berbelas-belas tahun dulu. Dari Anjang sekolah lagi. 

"Ingatkan dah besar-besar ni, boleh la berkawan macam orang biasa, sekali orang tengok sama macam dari zaman diorang berhingus lagi, Kak Ngah,"ewah-ewah, sedap betul pakciknya ini mengadu. Mana ada macam tu, masa zaman berhingus dia dan Anna akan terus bergasak di atas tanah dah, sebelum sempat orang lain nak menghalang. Ni kira ada kemajuanlah ni.

"Anjang, janganla exaggerate..." dia bersuara perlahan.

"Tengok tu, boleh balas balik orang tua cakap," Raziah menjegilkan mata ke arah anak bongsunya. "Awak tu dah besar Hakim, jangan lah nak bergaduh dengan anak dara orang sesuka hati."

Anak dara? Mana Anna tu boleh dipanggil anak dara. Tomboy tu mak! "Anak dara tu bergaduh dengan anak bujang orang, boleh la ye, mak?"

Raziah memandang Nassier yang kelihatan sedang menahan tawa mendengar perbualan dua beranak itu. "Apa yang kau nak gelakkan pulak, Jang? Budak ni naik kepala sebab kau manjakan dia sangatlah ni. Dok ikut aje apa yang dia nak."

"Kenapa Anjang pulak yang kena Kak Ngah? Eh, Kim, tak baik gelakkan bapak saudara tau. Dosa," dia mendesis pada Hakim yang sedang terkekek-kekek ketawa melihat pakciknya turut dimarahi. Raziah mendengus. Hilang akal aku dengan budak-budak berdua ni. Yang si Hakim ni boleh la diterima lagi, baru 16 tahun, ni si bapak sedara yang dah 27 tahun pun boleh ikut buat perangai jugak? 

"Mak, janganla dera kitorang macam ni. Penat tau tunggu budak-budak bandar tu sampai. Boleh main delayed pulak. Ngantuk Piwul pun tak hilang lagi. Kasila Piwul masuk sambung tidur balik ek?" Hakim cuba memujuk ibunya, sengaja dia menggunakan nama manjanya yang hanya digunakan di hadapan ahli keluarga sahaja. Hasil kepelatannya menyebut 'r' waktu kecil dahulu. Elok-elok keluarga memanggilnya Pirul daripada nama penuhnya Shafirul Hakim, diubahnya menjadi Piwul. Namun setelah masuk sekolah, terus sahaja dia membahasakan diri sebagai Hakim, gara-gara segan dengan teman-teman lain. Cukuplah dia diusik kerana tidak dapat menyebut 'r' dengan betul dalam percakapan hariannya, dia tidak mahu namanya juga menjadi bahan usikan. Kepelatannya 'terubat' ketika berusia 9 tahun ketika sedang bertikam lidah dengan Anna yang asyik menggelakkan sebutan 'wabbit'nya. Sepanjang hari dia asyik membesar diri dengan kejayaannya itu.

Hakim menguap. Sejak tadi dia ditahan di ruang tamu gara-gara mulut Nassier yang ringan mengadu tentang dia membuli Anna. Bersusah payah dia menahan mata dari tertutup kerana tidak mahu menambahkan kemarahan si ibu. 

Hati Raziah mula lembut dengan pujukan Hakim. Memang anak itu kelemahannya. Tak boleh nak kekal dalam keadaan marah jikalau berhadapan dengan Hakim. Namun keinginan untuk tersenyum ditahannya sedaya upaya. "Janji dengan mak jangan diusik Anna tu lebih-lebih."

Hakim sekadar mengangguk. Matanya betul-betul berat.

"Dahlah, pergi masuk bilik. Macam apa aje mak tengok muka kamu."

Dia berjalan longlai ke arah bilik tidurnya. Namun sebelum dia menutup pintu, sempat lagi dia berpaling ke arah Raziah dengan senyuman nakal. "Mak, Kim janji Kim tak kacau lebih-lebih. Kim kacau sikit-sikit aje." 
Cepat-cepat dia merapatkan pintu bilik sebelum sempat ibunya membalas.
***
"Kawan Anna tu tak biasa masuk kampung ke?" Nek Siah bertanya dengan suara yang perlahan ketika sedang menyiang ikan di dapur belakang. Anna mengangkat bahu. 

"Tu bukan kawan Anna, tuk. Tu kawan Adam. Anna tak kenal pun dengan dia."

"Tak ada lah, tuk tengok kawan tu tadi macam takut-takut aje nak jejak kaki kat atas rumah. Risau lantai papan ni runtuh agaknya," Nek Siah tersenyum lucu. Kelakar juga orang bandar ni. Mujurlah semua cucu-cucunya tahan lasak. Lantai papan itulah yang dibuat tapak mereka berkejar-kejaran sewaktu kecil dahulu. Bergegar seisi rumah dengan derap tapak kaki kecil mereka. "Suruhlah Adam beritahu kawan dia tu yang tak akan runtuh rumah ni, jalan macam biasa aje."

"Tengoklah nanti tuk..." Anna menjawab malas. Dia terasa kurang senang sebenarnya dengan kehadiran Johan bersama-sama dia dan Adam. Terasa kekok hendak bereaksi seperti biasa di hadapan orang asing. Dan sebab utamanya, dia mahukan Adam untuk dirinya sendiri, masih banyak perkara yang mahu dia ceritakan pada abangnya itu. Tapi nampaknya, dia terpaksa beralah lagi dengan Johan. I don't like him...

Mereka berlima menghadap juadah tengahari dengan penuh berselera. Johan pada awalnya kelihatan malu-malu hendak mencedok lauk, namun sebaik sahaja lidahnya menyentuh hasil tangan Nek Siah, mula lah dia makan bagai tidak cukup pinggan. Tersenyum lebar Nek Siah melihat ikan keli goreng berlada dan kangkung goreng belacannya licin dinikmati suami dan cucu-cucunya. Adam pula sedang enak mengunyah kacang botol yang terakhir. Kalau bab menghabiskan ulam, dia lah raja. 

"Anna tolong hantarkan lauk ni sikit pada cik Yah lepas solat nanti boleh? Si Nassier tu suka sangat tuk masak keli berlada ni. Tuk dah asingkan dah lauk tu atas meja," Nek Siah mencuit bahu Anna. Anna memuncungkan bibir.

"Tapi nanti mesti Anna terjumpa dengan si Hakim tu tuk. Hakim mana boleh tengok Anna senang-senang hati aje. Mesti ada aja benda yang dia nak buat gaduh dengan Anna nanti."

Nek Siah menggeleng sahaja. Tak habis-habis lagi budak-budak ni rupanya. Buat hal lagi lah ni dekat stesen tadi. Petang karang mesti si Yah datang bercerita. "Ajak Adam," pendek arahannya, tahu lah Anna yang kata-kata Nek Siah tidak boleh dibantah lagi.


The Unspoken I - 2 -

"Kenapa la tak cakap kau dengan Lisa ada lagi seorang kembar?"
"Kau tak tanya," balas Adam, selamba sambil mengunyah roti canai. Anna mendengar sahaja perbualan abangnya dan Johan, mee goreng mamak di dalam pinggan dikuis-kuis sedikit, mencari isi ayam. "Lagipun budak ni bukan selalu ada kat rumah pun. Lari dari rumah aje kerjanya. Sebulan sekali baru balik ke rumah."
"Sekolah kat mana?" soalan kali ini diajukan kepada Anna.
"Kuala Selangor," dia menjawab pendek. Seleranya sedikit berkurangan bila Adam menjemput Johan untuk bersarapan bersama-sama mereka. Hancur rancangan hendak berbual panjang dengan abangnya itu. Ad ni pun satu, macam tak faham-faham aje... Johan terangguk-angguk. Buat kesekian kalinya dia memandang wajah Anna. Memang sebijik macam muka Lisa. Sampai sekarang aku tak dapat nak bezakan lagi muka diorang dua.
"Jangan ditenung lama-lama budak tu Joe. Dia telan kau karang. Budak ni garang kemain. Bukan macam Lisa, tau?" Adam yang menyedari tindak tanduk Johan sejak tadi bersuara. Sedikit rasa kurang senang bertandang di hatinya. Mana tidaknya, suka hati aje nak tenung muka baby sister aku lama-lama gitu. Nasib baik member, kalau tak memang dah lama aku korek-korek biji mata tu tau.
"Oh, sorry. Aku nak tengok beza muka dia dengan Lisa aje. Tapi macam tak dapat nak cari aje..."
"Jangan disusahkan diri tu. Kitorang yang dah bertahun-tahun duduk sebumbung ni pun kadang-kadang boleh dimainkannya," Adam menghirup teh tariknya yang masih panas. Wah, sedap betul. Dadah apa la yang mamak ni masukkan sampai aku buleh addicted sebegini.
"Wei, Adam, makan tak ajak team mates pun," belakang Adam ditepuk kasar sehingga anak muda itu mengaduh.
"Haris! Pekejadah kau bantai belakang aku? Sat lagi aku tak buleh main karang, korang jugak yang susah," becok mulut Adam membebel. Anna menopang dagu. Dah mula dah bangga-bangga diri abang aku sorang ni. Hmm..kalau tak silap aku, ni diorang punya goalkeeper. "Anna, ni Haris, goal keeper kitorang, yang ni pulak Didi, defender terbagus abad ini," Adam tersengih-sengih memperkenalkan teman-temannya.
"She's not Lisa?" Didi mengerutkan dahi sambil mengambil tempat di meja sebelah. Haris turut berbuat begitu. "Aku mati-matila ingat si Lisa buang tebiat datang tengok kau main bola. Dahla hari tu dok kasi sumpahan team kita kalah. That little witch," Didi tergelak mengenangkan gaya gadis itu menurunkan 'curse' pada team mereka konon-kononnya. Betul-betul macam ahli sihir.
Adam turut ketawa. "Kau jangan tak tau, dia siap hulur her so called air jampi suruh aku minum so that I won't be performing macam biasa. Aku hirup aje, lepas tu aku kejar dia satu rumah nak sembur dia dengan air tu. Oh by the way, this is Anna, another twin of mine."
"Sekolah mana? Tak pernah nampak pun dalam game-game sebelum ni?" Haris bertanya, sedang Didi memesan makanan untuk mereka berdua. "Kau pun Adam, ada adik lagi seorang sikit punya comel macam ni, kau nak sorok-sorok ye?"
"Oi, oi, kau tengah memuji Lisa jugak lah ni kiranya ek?" Johan mencelah. Restoran itu mula riuh rendah dengan suara Haris yang berusaha mempertahankan dirinya serta Didi dan Johan yang semakin galak mengusik. Adam mengalihkan perhatiannya pada Anna semula yang tekun menghabiskan mee di dalam pinggan.
"Anna, kenapa diam aje ni? Marah Ad ye?" Adam cuba mencungkil. Anna menggeleng-gelengkan kepala. Dia tahu dia tidak sepatutnya tawar hati dengan Adam yang seolah-olah terlupa dengan kehadirannya. Abangnya itu sedang dalam mood gembira selepas pasukannya menewaskan musuh tradisi sekolah mereka. Lebih-lebih lagi gol terakhir adalah hasil sepakannya. "Anna terasa sebab Ad tak layan Anna ye?" Adam menyoal lagi, bagai dapat meneka apa yang ada dalam hati adiknya itu.
Anna senyum sahaja, dia menggeleng lagi. Namun dia tahu, Adam pasti dapat meneka juga apa yang dia rasa tanpa mengira apa sahaja yang dia katakan. Walaupun dia, seperti kata Adam, lebih garang daripada Lisa, namun hatinya lembut sekali. Cepat terasa dalam hal-hal tertentu. Memang dia pelik sedikit. DIusik habis-habisan oleh abang-abangnya dia masih boleh melawan, tapi bila saja ada hal kecil yang mengganggu perasaannya, cepat sahaja air matanya mahu gugur. "Anna tunggu borak dengan Ad dekat rumah nanti aje lah."
****
"Anna nak balik jenguk tuk dengan aki. Lama dah tak jumpa diorang. Nak ikut?" Anna memandang wajah kedua-dua kembarnya.
Adam dan Lisa saling berpandangan. Antara mereka bertiga, Anna lah yang paling rapat sekali dengan nenek dan atuk di sebelah bapa mereka. Dari bayi sehingga tamat darjah 6, gadis itu bermastautin di kampung. Sharifah Haslina berada dalam keadaan yang cukup lemah dan membimbangkan selepas melahirkan mereka bertiga. Lalu Tok Mad dan Nek Siah menawarkan diri untuk meringankan tugas menantu perempuan mereka-, iaitu dengan memelihara salah seorang daripada kembar tiga tersebut. Sharifah Haslina pada mulanya begitu keberatan hendak melepaskan anaknya, namun setelah dipujuk oleh suaminya, Abdul Malik serta ipar-iparnya yang lain, dia beralah. Lebih-lebih lagi, dia mempunyai dua orang anak lagi sebelum kelahiran si kembar, kedua-duanya masih dalam usia yang memerlukan perhatiannya. Berjurai-jurai air mata ibu muda itu ketika hendak berpisah dengan Anna.
"Tak ada masalah rasanya kalau Ad nak ikut," Adam membalas. "Rasanya kitorang tak ada latihan cuti sekolah ni. Lisa?"
"Lisa ikut mama dengan abah balik nanti. Letihla naik bas, tak tahan belakang ni," kata Lisa sambil tersengih. Anna mengangguk sahaja. Dia faham sangat perangai kakaknya itu. Kalau ada jalan yang lagi senang, memang tak mungkin dia akan mengambil langkah yang dilihat akan menyusahkan dirinya. Majalah Remaja di atas ribanya diselak-selak tanpa tujuan tertentu. Adam yang sedang enak melepak di atas katil Lisa tiba-tiba berdehem.
"Ada apa Ad?" Lisa dan Anna bersuara serentak.
"Umm...Anna, kalau Ad ajak Johan sekali balik kampung nanti, boleh tak?"
Lisa membeliakkan mata. "Kenapa pulak Ad nak ajak dia sekali? Ni kira family holiday, okay? And obviously, he's not a family..."
"Relax, sis... "Anna memegang bahu kakaknya. Lisa memang cepat melenting, pantang dicuit sedikit. Namun cepat pula dia sejuk. Berlainan dengan dia dan Adam. Kedua-dua mereka lebih suka bersikap 'cool' sahaja, tapi kalau dah naik marah tu, memang tak ada siapa lah yang boleh nak usik. "Kenapa Ad nak ajak dia pulak?"
Adam kelihatan kurang selesa dengan pertanyaan Anna. Lisa menyilangkan tangannya di hadapan dada, matanya tajam memandang si abang, menanti jawapan. "Anna tanya tu Ad, jawablah."
"Kenapa Lisa macam tak suka aje pada Johan tu? Ada gaduh dengan dia ye?"
"Nothing. He just pisses me off."
"Dia tak ada nak ke mana-mana pun cuti ni. Parents dia sibuk memanjang. Kakak-kakak dia pun dah ada keluarga sendiri. So he's alone. Tak salahkan Ad nak bawak dia sekali balik kampung, enjoy the holiday macam orang lain?" Adam menerangkan tujuannya. "Anna, abaikan aje reaksi Lisa tu. Ada sebab dia jadi sewel macam tu."
"Ad!" Lisa melompat dari katilnya, menerkam ke arah Adam. Adam segera bereaksi. Pantas dia bangun dari posisi meniarapnya sejak tadi, sempat menyelamatkan anggota badannya daripada menjadi mangsa cubitan Lisa sambil ketawa besar. Suka benar dia melihat Lisa marah-marah begitu. Lisa kurang sedikit melawan kalau diusik, berbanding dengan Anna, namun jari jemarinya laju sahaja hendak menjatuhkan hukuman. Sekali kena, memang lebam lah jawabnya.
"Hei!" Anna memprotes. "Korang sembunyikan benda dari Anna. Not fair! Apa yang Anna tak tau ni? Ad, cakapla, cakapla..."
Adam tersengih. "He confessed to her one day. Pastu budak ni reject sebab dia suka pada TUUUT...tapi si Joe ni tak ada la nak putus asa ke apa ke. Terus aje mengharap kat budak ni to the extent she found it annoying. Tak boleh nak salahkan siapa-siapa pun tapi..." Adam bercerita tanpa mempedulikan renungan tajam Lisa.
"Sampai hati Lisa tak kasitau," Anna memuncungkan bibir. "And the TUUUT person being....?" dia memandang Adam penuh harapan.
"Anna nak tau? Yang join kita breakfast pagi tadi tiba-tiba tu...the only one yang akan pakai baju lain daripada players dalam padang..."
"Oh....my.... God...!" Anna membeliakkan matanya ke arah Lisa yang kelihatan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Suspicious betul, kenapa pulak Lisa nampak terkejut dengar apa yang Ad cakap...unless..."Mana Ad tau ni?" diikuti dengan jeritan Lisa yang menggegarkan seisi rumah itu.

"ADAM! You monkey! Ad baca diary orang!"

Sunday, March 29, 2015

The Unspoken I - 1-

Belanja lebih sikit malam ni sebab happy :-)
Anna memastikan yang basikalnya sudah dikunci dengan elok sebelum melangkah pergi dari tempat letak basikal sekolah tersebut. Orang ramai berduyun-duyun masuk melalui pagar sekolah. Satu wajah pun dia tidak kenal, anggapannya mereka itu pelajar-pelajar sekolah tuan rumah dan juga dari pihak lawan. Musuh tradisi bertembung di padang bola, pastilah mendapat perhatian ramai. Wah, bercakap macam aku student sekolah ini aje. Padahal dok dengar dari mulut Adam aje benda-benda ni. Agaknya dia terkejut tak tengok aku kat sini ye? Semalam beria-ia beritahu dia dalam telefon yang aku tak mau pergi.
Anna mengekor sahaja langkah kaki orang ramai ke padang bola. Nak pandai-pandai pergi sendiri, dia tidak tahu tempatnya di mana.Namun sebaik sahaja matanya melihat padang bola sekolah dengan bilangan penyokong yang bukan sedikit, hatinya melonjak. Sudah lama sebenarnya dia meminati bola sepak, seluruh ahli keluarganya juga tahu. Kalau perlawanan pasukan kegemarannya di TV memang jangan harapla channel akan bertukar, remote control juga tidak bertukar tangan. Abdul Malik sering sahaja menggosok-gosok kepala anak gadisnya sambil berkata, "Ni la best friend abah kalau musim World Cup. Nanti Anna backing abah ye kalau mama marah-marah?" Dan Sharifah Haslina akan menjeling tajam bila diusik begitu oleh suaminya.
Sorakan penyokong mula membingitkan telinga. Anna tersengih-sengih sendiri, bersorak sendirian di dalam hati. Mana Adam punya team ek? Matanya meliar mencari-cari kelibat pemuda yang sudah sekian lama mengajaknya menonton perlawanan bolanya di sekolah. Mana tidaknya, member tu kan striker, mesti la mau orang kesayangan dia tengok dia beraksi di padang. Gerak hati memintanya memandang ke sebelah kiri padang, di mana sekumpulan pemain berjersi merah sedang berbincang sesuatu. Dan bola matanya cekap menangkap sesusuk tubuh tinggi lampai dengan spiky hair yang dirinduinya selama ini.
Anna mencelah-celah di antara orang ramai menghampiri pasukan tersebut. Adam, Anna datang ni, pandangla sini... Bagai mendengar suara hati Anna, anak muda berambut tegak itu menoleh ke kanan, betul-betul ke arah gadis itu. Pada mulanya matanya terbuka besar,seolah-olah tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Kelihatan dia berkata sesuatu pada teman-teman sepasukan sebelum berlari-lari anak ke arah Anna. Wajahnya berseri-seri. "Anna! Semalam Ad ajak datang Anna kate tak mau datang?"
"Eh, tak happy ke Anna datang?"
Adam pantas menggelengkan kepala. Mana mungkin dia tak suka. Sudah jenuh dia memujuk gadis itu menonton perlawanannya sebelum-sebelum ini, namun tidak pernah sekali pun Anna hadir. Malu katanya hendak tiba-tiba menyibuk di sekolah orang lain. "Mestilah happy, Anna ni pun. Barula Ad rasa semangat sikit nak main. Okey Anna, coach dah panggil Ad tu. Jerit nama Ad kuat-kuat ye nanti?" Adam mengenyit mata, tangannya sempat lagi menggosok-gosok kepala anak gadis itu dan terus sahaja dia berlari ke arah pasukannya semula. Anna cepat-cepat mencari tempat duduk yang strategik supaya dia dapat menyaksikan pertembungan dua pasukan itu dengan jelas.
*
Puas hati betul tengok game hari ni. Rasa macam nak suruh diorang main lagi sekali pulak. Anna menyentuh bahagian kerongkongnya. Terasa kering tekak dek menjerit macam orang histeria tadi, sehingga mengundang pandangan pelik seorang pemuda yang duduk di sisinya sepanjang perlawanan tadi. Suaranya naik sekali ganda lagi bila bola sampai di kaki Adam. Selama ni aku dok ingat dia brag aje, rupanya memang Ad mantap yang teramat. Bangga betul aku!
Terasa bahunya ditepuk dari belakang. Anna menoleh pantas, menyangka Adam yang berada di belakangnya. Keningnya terangkat bila mendapati tekaannya tersilap. Mamat yang duduk kat sebelah aku rupanya... "Ada apa? Suka hati je cuit anak dara orang?"
Hampir tergelak juga dia melihat perubahan wajah pemuda itu bila di'sound' begitu, lebih-lebih lagi oleh orang yang tak dikenali. Nasib la, sape suruh gatal touching-touching aku. Bukannya tak buleh kasi salam. "Apa bendanya ni? Apa yang awak nak?"
"Eh, sejak bila kau berbahasa gitu dengan aku, Lisa?"
Ah, sudah! Kawan Lisa ke ni? "Sorry, salah orang. Bye," tuturnya selamba. Habislah aku kena ngan Lisa sebab buat kawan dia macam ni. Dia berpaling untuk mencari-cari Adam. Team dia dah menang besar macam ni, memang wajib belanja aku sarapan pagi. Aku skip sarapan kat rumah sebab dia tau...
"Lisa..." aih mamat ni. Tak reti bahasa ke? Aku bukan Lisa lah! Tapi tak boleh nak salahkan dia jugak. Dah muka kami photocopy aje, kalau orang yang tak cukup kenal memangla tak boleh nak cam. Buat tak tau ajelah, opah dulu pesan jangan cakap dengan orang yang tak kenal. "Lisa, cuba pandang muka aku sekejap. Aku tengah bercakap dengan kau ni."
"Sorry, awak salah orang ni. Kita bukan Lisa...," Anna memandang sekilas lelaki di sisinya. Dia berfikir sejenak. "Lagipun, Lisa mana suka tengok bola. Mana la dia nak datang tempat-tempat macam ni."
Pemuda itu merenung Anna, lama. "Awak ni...takkanla..." Uisk, dia pun dah tukar guna awak dah.
"Anna!" Tuan punya suara itu tidak payah dikenalpasti lagi. Memang dia yang dicari sejak tadi. Selamba sahaja gadis itu dirangkulnya. "Sekolah Ad menang, Anna!"
"Ad, Ad...orang ramai ni. Tak malu betul peluk Anna kat depan orang,," Anna menolak tubuh anak muda itu. "Eii...dahla berpeluh-peluh. Habis Anna yang wangi ni terlekat busuk Ad," dia pura-pura marah. Adam tersengih. Kemudian baru sedar kehadiran anak muda di sisi Anna. "Eh, Johan. Tak perasan pulak aku kau ada. Anna, ni best friend Ad, Johan. Ad ada cerita pasal dia kan kadang-kadang? Johan, ni...."
"Adreanna, panggil Anna aje."
Johan memandang Adam, masih dalam keadaan keliru. "Dam, ni bukan Lisa ke?"
Adam ketawa. "Takkan la aku nak tersilap antara dua awek-awek aku ni kot."
"Tapi kau dengan Lisa kan...kau jangan nak main-main dengan aku, Dam."
Anna sengih. Lucu benar dia melihat keadaan Johan yang seperti tak tentu arah itu. "Johan, ever heard the word triplets?"


The Unspoken I - Intro

As salam semua.
Ada satu perkembangan yang mengejutkan even diri hamba sendiri. Ehee...
Terjumpa kembali kerja-kerja yang lama. I shall call it- the unspoken PART I.
And i will be posting it all in good time.

enjoy.

Sharifah Haslina membuka pintu bilik anak gadisnya perlahan-lahan. Bimbang mengejutkan mereka sekiranya mereka masih tidur. Kemudian dia tersenyum sendiri. Tak mungkin budak-budak berdua tu tidur lagi. Sudah terlatih dari kecil untuk bangun pada waktu  Subuh. Dia menjenguk ke dalam. Matanya singgah pada tubuh seorang gadis yang sedang meniarap sambil membaca sesuatu di atas katil. "Assalamualaikum, mama masuk ye?"

Gadis itu menoleh, terukir senyum di bibir dan mengangguk. Dia bingkas duduk, memberi ruang untuk ibunya duduk. "Apa mimpi mama datang bilik pagi-pagi ni?"

"Tiba-tiba aje mama rasa nak jenguk bilik ni selain dari masa mama nak mengemas," matanya tertancap pada salah satu daripada twin beds di dalam bilik itu, bertentangan dengan katil yang didudukinya. Sudah siap dikemaskan. Selimut sudah elok terlipat dan bantal serta stuffed toys juga tersusun rapi. "Mana Lisa, Anna? Tengah mandi ke?" Tapi tak dengar bunyi air pun dari dalam attached bathroom dalam bilik mereka ni?

Gadis di sisi Sharifah Haslina terjerit kecil dan mula ketawa. Sharifah Haslina memandang anaknya kehairanan. Apa kena anaknya tiba-tiba ketawa tanpa sebab. "Kenapa ni Anna? Apa yang mama cakap..." Kemudian diteliti wajah si anak yang sudah merah-merah mentertawakan dirinya. Pantas peha gadis itu dicubitnya. "Bertuah punya budak! Lisa main-mainkan mama ye? Dah besar-besar macam ni pun perangai tak berubah-ubah lagi."

Lisa tersengih lalu memeluk ibunya, manja. "Saja-saja lah mama. Lagipun lama dah kitorang tak buat macam ni kan? Saja je Anna kemaskan katil Lisa and Lisa lepak kat katil dia. Lagipun kami tau mama nak masuk bilik pagi ni sebab hari ni hari first Anna balik cuti panjang. Dah jadi rutin mama dari dulu, kan?"

Sharifah Haslina menggeleng-gelengkan kepala. Budak-budak bertuah. "Dah tu, Anna nye mana? Menyorok kat bilik air?"

Lisa senyum."Kat padang bola, mama. Nak surprisekan orang."


Saturday, March 28, 2015

FLC - random leaf IV

"Snack plate satu."

"Kak Trish, bukan kita dah makan ke tadi?" Hazwani berbisik sebaik sahaja Batrisya selesai membuat pesanan.

"Sebab tu akak order satu je, kita share, kalau tak satu pinggan untuk akak je," Batrisya tersengih. Dia mengalihkan perhatian kepada cashier di kaunter yang sedang menunggu-nunggu bayaran daripadanya. "Eh sorry dik..terima kasih ya."

"It's refreshing lah kak Trish actually."

"What is?" Batrisya menggigit bun KFC yang memang menjadi kegilaannya sejak dahulu.

"Spending time with co workers after working hours," balas Hazwani. "Selalunya kat tempat kerja rasa macam..." Hazwani cuba memilih perkataan yang sesuai. "...suffocated, sort of. Luar waktu kerja, well, I guess we are all humans after all. Even doctors."

"Tunggu lah sampai awak duduk semeja dengan bosses. They are crazier actually...¦maksud akak, normal lah. Cuma kat tempat kerja memang diorang serius bekerja. Kita deal with lives, Wani,¦" Batrisya menghela nafas.

Hazwani menangga dagu, menanti lagi apa yang bajal keluar daripada mulut Batrisya. Dia sebenarnya sejak awal agak segan dengan Batrisya yang nampak serius dan tidak mengambil peduli hal orang lain sangat. Yang penting tugasnya pada hari itu pasti diselesaikan. Batrisya pernah kata yang dia tidak suka meninggalkan kerja untuk diselesaikan oleh mereka yang oncall, sebab dia sendiri pun pantang bila dibuat begitu. Tapi siapa sangka di luar Batrisya seperti gadis-gadia biasa juga.

"Kadang-kadang kita rasa kerja kita rutin sangat. Pergi kerja, ambil darah, rounds, referrals, darah lagi, requests for imaging, tak tambah lagi kena marah. Selalu juga kita question dalam hati kenapa boss kita bagi order and darah and referral yabg macam-macam. Tapi bila kita berhenti sekejap dan reflect balik, each of our actions ada effects pada patients  bawah jagaan kita. Being a doctor is not about glam and glitters and money," panjang lebar Batrisya mengeluarkan pendapatnya. “Senang macam ni je la Wani, cuba bayangkan setiap pesakit tu adalah ahli keluarga kita...then how would you treat them?”

Berubah wajah Hazwani. “Betul lah kak Trish. When you put it that way, then saya rasa saya tak fair kepada mereka...”

“Rasa incompetent kan? That’s how I feel too mula-mula. Tapi awak ada options- untuk terus menerus being unfair and ignorant and self pitying...atau upgrade yourself slowly. Akak rasa bosses faham yang Wani ni masih nak membiasakan diri, tapi something has got to change over time.”

“Saya rasa saya faham dah kak Trish,” Hazwani tersengih. Terasa mendapat suntikan semangat pula. Matanya terbeliak tiba-tiba. “Kak Trish ni! Kata nak share, dah tinggal tulang dah ayam-ayam tu!”

Batrisya terpinga- pinga. Tak sedar pula dia telah menghabiskan dua ketul ayamnya. “Tu la, asyik sangat bercerita, akak pun tak perasan,” dia tergelak untuk melindungi rasa bersalah kononnya. “Wani, kita balik lah ya. Esok nak start awal kan? Akak pergi basuh tangan dulu.”

Fikiran Hazwani melayang memikirkan apa yang menantinya pada esok hari di hospital. Hatinya mula terasa berat mengenangkan senarai pesakit yang perlu diambil darah, lebih-lebih lagi ada beberapa orang yang ternyata sukar untuk dicari pembuluh darahnya.

“Dah habis makan ye? Lama lagi tak? Ada orang tak lepas ni? Tempat lain dah penuh.”

Hazwani tertegun mendengar suara lelaki yang tiba-tiba menerjah ke gegendang telinganya. Dia mengangkat muka. Dua orang anak muda berdiri di sisi mejanya dengan dulang di tangan masing-masing. “Em...dah habis dah. Boleh, duduklah. Kitorang pun dah nak balik dah.” Hazwani mengambil beg tangannya daripada kerusi di sebelahnya.

Salah seorang anak muda itu mengambil tempat di sisi Hazwani, seorang lagi meletakkan dulang di kerusi bertentangan dengan temannya. “Kitorang? Bukan seorang je ke ni?” Ramah pula lelaki di sebelahnya bertanya.

Salam pagi Ahad.
short, random leaf :-)
A continuation from random III.

@-@-@-@

“Kawan saya pergi basuh tangan kejap...”Hazwani menjenguk ke arah sinki. Batrisya masih lagi di situ.

“Eh, ha ah juga. Meor, aku pergi cuci tangan kejap. Tengok-tengokkan makanan aku,” lelaki di sisi Hazwani bergegas bangun menuju ke sinki.

“Kawan saya tu memang ramah terlebih,” Meor memberi penjelasan tanpa diminta. Dah jadi habit agaknya. Lagi-lagi bila dia lihat gadis itu seperti blur sahaja.

Hazwani tersenyum kecil. “Tak apa.” Dan sebelum sempat dia menahan diri, mulutnya terlebih dahulu bertanya. “Nampak macam tak sihat je?” Aduh...Hazwani perasan sejak dia bergelar medical student, dia jadi lebih sensitif pada well being orang lain.

Meor mengangguk. “Pandai teka. Demam dari semalam. Dah ke klinik tadi. Suspek denggi. Dah ambil darah.” Pendek-pendek penjelasan Meor. Dia malas hendak bertanya lebih bagaimana Hazwani boleh mengagak dia tidak sihat dan dia malas hendak bercerita panjang. Badannya sudah mula terasa lesu semula.

“Oh...” Hazwani cuba mengingat apa nasihat yang diberikan pada pesakit denggi setiap kali. “Banyak-banyak rest dan minum air lah ya.” Dari ekor matanya, dia nampak Batrisya sudah berjalan menuju ke arah meja mereka semula. “Oklah, saya gerak dulu. Take care. Assalamualaikum.”

Meor menjawab di dalam hati. Dia memerhatikan gadis tadi menyertai temannya selang beberapa meja daripada meja mereka tadi dan kedua-duanya menuju ke pintu kaca. Ada sesuatu yang familiar tentang teman gadis itu (dari jauh, sekurang-kurangnya), tetapi Meor tidak dapat memastikan apakah perkara yang membuat dia berasa begitu. Satu tepukan hinggap di bahunya.


“Tenung anak dara orang tak berkelip. Dah, jom makan.”

Wednesday, March 25, 2015

FLC - random leaf III

Dear readers,
enjoy :-)

Danial mengetuk-ngetuk pintu bilik rakan serumahnya, masih tidak berputus asa walaupun sudah hampir 5 minit dia berbuat begitu tanpa jawapan. Dalam hati sudah terselit rasa risau.

Dia pulang ke rumah petang tadi, keadaan rumah masih sama seperti keadaan yang dia tinggalkan pagi tadi sebelum ke tempat kerja. Danial berkira-kira untuk ke luar rumah semula namun terhenti apabila asap fogging memenuhi porch rumah sewa mereka. Kebelakangan ini kerapnjuga orang-orang kesihatan datang. Sempat satu hari itu Danial berborak dengan salah seorang inspektor kesihatan. Katanya kes denggi memang berleluasa kebelakangan ini dan semakin bahaya.Dia menyentuh hood kereta Satria Neo kepunyaan Meor.

Sejuk.

"Woi Meor! Kau ada tak dalam tu?" Danial mengetuk lagi.

Senyap.

Danial teringat Meor ada menyebut yang dia dah terasa kurang sedap badan malam tadi. Sendi-sendi seluruh badan terasa seperti mahu tercabut. Tapi tidaklah dia memberi perhatian sangat, sangkanya biasalah bila tidak sihat satu badan akan terasa sengal-sengal juga. "Meor!"

Tidak ada cara lain, Danial menggunakan kunci spare bilik Meor yang memang sudah berada dalam tangannya sejak tadi.

Gelap. Hanya beberapa jaluran cahaya senja menyelinap masuk ke dalam bilik temannya itu. Tubuh Meor meringkuk di atas katil bujang menghadap dinding, dilitupi selimut tebal. Sesekali pemuda itu terbatuk-batuk.

"Weh," Danial meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Meor. "Kau demam teruk ni. Dah ke klinik belum?" Dibalas dengan bunyi mendengus daripada dalam selimut. "Bangun cepat, aku bawak kau pergi klinik. Boleh pulak senyap je kat rumah ni. Kalau lah aku balik kampung dua tiga hari memang dah mati kejung kau kat sini tak ada orang perasan," Danial menarik selimut dan membantu temannya untuk bangun dari katil.

"Berapa hari dah demam ni?"

"Daripada malam semalam," Meor menjawab. Dah segar sedikit selepas kepalanya dijirus air oleh Danial sebelum mereka keluar. Mulanya mereka berkira-kira untuk ke klinik berbayar, kemudian Danial mencadangkan mereka ke klinik kerajaan sahaja. "Rupanya ada ek klinik kesihatan yang still operating malam-malam macam ni?"

Doktor perempuan di belakang meja itu senyum dan mengangguk sambil menulis sesuatu. "Extended hours. Kira macam overtime la. Tapi sampai pukul 10 je."

"Tak apalah…masyuk apa. Lagi banyak daripada kami punya rate overtime surely," ramah pula Meor berbual.

"I'd rather have my time," doktor itu tergelak. "…ok, selain daripada demam ada apa-apa lagi tak?"

Beberapa minit seterusnya terisi dengan sesi soal jawab antara mereka berdua dan pemeriksaan ringkas ke atas Meor. "Sounds macam viral fever to me, tapi since encik kata kawasan rumah encik memang hot spot for dengue, ada kemungkinan ini simptom awalnya. We'll have you monitored. Encik pergi ambil darah di bilik 17, lusa pagi datang balik untuk repeat darah. In the meantime banyakkan minum air, cepat- cepat ke hospital kalau mula ada sakit perut, muntah-muntah, cirit birit…" panjang lebar doktor bernama Barbara itu memberi penerangan. Kemudian dia menghulurkan borang darah kepada pemuda itu-tanda konsultasinya sudah berakhir.

"Lamanya kau dalam tu. Aku dah risau yang bukan-bukan je tadi," Danial mengomel sebaik sahaja Meor melangkah keluar dari bilik 17 sambil menekap tempat dia dicucuk untuk mengambil darah tadi. Meor mencebik. Danial ni kalau diberi peluang membebel, memang kalah ibunya.

"Jomlah. Bawa aku makan.  Lapar gila tak jamah apa pun dari malam tadi."

"Ke mana kita?"

Kala itu televisyen di ruangan menunggu menayangkan promosi terbaru set-set makanan di KFC. Mereka saling berpandangan.

"Jom."

Sunday, March 22, 2015

FLC - random leaf II

Another short entry, sambungan dari previous leaf.
Enjoy.


"…6.30 pagi dekat wad?" Hazwani membeliakkan matanya. Terhenti suapannya di tengah jalan. Sudu berisi nasi goreng nanas itu diletakkan semula di pinggan. "Biar benar kak Trish? Kak Trish pun datang 7 lebih apa…kenapa pula saya nak datang tengah-tengah pagi buta tu?"

Sebab aku boleh settle kan kerja aku before 8, and kau tak boleh? Batrisya memaksa senyum. "Awak tanya pendapat akak kan? Salah satu caranya itu lah. Awak datang awal, ada masa lebih nak ambil darah, sempatla nak review patient sebelum MO datang."

Hazwani termenung. "I really can't get the hang of it lah kak Trish. This job I mean. Masa belajar dulu seems fun."

"Sebab kita tak ada tanggungjawab lagi masa tu atas sesiapa. Awak dah nak masuk dua minggu Wani, minggu depan dah off tag and nak kena start oncall. Nak tak nak memang kena improve. Jadi lebih proaktif."

"Alamak…" Hazwani mula kecut perut. "Kak, saya darah pun terkial-kial lagi, ABG pun belum pass…"

"Memang awak kena usaha sikit Wani…akak boleh beri guide apa yang awak boleh buat untuk improve. Tapi in the end, usaha untuk improve itu kena daripada awak," peanut butter milk shake di hadapannya dihirup penuh nikmat. "Its a process yang kami semua lalu. Do what you have to do to survive."

"Its really different dengan apa orang expect ya kak Trish…" Hazwani menyambung suapan. 

Batrisya tergelak. "Betul. You are on your own actually. Colleagues ramai boleh bantu tapi in it all depends on you in the end. Thats how life is."

"Kak Trish ni bercakap macam orang tua pula," Hazwani senyum lucu. "Tapi betul lah apa yang kak Trish cakap tu." Kemudian wajahnya berubah riak. Risau kembali. "Maybe saya tak sesuai dengan job ni lah kak Trish. Saya tau it is going to be tough, tapi the long hours, expectations, kena marah, have to study tons of stuff eventhough dah lepas U days…"

This is going to be long, Batrisya mengerling waktu yang tertera di pergelangan tangan kanannya. Hampir pukul 7 petang. "Wani ada nak rushing ke mana-mana ke?"

Hazwani menggeleng kepala, mulutnya sibuk mengunyah. 

"Jom ke surau. Nanti lepas maghrib kita sambung balik borak."



Thursday, March 19, 2015

FLC - random leaf I

As salam. 
Oleh kerana hamba berada di kampung seminggu ini, line internet xberapa nak memihak kepada hamba. But do enjoy the random leaves.

-msteja

Apakah cara yang terbaik sekali untuk jadi 'allergic' atau 'anti' terhadap sesuatu lagu? 

Jadikan lagu tersebut sebagai ringtone dari hospital, yang akan berbunyi tanpa belas kasihan sewaktu oncall. Batrisya pernah rasa mahu pitam apabila terdengar lagu itu ketika dia sedang bercuti-sebelum dia menyedari yang lagu itu daripada telefon bimbit abangnya. Salah seorang rakan Batrisya meletakkan ringtone 'What do you want from Me?'nyanyian Adam Lambert.konon sebagai tanda protes. 

Lagu itulah yang sedang bermain dalam kepalanya ketika dia dihampiri seseorang.
"Kak Trish…" Hazwani, fresh grad yang baru beberapa minggu menyertai posting medical di wad itu menghampiri Batrisya, dengan wajah sugul. Macam hendak menangis pun ada. Batrisya berhenti menulis sesuatu pada case sheet patient dan menopang dagu, menanti apa yang hendak dikatakan oleh gadis itu. Jam menunjukkan pukul 4.00 petang, waktu kegemarannya kebelakangan ini.

"Ok ke Wani? Ada apa-apa yang boleh dibantu?"

"Rasa useless lah kak Trish," Hazwani seperti mahu menangis. "I can't do anything right!" Suaranya diperlahankan untuk mengelakkan perbualannya dengan Batrisya didengari oleh orang lain barangkali.

"Elaborate sikit Wani. General sangat tu," Batrisya sudah boleh mengagak pun apa yang hendak Hazwani adukan. Kerana bos-bosnya sudah beberapa kali meninggalkan pesan kepadanya selaku 'penghulu wati' wad memandangkan dia yang paling senior di situ dan bakal menghabiskan posting medical dalam dua minggu sahaja lagi.

"Tengok-tengokkan sikit adik you tu Trish. Nak kena buckle up. You dengan Wan dah nak habis. Nanti tinggal dia je pening kitorang," Dr Dahlia, pakar in charge dalam wad mereka sempat berpesan ketika rounds pagi semalam.

"I understand that it takes some time to settlekan blood taking yang berlambak pagi-pagi, but she has to do something lah. Datang lagi awal ke, apa ke…ni kitorang datang untuk rounds, ada 2/3 darah lagi yang belum ambil," Batrisya angguk sahaja bila Dr Nathan, yang berpasangan dengan Hazwani dalam kubikel yang sama, memberitahu ketika mereka berdua sedang menyediakan barang-barang untuk melakukan pleural tapping minggu lepas. "Macam mana kita nak buat teaching untuk dia masa rounds if she is not there?"

"Macam…semua saya buat jadi tak betul. Blood taking saya tak laju macam Kak Trish dengan Wan. Nak refer pada team lain pun tak lancar macam korang lagi. Patient kat kubikel sendiri pun tak dapat nak ingat semua lagi. Tak sempat nak review patient yang baru masuk malam sebelumnya. Dr Nathan dah berapa kali macam sabar je dengan saya kak Trish…"

Batrisya tidak terus menjawab. Dia ada juga membuat pemerhatiannya sendiri terhadap Hazwani. "Macam ni lah Wani, lepas kerja ni jom minum dengan Kak Trish kejap. Kita borak panjang sikit."

Hazwani kelihatan cemas tiba-tiba. "…saya banyak lagi benda tak siap kak Trish. Ada darah tak settle lagi, discharge summary patients tak siap lagi…"

Batrisya mengira sehingga sepuluh di dalam hati seperti mana yang diajar oleh abangnya, untuk mengawal panas baran yang kadang-kadang di luar jangkaan. "Well, shouldn't you get started now?"

Friday, March 13, 2015

FLC I - 2nd half of the 4th leaf

Salam hujung minggu dan permulaan cuti sekolah. 
Enjoy the morning with the last installment (for now) of Four Leaf Clover.

-msteja

(2)
"You okay?"

Batrisya masih lagi tunduk sambil menekup wajah dengan kedua-dua tangannya. 'This whole evening is a joke!' Tukas suara hatinya.

"Still tak percaya lagi?"

"Please. Sakit kepala ni."

Keluar sahaja dari ICU, Batrisya bertapa seketika di dalam tandas. Setelah puas menangis di dalam tandas, dia terlelap di dalam surau pula. Bangun-bangun tidur dia bingung seketika, mengingatkan semula mengapa dia berada di surau. Kemudian dia teringat, dan air matanya mengalir semula. Selepas setengah jam baru dia kuat melangkah keluar dari dalam surau. Dia tak ingat banyak pun apa yang terjadi selepas itu cuma sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan wad Anusha. 

Wad lama Meor...

Okay, tak ada faedah sebenarnya dia berada di sini. Dah nak dekat Isyak dah pun ni. Lebih baik dia pergi cari makan dan pulang ke hostel...dan...tidur. Batrisya mengatur langkah ke hadapan lif semula.

Pintu lif terbuka, diiringi dengan gelak tawa tiga orang lelaki yang berada di dalamnya. Ketiga-tiganya memakai baju hijau dan tag pada pergelangan tangan- tanda mereka masih dirawat di hospital. Dari hospital mart lah agaknya, Batrisya mengagak daripada beg-beg plastik berisi minuman dan bungkusan roti. Iyalah, bosan juga jadi pesakit tak boleh ke mana-mana.

"Doktor," salah seorangnya menegur, mesra. Dalam lingkungan 40-an mungkin. Batrisya mengangkat muka dan tersenyum kecil sebagai balasan kepada sapa-an pesakit itu. Dua orang pesakit lagi di belakangnya hanya tersengih. Seorang itu lebih kurang baya pesakit pertama tadi, yang seorang lagi…mungkin dalam baya-baya Batrisya juga. Mungkin ini hanya ilusi sahaja tetapi Batrisya perasan yang wajah pesakit yang paling muda itu saling tak tumpah seperti Meor Hanafi. Even the smile. Kalaulah bibir yang tersenyum itu milik Meor dan boleh mengungkapkan namanya.

"Trish."

Yeah, exactly like that.

Wait.
What?

Pemuda berwajah Meor itu berkata sesuatu kepada dua temannya sebelum mereka berdua berlalu untuk kembali ke wad. Batrisya masih kaku di situ. Dalam kepalanya mula memainkan kembali segala yang berlaku sejak petang tadi.

"Trish…" pemuda itu mengalihkan perhatiannya kepada Batrisya semula. "Whoa,whoa, whoa!" Cemas melihat Batrisya tersedu-sedu. Baru je sepuluh saat tinggal dah jadi macam ni tiba-tiba.

"You were supposed to be dead!"

"What? Alive and kicking ni!"

It is him…
"I thought you were dead! I pergi ICU petang tadi…and…and…." Batrisya tidak dapat meneruskan kata-katanya. Meor cepat-cepat menarik gadis itu ke deretan kerusi di ruang menunggu yang disediakan untuk para pelawat. Sekurang-kurangnya tak ada orang di situ.

"Okay…cuba bagitau apa jadi?" Lembut Meor bertanya. Batrisya menceritakan semuanya, disulami tangisan. Beberapa kali dia terhenti, dan memandang lama wajah lelaki itu, seolah-olah masih belum percaya yang di hadapannya adalah Meor Hanafi. Yang masih bernafas.

Giliran Meor pula mengisahkan apa yang terjadi selepas Batrisya melawatnya di ICU tempoh hari. "Malam tu sebenarnya saya dah transfer ke wad biasa semula. They needed bed apparently. Another serious dengue case. Memandangkan kata mereka saya dah out of critical phase, its okay untuk saya dipantau di wad biasa. Trish, saya tak tahu macam mana nak beritahu awak pun...anyhow...I'm sorry for the guy though..."

Batrisya diam.

"You okay? Still tak percaya lagi?" Meor senyum. "And no, saya tak ada anak kecil."

Batrisya mengabaikan nada usikan dalam suara Meor. "This must be a nightmare. Agak-agak boleh EL tak esok. Sakit kepala..."

"Dialu-alukan. Boleh lah temankan saya the whole day esok. Boring duduk hospital ni bila badan dah agak segar. Darah pun dah start okay, sekarang ni cucuk dua kali sehari je dah. Masa kena empat kali sehari kena ambil darah tu saya dah pasrah dah,"becok pula mulut Meor ni.

Batrisya memicit-micit kepalanya. Dia bukan bergurau. Kepalanya memang rasa macam mahu pecah. I need a hot bath and a good sleep. "Saya nak balik, Meor. Awak pun better balik wad juga. Nanti misi ingat awak abscond pula."

Meor kelihatan seperti hendak berkata sesuatu tapi menukar fikirannya. "Okay," dia berdiri. Namun selepas dua tiga langkah dia memusingkan tubuhnya menghadap Batrisya. "But tell me, why did my 'death'," Meor membuat isyarat inverted comma dengan jari-jarinya. "....upset you so much?"

Mata mereka bertentangan untuk seketika. Dalam jarak beberapa meter itu, Meor dapat mengesan yang mata Batrisya mula berkaca semula dan serta merta dia jadi kesal menanyakan soalan tadi. 

"Do you...even have to ask?"