Tuesday, April 27, 2010

30(2)

Zul meletakkan skuter biru kesayangannya di tepi kereta ibunya dengan berhati- hati. Pukul 10.30 malam. Dia baru pulang daripada perbincangan dengan rakan- rakan sekelasnya di perpustakaan. Helmet ditanggalkan. Rambutnya yang sudah penyek itu dibetul- betulkan. Gerakan tangannya terhenti apabila telinganya menangkap bunyi dari halaman rumah. Sebetulnya, dari taman kecil hasil tangan ibunya.

Dia mencapai semula helmet dari atas skuter. Boleh dijadikan senjata. Dikerling ke arah rumah.Bunyi televisyen, berselang seli dengan suara ibu dan ayahnya berbual. Sekali sekala terdengar Cik Izah menyampuk.  Mereka masih belum sedar kepulangannya. Memang dia biasanya akan mematikan enjin skuter di luar rumah sebelum menyorong masuk ke dalam. Tak mahu mengganggu isi rumah. Hendak membeli skuter itu dulupun punya lah susah. Adila mati- mati menentang. Iyalah, dia kan mempunyai sejarah kemalangan melibatkan motor dahulu.

Perlahan- lahan dia menapak ke arah halaman tepi rumah. Terdengar bunyi besi buaian berkeriut. Menyirap darahnya. Jantungnya sudah terasa dekat sangat dengan telinga. Okay…okay…. Tenang… buaian ada dekat center of the small garden.  So, kalau dia mengintai dari hujung dinding sana, sepatutnya dia boleh mengintai siapa yang ada di buaian. Zul tahu pemikirannya terlalu ringkas, tapi itu sahaja yang dia mampu fikirkan pada waktu ini.

Lampu laman terbuka tiba- tiba, membuatkan Zul melompat. Dia mendengar sliding door tepi yang menghala ke laman (dan juga buaian) dibuka. Dia cemas. Kenapalah diorang ni tak boleh duduk dalam diam- diam. Tak jadi dia hendak mengintai secara senyap, terus dia meluru ke tepi rumah.

“Oh mak kau!! ZUL!! Apa kau buat main senyap- senyap macam tu?!!” suara Cik Izah bergema membelah hening malam, menghentikan langkah Zul. Nafasnya berat. Tekaknya kering. Dia merenung ke arah buaian, anak matanya mula mengecil dek kehadiran cahaya. Dan…

Zul tiba- tiba rasa nak marah. Helmet dicampak ke tanah. Pantas kakinya melangkah ke buaian. Dan orang di atas buaian itu, pastinya. “Eh, Zul…!” panggilan Cik Izah tak dipedulikan.

“Aku nyaris nak bunuh kau, tahu?”  Zul menampar belakang kepala Daniel. Geram. Diganti pula dengan perasaan aneh. Daniel tidak bereaksi.

“Zul, bawa Daniel masuk.” Suara Jazid. Zul memandang temannya yang tunduk sejak tadi.

“Bro, masuk. You heard my father.”