Friday, January 15, 2010

30 (1)


Ikmal bergegas memanjat tangga apabila mendengar bunyi bising daripada tingkat atas. Tak lain tak bukan di bilik Daniel lah. Siapa lagi yang tinggal di rumah 2 tingkat itu. Kencang jantungnya berdegup bila tiba di anak tangga yang atas sekali. Iya, dia bukannya muda lagi. Dan juga kerana bunyi yang kuat itu... adalah seperti bunyi kaca pecah. Apa pula yang anak bujangnya buat kali ni.

"Neil!" Ikmal mengetuk- ngetuk pintu bilik Daniel. "Neil, buka pintu. Apa yang bising tu?"

Senyap.

"Neil!" Ikmal menguatkan suara. "Buka pintu!"

Masih tiada jawapan.

Ikmal berlari ke bilik tidurnya untuk mengambil set kunci rumah. Tiba- tiba bunyi muzik yang kuat menggegarkan rumah itu. Daripada set stereo di bilik Daniel. Ikmal mempercepatkan tindakannya. Kali terakhir dia mendengar seisi rumah hampir runtuh dek gelombang bunyi adalah ketika Daniel memencilkan diri waktu Zul kemalangan dahulu.

Apa pula kali ini...?

"... Astaghfirullah...Daniel!" Ikmal meluru ke arah anak lelakinya. Daniel sedang duduk di atas lantai di hujung katil. Wajahnya ditelangkupkan di atas lengan yang memeluk lutut.

Kaca bertaburan di lantai. Cermin meja solek yang terletak bersebelahan dengan almari baju sudah tiada rupa cermin lagi. Dan tangan dan lengan dan Tshirt Daniel dipenuhi darah.

"Neil!" Ikmal terduduk di hadapan Daniel. Tangannya memegang sisi kepala Daniel, dan diangkat wajah anaknya itu. "Neil, papa ni Neil! Cakap dengan papa Neil! Apa dah jadi?"

Daniel bagaikan tersedar dari mimpi. Namun dia tidak bersuara. Hanya memandang bapanya tanpa kata. Sinar matanya entah ke mana. Merenung mata Daniel seperti mengintai jauh ke dalam gaung yang dalamnya tak dapat nak diduga.

"First let me see your injuries..." Ikmal menarik tangan anaknya. Buku lima kanan Daniel luka teruk. Ada sisa- sisa cermin juga yang melekat. Ada yang dalam juga. Belah kiri tiada apa-apa, cuma tercemar dengan darah dari belah kanan. Dia memeriksa kaki Daniel pula. Ada sedikit luka kerana terpijak serpihan- serpihan di atas lantai "Damn..." Ikmal berbisik perlahan supaya tidak sampai ke telinga Daniel. "Neil, papa kena bawak Neik pergi hospital ni. Tak boleh biar lama- lama Neil luka macam ni. Nanti kena jangkitan. Kita pergi bersihkan dan jahit yang perlu ya Neil?" perlahan- lahan dia membantu Daniel bangun. Berat lah Daniel, tolong lah papa ni!

Sampai di muka pintu, Daniel seolah- olah hilang tenaga, tubuhnya menjadi lebih berat. Ikmal tak dapat nak menampung tubuh anaknya lagi. Dan mereka sama- sama terduduk di depan pintu.

"Neil...jangan buat papa macam ni... jom kita pergi klinik...bahaya biar lama-lama macam ni..." Ikmal betul- betul risau. Mujur dia ada di rumah, kalau dia tiada macamana?

"Papa...." buat kali pertama sejak tadi Daniel bersuara.

"Neil..." Ikmal mengusap rambut anaknya. Menanti apa yang mahu dikatakan. Namun dia terperanjat besar apabila melihat air mata keluar berjurai- jurai membasahi pipi Daniel. "Neil! Kenapa ni?!" Ya Allah...kenapa dengan anak aku ni.... Pada waktu seperti ini, dia betul- betul mengharapkan yang isterinya masih hidup lagi.

"Papa..." suara Daniel antara dengar dan tidak sahaja disebabkan sendu. "....papa....Neil ni anak siapa sebenarnya pa? Neil... Neil anak kandung papa ke?"
_______________________________________________________________________________
Banyak pula drama kali ini ya :)
Sambil- sambil kita layankan Meet Uncle Hussein AJL 24 Drama King
Selamat membaca!

3 comments:

epyelina87 said...

curious...
jngan daniel adik bradik ngn lena...
crta ni bnyak kejutan...
hmmm best2x...

nia said...

cis cis.awal2 ingat zul abg lena.lupa pulak yg neil tu pun mixed jugak..saspen je.hahaha

bulanhijau said...

hmmm..
daniel bukan ikmal's biological son ke??