Friday, January 15, 2010

30 (1)


Ikmal bergegas memanjat tangga apabila mendengar bunyi bising daripada tingkat atas. Tak lain tak bukan di bilik Daniel lah. Siapa lagi yang tinggal di rumah 2 tingkat itu. Kencang jantungnya berdegup bila tiba di anak tangga yang atas sekali. Iya, dia bukannya muda lagi. Dan juga kerana bunyi yang kuat itu... adalah seperti bunyi kaca pecah. Apa pula yang anak bujangnya buat kali ni.

"Neil!" Ikmal mengetuk- ngetuk pintu bilik Daniel. "Neil, buka pintu. Apa yang bising tu?"

Senyap.

"Neil!" Ikmal menguatkan suara. "Buka pintu!"

Masih tiada jawapan.

Ikmal berlari ke bilik tidurnya untuk mengambil set kunci rumah. Tiba- tiba bunyi muzik yang kuat menggegarkan rumah itu. Daripada set stereo di bilik Daniel. Ikmal mempercepatkan tindakannya. Kali terakhir dia mendengar seisi rumah hampir runtuh dek gelombang bunyi adalah ketika Daniel memencilkan diri waktu Zul kemalangan dahulu.

Apa pula kali ini...?

"... Astaghfirullah...Daniel!" Ikmal meluru ke arah anak lelakinya. Daniel sedang duduk di atas lantai di hujung katil. Wajahnya ditelangkupkan di atas lengan yang memeluk lutut.

Kaca bertaburan di lantai. Cermin meja solek yang terletak bersebelahan dengan almari baju sudah tiada rupa cermin lagi. Dan tangan dan lengan dan Tshirt Daniel dipenuhi darah.

"Neil!" Ikmal terduduk di hadapan Daniel. Tangannya memegang sisi kepala Daniel, dan diangkat wajah anaknya itu. "Neil, papa ni Neil! Cakap dengan papa Neil! Apa dah jadi?"

Daniel bagaikan tersedar dari mimpi. Namun dia tidak bersuara. Hanya memandang bapanya tanpa kata. Sinar matanya entah ke mana. Merenung mata Daniel seperti mengintai jauh ke dalam gaung yang dalamnya tak dapat nak diduga.

"First let me see your injuries..." Ikmal menarik tangan anaknya. Buku lima kanan Daniel luka teruk. Ada sisa- sisa cermin juga yang melekat. Ada yang dalam juga. Belah kiri tiada apa-apa, cuma tercemar dengan darah dari belah kanan. Dia memeriksa kaki Daniel pula. Ada sedikit luka kerana terpijak serpihan- serpihan di atas lantai "Damn..." Ikmal berbisik perlahan supaya tidak sampai ke telinga Daniel. "Neil, papa kena bawak Neik pergi hospital ni. Tak boleh biar lama- lama Neil luka macam ni. Nanti kena jangkitan. Kita pergi bersihkan dan jahit yang perlu ya Neil?" perlahan- lahan dia membantu Daniel bangun. Berat lah Daniel, tolong lah papa ni!

Sampai di muka pintu, Daniel seolah- olah hilang tenaga, tubuhnya menjadi lebih berat. Ikmal tak dapat nak menampung tubuh anaknya lagi. Dan mereka sama- sama terduduk di depan pintu.

"Neil...jangan buat papa macam ni... jom kita pergi klinik...bahaya biar lama-lama macam ni..." Ikmal betul- betul risau. Mujur dia ada di rumah, kalau dia tiada macamana?

"Papa...." buat kali pertama sejak tadi Daniel bersuara.

"Neil..." Ikmal mengusap rambut anaknya. Menanti apa yang mahu dikatakan. Namun dia terperanjat besar apabila melihat air mata keluar berjurai- jurai membasahi pipi Daniel. "Neil! Kenapa ni?!" Ya Allah...kenapa dengan anak aku ni.... Pada waktu seperti ini, dia betul- betul mengharapkan yang isterinya masih hidup lagi.

"Papa..." suara Daniel antara dengar dan tidak sahaja disebabkan sendu. "....papa....Neil ni anak siapa sebenarnya pa? Neil... Neil anak kandung papa ke?"
_______________________________________________________________________________
Banyak pula drama kali ini ya :)
Sambil- sambil kita layankan Meet Uncle Hussein AJL 24 Drama King
Selamat membaca!

Friday, January 8, 2010

29(2)


"Eh, dah balik dah kau. Tak dengar bunyi kereta pun?"

Hampir melompat Helena bila disergah Zul sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. "Bagilah salam dulu kalau iya pun!"

"Macam kau kasi salam je nak masuk rumah."

"Aku dah kasi salam siap bunyikan loceng lagi okey," Helena meletakkan beg- beg berat yang membuatkan bahunya terasa mahu patah ke atas lantai. Lepas ni harus keluar semula nak ambil barang selebihnya. "Faiz dah balik?"

"Lewat sikit. Mak dengan ayah aku ke sana nak fetch dia. Kenapa banyak sangat barangnya? Kau kena kick out dari sekolah ke? Macam nak pindah!"

Kenapa mulut kau tak berhenti bercakap? Sejak bila fius berat mulut kau putus? "Kan akhir tahun dah. Next year mungkin masuk dorm lain pula. Kenalah bawa balik semua barang semula." Apa kata daripada kau membebel di situ kau tolong aku bawa masuk barang kat luar tu?

Zul menjenguk ke luar pintu. "....Ya Rabbi....dibiarkan aja kat depan tu...." terkedek- kedek dia keluar dengan baju melayu berwarna turqoise dan berkain pelikat campuran biru dan coklat, dengan songkok hitam yang sengaja dipakai ke belakang sedikit supaya tersembul jambulnya. Dan terkedek- kedek juga Zul masuk semula, penug tangannya dengan baldi berisi toiletries, baju-baju kurung berbalut plastik yang tergantung di hanger dan dua beg kecil berisi....er....miscellaneous. Comel pun ada."Nak letak mana ni?"

Pada mulanya Helena tergamam tak tahu nak kata apa. Tak pernah langsung Zul bermurah hati ringan tangan nak membantunya selama ini. "Apa kau buat ni... letak je lah. Nanti aku reti lah bawak masuk sendiri..." karang ungkit aku buli anak majikan la...orang gaji tapi tak reti nak urus barang la... Terkocoh- kocoh Helena mengheret masuk barang di tangannya ke dalam bilik lantas meluru keluar semula untuk mengambil barang- barang dari tangan Zul. Berpeluh- peluh gadis itu. Senaman ringan bercampur cuak dengan Zul yang seperti buang tebiat.

"Kalut lah kau," Zul ketawa ketika menyerahkan barang- barang kepada gadis itu. Naik meremang juga bulu roma Helena. Tiba- tiba terasa dia berhadapan dengan orang asing.

"Alien mana yang culik Zul dan letak kau jadi proxy?" tanpa dapat ditahan Helena bertanya juga.

"Amboi. Aku boleh jadi charming la kalau aku mau. Tak charming ke aku?" Zul tersengih sambil berpaling untuk menutup pintu. "Cik Izah tengah kemas bilik Faiz kat atas, in case..." eh...dah hilang dah budak ni. Macam lipas putus kaki dia lari masuk bilik.

Helena terbaring di atas katil dengan dada berdebar dan wajah yang terasa hangat. Apa kena dengan Zul tadi? Terbayang anak muda itu semula. Baru balik solat Jumaat la siap berbaju Melayu tu. Tapi kenapa pergi Jumaat pun bergaya semacam? Macam nak pergi ngurat anak dara sunti Tok Imam.

Pandai-pandai je kau kata dia bergaya Lena. Biasa lah pakai gitu untuk ke masjid. Apa yang peliknya?

Jantungnya sudah pelik satu macam.

Okay. Dia patut pergi mandi. You know...to cool it off. Ni mesti sebab panas ni.

____________________________________________________________________

Dah lama tak menulis tentang Zul-Lena pairing. Excited pula!

Thursday, January 7, 2010

29 (1)


"Kau gaduh dengan Daniel ke, Lena? Lama aku tak nampak kau occupied hujung minggu. Biasa kalau nak jumpa kau weekend memang susah."

Helena menggolekkan badannya ke kiri. "Tak lah... tak gaduh pun. Tak ada apa- apa berlaku."

Tengku Nadia menggaru- garu kepalanya. Selamba saja Helena menconquer katilnya, sedangkan dia sendiri, tuan punya katil duduk membaca buku di lantai sejuk. "Dah tu? Kenapa macam nampak kau tak tentu arah je?"

"Aku ni macam banyak menyusahkan orang je kan?"

Nadia merengus. Tak habis- habis lagi? "Apa pulak ni Lena? Bukan kau dah selesai ke dengan family Zul tu?"

"Daniel kena tegur dengan ayah dia sebab selalu sangat jenguk aku kat sini dan abaikan pelajaran dia."

"So? Silap dia lah."

Ish. Tengku Nadia ni memang tak berbelas kasihan langsung lah. "...sebab itu lah."

"Len...berapa kali aku nak kena cakap. Kau tak susahkan sesiapa. You did your part. Dan bukannya as if kau kantoi gila- gila Add Maths ke apa yang dia nak kena travel jauh- jauh nak tutor kau. Dia sendiri yang cari susah sendiri. As if tak cukup orang pandai kat sekolah ni, tak cukup cikgu. Alasan dia je tu Lena. Sebenarnya dia nak jumpa kau je."

Helena terkebil- kebil.

Kenapa budak ni slow sangat? Tengku Nadia give up sahaja. "Dah clear dah conscience kau? Study lah. Ke kau pun nak kena ada Daniel jugak baru boleh study?" Dia menyelak helaian buku Sejarah Tingkatan 5 itu ke muka surat seterusnya. Sambil- sambil itu matanya mengintai reaksi Helena.

.....

Kenapa pulak budak ni sembam muka kat katil?

Bilik ni panas sangat ke sampai telinga dia merah?

.....

"Len!!!" spontan dia memukul belakang Helena yang sedang tersembam itu dengan buku di tangan.

"Apa...?"antara dengar dan tidak saja suara Helena.

"Sejak bila?"

"Sejak bila apanya??" Helena mengangkat muka. "Cuba kalau tanya tu penuh- penuh sikit."

"Tak payah lah nak berdolak dalik Lena. Macam mana kau boleh tersangkut dengan Daniel? Sebab dia baik pada kau?"

"Kenapa kau tanya macam it's a bad thing?" Sedikit kecil hati dengan pertanyaan Tengku Nadia.