Friday, May 7, 2010

30 (3)

“Tak nak ucap pada aku ‘welcome to the club’?”

Lama Zul mendiamkan diri. Apa yang datang dari mulut Daniel…. Sangat susah untuk dipercayai. Selama setengah jam dia berdiam diri mendengar kisah Daniel.  Okay, separuh kerana dia hormatkan rakannya itu, separuh lagi kerana perkara itu terlalu mengejutkan. Dia tidak tahu hendak berkata apa.

“Are you sure about this?”

“Kau nak aku bersumpah atas Quran?” mata Daniel berapi. Apa lagi yang perlu dia buat supaya Zul percaya? Malam semalam, selepas Ikmal membawanya ke klinik untuk merawat luka tangannya, bapanya itu bertanya sekali lagi tentang persoalannya.

“Kenapa Neil tanya macam tu kat papa tadi?” Ikmal merenung mata anaknya, penuh bimbang.

“….. Neil…tension dengan studies lah papa.”

“Jawapan Neil tu tak relevan langsung dengan apa yang Neil tanya papa tadi.”

Daniel menarik nafas panjang.

“….Neil nak jadi macam papa. A successful doctor. Tapi…rasa macam Neil tak mampu. Tengoklah, preparation studies pun Neil tak boleh nak handle. Apa lagi bila dah masuk proper medical studies? Neil sendiri tak tau Neil boleh lepas ke tak 2 tahun foundation ni,” dia memandang Ikmal. “ How can I be your son like this?”

Dan Ikmal memeluknya, erat. Satu nafas lega dilepaskan bapanya.

Cuma, itu bukanlah sebab yang sebenar.

“Aku bukan anak kandung ayah aku. Aku bukan Daniel Hafizi bin Ikmal. Aku tak tau siapa aku!” Daniel mengeraskan suaranya. “Macam tu kan kau rasa masa kau tahu kau bukan anak Uncle Jazid?”

“Kau tak tahu benda itu for sure kan? You are confused dengan benda yang kau baru discover ni. Don’t built a case yet Neil. You DON’T KNOW.” Zul cuba mengenepikan rasa marah bila sahabatnya mengungkit kisah lama.

Daniel merengus geram. “Dah tu kau nak aku buat apa ni?”

“Tanyalah ayah kau betul- betul. Kau ni assume bukan- bukan lah Neil. Memang tak masuk akal langsung apa yang kau simpulkan ni. Baru tengok sekeping gambar, belum tau cerita sebenar lagi, kau dah mula bina cerita yang bukan- bukan,” Zul cuba menahan sabar. Wajah Daniel berubah. Zul menyambung lagi. “Apa yang buat kau yakin sangat yang kau bukannya anak uncle Ikmal? Sebab kau nampak gambar mak kau, kau dan Helena sekali? Mana tahu Helena pun anak Uncle Ikmal jugak? Budak tu pun bukan pernah jumpa parents dia.” Hah, tengok. Aku pun dah ikut merapu sekali. Serabutlah Daniel!

No…no! Itu yang paling Daniel takutkan sebenarnya.

“My point is. Go. Ask.”

Tuesday, April 27, 2010

30(2)

Zul meletakkan skuter biru kesayangannya di tepi kereta ibunya dengan berhati- hati. Pukul 10.30 malam. Dia baru pulang daripada perbincangan dengan rakan- rakan sekelasnya di perpustakaan. Helmet ditanggalkan. Rambutnya yang sudah penyek itu dibetul- betulkan. Gerakan tangannya terhenti apabila telinganya menangkap bunyi dari halaman rumah. Sebetulnya, dari taman kecil hasil tangan ibunya.

Dia mencapai semula helmet dari atas skuter. Boleh dijadikan senjata. Dikerling ke arah rumah.Bunyi televisyen, berselang seli dengan suara ibu dan ayahnya berbual. Sekali sekala terdengar Cik Izah menyampuk.  Mereka masih belum sedar kepulangannya. Memang dia biasanya akan mematikan enjin skuter di luar rumah sebelum menyorong masuk ke dalam. Tak mahu mengganggu isi rumah. Hendak membeli skuter itu dulupun punya lah susah. Adila mati- mati menentang. Iyalah, dia kan mempunyai sejarah kemalangan melibatkan motor dahulu.

Perlahan- lahan dia menapak ke arah halaman tepi rumah. Terdengar bunyi besi buaian berkeriut. Menyirap darahnya. Jantungnya sudah terasa dekat sangat dengan telinga. Okay…okay…. Tenang… buaian ada dekat center of the small garden.  So, kalau dia mengintai dari hujung dinding sana, sepatutnya dia boleh mengintai siapa yang ada di buaian. Zul tahu pemikirannya terlalu ringkas, tapi itu sahaja yang dia mampu fikirkan pada waktu ini.

Lampu laman terbuka tiba- tiba, membuatkan Zul melompat. Dia mendengar sliding door tepi yang menghala ke laman (dan juga buaian) dibuka. Dia cemas. Kenapalah diorang ni tak boleh duduk dalam diam- diam. Tak jadi dia hendak mengintai secara senyap, terus dia meluru ke tepi rumah.

“Oh mak kau!! ZUL!! Apa kau buat main senyap- senyap macam tu?!!” suara Cik Izah bergema membelah hening malam, menghentikan langkah Zul. Nafasnya berat. Tekaknya kering. Dia merenung ke arah buaian, anak matanya mula mengecil dek kehadiran cahaya. Dan…

Zul tiba- tiba rasa nak marah. Helmet dicampak ke tanah. Pantas kakinya melangkah ke buaian. Dan orang di atas buaian itu, pastinya. “Eh, Zul…!” panggilan Cik Izah tak dipedulikan.

“Aku nyaris nak bunuh kau, tahu?”  Zul menampar belakang kepala Daniel. Geram. Diganti pula dengan perasaan aneh. Daniel tidak bereaksi.

“Zul, bawa Daniel masuk.” Suara Jazid. Zul memandang temannya yang tunduk sejak tadi.

“Bro, masuk. You heard my father.”

Friday, January 15, 2010

30 (1)


Ikmal bergegas memanjat tangga apabila mendengar bunyi bising daripada tingkat atas. Tak lain tak bukan di bilik Daniel lah. Siapa lagi yang tinggal di rumah 2 tingkat itu. Kencang jantungnya berdegup bila tiba di anak tangga yang atas sekali. Iya, dia bukannya muda lagi. Dan juga kerana bunyi yang kuat itu... adalah seperti bunyi kaca pecah. Apa pula yang anak bujangnya buat kali ni.

"Neil!" Ikmal mengetuk- ngetuk pintu bilik Daniel. "Neil, buka pintu. Apa yang bising tu?"

Senyap.

"Neil!" Ikmal menguatkan suara. "Buka pintu!"

Masih tiada jawapan.

Ikmal berlari ke bilik tidurnya untuk mengambil set kunci rumah. Tiba- tiba bunyi muzik yang kuat menggegarkan rumah itu. Daripada set stereo di bilik Daniel. Ikmal mempercepatkan tindakannya. Kali terakhir dia mendengar seisi rumah hampir runtuh dek gelombang bunyi adalah ketika Daniel memencilkan diri waktu Zul kemalangan dahulu.

Apa pula kali ini...?

"... Astaghfirullah...Daniel!" Ikmal meluru ke arah anak lelakinya. Daniel sedang duduk di atas lantai di hujung katil. Wajahnya ditelangkupkan di atas lengan yang memeluk lutut.

Kaca bertaburan di lantai. Cermin meja solek yang terletak bersebelahan dengan almari baju sudah tiada rupa cermin lagi. Dan tangan dan lengan dan Tshirt Daniel dipenuhi darah.

"Neil!" Ikmal terduduk di hadapan Daniel. Tangannya memegang sisi kepala Daniel, dan diangkat wajah anaknya itu. "Neil, papa ni Neil! Cakap dengan papa Neil! Apa dah jadi?"

Daniel bagaikan tersedar dari mimpi. Namun dia tidak bersuara. Hanya memandang bapanya tanpa kata. Sinar matanya entah ke mana. Merenung mata Daniel seperti mengintai jauh ke dalam gaung yang dalamnya tak dapat nak diduga.

"First let me see your injuries..." Ikmal menarik tangan anaknya. Buku lima kanan Daniel luka teruk. Ada sisa- sisa cermin juga yang melekat. Ada yang dalam juga. Belah kiri tiada apa-apa, cuma tercemar dengan darah dari belah kanan. Dia memeriksa kaki Daniel pula. Ada sedikit luka kerana terpijak serpihan- serpihan di atas lantai "Damn..." Ikmal berbisik perlahan supaya tidak sampai ke telinga Daniel. "Neil, papa kena bawak Neik pergi hospital ni. Tak boleh biar lama- lama Neil luka macam ni. Nanti kena jangkitan. Kita pergi bersihkan dan jahit yang perlu ya Neil?" perlahan- lahan dia membantu Daniel bangun. Berat lah Daniel, tolong lah papa ni!

Sampai di muka pintu, Daniel seolah- olah hilang tenaga, tubuhnya menjadi lebih berat. Ikmal tak dapat nak menampung tubuh anaknya lagi. Dan mereka sama- sama terduduk di depan pintu.

"Neil...jangan buat papa macam ni... jom kita pergi klinik...bahaya biar lama-lama macam ni..." Ikmal betul- betul risau. Mujur dia ada di rumah, kalau dia tiada macamana?

"Papa...." buat kali pertama sejak tadi Daniel bersuara.

"Neil..." Ikmal mengusap rambut anaknya. Menanti apa yang mahu dikatakan. Namun dia terperanjat besar apabila melihat air mata keluar berjurai- jurai membasahi pipi Daniel. "Neil! Kenapa ni?!" Ya Allah...kenapa dengan anak aku ni.... Pada waktu seperti ini, dia betul- betul mengharapkan yang isterinya masih hidup lagi.

"Papa..." suara Daniel antara dengar dan tidak sahaja disebabkan sendu. "....papa....Neil ni anak siapa sebenarnya pa? Neil... Neil anak kandung papa ke?"
_______________________________________________________________________________
Banyak pula drama kali ini ya :)
Sambil- sambil kita layankan Meet Uncle Hussein AJL 24 Drama King
Selamat membaca!

Friday, January 8, 2010

29(2)


"Eh, dah balik dah kau. Tak dengar bunyi kereta pun?"

Hampir melompat Helena bila disergah Zul sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. "Bagilah salam dulu kalau iya pun!"

"Macam kau kasi salam je nak masuk rumah."

"Aku dah kasi salam siap bunyikan loceng lagi okey," Helena meletakkan beg- beg berat yang membuatkan bahunya terasa mahu patah ke atas lantai. Lepas ni harus keluar semula nak ambil barang selebihnya. "Faiz dah balik?"

"Lewat sikit. Mak dengan ayah aku ke sana nak fetch dia. Kenapa banyak sangat barangnya? Kau kena kick out dari sekolah ke? Macam nak pindah!"

Kenapa mulut kau tak berhenti bercakap? Sejak bila fius berat mulut kau putus? "Kan akhir tahun dah. Next year mungkin masuk dorm lain pula. Kenalah bawa balik semua barang semula." Apa kata daripada kau membebel di situ kau tolong aku bawa masuk barang kat luar tu?

Zul menjenguk ke luar pintu. "....Ya Rabbi....dibiarkan aja kat depan tu...." terkedek- kedek dia keluar dengan baju melayu berwarna turqoise dan berkain pelikat campuran biru dan coklat, dengan songkok hitam yang sengaja dipakai ke belakang sedikit supaya tersembul jambulnya. Dan terkedek- kedek juga Zul masuk semula, penug tangannya dengan baldi berisi toiletries, baju-baju kurung berbalut plastik yang tergantung di hanger dan dua beg kecil berisi....er....miscellaneous. Comel pun ada."Nak letak mana ni?"

Pada mulanya Helena tergamam tak tahu nak kata apa. Tak pernah langsung Zul bermurah hati ringan tangan nak membantunya selama ini. "Apa kau buat ni... letak je lah. Nanti aku reti lah bawak masuk sendiri..." karang ungkit aku buli anak majikan la...orang gaji tapi tak reti nak urus barang la... Terkocoh- kocoh Helena mengheret masuk barang di tangannya ke dalam bilik lantas meluru keluar semula untuk mengambil barang- barang dari tangan Zul. Berpeluh- peluh gadis itu. Senaman ringan bercampur cuak dengan Zul yang seperti buang tebiat.

"Kalut lah kau," Zul ketawa ketika menyerahkan barang- barang kepada gadis itu. Naik meremang juga bulu roma Helena. Tiba- tiba terasa dia berhadapan dengan orang asing.

"Alien mana yang culik Zul dan letak kau jadi proxy?" tanpa dapat ditahan Helena bertanya juga.

"Amboi. Aku boleh jadi charming la kalau aku mau. Tak charming ke aku?" Zul tersengih sambil berpaling untuk menutup pintu. "Cik Izah tengah kemas bilik Faiz kat atas, in case..." eh...dah hilang dah budak ni. Macam lipas putus kaki dia lari masuk bilik.

Helena terbaring di atas katil dengan dada berdebar dan wajah yang terasa hangat. Apa kena dengan Zul tadi? Terbayang anak muda itu semula. Baru balik solat Jumaat la siap berbaju Melayu tu. Tapi kenapa pergi Jumaat pun bergaya semacam? Macam nak pergi ngurat anak dara sunti Tok Imam.

Pandai-pandai je kau kata dia bergaya Lena. Biasa lah pakai gitu untuk ke masjid. Apa yang peliknya?

Jantungnya sudah pelik satu macam.

Okay. Dia patut pergi mandi. You know...to cool it off. Ni mesti sebab panas ni.

____________________________________________________________________

Dah lama tak menulis tentang Zul-Lena pairing. Excited pula!

Thursday, January 7, 2010

29 (1)


"Kau gaduh dengan Daniel ke, Lena? Lama aku tak nampak kau occupied hujung minggu. Biasa kalau nak jumpa kau weekend memang susah."

Helena menggolekkan badannya ke kiri. "Tak lah... tak gaduh pun. Tak ada apa- apa berlaku."

Tengku Nadia menggaru- garu kepalanya. Selamba saja Helena menconquer katilnya, sedangkan dia sendiri, tuan punya katil duduk membaca buku di lantai sejuk. "Dah tu? Kenapa macam nampak kau tak tentu arah je?"

"Aku ni macam banyak menyusahkan orang je kan?"

Nadia merengus. Tak habis- habis lagi? "Apa pulak ni Lena? Bukan kau dah selesai ke dengan family Zul tu?"

"Daniel kena tegur dengan ayah dia sebab selalu sangat jenguk aku kat sini dan abaikan pelajaran dia."

"So? Silap dia lah."

Ish. Tengku Nadia ni memang tak berbelas kasihan langsung lah. "...sebab itu lah."

"Len...berapa kali aku nak kena cakap. Kau tak susahkan sesiapa. You did your part. Dan bukannya as if kau kantoi gila- gila Add Maths ke apa yang dia nak kena travel jauh- jauh nak tutor kau. Dia sendiri yang cari susah sendiri. As if tak cukup orang pandai kat sekolah ni, tak cukup cikgu. Alasan dia je tu Lena. Sebenarnya dia nak jumpa kau je."

Helena terkebil- kebil.

Kenapa budak ni slow sangat? Tengku Nadia give up sahaja. "Dah clear dah conscience kau? Study lah. Ke kau pun nak kena ada Daniel jugak baru boleh study?" Dia menyelak helaian buku Sejarah Tingkatan 5 itu ke muka surat seterusnya. Sambil- sambil itu matanya mengintai reaksi Helena.

.....

Kenapa pulak budak ni sembam muka kat katil?

Bilik ni panas sangat ke sampai telinga dia merah?

.....

"Len!!!" spontan dia memukul belakang Helena yang sedang tersembam itu dengan buku di tangan.

"Apa...?"antara dengar dan tidak saja suara Helena.

"Sejak bila?"

"Sejak bila apanya??" Helena mengangkat muka. "Cuba kalau tanya tu penuh- penuh sikit."

"Tak payah lah nak berdolak dalik Lena. Macam mana kau boleh tersangkut dengan Daniel? Sebab dia baik pada kau?"

"Kenapa kau tanya macam it's a bad thing?" Sedikit kecil hati dengan pertanyaan Tengku Nadia.