Friday, December 11, 2009

i

Helena meletakkan gagang telefon perlahan-lahan. Masih terngiang-ngiang esakan ibu saudaranya di hujung talian. Tak mungkin...tak mungkin apa yang Mak Ngah beritahu tadi adalah perkara sebenar... Baru je hari tu...baru je....

"Lena..." suara seorang wanita menerjah telinganya. Helena seperti pernah mendengar suara itu, tetapi dia tidak ingat di mana. Sebetulnya, dia tidak dapat mengingati apa-apa lagi. Hanya suara Mak Ngah yang dia dengari kini, berulang-ulang kali. "Lena, kenapa ni?" Tubuhnya dipegang. "Ya Allah, Lena...Lena, bukak mata sayang, Cik Izah ni...pandang Cik Izah...Lena..!"

Cik Izah...? Siapa...? Tidak..dia tidak mahu membuka mata. Ini semuanya mimpi. Sebentar lagi dia akan bangun, dan semuanya akan kembali seperti biasa. Everything's gonna be alright...

~~~~~

Helena membuka matanya. Matanya tertancap pada siling bilik di mana dia berada. I'm in my room...dia bermonolog sendiri. Hatinya melonjak. Jadi, apa yang berlaku tadi....semuanya mimpi. It has to be!

"Tuan, dia dah sedar..."

Helena menoleh ke sisi. Baru dia sedari bahawa dia bukan bersendirian di bilik itu.Dato' Jazid, Datin Adila dan Cik Izah turut berada di dalam biliknya. Di sisinya, seorang lelaki berkot putih sedang mencatat sesuatu di dalam buku notanya. Dia kenal lelaki itu, Dr. Jamal, doktor keluarga Dato' Jazid, majikannya. "Doktor...?"

Dr. Jamal berhenti menulis. Sekuntum senyuman dihadiahkan kepada gadis itu. "Assalamualaikum, Helena...how do you feel?"

"Apa jadi? Kenapa ada ramai orang dalam bilik saya?" Helena menarik selimut rapat ke dada. "Kenapa doktor ada dekat sini jugak?"

"Awak pengsan Lena, black out, tapi saya dah periksa tekanan darah awak, semuanya normal. Ada apa-apa yang perlu kami tahu?" Mata Dr. Jamal memerhatikan raut wajah Helena yang mula berubah. Darah seolah-olah tidak mengalir ke bahagian wajahnya. Pucat. "Lena?"

"Jadi...semua ni bukan mimpi doktor?"

"Apa yang bukan mimpi?" Dr. Jamal bertanya lembut.

Pertanyaan Dr. Jamal tidak berjawab. Air mata gugur dari kelopak mata Helena bagai tidak mahu berhenti. Bukan mimpi, bukan mimpi... apa yang Mak Ngah cakap tadi bukan mimpi. Dia menekup muka, teresak-esak dia menangis. Adila menghampiri katil Helena.

"Kenapa Lena? Apa dah jadi?" Adila menyentuh bahu gadis itu. "Beritahu makcik, Lena..."

Helena mengangkat muka, merenung wajah Adila yang kelihatan risau. "Lena dah tak ada siapa-siapa lagi makcik...tinggal Yana sebatang kara je dalam dunia ni..." Dia mengetap bibir, menahan diri daripada menjerit. Sukarnya mengawal perasaan yang bergelojak dalam dada.

"Apa yang Lena cakap ni? Lena kan ada makcik, ada pakcik, ada Tuk Pah..." mendengar nama terakhir yang disebut oleh Adila, Helena meraung, tidak mampu menahan perasaannya lagi. Adila mula cemas. Dia memandang Dr. Jamal yang kelihatan tenang.

"Let her..." doktor itu berbisik.

"Tuk Pah dah tak ada makcik...Tuk Pah dah tak ada..."Helena menyembamkan wajahnya ke bahu Adila, tidak peduli lagi dengan hakikat bahawa Adila merupakan majikannya. "Lena sebatang kara..." dia merintih.

Adila menahan air matanya. Tuk Pah sudah tiada...wanita tua yang memelihara Helena sejak gadis itu kecil lagi sudah tiada...Adila memandang suaminya yang turut kelihatan sebak. Helena mungkin tidak tahu, namun Tuk Pah juga bermakna dalam hidup mereka. Sangat-sangat bermakna bagi mereka berdua.

1 comments:

Jaz said...

oh maiii
this story was written back in 2009
and i just found out it today like 25 march 2015 ????

let see ... how the story gonna be --

Thanks