Friday, December 11, 2009

iii

Zul bermain-main dengan pensel di tangan. Tuk Pah...Dia tahu bagaimana kasihnya Helena terhadap wanita tua itu. Bukan sekali dua dia mendengar Helena bercakap tentang arwah Tuk Pah. Dan setiap kali nama wanita itu meniti di bibirnya, wajah gadis itu menjadi berseri-seri.

Macam mana agaknya perasaan Lena sekarang, now that the only person she looked up as a parent dah hilang dari dunia buat selama-lamanya? Akan berseri-serikah lagi wajahnya sekiranya nama Tuk Pah disebut...ataupun pipinya akan dibasahi air mata? Dia hendak bertanya kepada ibu bapanya tadi, tetapi melihat wajah serius Jazid, dia membatalkan niat.

Lamunan Zul terputus apabila pintu biliknya diketuk. Cepat-cepat dicapai buku Ke Arah Senibina Beridentiti Malaysia, Ezrin Arbi dan dibukanya. Pura-pura khusyuk membaca.

"Masuk."

Kepala Sarah menjenguk ke dalam bilik. Dahinya berkerut melihat adiknya di meja study. "Can't believe you're this heartless."

Zul menoleh ke arah pintu bilik, kurang senang dengan tuduhan kakaknya. "Apa ni, Long? Masuk-masuk terus accuse Zul macam tu. Salam pun tak ada."

"Assalamualaikum, boleh Along masuk?" tanya Sarah sinis. Zul mengeluh. Can't win over this girl.

"Waalaikumsalam, masukla..." balasnya bersahaja. Namun Sarah sudah terlebih dahulu melangkah masuk sebelum Zul memberikan kebenaran. Otai betul la kakak aku yang seorang ini.

"Zul ada apa-apa masalah dengan Lena ke?"

Zul yang langsung tidak menyangka soalan sebegitu daripada Sarah menatap wajah kakaknya tanpa berkelip. "A...apa? Kenapa pulak Along tanya macam tu?"

"Just a question..." Sarah memerhatikan wajah Zul, meneliti sebarang perubahan pada riak wajah adiknya. Sejak mereka berada di bawah tadi dia ingin bertanyakan soalan itu. "Ye ke tidak?"

"Mana adalah, Long...pandai-pandai je," Zul memusingkan tubuhnya menghadap meja kembali. Resah. Kadangkala keupayaan intuisi Sarah begitu menakutkan. Too close to the truth.

"Along perhatikan dah dua tiga hari korang tak bercakap. Gaduh lagi?" Sarah mencuba taktik lain. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Biasanya Zul dan Helena, tidak sah kalau sehari tidak bertekak. Masing-masing berdiam diri untuk jangka masa beberapa hari sudah cukup untuk menimbulkan tanda tanya.

Zul tidak menjawab. Konon-konon tidak sedar dengan pertanyaan Sarah. Helaian buku di hadapannya diselak-selak. Sarah merengus perlahan. Tak jadi jugak.

"Neil dah tahu?"

Tangan Zul berhenti daripada menyelak helaian bukunya. Kelihatan urat-urat timbul di bahagian tepi dahinya. Sarah tersenyum kecil. Gotcha, brother!

"Tahu pasal apa?" Nada suara Zul sedikit tertekan.

"Pasal Tuk Pah Lena dah tak ada? Dia rapat jugak dengan Lena kan?"

"Bukan urusan Zul nak beritahu dia. Kalau Lena nak kasitau, biar dia kasitau sendiri. Zul belajar nak jadi arkitek, bukan posmen."

"That's harsh...!" Sarah menjegilkan matanya. Walaupun dia sedikit gembira kerana dapat meneka apa yang menyebabkan adik lelakinya tidak bersemangat, dia tidak gemar mendengar Zul bercakap dengan nada begitu. Sedikit angkuh. Ego. "Along tak bermaksud apa-apa pun, yang emosional sangat ni kenapa? Along tanya sebab Daniel best friend Zul, and dia pun baik dengan Lena. Apa salahnya dia tahu?"

Zul menelan liur. Kebenaran kata kakaknya meresap ke dalam diri. Dia terlalu mengikut perasaannya yang kurang menentu ketika itu. Tidak tahu hendak berkata apa, Zul mendiamkan diri sahaja. Matanya menatap buku, namun fikirannya entah ke mana.

Sarah bangun daripada katil bujang Zul yang beralaskan cadar berwarna hijau tua. Ditepuk-tepuk belakang si adik, perlahan. "She's having a tough time now...don't make it tougher..." bisiknya sebelum keluar dari situ.

******************

Helena mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke kampung halamannya. Jazid dan Adila di tempat duduk hadapan juga tidak bersuara, memberi peluang kepada gadis itu melayan perasaannya sendiri.

Tuk Pah....mata Helena terasa hangat kembali. Semalaman dia tidak berupaya untuk melelapkan mata. Terkebil-kebil dia dalam kegelapan. Segala kenangannya bersama Tuk Pah bermain dalam kepala, bagaikan tayangan video. Tuk Pah lah segala-gala dalam hidupnya. Tuk Pah lah tempat dia bergantung. Ke mana lagi dia hendak pergi selepas ini? Takkan mahu bergantung pada Adila dan Jazid semata-mata?

Tangannya meraba-raba rantai emas di leher, hadiah pemberian Tuk Pah sempena hari jadi nya yang ke-18 beberapa bulan yang lalu. Tapi menurut Tuk Pah, rantai itu pada asalnya milik ibu Helena sendiri dan diwasiatkan supaya rantai itu diserahkan kepada Helena apabila gadis itu berumur 18 tahun. Dadanya sebak semula.

Ibu dan bapanya meninggalkannya ketika dia baru hendak mengenal dunia. Helena tidak dapat mengingati apa-apa pun tentang mereka berdua. Sedikit pun tiada. Kini , ketika dia baru hendak menginjak ke alam dewasa, Tuk Pah pula pergi untuk selama-lamanya. Dia sudah tiada sesiapa lagi... dan dia tidak mahu lagi menyusahkan Jazid dan Adila lagi. Sudah banyak budi keluarga mereka tertabur atas dirinya. Makan minum, pakaian dan pengajiannya semuanya ditanggung oleh pasangan itu. Malah dia punya bilik sendiri. Tidak terasa dia seperti salah seorang pembantu rumah Jazid.

Pembantu rumah Jazid....sedar tak sedar sudah lebih 3 tahun dia berkhidmat dengan keluarga mereka...

0 comments: