Friday, December 11, 2009

ii

"Mek Pah dah meninggal, bang..." Adila bersuara perlahan. Jazid mengangguk-angguk. Perlahan dia memaut bahu isterinya yang jelas sedang menahan perasaan sedihnya. Adila sendiri terasa ingin menangis sepuas-puasnya namun sekurang-kurangnya tidak di hadapan Helena. Mereka tidak boleh menunjukkan sebarang pelakuan yang boleh membuatkan Helena berasa curiga. Setakat pengetahuan gadis itu, Jazid dan Adila hanya kenalan biasa sahaja kepada Tuk Pah.

"Sabar Dila..." dia berbisik, matanya tertumpu pada Helena yang masih teresak-esak di bahu Cik Izah.

Adila menarik nafas. Sebak dia melihat keadaan Helena.

"Lena...kita balik kampung esok, ye?" Jazid bersuara tiba-tiba. Helena mengangkat wajah daripada bahu Cik Izah. Matanya merah dan sedikit bengkak.

"Tapi...pakcik...."

"Jangan risaukan hal pakcik, Lena jaga diri Lena dulu... doc, ada apa-apa yang tak kena pada Lena?" Jazid memandang Dr. Jamal. Doktor keluarga itu menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa-apa, tapi kalau boleh, jangan biarkan dia tertekan untuk waktu-waktu terdekat ni. Dan kalau boleh, jangan biarkan dia seorang diri..." Dr. Jamal menyimpan buku nota kecilnya ke dlam poket. Beg kerjanya dicapai dan dia berdiri. "Takziah dari saya, Lena..."

Helena mengangguk. Air matanya sudah berhenti namun dia masih tersedu-sedu.

Jazid dan Adila mengiringi Dr. Jamal keluar dari bilik Helena ke ruang tamu. Di separuh jalan, air mata Adila mula mencurah-curah. "Abang, doktor..." Kedua-dua lelaki itu berhenti melangkah. Jikalau tadi raut wajah Dr. Jamal tenang sahaja, air mukanya kini sudah menjadi keruh.

"Dah ajal dia, Dila, kita redakan je..." Dr. Jamal bersuara sesudah memastikan tiada siapa yang dapat mendengar perbualan mereka. Jazid mengangguk-angguk sahaja. "Aku faham perasaan kau, bayangkan betapa susahnya aku nak tahan perasaan tadi masa kat depan Lena..."

Adila mengesat air matanya. Dia menggigit bibir, cuba menahan air mata daripada terus keluar. "Jamal, kau ikut sekali esok?" dia bertanya perlahan.

Dr Jamal menggelengkan kepalanya. "Dila, kau pun tau aku tak boleh nak ikut, as much as I want to. Nampak janggal nanti. Lena kenal aku sebagai doktor famili kau, let it be that way. Tak ke pelik kalau tiba-tiba aku ada dekat rumah Mek Pah?"

"Tapi...tapi kau yang paling rapat sekali dengan Mek Pah, selain daripada Shuq..."

Dr Jamal menghela nafas panjang. Terasa matanya mulai hangat. "Jazid, tell your wife not make me cry here... demi Lena, Dila...demi Lena... we can't afford her to be exposed. Too dangerous. Even a slight suspicion...."

Setelah kereta Dr Jamal meninggalkan kawasan rumah mereka, Jazid dan Adila menuju ke arah ruangan keluarga, di mana anak-anak mereka berada, masing-masing kelihatan resah. Sarah, anak sulung mereka pantas berdiri. "Mama..." terhenti kata-katanya apabila melihat mata ibunya merah. "Kenapa mama menangis? Apa jadi?" Sarah menghampiri ibunya lalu memaut bahu wanita itu. Matanya memandang Jazid, penuh tanda tanya.

"Kak Long, satu-satu la...biar mama duduk dulu..." Faiz, anak bongsu pasangan itu menegur sikap kurang sabar kakaknya. Dia juga ingin tahu apa yang terjadi namun melihatkan keadaan Adila yang kurang stabil, dia cuba menahan keinginannya. Dia merenung abangnya yang sejak tadi tidak bersuara. So not like him, bisik hati Faiz. Ketika dia dan Sarah sibuk membincangkan kemungkinan tentang apa yang berlaku sehingga Helena jatuh pengsan, Zul hanya mendiamkan diri, sedikit pun tidak menyampuk, sedangkan antara mereka 3 beradik, Zul lah yang banyak menghabiskan masa bersama gadis itu. Dia di sekolah berasrama, manakala Sarah di Melbourne.

Jazid memimpin isterinya ke sofa. Adila duduk tanpa disuruh. Jazid mengambil tempat di sisi Adila, menarik nafas sebelum menceritakan sebab mengapa Helena tidak sedarkan diri sebentar tadi.

"Tuk Pah tu orang yang jaga Lena dari kecik?" Sarah bertanya.

Adila mengangguk. "Kita kena ingat, Lena yatim piatu, Tuk Pah lah emak, Tuk Pah lah ayah bagi dia. Her death must have been a blow to the girl."

"Tapi...kenapa mama pun ikut menangis jugak? Mama kenal baik ke dengan arwah Tuk Pah tu?"

Adila kehilangan kata-kata buat sementara waktu. Dia memandang Jazid sekilas. Lelaki itu juga kelihatan sedikit tersentak dengan pertanyaan anak sulungnya itu. Kemudian sinar matanya mula menjadi serius. "Sarah, apa tanya mama macam tu? Sarah lupa ke yang mama Sarah yatim piatu jugak?"

Wajah Sarah berubah. Faiz menelan liur. Zul tidak bereaksi.

"Sarah minta maaf, mama...."

"No, dear, it's okay..." di dalam hati,Adila berterima kasih dengan tindakan pantas Jazid. Walaupun itu bukan sebab sebenar air matanya tumpah, namun dia memang telah menjadi yatim piatu dalam usia yang agak muda juga. Tetapi kehilangan kedua-dua ibu bapanya tidak terasa disebabkan kehadiran wanita yang dia kenali sebagai Mek Pah.

"Ayah ingat esok nak hantar Lena balik kampung. Kamu bertiga duduk rumah je," Jazid memberitahu anak-anaknya. Faiz mengesot sedikit di kerusinya.

"Kami tak boleh ikut, yah? Bolehla Faiz temankan Kak Lena ke..."

"Biar ayah dengan mama je yang pergi hantar dia balik. Kamu bertiga ikut sekali pun tak ada gunanya... kamu bukannya pernah jumpa dengan arwah Tuk Pah. Lagipun, ayah ingat, biarlah dia bersendirian dulu buat sementara waktu."

Sarah dan Faiz terangguk-angguk. Hanya Zul yang masih seperti tadi, membisu seribu bahasa.

1 comments:

Jaz said...

did i miss smthing? --- i mean wat's the title of this story
yaw ...