Friday, December 11, 2009

9

So what? Kalau dia Headboy pun kenapa? Persoalan yang bermain di kepalanya tak berjawab. Ingin dia bertanya lebih lanjut kepada Tengku Nadia namun pada waktu itu juga seorang guru melangkah masuk ke dalam kelas. Dan dia tidak mempunyai peluang untuk bertanya lagi selepas itu kerana Tengku Nadia seperti sengaja menyibukkan dirinya. Sudahnya dia memendam sendiri.

Loceng berbunyi tanda waktu persekolahan telahpun tamat, Helena menarik nafas panjang. Beres first day aku. Dia berpaling ke arah tempat duduk Tengku Nadia. Kosong. Entah bila gadis itu menyelinap keluar dari kelas pun dia tidak tahu. Kenapa nak mengelakkan diri daripada aku pulak? Besar sangat ke impression yang aku kasi kat dia sampai dia nak main sorok-sorok dari aku?

“Helena, tak nak balik lagi?” suara seorang gadis menegurnya. Helena mengangkat muka. Oh, bukan seorang je...Mata Helena menatap wajah empat orang budak perempuan di hadapannya. Apa kes? Mesra alam pulak tiba-tiba. Kalau tak silap aku, dia lah salah seorang yang pandang aku macam nak terjegil biji mata lepas rehat tadi.

“Sekejap lagi kot...” Helena mengalihkan pandangan ke arah tag nama yang tersemat di kemeja sekolah gadis itu. Mysara. “Korang?” Dia mengangkat kening.

“Oh, we all cadang nak outing sekejap lagi. Ada movie baru keluar. We all ingat nak pergi tengok. KLCC. You nak ikut?” Mysara menolak rambut separas bahunya itu ke belakang.

We all, we all...Helena mengajuk cara Mysara menyebut perkara itu di dalam hati sahaja. “Tak naklah, saya ada hal sikit nak buat kat rumah. Baru pindah, biasalah...” aku tak menipu kan,kan? Betullah aku baru sampai je kat sini.

Mata Mysara mengecil. Budak baru ni tolak ajakan aku? Ingat senang ke aku nak mengajak orang masuk dalam clique aku, lagi-lagi new kid on her first day? Sebab apa aku nak ajak dia? Oh ye, sebab aku nak korek cerita pasal Daniel teman dia jalan sampai kelas tadi. Aku yang dah nak masuk 3 tahun kat sini pun boleh kira dengan jari berapa kali bertegur sapa dengan hot stuff tu, budak yang baru datang ni pulak...senang-senang je dapat di escort oleh Daniel?

“Alah, jomlah sekali, bukan selalu...” salah seorang lagi menyampuk. Mata Helena terarah pada tag nama. Jamilah. “Lagipun, we can get to know each other better...”

“No, sorry, betul-betul tak boleh. Dah janji dengan orang-orang kat rumah. Can’t break it,” Helena membalas. Takkanlah sesuka hati aku je nak merewang ke sana ke mari. Aku makan gaji tahu?

“Oh well, what to do, you dah tak nak kan?” Mysara pura-pura mengeluh. Tidak menjadi pula rancangannya. Manalah dia hendak tahu budak baru tu keras kepala juga. Macam tak tau takut pulak tu. “We all jalan dulu lah ye?”

“Enjoy the movie.”

Setelah empat orang gadis itu hilang dari pandangan, barulah Helena bangun dari tempatnya. Kelas yang lengang itu diperhatikan. Perasaannya bercampur baur bila mengenangkan yang dia akan menghabiskan hari-hari persekolahannya di sini untuk... dia sendiri tidak tahu untuk beberapa lama lagi. Namun dia akui kualiti proses pengajaran dan pembelajaran memang agak berbeza berbanding dengan sekolahnya di kampung dahulu. Dan Helena mendapati dia menggemari suasana pembelajaran yang baru itu.

Perlahan-lahan Helena mengatur langkah ke luar kelas. Rasa-rasanya, dari kelas sampai ke pintu pagar sekolah, aku dapat ingat kot jalannya, dia berkira-kira sendiri.

“Yang kau pandai-pandai jalan balik sendiri siapa suruh, ha?! Ayah aku tak cakap ke yang Wak datang ambik kau kat sekolah?!!” Zul mengherdik tanpa belas kasihan. Terasa ingin ditelan-telan gadis di hadapannya itu. Menyusahkan orang je kerjanya.

“Zul, chill man...” Daniel cuba menenangkan temannya.

“Stay out of this. Kau tau tak mak aku dah risau-risau kat rumah tu? Aku pun tak tau kenapa dia risau sangat dengan kau sampai dia dah nak telefon polis dah? Aku rasa kalau antara kitorang tiga beradik hilang pun dia tak risau sampai macam tu sekali!”

“Melampau dah tu, Zul! You’re talking about your mom!” Daniel mengingatkan, sedikit keras.

“Orang dah tunggu dah kat pintu pagar tu, tapi tak nampak Wak pun...lama orang tunggu, sampai dah kosong sekolah....” Helena cuba mempertahankan dirinya. Dia berkata benar. Lebih satu jam dia tercongok di hadapan pintu pagar sekolah.

“Mana pulak? Wak kata dia tak nampak bayang kau langsung sepanjang dia tunggu kat sekolah. Bila dia pergi tanya guard, guard tu kata kau dah jalan balik. Dia pusing-pusing area dekat-dekat sini, tak jumpa-jumpa jugak dengan kau. Tak pasal-pasal mak aku suruh aku pulak yang keluar cari kau. Betul-betul menyusahkan aku la kau ni!” Zul melepaskan kegeramannya. “Tak pasal-pasal Neil kena tarik masuk dalam hal ni. Ni pun nasib baik entah macam mana boleh terjumpa dengan kau kat sini...”

“Tunggu sekejap, Zul...Lena tunggu kat pintu pagar mana?” Daniel mencelah.

“Main gatelah, mana lagi...”Helena menjawab dengan suara perlahan.

Daniel menepuk dahi. “Patutlah Wak tak jumpa. Lena tau tak yang sekolah kita tu ada tempat yang dikhaskan untuk parents yang nak datang ambik anak? Dekat North Gate... Pintu pagar utama menghadap timur...”

Melihatkan wajah Helena yang ‘blank’ di hadapan mereka, tahulah Daniel bahawa gadis itu memang tidak tahu langsung tentang kewujudan pintu pagar itu. “Tak boleh nak salahkan dia jugak, Zul...she didn’t know...”

“Tak tau tanya! Ni main berani mati jalan pergi macam tu je...Macam kau reti je jalan-jalan dekat area ni”

“Dahla tu, Zul. Biar aku hantar dia balik dulu. Kau tunggu kat sini. Nanti aku datang ambik kau....” Daniel terhenti sekektika, matanya tertumpu pada ekspresi muka dua orang di hadapannya. “Kenapa korang dua buat muka macam tu?”

“Buat apa kau nak susahkan diri? Biar je aku telefon Wak suruh ambik budak ni kat sini.”

“Saya tak mau ikut pun,” Helena teringat kembali jelingan rakan-rakan perempuan sekelasnya. Rakan-rakan? Tolonglah....

Aik? “Kenapa pulak? Bukannya susah sangat pun.”

Helena mengalihkan pandangan ke arah lain. “Susah berjalan dengan ‘orang besar’ ni, dia menjawab ringkas. Walapupun dia datang dari kampung, dia tidaklah senaif itu untuk tidak menyedari sebab mengapa dia menerima jelingan daripada mereka. Tak faham sepenuhnya, sikit-sikit pun jadilah.

Kedua-dua pemuda itu terdiam seketika. Tidak menyangka pula ayat itu akan keluar dari mulut gadis itu.

“Ada apa jadi tadi?”Daniel bertanya.

“Tak ada apa-apa. Boleh tak telefon Wak cepat sikit? Orang penatla...” Helena memandang ke arah Zul.

Tersentak anak muda itu. “Kau ingat kau siapa nak suruh-suruh aku macam tu? Kalau tak disebabkan mak aku risau kat rumah tu, tak adanye aku nak susah-susah keluar cari kau tahu?” Dikeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. “Helo? Mama? Zul ni. Ye, ye...Zul dah jumpa dia dah...relax lah ma...jangan la macam ni...” dilemparkan renungan tajam ke arah Helena yang kelihatan asyik melayan perasaan sendiri. “Kitorang ada dekat-dekat dengan Sekolah Raja Muda ni...mm...Zul call ni nak mintak Wak....haa?! Whaa...mama...hello? Hello?”

“Kenapa Zul?” Daniel mengangkat kening. Helena juga memandangnya dengan hairan.

Zul mengusap rambutnya ke belakang, wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati. “Mak aku kata dia sendiri yang nak datang ambik dengan ayah aku.”

0 comments: