Friday, December 11, 2009

8

Mak datuk ai...besar betul sekolah ni....Helena mendongakkan kepalanya, matanya memerhatikan bangunan sekolah empat tingkat bercat biru lembut itu. Jauh benar beza dengan sekolah lamanya dahulu. Kalau di sana menggunakan meja dan kerusi kayu, di sini meja dan kerusinya diperbuat daripada plastik dan besi. Bilangan pelajar dalam satu kelas juga tidak seramai seperti di sekolah lamanya. Kalau tidak silap perkiraannya tadi, teman-teman sekelasnya ada dalam 27 orang. Patutlah terasa luas sangat kelas tadi...aku dah biasa dalam satu kelas bersesak-sesak 40 orang. Agak kekok juga dia hendak menyesuaikan diri di dalam kelas tadi, lebih-lebih lagi Helena perasan dia menjadi tumpuan semua orang tadi. Mujur juga ketika memperkenalkan diri tadi di tidak ditanya lebih-lebih. Risau juga Helena kalau-kalau dia terpaksa menipu untuk mengelakkan rahsianya terbongkar.

Setakat ni, budak-budak kelas nampak macam okey je...Helena berfikir sendiri. Tapi masih terlalu awal untuk membuat judgement terhadap mereka. Bukannya diorang banyak cakap pun tadi, masing-masing senyap buat hal sendiri. Kalau ada yang nampak macam betul-betul okey pun tadi...adalah dalam seorang dua. Helena teringat pada gadis yang duduk di sisinya di dalam kelas tadi. Tengku Nadia. Seems like a nice person. Senyum je memanjang.

Helena mengerling jam tangannya. Alamak, dah nak habis rehat dah! Dia mula hendak melangkah pergi, namun sesuatu mematikan langkahnya. Aduh... aku tak ingat jalan nak balik kelas... macam mana ni? Dia mula cuak. Sekejap lagi je loceng nak berbunyi, takkan aku nak sangkut kat sini je? Ah, main redah je lah jalan, mana tahu nasib baik terserempak dengan budak-budak kelas ke...

Sambil dia berjalan, Helena tidak berhenti-henti memarahi diri sendiri. Tulah, pandai-pandai lagi nak berjalan sendiri masa rehat. Tengku Nadia offer nak bawak jalan-jalan tengok sekolah, aku jual mahal kata tak mau. Tengok apa jadik? Kemudian langkah Helena terhenti lagi. Apa yang aku fikir tadi? Mana tahu terjumpa dengan budak-budak kelas? Muka diorang pun aku tak cam lagi!

“Lena, kan?”

Ah, bagus. ...ada gak budak kelas yang cam muka aku! Hati Helena mula terasa lega, namun bila matanya menatap wajah orang yang menegurnya tadi, senyuman yang baru hendak menguntum di bibirnya mati.

“Tak masuk kelas lagi?” Daniel memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Tak sangka pulak dapat jumpa budak ni kat sekolah masa hari pertama dia. “Almost time dah ni...”

Terasa tebal muka Helena hendak memberitahu apa yang berlaku, tapi kalau tak diberitahu nanti, tak pasal-pasal aku skip kelas karang. Hsri pertama kat sekolah nak buat hal dah? “Sesat.”

Daniel menahan senyum melihat wajah Helena yang mencuka. “Nak saya tolong? Kelas mana?”

“3 Io.Tolong kasitau jalan je. Saya boleh pergi sendiri.”

Degil.“Biar saya bawak je. Nanti karang tak pasal-pasal sesat lagi,” Daniel terus berjalan. Mahu tak mahu, terpaksa Helena mengekori pemuda itu. Sakit hati. Diam sahaja dia sepanjang perjalanan.

Elok sahaja mereka sampai di hadapan kelas 3 Io, loceng berdering. Helena menarik nafas lega. Dia memandang sekilas ke arah Daniel. “Terima kasih,” katanya lalu masuk ke dalam kelas.

Daniel senyum sahaja. Setelah melihat Helena sudah duduk di tempatnya, dia berlalu pergi.

“Kenapa lambat?” Zul mengangkat muka sebaik sahaja Daniel mengambil tempat di sisinya. “Lame sangat ke Puan Rosnah jumpa kau tadi? Bukan dia tu jenis yang nak selesai cepat je ke?”

“Kenapa kau membebel tak tentu pasal ni?” Daniel bertanya kehairanan. Bukannya ada cikgu masuk pun. Study hour kan sekarang ni?

“Bukan sengaja nak membebel. Tapi aku lupa nak kasitau kau satu benda,” Zul merendahkan nada suaranya. Raut wajahnya juga menjadi serius. “Budak perempuan yang kat rumah aku tu... kalau kau jumpa dia kat mana-mana in the school compound, do me a favour will ya? Don’t talk to her.”

Sekali lagi Daniel dilanda kehairanan. Apehal mamat ni? “Why?” dikeluarkan buku rujukan Sejarah dari dalam meja dan dibukanya. Dia menanti jawapn dari mulut Zul sambil matanya mencari-cari muka surat yang diinginkan.

“Aku tak mau ada orang tau dia ada kaitan dengan aku, just that.”

“Why again?”

“Just because. Tak tau kenapa, tapi dari awal-awal lagi aku tak berkenan sangat dengan cadangan mak ayah aku regarding this matter... and we can’t get along. Me and her. Just looking at her buat aku naik darah...” Zul memutar-mutarkan pensel tekan di tangan. Jujur dia mengaku di hadapan Daniel.

Daniel merenung teman semejanya dengan teliti. Ada sesuatu bermain di kepalanya, namun dia tidak pasti sama ada patut atau tidak dia meluahkannya kepada Zul. “Zul...this feeling you have...ada kena mengena dengan...”

“No!” Zul membantah keras, cukup tahu apa yang ingin dikatakan oleh Daniel. “Aku tak lah selubuk tu sampai nak rasa tergugat macam tu...!”

Pengakuan namanya tu, walaupun Zul tidak mengaku sejelas-jelasnya mengapa dia berperasaan sebegitu terhadap Helena. Daniel sudah cukup mengenali temannya itu, sehinggakan dia dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Zul walaupun tanpa kata. “Okey, whatever.”

“Good,” Zul mengalihkan perhatian semula pada buku latihan Matematik Tambahan di atas mejanya.

“Tapi...”

“Apa?”

“Warning ko datang lambat sikit. Sepatutnya kau warn aku sebelum aku keluar kelas tadi.”

“Meaning?” Zul menjeling tajam.

“Aku tolong dia cari kelas dia tadi. Dia sesat. Kesian pulak aku tengok dia jalan macam tak ada hala tuju. Lagi-lagi ni first day dia...”

“Kalau dah kampung tu, kampung jugak,” Zul menggerutu. Giliran Daniel menjeling tajam ke arah Zul. Tak berkenan sungguh dia dengan sikap Zul bila isu yang berkaitan dengan Helena dibangkitkan. Mulut dia jadi laju semacam je nak menghina orang. Entah mana pergi Zul yang aku kenal time tu pun, aku tak tau. “You know what you just did, Neil? Satu sekolah kenal siapa kau. Apa yang kau buat tadi boleh buatkan orang bercakap tau? Secara tak langsung aku terlibat nanti.”

“Cukuplah tu, Zul. Suka sangat fikir yang bukan-bukan. Apa sangatla kalau setakat aku tolong budak baru cari kelas dia?”

Helena perasan perubahan cara teman-teman sekelas memandangnya sebaik sahaja dia melangkah masuk habis waktu rehat tadi. Lebih-lebih lagi cara budak-budak perempuan memandangnya. Pandang macam ape je... dan dia mendapat tahu sebabnya sebaik sahaja dia duduk. Tengku Nadia juga memandangnya dengan pandangan pelik, tidak semesra tadi.

“Kenapa?”

“Haa?” Tengku Nadia terpinga-pinga. “Tak...tak ada apa-apa...” dia menoleh ke arah depan semula.

“Nadia...kenapa?”

“Awak...kenal ke dengan lelaki tadi?” dia bertanya teragak-agak. “Yang jalan dengan awak sampai depan kelas tadi?”

Helena mencerunkan matanya. Sebab mamat tu je diorang pandang aku macam aku ni anjing kurap? “Tak, kenapa? Kita sesat masa jalan-jalan keliling sekolah tadi. Dia lah yang tolong carikan kelas...”

“Dia tegur awak dulu?”

Helena seperti dapat menduga perbualan itu akan menjurus ke mana. “Tak, masa tu kita dah lost sangat-sangat. Kebetulan dia ada lalu dekat, kita mintak je lah tolong,” laju sahaja dia membuat cerita. “Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena?” dengan wajah penuh innocent dia bertanya. “Siapa dia?”

“Awak tak tau lagi? Yang tolong awak tadi tu, Head Boy kita.”

Helena menahan mulutnya daripada terbuka luas apabila mendengar kata-kata Tengku Nadia. Head Boy? That guy? Head Boy?

0 comments: