Friday, December 11, 2009

7

Rumah banglo yang sunyi ketika Helena mula-mula datang mula riuh dengan kepulangan anak bongsu keluarga itu. Helena pada mulanya seperti ingin mengelak berjumpa dengan anak muda yang muda setahun daripadanya 9walaupun agak mustahil untuk berbuat begitu.), bimbang sifatnya serupa seperti Zul. Nyata, Faiz Hasnain amat berbeza sekali dengan abangnya. Mulut Faiz yang becok , serta tidak pernah lekang dengan gelak tawa, membuatkan dia dan Helena cepat mesra.

“Faiz pun tak tau kenapa abang Zul anti sangat dengan kak Lena,” Faiz memberitahu Helena yang sedang asyik menyiram pokok bungan di halaman rumah. Helena tidak menoleh. Dia tahu anak muda itu menagih jawapan, namun dia tidak mahu menjawab persoalan yang diutarakan oleh Faiz, buat sakit hati je. Lagipun dia sendiri pun tidak tahu apa yang menyebabkan Zul tidak betah dengannya.

“Kak Lena, dengar tak apa Faiz cakap ni?”

“Apa dia? Sorry, kak Lena tengah mengelamun sekejap tadi,” Helena berdalih.

“Faiz tanya....”

Ayat Faiz tergantung di situ apabila perbualan mereka diganggu oleh bunyi enjin motosikal memasuki perkarangan rumah itu. Helena menoleh ke arah pagar. Setakat yang dia tahu, tiada seorang pun ahli rumah itu yang mempunyai motosikal. Dia memandang ke arah Faiz pula.

“Faiz, siapa?”

Faiz mengukirkan senyuman, matanya tidak lepas dari memandang penunggang motor yang sedang menanggalkan topi keledarnya. Enjin motor belum dimatikan lagi. “Kawan abang Zul,” jawabnya pendek.

Helena mengarahkan matanya ke arah pemuda di atas motosikal itu pula. Topi keledarnya diletakkan di bawah ketiak lalu enjin motor dimatikan. Buat seketika dia memandang sekeliling kawasan rumah itu. Rambutnya yang sedikit perang terbuai-buai dihembus angin petang.

Matanya jatuh pada Helena yang masih memegang getah paip di tangannya. Lama pandangannya berhenti di situ. Helena mengetap bibir, tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Sudahnya, dia membalas sahaja pandangan pemuda itu, selamba. Setelah beberapa lama, mata pemuda itu berallih ke arah Faiz pula, dan bibirnya tersenyum.

“Faiz! Lama tak jumpa.”

“Abang Neil,” balas Faiz sepatah. Dia memandang Helena sekilas. “Dia baik, Faiz suka dia.”

Helena mengangkat bahu lalu menyambung semula kerjanya. Namun dia sedar yang pemuda itu telah pun turun dari motosikalnya dan sedang berjalan ke arah Faiz. Kawan Zul? Agaknya perangai pun sama macam dia jugak kot. Tapi budak Faiz ni pulak kata yang mamat ni baik... Entahlah..bukan urusan aku pun. Helena bergerak agak jauh sedikit dari mereka berdua untuk menyiram pokok bunga di kawasan lain pula. Lagipun, dia tidak berminat hendak mendengar perbualan dua anak muda itu.

“Zul ada kat dalam?”

“Ada je. Tapi dia tak kata pun abang Neil nak datang?” Faiz merenung ke dalam mata coklat Daniel. Daniel tersengih, mempamerkan sebaris gigi putihnya yang tersusun elok.

“Tak cakap pun nak datang. Saja buat surprise. Lagipun, lama dah tak singgah sini. Sekolah kau macam mana? Okey? Selalu abang datang kau tak ada kat rumah.”

“Biasalah...duduk asrama kan... cuti ni pun Faiz balik lambat seminggu. Mula-mula ada kem Geografi, pastu ada aktiviti kelab pulak. Sengaja je ambik masa cuti kitorang. Ni pun...kerja rumah berlambak-lambak!”

Daniel tergelak. “I have no say on that. Kami pun berlambak jugak kerja nak kena siapkan. Dia terdiam sebentar. “Oh ye, siapa budak perempuan tu? Last time abang stop sini, tak ada pulak nampak dia? Kakak baru ye?”

“Taklah, tu helper baru kitorang. Cik punya assisstant.”

“Umur berapa?”

“Setahun tua dari Faiz.”

Daniel membeliakkan mata. “Lima belas?! Muda sangat, Faiz! Legal ke nak amik dia kerja?”

Faiz mengangkat bahu. “Entahla, Faiz pun tak tau apa yang mama dengan ayah fikir. Tapi a great bargain untuk kak Lena jugak. Dia setuju nak tolong-tolong kerja rumah kat sini, ayah dengan mama pulak setuju nak tangguk perbelanjaan sekolah dia. Faiz pun macam hairan jugak lah... tapi, siapa-siapa pun mestilah takkan tolak jugak tawaran macam tu. Lagi-lagi family kak Lena kat kampung macam ada masalah kewangan jugak....”

“Really?”

Faiz mengangguk. “Ha’ah, tapi....Faiz tak kisah pun. Seronok jugak ada extra girl kat rumah ni. Sekurang-kurangnya Faiz tau, bila balik rumah dia ada...nak harapkan kak Sarah balik, tak tentu lagi dia balik ke tidak. Seronok sangat dah duduk Melbourne tu agaknya. Hari tu masa dia call ayah, dia kata dia nak kerja summer ni. Kumpul duit.”

“Oh..ye ke...” Daniel terangguk-angguk. Terbayangkan wajah Sarah Delila, puteri tunggal keluarga itu. Fiercely independant girl. Seboleh-bolehnya gadis itu tidak mahu bergantung kepada harta keluarganya. Dia melanjutkan pelajarannya ke Australia dengan bantuan biasiswa walaupun Dato’ Jazid lebih daripada mampu hendak membiayainya. Dia menolak mentah-mentah tawaran Dato’ Jazid dan memohon biasiswa kerajaan atas inisiatif sendiri, tanpa memberitahu sesiapa pun. Dia juga sanggup menumpang kereta kawannya pada hari temuduga untuk mengelakkan ibu bapanya tahu apa yang sedang dia lakukan. Bila permohonannya diterima, barulah Sarah membuka mulut menceritakan segala-galanya kepada Jazid dan Adila. Seminggu Jazid tidak bercakap dengan anak sulungnya. Tersenyum Daniel mengingatkan peristiwa itu.

“Apalah abang Neil ni senyum sorang-sorang...” Faiz mencuit lengan Daniel. “Sangkut dengan girlfriend mana pulak ni?”

“Mana adalah. Abang teringatkan kakak kau tulah. Buat kecoh sebelum fly dulu.”

“Faiz, minum...” Helena mencelah di tengah-tengah perbualan mereka, meletakkan dulang berisi dua mug dan sebuah teko berisi air teh o panas. Faiz mengerutkan dahinya. Cepat betul kak Lena ni buat kerja. Baru je tadi dia tengah siram pokok, tiba-tiba je dah ada kat sini, siap dengan dengan air teh lagi. Helena tidak mempedulikan renungan Faiz, dia memandang ke arah Daniel dan mengangguk sedikit. “Minum...”

Mata Daniel tidak berkelip memandang Helena. Kalau tak silap aku tadi, Faiz ada sebut budak ni dari kampung... susah nak percaya. Ni bukan muka budak kampung ni...mata hazel, rambut yang kalau tambah satu shade lagi boleh masuk kategori auburn. Budak kampung? “Are you really from the rural?” soalan terpacul keluar dari mulutnya tanpa dapat ditahan. Ah, sudah... kalau dia faham okeylah, kalau tak macamana? Karang dok ingat aku sengaja merendah-rendahkan dia pulak... Nilah susah kalau perbualan harian pun main campur English je... “Err...”

“Ha’ah, kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?” pantas Helena menjawab. Dalam kepalanya mula hendak menyamakan lelaki di hadapannya dengan perangai Zul. Mentang-mentang kaya, ingat ada hak jugak lah nak hina orang?

Mulut Daniel bagai dikunci seketika. So...dia faham apa yang aku cakap... well that doesn’t mean anything kan? Budak-budak kampung pun, bukannya tak belajar English kat sekolah. “Tak...tak ada apa-apa...it’s just that,you don’t look like one...” ah...there I go again. Sorry dik, tak bermaksud apa-apa...

“Saya lahir kat kampung, membesar kat kampung... any problem with that?” dingin sahaja suaranya. Laju langkahnya diatur masuk ke dalam rumah semula, dulang dihayun di tangan.

Faiz yang sejak tadi mendiamkan diri melepaskan keluhan. Daniel memandang anak muda itu. “Salah abang, kan?”

Faiz mengangguk perlahan. “Tapi, nak salahkan abang pun tak kena jugak, sebab benda ni start daripada abang Zul... dia yang selalu buat kak Lena mengamuk. Faiz pun tak tau apa yang kak Lena buat sampai abang Zul tak suka dia sangat...”

“Tak macam Zul yang abang kenal... apa yang dia buat?” Daniel mengerutkan dahinya.

“Dia selalu panggil kak Lena ‘kampung girl’, pastu kadang-kadang sengaja je speaking dengan kak Lena. Macam nak hina kak Lena je... Faiz pun kadang-kadang hot je dengan abang Zul bila dia buat macam tu. Tapi kak Lena tahan je, agaknya sebab abang Zul anak tuan rumah kot...” Faiz mencapai mug yang berisi air teh o yang dituang oleh Helena sebentar tadi dan menghirupnya. Sedap. “Minumlah abang Neil, sedap air yang kak Lena buat ni...”

Daniel tersandar di kerusi batu itu, otaknya ligat memikirkan sesuatu. Hairan juga dia mendengar apa yang diceritakan oleh Faiz mengenai teman baiknya itu. Apa masalah Zul ni? Setahu aku dia bukan jenis yang nak menghina-hina orang ni? Dia tahu Zul kuat mengusik, tapi kalau sampai tahap macam tu, bukan mengusik lagi namanya. Mesti teruk jugak budak tu kena, kalau tak, takkan sampai aku sebut pasal kampung pun dia dah boleh pissed off macam tu? Oh ye... dan bahasa Inggeris yang budak tu guna sekejap tadi...was it British? Or was it Australian? Oh man, aku tak boleh nak tentukan dia guna accent apa berdasarkan beberapa patah perkataan yang dia sebut tadi. It’s not very suprising for a viilage girl to be speaking English, but to have it spoken fluently and with accent that was not one usually used commonly is another thing. Daniel menggaru kepala. Siapa budak tu sebenarnya?

1 comments:

Jaz said...

yawww

last chap ... wanna know who is 'dia'
Now big Q in my head too ... who is she? siapa helena? a kampong girl but speaking British accent?? wowww
must be mixed blood ... perhaps???