Sunday, December 20, 2009

28(2)


Jazid tersentak bangun dari lena. Dia terkebil- kebil di dalam gelap. Dadanya berdebar- debar. Aircond bersuhu 20 degrees, tetapi bajunya basah dek peluh. Dia pandang ke sebelah. Wajah Adila yang tenang dalam tidurnya membuatkan jantungnya mula mengurangkan kelajuan degupan.

Dia bingkas bangun dari katil, terasa perlu menghirup udara luar. Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 3.15 pagi.

Sudah lama dia tidak bermimpi. Lebih spesifik lagi, sudah lama dia tidak dilawati oleh mimpi buruk yang satu itu. Mimpi sama yang menyeksa jiwanya. Dia melangkah keluar ke beranda. Angin malam menyapa wajahnya, lembut. Sejuk.

'Jazz! Aku ada projek malam ni. Nak tak nak kau kena join!'

Suara itu.

'Jazz, aku rasa aku jumpa bakal mak anak- anak aku!'

Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Kelakar mengenangkan waktu itu.

'Bro, kenapa kau duduk sorang- sorang je? Mehla kongsi makan dengan aku. Mak aku masak sedap ni.' Ayat pertama yang keluar dari mulut Shukor berpuluh tahun yang lalu. Jazid yang tak pernah berjauhan daripada keluarganya dan yang tak pernah merasa susah seumur hidupnya, pastilah merasa kekok bila bersekolah di boarding school. Seminggu dia bersendirian terkulat- kulat tidak tahu hendak membawa diri. Status ayahnya dan status dia sebagai anak orang berada seperti tidak ada gunanya.

Bersahabat dengan Shukor seperti bersahabat dengan satu sekolah. Rata- rata hairan, bagaimana Jazid Dato' Hambali yang senyap dan serius itu boleh bertemankan Mohd Shukor Dasuki yang gila- gila dan mempunyai latar belakang yang misteri. Melalui Shukor, Jazid rapat dengan Ikmal. Dan melalui Shukor dia berkenalan dengan Adila. Shukor juga yang memberinya nickname Jazz.

'Jazz, tengok anak jantan aku. Serupa macam maknya kan? Kulit putih, rambut perang... besar nanti mesti tak senang.....'

"Abang. Kenapa duduk seorang kat luar ni?"

Putus lamunan Jazid apabila belakangnya disentuh Adila. "Abang...tak boleh tidur. Mimpi buruk."

".....arwah?" mata Adila mula berkaca. "Abang... dah la tu...jom masuk tidur semula. Esok abang kena travel jauh..."

Jazid angguk. Dia menarik nafas panjang. Dia menurut sahaja bila Adila menarik tangannya masuk ke dalam bilik semula.

'....kalau anak jantan aku ikut muka Lyss, anak perempuan aku confirm ikut muka aku! Melayu tulen!'

Dan dia ketika itu menjawab. 'Aku tak rasa Tuhan tu kejam sangat nak kasi rupa kau kat anak perempuan kot.' Mereka sama- sama ketawa besar.

Jazid senyum dalam gelap. Tekaan kau tak menjadi lah Shuq. Helena saling tak tumpah wajah Melissa. Tapi degilnya itu, memang 100% kau punya baka.

2 comments:

unknown storyteller said...

oh dear!

thanks for the entry!
tapi mahu lagi helena.. :D

Anonymous said...

wah at last ade jgk new entry...a good start a a new yr ;p chaiyok2