Sunday, December 13, 2009

28 (1)


Ikmal meletakkan suratkhabar ke atas ribanya sebaik sahaja pintu hadapan dibuka dan Daniel melangkah masuk, wajahnya kelesuan. Ikmal melirik ke arah jam dinding. 7.20 malam. Sudah hampir Maghrib baru anak bujangnya pulang? Selepas seharian keluar, dan cuma meninggalkan nota di peti sejuk.

'Papa, Neil keluar jumpa kawan.'

"Assalamualaikum."

Hampir melompat Daniel dibuatnya mendengar suara ayahnya. Dia mengurut- urut dadanya. Beg sandang dilurutkan ke lantai. "Papa, waalaikumsalam... terkejut Neil lah..." dia tersengih.

Ikmal tidak terus menjawab. Wajahnya serius. Dia membetulkan duduk di sofa. "Pergi naik mandi, kita jemaah malam ni."

"Okey..." Daniel tak banyak bicara dan terus naik ke atas.

*****
"Papa nak makan apa? Nak Neil masakkan?" Daniel melipat sejadah yang digunakan kedua- dua mereka. Mereka berjemaah Maghrib bersama dan sementara menunggu waktu Isya', Ikmal memberikan tazkirah pendek selepas mereka membacakan tahlil untuk arwah Rose Mariana, ibu Daniel.

Ikmal menanggalkan kopiah dan meletakkannya di atas side table di sisi katilnya. "Tak apa. Kita keluar makan sekejap lagi. Papa ada benda sikit nak cakap. Neil siap dulu. Kita cakap di bawah nanti."

"Ada apa, pa?" Daniel melabuhkan punggung di atas sofa, bersebelahan ayahnya.

"Daniel Hafizi."

Uh-oh...bila Ikmal memanggil nama penuhnya, maksudnya adalah yang tak kena tu... Daniel menelan liur.

"Boleh Neil bagitau papa, Neil ke mana sepanjang hari ni?"

Jawapan seakan tidak boleh terkeluar dari mulut Daniel. Mudah sahaja jawapannya kalau diikutkan, tetapi... hendak diluahkan terasa berat. "Um..."

"Dan ke mana Neil pergi setiap Sabtu, setiap minggu? Neil balik ke rumah dari kolej, tapi jarang papa nampak Neil ada kat rumah. In fact, for the last few months, papa tak nampak langsung Neil on Saturdays. Neil tau papa kerja hari Jumaat, jumpa Neil pun waktu malam, kepenatan drive. On Sundays, dapat jumpa sekejap waktu pagi je sebab lepas tu Neil nak rush balik kolej siapkan assignments. Papa cuti hari Sabtu, and you weren't here."

"Pa..."

"Maybe I should re-schedule my working hours? Supaya papa tak seorang diri tercongok di rumah? Sesekali tak apa Neil, tapi every weekends? Kalau Neil tak balik, papa tak kisah sangat, tapi the fact that you came home..."

Daniel mengetap bibir. "Neil... Neil ke Kuala Selangor, pa..."

Ikmal senyap. Dia tidak menyangka jawapan itu yang keluar dari mulut Daniel. He had his suspicions, tapi...tak sangka itu yang benar- benar terjadi. "... jumpa Lena?"

Angguk.

"Kenapa?"

"Neil tolong dia. Tutor untuk Add Maths..."

"Why?"

"Pa...kan Neil dah bagitau..." Daniel mengangkat muka.

"What made you do that?"

Okey. Soalan ini agak susah sedikit nak dijawab.

"Neil," Ikmal menghela nafas. Kalaulah Rose masih ada, kan senang. Kekok rasanya nak berbincang tentang hal hati dan perasaan man to man. "Papa tak larang Neil nak kawan dengan Lena. Tapi, berpada- padalah. Neil sendiri pun masih belajar. And I just found this," Ikmal tunduk dan mengambil sehelai kertas dari bawah coffee table. Dihulurkan kepada Daniel. "Your results. Papa terjumpa atas meja Neil pagi tadi."

Daniel tidak berani mengangkat muka. Kertas itu sepatutnya ditunjukkan kepada Ikmal sejak minggu lepas lagi. Sepertimana yang dia selalu lakukan sejak dia masih di sekolah rendah. Dan kerana itu dia sentiasa bekerja keras supaya dia dapat melihat wajah Ikmal berseri- seri bangga dengan pencapaiannya. Tapi, keputusan kali ini...

"...Your first result since you enrolled. 30 points daripada 42? Look at your Maths, 4? And you still can go tutor other people?"

"Pa, Neil perlu masa nak adjust dengan English terms in the Science subjects and Maths..."

"Neil... papa takkan suruh Neil apa- apa," suara Ikmal berubah lembut. "Neil dah besar, Neil boleh fikir sendiri. Papa beri kebebasan pada Neil untuk buat apa pun. At your own responsibility. Papa tak halang Neil nak ke Kuala Selangor, tapi please be responsible of the consequence. Papa tegur ni sebab nampak macam Neil nak lepas tangan. Apa- apa jadi... ini masa depan Neil."

Senyap.

"Okey, itu je papa nak cakap. Jom. Kita decide nak makan mana dalam kereta nanti."

0 comments: