Saturday, December 12, 2009

26

"Zul memang rapat ye dengan kak Sarah?" Helena mengerling ke arah Daniel yang sedang menatap buku Biologi di atas meja. Tanpa mengangkat muka Daniel mengangguk.

"Sangat. Saya rasa dia ada big sister complex kot. Kenapa tanya?"

"Sebab tak pernah nampak dia rapat dengan perempuan agaknya," balas Helena. Kecuali aku...untuk jangka waktu yang sekejap. Siapa suruh dia rosakkan semuanya? Siapa suruh Zul tak percayakan aku?

"Marah pada dia lagi?" Daniel menutup Andrew Allotnya sebelum memandang wajah Helena. Terasa seperti yang gadis itu sedang memerlukan teman untuk berkata-kata. Kalau tidak masakan secara tiba-tiba Helena muncul di halaman rumahnya dengan wajah yang sugul sekali.

"Sikit-sikit... Dahla sekarang ni kat rumah macam bosan gila. Faiz pergi rumah member dia kat Perak. Makcik dengan pakcik pulak sibuk. Dah tak ada orang kat rumah tu, Cik pergi bantai tengok VCD Hindustan sampai dua tiga kali khatam. Tak ada teman nak buat bercakap..."

Dah agak dah, Daniel menyembunyikan senyum. So easy to see through. "Minat science subjects tak?"

Helena tercengang-cengang, langsung tidak menyangka Daniel akan mengubah topik secara tiba-tiba. "Um...boleh la...Kimia macam interesting...masa periksa akhir tahun hari tu pun, macam puas hatilah jugak jawab."

"Hmm... cadang-cadang nak ambik apa lepas SPM nanti?"

"Tak tau lagi lah yang tu..." Helena berterus terang. Puas juga dia berfikir sebelum tidur setiap malam, ke mana hala tujunya selepas habis sekolah nanti. Masuk matriks kot macam orang lain...tapi lepas tu? Nak ikut arus aje?

"Medic minat?" Daniel memancing lagi. Helena menongkat dagunya.

"Tak boleh nak cakaplah Daniel, sebab saya sendiri pun tak tau macam mana situasi belajar, lepas tu kerja dalam bidang medic ni...more over, tak tau pun apa sebab utama saya nak jadi doktor, IF I want to become one.... tak mau lah sebab orang semua berduyun-duyun mau jadi doktor, saya pun terikut arus diorang sekali."

"Good answer. Saya buat preparation ni pun, belum ada real exposure to the doc's world. Setakat ada attachment dua minggu sekali pun, belum cukup rasanya. Tapi dari kecik dulu ayah selalu bawak pergi tempat kerja dia, so like, little by little, the job grows on me. I got excited whenever my dad told me about his successful surgeries for the day. Muka ayah sedih sebab losing his patients pun saya pernah tengok jugak. So sedikit sebanyak saya dah ada experience juga pasal benda ni," Daniel bercerita panjang lebar.

Daniel untunglah macam tu, ayah dia surgeon. Kalau orang lain yang bukan datang dari family doktor macam mana pulak? Helena cuba mengagak sendiri.

"Lega dah saya tengok muka awak dah hilang satu kerut," Daniel mengusik.

"Haa??"

"Tadi masa awak sampai, muka awak teruk betul. Jadi takut pulak nak tengok. Ni dah oke dah ni, baru senang hati saya." Sengaja dia mengubah topik tadi, kerana dia tahu apa-apa perkara tentang Zul hanya membawa mendung pada wajah Helena. "Pantang sebut pasal Zul aje, terus aje rasa macam nak hujan. Jadi elok la kan kalau kita bercakap pasal benda lain?"

Helena tidak tahu hendak berkata apa. Transparent sangat ke aku ni sampai Daniel boleh nampak segala-gala yang aku rasa, yang aku fikir? "Benda lain?"

"Umm...apa kata kalau bila-bila kita mintak ayah saya bawa pergi tempat kerja dia. Mana tau lepas awak ter-expose dengan hospital awak boleh make up your mind pasal medic ni. Kalau terasa awak suit as a doctor, awak boleh set goal awal-awal and then work for it. Kalau rasa tak sesuai, kita cari bidang lain yang awak rasa okey dengan awak. Macam mana?" bagai budak kecil lagaknya Daniel memberi cadangan.

Biar benar mamat ni? Sesuka hati aje nak mempergunakan ayah dia untuk aku. Eh, untuk aku? Ye ke untuk aku? "Tak usah lah Daniel, susahkan ayah awak pulak nanti."

"Tak ada punya. Ayah saya tak kisah pun, asalkan kita tak buat kacau dah lah. Jomlah Lena, awak pun tak ada buat apa-apa kat rumah kan? Cuba sekali dulu, kalau awak rasa tak best, tak payahla kita teruskan," beriya-iya Daniel memujuk. Tak dapat lama, sekejap pun jadilah nak spend masa dengan dia.

Betul jugak cakap dia ni. Daripada aku mati kutu kat rumah... "Nanti saya tanya pakcik dulu ye?"

*

Budak ni makin tak lekat kat rumah. Selang sehari mesti hilang. Bukan sekejap pulak tu. Seharian. Dari pagi sampai ke petang. Zul termenung panjang. Nak dimarah pada Helena kerana sering tiada di rumah, gadis itu sudah pun mendapatkan kebenaran daripada Jazid dan Adila. Lagipun bukannya Helena ke tempat-tempat yang tidak elok bersama orang yang mereka tidak kenali. Gadis itu bersama Ikhmal dan Daniel. Ke hospital tempat Ikhmal bertugas.

"Ha, mengelamun!" Sarah menyergah dari belakang. Namun disambut sepi oleh Zul. Dia sudah dapat mengagak kehadiran kakaknya. Tu lah, siapa suruh suka sangat pakai perfume kat rumah. Dari 100 meter pun dah boleh bau tau? "Aii...boring betul lah Zul ni.Makin lama makin lemah aje."

Omelan Sarah tidak dipedulikannya. Entah kenapa fikirannya terasa berserabut memikirkan Helena. Sejak akhir-akhir ini, Helena kelihatan riang sekali. Sedangkan sejak mereka melancarkan perang dingin dahulu, gadis itu lebih banyak mendiamkan diri. Senyum pun tawar sahaja. Sehingga menimbulkan tanda tanya seisi rumah. Bila ditanya, Helena menjawab tiada apa-apa. Namun senyuman gadis itu kembali menghiasi bibir. Suaranya bergurau senda dengan Faiz mula kedengaran semula. Malah Sarah yang pada mulanya menganggap Helena agak sombong juga kelihatan seperti berminat untuk mendekati gadis itu setelah dia berbalik kepada sikap asalnya.

Tapi dekat depan aku...kenapa dia tak boleh nak senyum macam biasa dekat depan aku? Kalau tengah bergelak ketawa dengan Daniel tu, sanggup dia berhenti semata-mata sebab aku ada kat situ. Bercakap dengan aku pun dengan suara yang macam nak tak nak aje keluar. I preferred the way she was before this, sebab dia bolayan semua orang, and that way I know she was feeling miserable the way that I do. Tapi sekarang ni...sekarang ni... apa yang Daniel buat sampai dia boleh hilang rasa murung tu? So now...I'm the only one who's feeling miserable over what happened between us?

Sarah menumbuk keras bahu adiknya, geram kerana tidak dipedulikan. Aku bercakap seorang-seorang aje rupanya? "Apa kena Zul ni? Along dok bercakap dari tadi, Zul langsung tak sedar ye?"

Zul menggosok-gosok bahunya, dahinya berkerut menahan sakit. Kekuatan kakaknya boleh tahan juga. "Along ni pun, jangan lah main tumbuk-tumbuk orang sakitlah. Kepala Zul tengah sakit ni."

"Pasal Lena lah tu. Apa yang kompleks sangat pasal korang dua ni sampai Zul tak boleh berhenti nak fikir pasal dia?"

"Apa Along cakap ni?" Zul cuba mengawal suara. Aiseh...!

"Jangan ingat Along tak perhati apa yang Zul buat. When you thought nobody was watching, you stared at her like anything. Apalah ego sangat, cakap aje lah dengan dia yang you want things to be like the way it used before."

"I told her I was sorry okay? Dia yang kata lepas ni Zul dengan dia setakat majikan dengan orang gaji aje."

"You're sorry for what?"

"Sebab tuduh dia macam-macam, sebab tak kasi dia peluang beritahu perkara sebenar..."

"You're not sorry for not trusting her?"

Zul terdiam. Dia tidak dapat menyangkal kata-kata kakaknya. Helena pernah bertanya mengapa dia minta maaf secara tiba-tiba setelah sebulan perkara itu berlaku. Dan dia senaraikan semuanya, kecuali satu sebab yang disebutkan oleh Sarah sebentar tadi. I didn't say I was sorry for not trusting her when it was that which hurted her the most. And why didn't I say it? Sebab aku masih tak dapat nak percayakan dia...sebab aku masih tak dapat nak percayakan orang lain selain daripada diri aku sendiri...

0 comments: