Saturday, December 12, 2009

25

Sarah mengheret beg besarnya dengan penuh hati-hati masuk ke dalam perkarangan rumah, sambil memastikan tiada siapa yang menyedari kehadirannya di situ. Dia tertawa di dalam hati membayangkan wajah-wajah ahli keluarganya yang akan terperanjat besar dengan kepulangannya secara mengejut. Sepatah kata pun dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang rancangannya mahu pulang ke Malaysia cuti musim panas itu. Memanglah macam kurang appropriate, tapi dah itu sifatnya dari dulu. Suka buat kerja tanpa pengetahuan orang lain. Bila dah kantoi, dia hanya mampu tersengih sahaja ketika dileteri.

Jari telunjuknya menekan loceng sebaik sahaja tiba di hadapan pintu. Dia berdebar-debar menunggu siapakah yang akan membukakan pintu untuknya. Cik Izah ke ek? Kalau Cik, memang satu rumah dengar dia menjerit nanti. Kalau Faiz yang bukakan pintu tu pun sama jugak. Kalau mama dengan ayah, agaknya kena saji dengan leteran dulu baru dia dijemput masuk. Kalau....

"Ye, nak cari siapa?"

Terputus lamunan Sarah bila mendengar suara yang tidak dikenali menyapanya dengan soalan yang tidak dijangka-jangka. Seorang gadis dengan ketinggian sederhana berdiri di muka pintu rumahnya. Raut wajah gadis itu penuh dengan tanda tanya. Eh sekejap, aku ni salah rumah ke? Sarah berpaling ke belakang. Betullah ni rumah aku, BMW ayah ada kat sini, basikal Faiz ada kat sini....tapi budak ni siapa pulak? Kemudian dia tersedar yang gadis itu sedang memandangnya tanpa berkelip.

"Kak Sarah ke ni?" tanyanya teragak-agak.

Uisk, sejak bila aku ada adik perempuan? Namun belum sempat Sarah memberi respon pada pertanyaan gadis di hadapannya, kedengaran suara ayahnya melaung dari dalam rumah. "Lena, siapa yang datang tu?!" diiringi derap kaki menuju ke pintu utama. "Dari tadi kamu tak bergerak dari pintu, pakcik ingatkan.... SARAH!" terbeliak mata si ayah melihat kehadiran anak sulung di hadapan matanya. Gadis yang tidak Sarah kenali itu tersenyum kecil.

"Yosh," Sarah tersengih riang melihat wajah Jazid yang seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Assalamualaikum ayah."

****

"Still macam tu juga?" Daniel menjungkit sebelah keningnya ke arah Zul. Zul menyandarkan tubuh ke bangku yang menghadap Tasik Shah Alam, bola matanya melekat pada dua orang gadis yang sedang terkial-kial mengayuh kayak.

"Macam tu jugalah... lepas je aku marah dia tak tentu pasal hari tu memanglah dia ada cuba nak terangkan hal sebenar. Tapi I wouldn't listen. Then, bila aku minta maaf sebulan lepas tu after Nadia beritahu apa yang jadi, all about that freaky admirer, dia pulak yang declare perang dengan aku. Tak faham aku budak tu. Dia ada cakap apa-apa dengan kau tak?"

Aku kembali mengambil role pendamai antara Zul dengan Lena, not sure whether it's a good thing or not. "Dia terkilan tu sebab kau boleh percaya cakap orang lain yang kau tak berapa kenal pun, tapi tak beri dia peluang nak bercerita pun walaupun dia duduk serumah dengan kau." Terbayang wajah Helena yang penuh dengan kemarahan ketika gadis itu meluahkan rasa tidak puas hatinya berbulan-bulan yang lalu.

"Nadia tu garang nak mampus. Kalau tak memang aku abaikan jugak..."

"Cukuplah kasi alasan basi macam tu. Kenapa susah sangat kau nak percaya kan dia? Dia tak ada buat apa-apa yang break your trust in her kan?" Daniel bertanya. Kemudian dia menyambung dengan suara yang perlahan. "Or...is it...kau tak pernah percayakan dia dari dulu lagi?" Zul diam sahaja, tidak mengiakan atau menidakkan kata-kata Daniel. "Kenapa? Kau still rasa insecure lagi?"

"Who wouldn't?!" suara Zul meninggi tiba-tiba, mengejutkan Daniel. Namun dia tidak cuba untuk menenangkan anak muda itu. Biar Zul melepaskan apa yang dia simpan selama ini. Bukannya mudah untuk memujuk Zul membuka mulut. "Kau sendiri tengok macam mana family aku layan dia. Macam anak emas. She's our helper for God's sake and Cik asyik halau dia dari dapur aje setiap kali dia nak masuk tolong. Everytime dia nak buat kerja rumah, mama kata tak payah. Nak cucikan kereta ayah aku, ayah aku boleh siap join sekali. Si Faiz pulak dok ngekor dia macam apa aje. Aku tau dia tak ada salah apa-apa, but I can't help feeling whatever I am feeling when my family did that. I am getting displaced by this girl, tu aje yang ada dalam kepala aku setiap kali diorang buat macam tu. Aku cuba nak abaikan benda tu, tapi bila dia dapat bunga hari tu, rasa macam all hell breaks loose. Rasa macam dia betray family aku...and stuff like that."

"Tapi... you do know that your family loves you so much, right? Auntie Dila macam orang sasau bila kau accident hari tu..."

"Of course I knew that!" Zul membentak. "Kan aku dah cakap, I can't help it! Aku tau kau cuba faham keadaan aku, Neil, tapi believe me, you won't. Kau tak akan boleh faham macam mana rasa anak pungut macam aku ni!"

"I told you not to use that word again!" suara Daniel pula yang meninggi. "Stop it, Zul. Really, aku tak sangka...."

Bunyi telefon bimbit Zul memaksa Daniel berhenti bercakap. Terasa kemarahannya meluap-luap di dalam dada. Zul menghela nafas, cuba mengawal suaranya supaya kedengaran seperti biasa sebelum menjawab panggilan. "Assalamualaikum ayah. Umm... Zul kat tasik dengan Neil ni...balik sekarang? Kenapa, yah...? Hah?!!"

Daniel memandang ke arah sahabatnya, kehairanan mengapa Zul kedengaran begitu terperanjat sekali. Zul membuat isyarat tunggu sebentar sebelum meneruskan perbualannya. Tidak lama kemudian, dia menamatkan panggilan lantas berdiri. Handphone dimasukkan semula ke dalam poket. "Neil, we gotta go."

"Kenapa?"

Zul tersengih. Terasa hilang segala resahnya selepas panggilan telefon tersebut.Lupa segala benda yang dia luahkan pada Daniel. "Kau takkan dapat teka punya benda ni. Along tiba-tiba tercongok depan pintu rumah pagi tadi."

0 comments: