Saturday, December 12, 2009

24

Helena merenung sepi buku nota kecil yang berada di hadapannya. Susah juga bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni ye? Aku dah kate aku tak available, dihulurnya lagi benda ni. Terbayang wajah serba salah Hayati tempoh hari.

"Aku dah cakap dah dengan dia, Lena. Sumpah. Aku beritau dah yang salah seorang daripada mamat-mamat yang datang lawat kau hari tu kau punya balak. Tiba-tiba pulak dia kata dia tak percaya, padahal benda tu lah yang dia pegang sebelum ni. Aku cakap jugak pasal mamat tu budak medic KMB. Dia boleh gelak aje. Aku rasa otak dia dah rosak lah Lena sebab suka pada kau..."

"Gila!"

"Haa...lepas tu, ni...dia suruh aku passkan pada kau," Hayati menghulurkan sebuah buku nota kecil berwarna hijau. Comel. "Dia kata kalau boleh, kau isi lah apa-apa aktiviti yang kau buat time cuti dua minggu nanti. Dia nak tau sangat. Dia tanya lagi boleh ke tak kalau dia dengan kau bertukar-tukar buku catatan harian? As in tukar-tukar diari lah. Satu hari dia tulis apa-apa, lepas tu pass pada kau untuk kau tulis pulak...."

"As in berbalas-balas surat tapi guna buku?" Helena menjegilkan mata. Hayati tunduk dan mengangguk.

Pening betul lah kepala aku. Tak reti-reti yang orang tak suka. Bila cakap aku dah ada balak, dia terus masuk phase denial pulak. Ceh.

"Lena, Lena tak mau makan ke? Tuk dah siap masak dah ni..." suara Tuk Pah kedengaran dari luar pintu bilik. Cepat-cepat disorokkan buku nota tersebut di bawah bantal. Nanti-nanti aje lah aku fikir. Tak payah fikir pun tak apa. Bukan berdosa pun kalau aku tak tulis apa-apa dalam buku tu.

*

Tuk Pah memerhatikan Helena yang leka menonton televisyen. Dah besar dah cucu aku ni rupanya...Baru semalam rasa macam dia berlari-lari keliling kampung dengan asikrim di tangan. Sedar-sedar dah masuk 15 tahun masa berlalu, hak penjagaan gadis itu pun dah bertukar tangan. Tugasnya memelihara Helena sehingga gadis itu boleh berdiri sendiri sudah selesai, kini tugas Jazid dan Adila pula untuk menyempurnakan pendidikan gadis itu. Wang ringgit bukan masalah besar. Tanpa pengetahuan Helena, dia mempunyai simpanan yang begitu mewah sekali. Mak dengan ayah Lena tak tinggalkan Lena macam tu aje, sayang...

"Kenapa tuk pandang Lena semacam aje?"

"Tak ada apa-apa. Tuk terkenang aja masa Lena tinggal dengan tuk dulu..."

"Lena boleh aje nak pindah balik rumah tuk," ujar Helena bersungguh-sungguh. Mata coklatnya memandang Tuk Pah dengan penuh kasih.

"Betul ke ni? Tak sayang nak tinggalkan sekolah dekat Kuala Selangor sana? Tak sayang nak tinggalkan Dato' dengan Datin?" Tuk Pah menduga hati anak gadis itu.

Helena terdiam. Tak tahu apa yang harus dijawab. Benar, dia sudah jatuh sayang pada keluarga Jazid. Dia sudah jatuh sayang pada sekolah barunya. Pastinya dia terpaksa meninggalkan kedua-duanya andai dia ingin tinggal bersama Tuk Pah semula...

Tuk Pah tergelak. Lena, Lena..."Tuk tak kesah, Lena. Asalkan tuk tau Lena seronok, tuk tumpang seronok juga. Lagipun tuk tau Lena selalu ingat pada tuk...jangan la Lena risau, tuk elok-elok aja duduk seorang diri. Lagipun siang-siang anak mak teh Lena, tuk yang jaga. Tak adalah tuk sunyi sangat."

Helena tersenyum. Lega sedikit rasa hatinya. Dipeluknya tubuh tua itu dengan manja. "Lena sayang tuk."

*

'Aku ada abang!' Hati Helena melonjak-lonjak kegembiraan. Kenyataan yang dia perolehi secara tidak sengaja itu betul-betul menaikkan semangatnya. Aku bukan seorang diri dalam dunia ni. Tapi kenapa tuk pun tak pernah nak kasitau yang aku ada adik beradik yang lain. Kalaula aku tak terjumpa gambar lama ni dekat setor, memangla sampai ke mati pun aku tak tau... kenapa ye tuk rahsiakan?

Sekali lagi gambar itu ditatap. Gambar seorang wanita bersama-sama seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 3 tahun dan budak perempuan yang kelihatan baru berumur setahun lebih. Ni lah dia perempuan yang selalu masuk dalam mimpi aku tu...sah, memang dia mak aku. I'm sure of it. Ditelek pula belakang gambar tersebut. Ada tulisan yang hampir pudar, namun Helena masih berupaya untuk membacanya.

'Fizi,Melissa, Helena, Kuala Lumpur,1984'

Alahai, comel nya aku time kanak-kanak. Kalau masuk iklan dulu-dulu, mesti dah famous, dia tersengih sendiri. Perasaannya terbuai-buai. Helena yakin budak lelaki itu abangnya. Dia yakin 'abang'nya itu masih hidup. Dia pasti. Entah dari mana dia mendapat keyakinan itu pun dia tidak tahu. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana perasaannya bila menyedari hakikat itu. Namun, di hadapan Tuk Pah, dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, sehinggalah dia pulang semula ke Shah Alam, sepatah pun dia tidak memberitahu wanita tua itu tentang gambar tersebut.

"Kenapa kamu tersengih-sengih aja dari tadi Lena? Sehat ke tidak?" suara Cik Izah mematikan lamunan Helena. Aiseh cik ni... potong stim betul. Cepat-cepat Helena menumpukan perhatian pada kupasan bawangnya.

"Tak ada apa-apalah, Cik. Mana ada Lena senyum... Cik salah nampak kot?" Helena mengangkat kening sambil tersenyum. Heheh, mujur jugak tangan aku boleh berjalan jugak time aku berangan-angan, kalau tak memang lagi kantoi tak boleh nak cover lah. Cik Izah mengecilkan matanya. Budak ni mesti ada sembunyikan apa-apa ni. Bukannya aku tak tau perangai dia macam mana. Selalu riuh aje mulutnya bercerita. Kalau tak ada benda yang nak diceritakan tu, maksudnya adalah benda yang dia sembunyikan.

"Biasalah Cik, orang dah ada buah hati. Mestilah asyik tersengih-sengih seorang diri," suara Zul dari belakang membuatkan Helena berhenti tersenyum. Apahal pulak nak cari gaduh dengan aku ni? Perlahan-lahan dia menoleh. Wajah serius Zul yang ditatapnya. Tiada senyuman mengusik ataupun sengihan nakalnya. Uisk, apa salah aku?

"Apa yang abang Zul merapik ni? Tak mainlah buah-buah hati. Orang sekolah lagi la..." berdiri bulu tengkuknya membahasakan Zul sebagai abang. Tapi itu dilakukan semata-mata untuk menjaga hati keluarga Jazid. Tidak manislah pula nak ber'aku' ber'engkau' dengan Zul di hadapan ahli keluarga yang lain. Tapi bila mereka berdua sahaja, ataupun bertiga dengan Daniel, gaya percakapan mereka kembali seperti biasa.

Zul tidak terus menjawab. Matanya tajam merenung gadis yang sedang duduk di lantai dapur rumahnya. "Meh ikut aku sekejap. Ada benda yang aku nak tunjuk kat kau." Dia terus berlalu. Helena memandang Cik Izah yang terkebil-kebil, tidak faham apa yang berlaku di antara anak majikan dan gadis di hadapannya. Sejak dua menjak ni macam kembar siam, tup-tup tak ada ribut, tak ada tsunami, berubah terus sikap Zul terhadap Helena.

"Pergilah, Lena. Tengok apa yang Zul nak. Penting kot..." Cik Izah bersuara. Helena mengangguk sahaja.

"Ada apanya? Apa kau buat depan bilik aku tu?"

"Masuklah, tengok ada apa atas katil tu. Nasib baik aku yang bukak pintu tadi. Kalau orang lain?" sinis suara anak muda itu. Helena mengerutkan dahi. Tak faham betullah dengan mamat ni. Tapi di jengukkan juga kepalanya ke dalam bilik. Sebaik sahaja pandangannya singgah pada katil bujangnya, matanya terbuka luas.

Siapa pulak yang mengada-ngada buat flower delivery ke rumah ni?? 5 kuntum semuanya, 4 kuning dan sekuntum berwarna merah, Helena membilang dari jauh. Kemudian dia memandang Zul yang diam sejak tadi. "Serius aku tak tau apa-apa."

"Iye sangatlah tu tak tau apa-apa. Kau ingat mak bapak aku hantar kau pergi belajar SBP suruh bercinta ke?" tajam kata-kata Zul menghiris hati gadis itu. "Kau ingat duit mak bapak aku macam pasir ke?" Terjegil matanya.

"Aku tak tau apa-apa, Zul," Helena cuba menenangkan dirinya, walaupun dalam hatinya sudah menangis. Sedih bercampur marah. Marahkan si pemberi bunga yang tidak diketahui. Sedih kerana dituduh tanpa usul periksa oleh Zul. "Kalaulah aku tau bunga tu nak datang, takkan la aku boleh buat tak tau? Mestilah aku sendiri yang nak buka pintu ambil sendiri...bukannya..."

"I'm not talking about the flowers okay?" Zul cepat-cepat memotong. "Mungkin bagus jugak bunga ni datang. Kalau tak, kami tak tau apa yang kau buat kat belakang kami. Janganla kau risau, aku takkan kasitau benda ni kat parents aku. Rest assured about that." Dengan itu dia berjalan meninggalkan Helena.

Terasa ingin pecah dadanya mendengar kedinginan suara Zul. Apa salah aku? Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik lalu merapatkan pintu. Kolam matanya berair. Dicapainya bunga yang disusun dalam jambangan kecil itu. Cantik, desis hatinya, bila dah disusun sekali dengan bunga-bunga kecil berwarna ungu. Kad kecil yang dilekatkan bersama-sama bunga-bunga itu dibukanya.

'Jangan ditanya dari mana saya dapat alamat awak. :) Jangan lupa penuhkan buku tu dengan aktiviti awak masa cuti ye? Buku saya dah nak penuh dah. Tak sabar betul nak tunggu sekolah bukak. See you in school.'

Wajahnya mula memerah. Direntapnya kad tersebut, diramas-ramas dengan penuh geram dan dilontarkan ke hujung bilik, diikuti pula dengan bunga di tangan. That's it. Aku dah fed up. Dulu boleh la aku tahan lagi...tapi sekarang, kalau dah rosakkan friendship aku dengan Zul...

Helena mula tersedu. Ditariknya gambar dari bawah bantal. Abang..

0 comments: