Saturday, December 12, 2009

23

"Kau tak cakap kau dah ada balak?" Hayati menjegilkan mata. Patutlah dia buat tak peduli je bila aku cakap dia ada SA. Rupa-rupanya pemegang status-already taken. Helena memandang Tengku Nadia yang pura-pura khusyuk menghadap latihan Add Maths dalam buku Pelangi. Cis, macam aku tak tau dia tengah pasang telinga.

"Memanglah aku tak ada balak."

"Dah tu siapa yang datang lawat kau hari tu?"

"Kenapa kau nak tau sangat?" Helena mengangkat kening kehairanan. Dah dua hari benda tu jadi baru dia nak tanya? Semalam tak ada pulak nak sibuk-sibuk tanya. "Kelmarin kau relax aje..."

"Sebab kelmarin aku tak tau apa-apa. Pagi tadi baru aku dapat tau...tu pun daripada SA kau. Dia kata dia nampak kau dengan dua orang lelaki dekat DM Ahad hari tu."

"Dah tu yang kau nak marah-marah ni kenapa, Yati?" Helena menyoal.

Hayati mengeluh. "Aku bukan marah...tapi..." gadis itu terdiam. "Cara SA kau beritahu pada aku macam aku yang salah sebab tak cakap awal-awal yang kau dah berpunya. Macam aku sengaja aje nak tengok dia suka kat kau macam orang bodoh. Patutlah dia buat mogok tak tegur aku sejak hari tu lagi. Bila tegur hari ni, aku pulak yang kena fire. Mana aku tak hot! Mintak maaflah sebab terlepas pada kau..."

Siapa yang kemaruk sangat sampai sanggup marah kat posmen sendiri ni? Kesian Yati..."Yati, macam ni lah...kau cakap aje kat budak tu yang aku memang dah berpunya, habis cerita. Cakapla yang selama ni memang aku tak pernah beritahu sesiapa pun. Yang budak tu nampak kat dewan makan hari tu, salah seorangnya, balak aku lah. Seorang lagi sepupu aku." Ya Allah, sesedap mulut aje aku membuat cerita. Tapi dengan cara ni aje nak buat peminat misteri itu berhenti mengirim salam setiap hari dan pada yang sama enggan mendedahkan identiti dirinya. Tak suka betullah berurusan melalui posmen ni, Tengku Nadia menyembunyikan tawa di sebalik long book yang digunakan untuk membuat latihan. Lena, Lena...mesti tak tersangka kan yang kau pun terpaksa guna cerita karut yang sama jugak...

"Kalau dia tanya apa-apa pasal balak kau, apa nak kata?" Hayati mengerutkan dahinya. Nak tabur macam tu aja senanglah, dibuatnya sekejap lagi budak tu tanya yang bukan-bukan, aku nak menjawab apa. "Misalnya...budak sekolah mana ke...?"

Helena tersengih. Pandangan Tengku Nadia tidak dipedulikan. "Tak mainlah budak sekolah. Dia budak medic kat Kolej MARA Banting tau."

*

"Termenung aje aku tengok kau daripada Ahad hari tu. Ada apa-apa masalah ke?" suara Azlan melenyapkan wajah seorang gadis yang sejak tadi mengisi ruang fikirannya. Daniel senyum tawar. Baringnya dibetulkan supaya lebih selesa. Masalah...kalau ada pun, jika diberitahu pada teman sebiliknya itu, apa yang dia boleh buat?

"Tak ada apa-apalah, Lan. Benda kecik aje."

"A girl?" mata Azlan bersinar-sinar. Kalau benarlah pemikiran Daniel terganggu disebabkan seorang gadis, ini memang berita sensasi. Memang membuatkan dia teringin bersua muka dengan gadis yang membuatkan temannya termenung panjang lewat beberapa hari ini. Mana tidaknya, sepanjang dia menjadi teman sebilik Daniel, tidak pernah sekali pun dia melihat Daniel menunjukkan sebarang minat pada mana-mana pelajar perempuan. Bukannya tiada gadis yang cantik, yang baik di KMB ni. Malah, surat secret admirernya juga sudah hilang entah ke mana.

Bingo! Kata hati Daniel mengiakan serkap jarang Azlan. Namun dia menggelengkan kepala, membuatkan temannya mengangkat bahu. Dia tidak mahu berkongsi kisah tentang Helena dengan Azlan. Tidak, sebetulnya dia tidak mahu 'berkongsi' Helena dengan roommatenya. Sekurang-kurangnya, belum tiba masanya lagi untuk dia berbuat begitu. Entah sejak bila dia menjadi tamak begini, tamakkan Helena hanya untuk dirinya sahaja, Sejak bila, ya?

Oh ye... sejak mata dan hatinya mula menyenangi wajah si gadis dengan rambut perang separas bahunya yang selama ini terdedah telah dilindungi sehelai tudung di bumi Kuala Selangor Ahad lepas...

*

Kuala Selangor, Ahad lepas

"Kenapa pandang saya macam tak pernah pandang orang?" Helena bertanya, kurang senang apabila direnung tanpa berkelip oleh Daniel. Zul ketika itu ke hujung dewan makan untuk mencuci tangan. Daniel menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa ek?

"Awak nampak....umm...saya pun tak tau mana lainnya awak hari ni, tapi awak nampak lain la..." Apa ye yang lain? Hidung ada, Mulut ada. Mata...dua-dua ada lagi..

Helena tertawa kecil. Fahamlah dia mengapa Daniel berkelakuan begitu. Hujung jarinya menyentuh tudung berwarna krim yang melitupi kepalanya. Pemberian Tuk Pah. "Ini ke? Awak tak pernah nampak saya bertudung kan? Peraturan sekolah."

"Oh..." Daniel terangguk-angguk, tetapi matanya masih belum lepas dari memandang wajah Helena. "Tapi, awak tau tak...awak nampak lain sangat bila pakai tudung ni. Nampak sweet aje. Tak salahkan kalau awak terus pakai macam ni dekat luar sekolah?"

Pipi Helena memerah mendengar kata-kata Daniel. Berlainan sungguh dengan reaksi Zul bila pertama kali melihatnya bertudung. Seperti Daniel, dia juga agak terkedu pada mulanya. Namun dia kembali seperti biasa dalam masa beberapa saat kemudian, mulutnya selamba mengeluarkan komen yang membuatkan Helena terasa hendak menampar-nampar mulut anak muda itu. Celupar sangat!

"Kau ni sebenarnya reti ke tak pakai tudung ni? Comot aje aku tengok. Nak aku carikan mana-mana perunding imej untuk kau tak?" Dan peha Zul menjadi sasaran cubitan Adila. "Mama ni, Zul main-main aje..."

Zul, cepatlah datang duduk sini balik. Kau buat apa lama-lama dekat sinki tu? Aku dah mula segan dah duduk dengan Daniel ni. Mata Helena terarah ke hujung dewan makan. Zul kelihatannya masih lagi menunduk ke arah sinki, entah apa yang dibuatnya, Helena pun tidak tahu. Dia mula tidak senang duduk berhadapan dengan Daniel yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti daripada merenungnya.

Pertama kali menerima pujian dari seorang lelaki, Helena tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. Selama ini bukannya tidak pernah Tuk Pah memuji, Pak Samad jual ikan memuji, Jazid memuji, namun penangannya tidak sehebat kata-kata yang keluar dari mulut Daniel sebentar tadi. Agaknya sebab tak pernah budak-budak sebaya aku bermanis mulut macam dia kot? "Umm..macam mana KMB? Best?"

Daniel tersenyum. Lucu melihat Helena seperti tidak tentu arah. "Seronok jugak. Walaupun terperuk dekat dalam ladang kelapa sawit, tak ada tempat nak lepak-lepak selain daripada pekan tu,tapi not bad la. Meal dewan makan yang sediakan, macam kat sini lah. Library facilities pun boleh tahan la. Dalam bilik ada meja and lampu study sendiri. Classmates pun okay. Apa lagi Lena nak tau?"

Helena hilang kata-kata. Adoi Lena, sejak bila lidah kena curi? Selalu tu ada aje jawapan kat hujung lidah. Sedangkan masa berseteru dengan Zul dulu pun tak pernah nak hilang ayat untuk membalas kembali kata-kata pemuda itu. Ni Daniel cakap dengan nada biasa pun,.. "Err...dah ada awek dah?"

Daniel ketawa kecil. "Kalau belum, Lena nak isi borang ke?"

Helena mendengus. Aku pulak yang dikenakannya. And sejak bila pulak dia membahasakan aku Lena? Mana pergi 'awak'? "Dah awak tanya ada apa-apa lagi yang saya nak tau ke tidak. Saya tanya ajelah apa yang terlintas kat kepala. Tak mau jawab sudah..."

"Hmm..." kalau nak try masuk jarum sekarang okey tak ye? Rasa-rasa dia ada rasa cemburu ke tidak kalau aku beritahu pasal surat SA tu...Ah...cuba aje... "Kalau nak ikutkan, tak ada. Tapi, hari tu adalah jugak terima note dari sorang budak perempuan. Sampai sekarang saya tak tau siapa..." Matanya memerhatikan wajah Helena dengan teliti, cuba mengesan sebarang perubahan pada riak gadis itu. Namun hampa. Helena tetap selamba. Malah bibir gadis itu mengukir senyum pula.

"Awak dapat love note,ek? Wah...ada jugak orang guna cara tu lagi ye? Sweet betul. Kenapa tak cari orangnya?"

"Saya rasa macam tak berminatlah," Daniel menjawab, hambar. Helena terangguk-angguk.

"Tapi kan...saya macam kureng sikitlah dengan SA ni. Macam buat orang tertanya-tanya aje siapa sebenarnya dia tu. Lepas tu macam rasa tak sedap jugak, macam ada orang dok perhatikan semua benda yang kita buat dari jauh. Macam ada stalker lah pulak. Puas saya pujuk posmen tu suruh beritahu siapa budaknya, tapi tak jalan jugak...." Helena terhenti tiba-tiba, baru sedar dia sudah terlalu banyak bercakap. Dipandangnya wajah Daniel yang seperti terkaku mendengar kata-katanya sebentar tadi.

Daniel menelan liur. Itulah Neil, nak tengok reaksi orang, diri sendiri yang terkantoi cemburu. Siapa budak hingusan tu?! "Um...are you saying that....awak ada secret admirer?"

Isk...habisla aku kalau dia bocorkan pada Zul. "Daniel, awak janji dengan saya satu benda ye? Jangan sebut benda ni pada Zul ye? Nanti mati saya kena perli. Nanti dia kata saya dah gatal nak bercinta time belajar. Tapi saya berani cakap yang saya tak pernah nak melayan budak tu walaupun dia asyik kirim-kirim salam or kasi saya macam-macam benda. Janji ya, Daniel?" Dia memandang Daniel, penuh mengharap. Dari ekor matanya dia dapat melihat Zul berjalan kembali ke arah mereka. Please, Neil, say yes...

Suara Helena kedengaran sayup-sayup di telinganya. Hanya rentakan jantung yang semakin laju didengarnya. "Okay, saya janji."

0 comments: