Saturday, December 12, 2009

21

Helena merenung siling tanpa berkelip. Suara rakan-rakan sedorm yang riang bercerita sesama mereka tidak dipedulikan. Sebaik sahaja pulang dari prep malam itu, dia terus sahaja memanjat katil. Supper di dewan makan tidak dihiraukan. Sedangkan biasanya, dialah antara yang paling awal akan keluar dari kelas semata-mata hendak beratur di barisan hadapan untuk mengambil makanan. Lebih-lebih lagi pada malam Khamis, bihun tomyam kegemarannya yang menjadi menu supper malam itu.

"Ada budak laki kelas aku kirim salam." terngiang-ngiang pesanan Hayati, budak kelas sebelah sebelum prep malam mereka tamat tadi.

"Siapa? Dollah?" balasnya acuh tak acuh. "Ke diri kau sendiri?"

"Ada pulak macam tu. Rahsia lah. Secret admirer kau," Hayati tersenyum-senyum penuh makna.

"Siapa pulak....Hei!" terbeliak matanya melihat Hayati meninggalkan kelasnya dengan selamba tanpa menerangkan lebih lanjut siapa yang mengirim salam.

Sakit kepala.... siapa budak lelaki 4 Mutiara yang dia tidak kenal? Semuanya dia kenal, gara-gara kekerapannya bertandang melawat Hayati. Dan juga keselambaan dia membalas usikan yang dikenakan oleh pelajar lelaki kelas itu ketika dia mula-mula masuk dahulu. Siapa pulak dalam diam subscribe diri sendiri masuk dalam fan club yang dia tak pernah tubuhkan? Kusut betullah kepala aku bila sampai bab-bab macam ni. Kalau boleh bercerita kat Nad kan macam best? Nad, Nad...dah setengah tahun pun kau still simpan dendam kat aku lagi?

Siapa sangka dia dan Tengku Nadia ditawarkan belajar ke sekolah yang sama, ditempatkan dalam kelas yang sama dan hampir-hampir mereka jadi deskmate sebelum Tengku Nadia menggunakan alasan yang dia tidak tahan silau sekiranya dia duduk di situ. Ye lah sangat silau kat papan hijau tu, ke kau silau dengan aku sebenarnya? I think it's time to tell her the truth... lagipun kitorang bukan belajar kat sekolah orang kaya tu lagi...and budak-budak sini, dijamin tak tau apa-apa lah pasal insiden Zul=cousin, Daniel= boyfriend aku tu. Kecuali Hayati, itupun superficially aje.

Pasal secret admirer tu... that can wait. Tak penting pun. Tak jejas hidup aku pun ada ke tak ada. Dah namanya secret kan, sama la macam tak ada pun.

Isn't it?

***************************

Helena menanti reaksi Tengku Nadia. Wajah gadis itu tidak beriak. Eit? Tak terasa apa-apa ke lepas dah tau cerita yang sebenar-benarnya. Aku tak adalah nak mintak reaksi yang dramatik sangat sampai ada adegan peluk memeluk dengan air mata berjurai-jurai, tapi at least kasila respon sikit. Ke kau nak ambik title Ice Prince dari Zul? Tengku Nadia aka Ice Queen. "Nad?"

Tengku Nadia meletakkan novel Melayu di tangannya. (Nad? Baca novel Melayu? Memang pengaruh sekolah asrama kuat betul...) "Kau nak aku buat apa? Hug you sambil menangis-nangis?"

Helena menahan diri tersenyum. Baru sahaja gadis itu menzahirkan apa yang berada dalam fikirannya sebentar tadi. "At least kasila respon apa-apa, anything. Ke kau rasa ni cerita baru yang aku buat sebab nak cover up cerita dulu tu? Come on Nad, setengah tahun kau tak bertegur sapa dengan aku, as in proper punya tegur sapa..."

"So..." Tengku Nadia melunjurkan kakinya sambil belakangnya disandarkan pada kepala katil. Tangannya bermain-main dengan hujung sarung bantal. "You were saying yang kau actually orang gaji rumah Zul. Yang kau asal-asalnya adalah seorang budak kampung. Yang semua cerita tu memang direka dalam keadaan emergency sebab nak protect kau dari cemuhan kitorang semua? Kau ingat aku nak percaya? Orang gaji dihantar ke sekolah elit? Perbelanjaan ditanggung oleh majikan? Tolongla Lena, nak buat cerita tipu pun ada hadnya jugak..."

Perangai serupa macam Zul, Helena mengomel dalam hati. "Suka hati kau nak percaya ke tidak, yang penting aku dah jalankan tanggungjawab aku untuk beritahu kau benda sebenar. Untuk buat kau percaya, bukan tugas aku. Okay, I'm done." Helena bangun dari lantai, sedikit kecewa dengan sikap Tengku Nadia. Aku beritau kau ni tanpa pengetahuan Zul tau. Kalau dia tau, memang hangus aku kena panggang. Dia berpaling ke arah pintu dorm.

"Em...Tuk Pah kau... sihat?" suara Tengku Nadia mematikan langkah Helena.

Aku... tak pernah sebut pasal Tuk Pah depan Nad... Helena berpaling. "Nad...mana kau tau..." kata-katanya tergantung melihat mata Tengku Nadia berair. "Nad...kenapa..." pantas dia ke sisi Tengku Nadia, melabuhkan punggungnya di atas bedspread merah jambu yang memang menjadi alas cadar putih pada setiap tilam di Aspuri. Tangannya memegang bahu Tengku Nadia. Ais dah cair?

"I've known..."

"Hmm..?"

"Apa yang kau cerita kat aku tadi, semuanya aku dah tau awal-awal lagi, sebelum masuk sekolah ni lagi aku dah aware yang Zul bukan sepupu kau, Daniel bukan balak kau, and all that stuff. Aku tau...tapi... aku degil nak dengar dari mulut kau sendiri. Nak dengar kau confirmkan betul ke tidak apa yang orang tu ceritakan pada aku. Bukanla bermakna aku ingat orang tu menipu, tapi...sorry for kekerasan kepala aku..." Tengku Nadia tersenyum tawar.

"You knew?!" Helena membeliakkan mata. "Kau tau, and still...wait, wait...kau tau dari siapa?" Nad dah tau selama ni...tapi dia boleh buat dono je kat aku selama setengah tahun? More importantly, siapa yang kasitau? "Daniel?"

"Kenapa Daniel yang jadi pilihan pertama kau?" Tengku Nadia menyoal dengan nada mengusik. Air mata diseka supaya tidak mengalir ke pipi. "Not him, cousin kau yang kasitau aku, lepas dia tau aku pun dapat offer datang sini jugak---he's worried about you, that I can tell...dan...dia beritahu aku macam mana serabutnya kau masa aku lancarkan perang dingin dulu...believe me, Lena, it wasn't easy for me too. Tapi aku terasa macam...macam orang bodoh kena tipu hidup-hidup macam tu. Konon kata kawan baik, tapi latar belakang langsung tak tau...okay, so not exactly kena tipu, sebab kau tak pernah bagitau apa-apa...tapi kau fahamkan apa aku rasa...?"

Helena mengangguk-angguk, fikirannya masih cuba menerima hakikat yang Zul merupakan orang yang memberitahu perkara sebenar kepada Tengku Nadia, sedangkan pemuda itu lah yang berkeras menghalangnya daripada membuka cerita. "Dia cerita semua...pasal Tuk Pah? Aku anak yatim piatu..."

"Everything, termasuklah pasal dia kasi layanan buruk tahap giga punya kat kau masa mula-mula kau datang dulu. Membuatkan aku faham kenapa dia pandang kau macam nak telan masa kau terlanggar dia dulu. Aku pulak mati-mati ingat korang berlakon sebab nak memperbodohkan semua orang..."Gadis itu terdiam sebentar, mengetap bibir. "Lena...aku...aku minta maaf banyak-banyak kalau pelakuan aku dulu menyakitkan hati kau. Kau...aku tak dapat nak bayangkan macam mana kau rasa...macam mana kau tahan mulut orang yang memburukkan kau...and I wasn't there to help...aku memburukkan keadaan lagi adalah..."

Helena tersenyum kecil. Hatinya terasa lapang. Persahabatannya dengan Tengku Nadia telah pun kembali seperti dahulu. Perlahan tangan Tengku Nadia digenggam. "Tak apa. Aku faham...to be honest...aku tak tahan semua tu, tambah-tambah lagi bila kau tak ada dengan aku. Tapi Tuhan tu Maha Kaya...dia hantar seorang lagi insan buat penguat semangat aku...eventhough dia dulu termasuk dalam senarai orang yang aku teringin nak botakkan kepala dia time dia tidur." Sengih. Terbayang wajah Zul tanpa rambut yang menjadi kebanggaannya selama ini.

"Oh...and Daniel?" Tengku Nadia senyum mengusik, dalam pada yang sama mengorek cerita. Teringat jawapan Zul ketika dia ingin mendapatkan penjelasan hubungan antara Helena dan Daniel serta bagaimana khabar itu boleh tercipta.

"Aku cuma boleh kata yang tujuan Neil sama dengan aku, nak protect Lena, though don't ask me WHY I wanted to protect her. Tapi aku tak dapat nak jelaskan kenapa Neil kasitau orang yang Lena tu dia punya girl. Aku dah tak faham dah dengan perangai dia. Orang tua tu dah angau semacam aje aku tengok."

Buat seketika Helena memandang kosong wajah Tengku Nadia. "Dia? Memburukkan keadaan lagi adalah!"

0 comments: