Saturday, December 12, 2009

20

"PASUM? Apa tu?"

"Pusat Asasi Sains UM. Masuk bulan April depan. Baru dapat borang semalam," Daniel menghulurkan borang kepada Helena. Helena menyambut dan membelek helaian-helaian kertas itu dengan penuh minat.

"Awak nak jadi doc macam uncle Jamal jugak ke?"

"Kalau ada rezeki,saya memang nak sangat. Tapi masuk matriks and amek Sains Hayat bukan bermaksud untuk jadi doktor aje," wajah Daniel berseri-seri. Air oren yang dihidangkan Helena diteguk sehingga habis.

"Tapi...?"

Daniel tertawa. "Awak memangla, Lena, saya tak cakap apa-apa lagipun awak tau jugak ada benda yang saya tak beritahu lagi."

Kalau dah dari tadi dok tersengih-sengih macam tu...siapa yang tak dapat tangkap? "Ada lagi berita yang menggembirakan?"

Daniel mengeluarkan satu lagi sampul surat coklat dari back pack Nike nya lalu dihulurkan kepada Helena. Masih tersengih-sengih. Helena merenung sampul surat itu sekilas dan kemudiannya tersenyum lebar. "Wah wah...dari JPA!" Tak sabar-sabar dia mengeluarkan isi sampul. Matanya laju membaca barisan ayat yang ditaip kemas. Senyumannya makin lebar. "Congrats ye... awak dipanggil untuk interview. Eh, eh...bukan tarikhnya sama dengan tarikh awak nak masuk Asasi ke ni?" matanya memandang Daniel, penuh tandatanya.

Daniel mengangguk-angguk. "Saya dah bincang dengan ayah. Dia ambik cuti hari tu. Teman saya pergi interview pagi-pagi, then hantar pergi Asasi terus. Awak nak ikut?"

Helena mengerutkan dahi. Apa kes dia nak menyibuk-nyibuk? "Nak buat apa saya ikut? Bukan saya yang nak pergi temuduga. Lagipun hari tu sekolah lah."

"Buat pembakar semangatlah, awak ni pun. Pontenglah sehari sekolah tu, tahun ni kan honeymoon year," Daniel mengangkat kening sambil tersenyum-senyum. Helena tidak terus menjawab. Diperhatikan Daniel yang kelihatan begitu seronok di hadapannya. Lain sungguh perangai pemuda itu dengan Daniel yang dikenalinya awal-awal dahulu. Macam dah jadi mereng sikit, nak kata weng pun ada jugak.

"Awak ajaklah siapa-siapa kawan awak yang tengah bercuti macam awak. Cheerleaders batch awak mesti tak akan lepaskan peluang nak sorakkan awak. Tak pun ahli-ahli Headboy FC ke... Nani ke? Orang-orang yang mengaku girlfriend awak ke?" Helena tersenyum mengusik, seronok pula dia melihat reaksi wajah Daniel berubah bengang.

"Susah betul nak fahamkan awak ye, Lena? Awak sorang je yang saya mengaku girlfriend saya," Daniel geram. Helena membiarkan sahaja kata-kata Daniel bagai angin lalu.

"Iyelah tu. Tapi awak aje yang mengaku pasal benda ni. Saya tak pernah cakap apa-apa pun. Dah, saya nak masuk. Saya panggil Zul ek?" Helena mencapai gelasnya dan gelas Daniel lalu dibawa masuk ke dalam. Daniel merengus kasar.

*

"Habis dating dah?"

"Kepala hotak kau dating. Tu Daniel nak jumpa. Pergilah turun," Helena mengurut dada. Kalau tak mengejutkan orang tak boleh ke? Nasib baik tak terjatuh tangga.

Zul tertawa kecil. "Dah habis segelas air minum dengan dia baru panggil aku turun? Tak macam nak jumpa aku pun."

"Skodeng ek? Aku buat air tu untuk kau dengan dia. Sekali dia dok ajak borak sekali, last-last aku yang minum air kau. Tak sempat nak panggil pun," dia menuruni tangga seiringan dengan Zul. "Aku buatkan kau air lain ek?"

"Bloody Mary satu,"Zul tersengih.

Helena menjeling tajam. Suka sangat main-main lah orang tua ni. "Aku kasi kau air longkang depan rumah lagi elok daripada air yang kau mintak tu. Dah cukup sangat amal ibadat ke?"

"Neil sekarang datang rumah ni, bukan nak jumpa aku lagi dah," Zul menggaru-garu dagu. "Aku ni jadi alasan untuk dia datang tengok kau. Tak terasa flattered ke? Disebabkan kau...Zul-Ashraf Hakimi The Ice Prince diketepikan best friendnya The Untouchable Daniel. Hot news tak?"

"Out." Perasan Ice Prince, mengada-ngada betul. Namun dia sendiri tahu itu gelaran yang diberikan oleh pelajar perempuan yang menaruh hati pada Zul. Betul-betul Ice Prince ke? Nampak macam okey aje selama ni kat sekolah...(walaupun dengan aku garangnya tak payah cakaplah...)...agaknya sebab dia bercakap sikit sangat dengan budak perempuan kot...tak pun sebab dia tak layan segala macam surat cinta yang orang kasi.

Zul senyum sahaja, walaupun rasa kurang senang tidak putus bertandang dalam hatinya. Sejak Daniel merapu dalam kereta berbulan-bulan yang lalu dia mula merasakan ada benda yang tidak kena. Daniel kalau nak merapu pun sebelum ni, tak pernah sampai ke tahap begitu. Bunyik macam lelaki gatal aje. Cis. Mujur jugak kepala budak Lena tu betul sikit, tak cepat cair cam budak perempuan lain mostly. Sedap aje Neil kena laser dalam kereta hari tu. Baguslah, tak adalah aku nak membazirkan air liur sembur budak tu, Helena boleh handle sendiri.

Kenapa agaknya aku berperasaan macam tu? Kurang senang dengan kenyataan yang Daniel ingin mendekati Lena dengan tujuan yang bukan sekadar untuk bersahabat. Nak kata sebab dia tak sukakan Lena, tak jugak. Perhubungan mereka berdua kini seperti sepasang sahabat karib (susah juga nak percaya bila dikenangkan perseteruan mereka tidak lama dahulu). Ada sesuatu antara mereka yang membuatkan mereka merasa serasi dan selesa antara satu sama lain. Kata orang, ada 'chemistry'. Kalau dahulu dia mendengar suara Helena sahaja sudah mula hendak mengamuk, kini dia pula yang menjadi pendengar setia celoteh gadis itu. Namun sejak Helena mengambil keputusan untuk menerima tawaran untuk melanjutkan tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Selangor, rumah besar itu begitu sunyi bagi Zul, lebih-lebih lagi ketika dia sedang menunggu keputusan SPM dikeluarkan.

"Hello, buddy...kenapa monyok aje ni?" Zul menepuk bahu temannya. Daniel tersenyum tawar. Dia menghulurkan dua envelope berwarna coklat ke arah Zul, tanpa suara. Zul mengangkat kening namun menerima kedua-duanya tanpa banyak soal. Bibirnya mengukir senyum bangga setelah selesai isi kedua-dua sampul surat itu dibaca. "Well, apa lagi nak kata? Congratulations! Tapi...yang kau buat muka cuka ni kenapa pulak?"

"Aku..." Daniel teragak-agak hendak meneruskan kata-katanya. "Aku ajak Lena ikut sekali pergi interview JPA tu... she refused..."

Aduss...kenapa kepala kau dah berfikir macam budak balik ni, Neil? "15 April hari apa ek?" Zul mencongak-congak sendiri. "Isnin kan? Isnin kan hari sekolah Neil, takkanla nak suruh budak tu ponteng pulak. Lagipun dia kat asrama, mana la dia boleh nak balik bila-bila masa yang dia suka, lagi-lagi tak ada sebab yang kukuh."

"Aku tau... tapi aku macam nak dia ada kat situ sebelum aku masuk," wajahnya keruh. "I know I'm being unreasonable... sorry..."

Gila. Bukan setakat unreasonable aje, Zul merengus di dalam hati. Apa kena dengan Daniel ni? "Well, bertuah sungguh budak tu ada brotherly figure yang betul-betul appreciate dia. Kau pun, memang nak a baby sister dari dulu kan?"

Daniel terkebil-kebil. Apa yang Zul merepek ni? Dia=brotherly figure? Helena= baby sister? Macam tu ke yang dia nampak selama ni? "Zul, she is to me..."

"Nah, air kau," Helena meletakkan segelas air sirap di hadapan Zul, elok sebelum sempat Daniel menghabiskan kata-katanya. Anak muda itu mengetap bibir, frust kerana tidak dapat meluahkan rasa sebenarnya di hadapan Zul, frust kerana tidak sempat membuatkan Zul faham yang apa yang dirasakan tidak sama langsung dengan perasaan seorang abang terhadap adiknya.

0 comments: