Saturday, December 12, 2009

19

"Lagi berapa paper lagi?"

"2 paper, and then I'll be free. Now senyap. Aku nak concentrate," Zul mula melagukan irama 'Bunyi Gitar' dengan lirik yang diubahsuai oleh rakan-rakannya dengan tujuan untuk menghafal 20 unsur jadual berkala.

"Kasi aku benda nak buat, aku dah bosan. Buku Sheldon kau semua aku dah habiskan dah..." Helena menyilangkan kakinya. Terasa luas sedikit bilik Zul setelah katil hospital dipindahkan keluar.

"Pergi layan TV kat bawah lah, jangan kacau aku kat sini," balas Zul tanpa mengangkat muka. "Tak pun pergi layan Faiz."

"Faiz tuisyen. Bila kau punya next therapy?"

"Esok pagi. Lena, would you mind?" Zul meletakkan penselnya di atas meja perlahan-lahan, menahan sabar. Apa yang anak dara ni nak sebenarnya? Tak pernah-pernah mengacau aku macam ni. Dia memusingkan badan ke arah gadis itu. Helena sedang duduk berteleku di atas katil bujangnya, matanya memandang jari kaki, tidak berkelip. Jari jemarinya bermain-main dengan hujung sarung bantal.

"Mak dengan ayah kau ada dinner apa malam ni?"

"Okay, Lena," Zul menarik nafas. "Spill."

"Nad telefon aku tadi. Berita dah tersebar. Dia naik marah sebab aku keep quiet, tak pernah cerita apa-apa. And bla bla bla all about friendship. Lepas tu dia letak telefon macam tu aje," laju Helena bercerita.

"Apa yang tersebar? Kau sepupu aku?"

"Apparently, kisah kau ngan aku ngan dia dah ada hikayat sendiri dah," Helena tersenyum tawar. "Tak tau mulut siapa yang seronok nak tokok tambah. Daripada satu dua ayat dari mulut korang je, cerita tu dah jadi sangat-sangat 'menarik'. Tiba-tiba aku jadi anak duta. Ayah aku ditugaskan ke Libya, aku tak mau ikut, and aku end up kat rumah kau. Versi lain---mak bapak aku divorced. And ada jugak versi yang dah nak dekat dengan cerita sebenar. Pasal aku dengan Daniel lagi menarik. Alkisahnya aku menggunakan status aku sebagai sepupu kepada Zul-Ashraf Hakimi untuk dekat dengan Daniel. And the story goes on," Helena meluruskan kakinya semula. "Kau pergi sekolah tiap-tiap hari yang ada paper, takkan kau tak dengar apa-apa?"

"Aku pergi sekolah nak jawab periksa, bukan nak amek part dalam grapevine. Yang pastinya, lepas apa yang jadi hari tu, aku dengan Neil memang tak bukak mulut dah. Orang dok tanya apa-apapun, aku wat derk aje."

"Tapi Nad dah salah faham..." Dia menahan air mata. "Tapi..apa yang aku nak beritahu pun kalau berita tu tak betul? Aku dah jadi takut dah nak pergi sekolah amek result PMR next week. Dah takut nak tunggu sekolah bukak next year..."

"Oh, patutlah kau diam aje masa mamat tu dok laser kau hari tu. Rupa-rupanya dia cousin kau. Lepas tu kau biarkan aku macam orang bodoh backing kau. Aku bet korang dua mesti gelakkan aku habis-habisan kat rumah hari tu."

"Nad, kenapa kau percaya apa yang orang kata?"

"Then kasi tau aku apa yang aku tak tau lagi. Kau tinggal rumah dia kan?" keras suara Tengku Nadia.

"Ha'ah, tapi..." nak cerita ke tak nak...

"Apa yang tapinya? Kenapa kau tak admit je? At least kurang sikit sakit hati aku ni. Cukupla berdalih Lena."

Helena tidak tahu hendak berkata apa. Masalahnya berita itu bukan timbul secara tiba-tiba, pengakuan bahawa dia dan Zul adalah sepupu datang dari mulut Zul sendiri. "Nad..."

"And congrats, aku tak tau pun yang headboy tu balak kau. Apa lagi yang kau sorok daripada aku?"

"Tak boleh nak tolong."

"What?" Helena membeliakkan mata. "Apa ni? Korang yang bukak mulut buat cerita macam tu dulu."

"Kau ingat sebab apa kitorang buat macam tu?"Zul mencerunkan mata.

Helena terdiam. Dia rasa dia tahu kenapa, tapi... kurang pasti...

Zul mengetuk-ngetuk meja dengan hujung pensel. "Aku admit yang confession Neil memang over the board, tapi aku tau niat dia sama dengan aku masa aku kata aku dengan kau sepupu. To protect you. Kau tahu apa yang boleh jadi kalau cerita sebenar terkeluar? Aku tak rasa kau boleh tahan hidup sehari lagi kat sekolah tu kalau orang tau. Trust me, benda ni pernah jadi dulu. Ada sorang budak dulu berlagak macam anak orang kaya sebab tak nak jadi out of place kat sekolah. Tapi once orang dapat tau yang ayah dia kerani biasa yang memang kerja keras macam slave nak masukkan anak dia kat sekolah tu, memang teruk dia kena. Worse, bapak budak tu kerja kat firm owned by the father of one of his classmates. 2-3 hari lepas tu dia berhenti."

"Aku tak berlagak macam orang kaya pun..." Helena bersuara perlahan.

"Aku tau," Zul membalas, penuh sabar. Macam mana aku boleh terasa nak protect budak ni pun aku tak tau... "Tapi orang yang tengok dari luar...mana diorang tau? Kau pergi balik sekolah ada driver ambik, dengan Perdana V6 pulak tu. Bayangkan kalau orang tau yang kau ni orphan, tinggal kat pedalaman jauh ke dalam sana, jadi helper pulak kat rumah aku. Aku tak boleh nak imagine benda apa yang diorang boleh tabur dekat kau. Not to say pasal cerita tak betul yang boleh terkeluar sama nanti."

Helena menarik lutut rapat ke dada. Kepala terasa sesak. "So...."

"Yep, terpaksa lah kau berlagak macam benda ni betul sebenarnya, for the time being. At least untuk part yang kau dengan aku sepupu. Part kau dengan Daniel tu, aku tak mau komen apa-apalah. Okay, aku nak sambung study. Kau pergi keluar buat apa-apa. Aku tak nak kau dalam bilik aku."

Helena mencebik. Laju dia turun dari katil menuju ke pintu yang terbuka luas. Terhenti dia seketika ketika dia hendak menutup pintu bilik. "Err....Zul...?"

"Apa lagi?"

"Thanks."

*

Terasa panas belakangnya menerima renungan students yang datang dengan tujuan mengambil keputusan peperiksaan hari itu. Tak cukup dengan renungan, sebaik sahaja dia melintasi mereka, terdengar bisik-bisikan yang kurang menyenangkan hatinya.

"She's the one, I think."

"Apa yang Daniel nampak? Is he blind?"

"Mentang-mentang cousin dia best friend Daniel..."

"Abaikan aje apa diorang nak kata," Zul bersuara perlahan. Bisikan-bisikan itu tidak terlepas dari telinganya. Sejak mereka keluar dari kereta lagi. Walaupun Helena berdegil yang dia boleh mengambil slip peperiksaannya sendiri, dia tetap berkeras mahu meneman. Mana tahu ada budak-budak batch Helena yang berupaya bertindak sehingga ke tahap mengkonfrontasi gadis itu. Dia tidak tahu, tetapi lebih baik berhati-hati. Kepopularan Daniel di kalangan pelajar perempuan bukan boleh dibuat main. "Jalan terus je ke office.... eh, kenapa berhenti tiba-tiba?"

Tengku Nadia sedang berdiri di hadapan pejabat sekolah, matanya tidak berkelip memandang Helena dan 'sepupu'nya. So, you decided to admit at last. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah mereka. Sekilas dia memandang ke arah Zul.

"Sorry sebab aku laser kau dulu. Aku tak tau pulak korang berdua ni sepupu," senyuman sinis bermain di bibir. And I thought you were my buddy, Lena. Sampai hati kau bodohkan aku sampai ke tahap macam ni?

Zul angguk. Tak guna bercakap banyak. Dilihatnya Helena sudah mula kelihatan resah. Kalau dibiarkan budak ni seorang, mau dia cerita semua dekat Tengku Nadia. "Lena, result."

"Nad..."

"Lena, jom. Nanti nak pergi tempat lain kejap lagi."

Tengku Nadia, masih dengan senyuman sinisnya, meninggalkan mereka. Helena mengepalkan penumbuknya. Dengan hati yang sebal dia mengekori langkah Zul.

*

"Tell me again why are you here?" wajah Daniel dipandang macam nak telan. Boleh dia rilek aje berborak dengan Wak kat kereta? Belakangnya terasa makin panas. Badan aku dah cukup berlubang kena tenung dek orang sebab aku jalan dengan Zul, sekali kau ada kat sini jugak...ko nak wipe terus existance aku ke? Belum sempat aku nak enjoy rasa seronok dapat straight A's lagi, kau dah tercongok kat depan aku macam ni.

"Ei, salah ke kalau saya datang sebab nak tau result periksa girlfriend sendiri?" Daniel mengangkat kening sambil tersenyum nakal. Zul mengecilkan matanya. Apa kena member aku hari ni? "Macam mana result? Oke?"

"None of your business," Helena bersuara perlahan. "Tepi sikit, saya nak masuk kereta," pintanya bila dia menyedari yang Daniel sedang bersandar di pintu kereta belakang.

"Neil, kasi jelah budak tu masuk. Orang tengah tengok lah. Nanti teruk dia kena..." Zul mencelah.

Daniel tersenyum tawar. "Kau dah ambik alih tempat aku sebagai back up Lena nampaknya." Dia menarik nafas. "I want people to see. Biar diorang tengok apa yang diorang nak. Biar puas hati siapa-siapa yang suka sangat bercakap belakang."

Gila. "Tepi sikit lah Daniel. Saya tak nak tau kenapa awak ke sini, tapi yang pastinya awak memang sengaja nak memburukkan keadaan. Bukan saya dah kata saya nak avoid awak ke? Ingatkan awak faham yang maksudnya saya kalau boleh tak nak jumpa dengan awak."

"Memburukkan keadaan? I'm here to make things better," Daniel mengalihkan tubuhnya. "Dah, masuklah." Lantas dia membukakan pintu kereta, memberi laluan untuk Helena melangkah masuk. Suara-suara bisikan di belakang semakin kuat. Helena semakin tidak selesa. Namun dia masuk juga ke dalam kereta, dalam hatinya tidak putus-putus menyumpah lelaki itu. Zul masuk ke tempat duduk penumpang, di sebelah Wak. Daniel menutup pintu kereta, selesa di sisi Helena.

"Ayah saya drop-kan saya kat sini tadi, lepas tu dia pergi hospital terus," Daniel menjawab dahulu sebelum Helena sempat bertanya. Gadis itu mengetap bibir. "Okay, okay...I'm here to explain actually. Saya sedar apa yang saya beritahu diorang dalam bilik Zul hari tu memang tak masuk akal langsung. Memang benda tu keluar sebelum saya sempat nak berfikir. Sepatutnya saya diam aje hari tu. Saya minta maaf banyak-banyak."

"Nani called saya, malam hari tu jugak," Daniel menarik nafas. Wak yang sedang memandu buat-buat tak dengar sahaja. Hal-hal orang muda. "Memang habis saya kena sembur. Dia kata saya malukan dia. Dah heboh satu sekolah yang both of us are going out, and tiba-tiba aje saya buat confession macam tu, depan orang ramai pulak tu...."

"Awak buta agaknya..."

"Huh?" Terpinga-pinga Daniel seketika mendengar celahan Helena yang tidak disangka. "Apa buta?"

"Dia suka awak, sebab tu dia marah. Sebab tu dia malu. Tu pun susah sangat nak nampak?" Lelaki ni betullah. Tak sensitif betul!

Daniel terkebil-kebil. "Pedulikan hal tu. Tak ada sebab untuk dia marah-marah pun. Saya layan dia sama dengan macam mana saya layan orang lain. Tak ada bezanya. Cuma untuk Annual Day hari tu saya handle Musical Event sekali dengan dia, dari situ khabar angin start."

"Daniel, awak tak payah nak terangkan apa-apa kat saya. Saya tak mau tahu pun."

"Saya nak terangkan jugak. Maybe saya rasa kurang selesa dengan berita tak betul tu, and secara tak sedar saya cover dengan berita yang tak betul jugak so that saya boleh keluar dari gossip tu. At least dikaitkan dengan awak tak adalah pressure sangat, saya kenal awak, awak pun kenal saya, kalau tak banyak pun, adalah sikit-sikit. Janganlah pandang macam nak telan orang, Lena. Saya cakap benda yang saya rasa, at least benda tu betul untuk diri saya sendiri....lagipun..." dia merenung Helena, dalam.

Helena mula terasa lain bila direnung begitu. Zul sudahpun memusingkan tubuhnya ke belakang. Dia tidak pasti sama ada dia suka dengan apa yang bakal didengarinya dari mulut Daniel. Dia tidak pernah mendengar nada suara sebegitu daripada Daniel. Yang pasti dia tidak suka dengan cara Daniel merenung gadis itu. Renungan Daniel pada Helena sukar ditafsirkan. "Lagipun apa?" Zul bertanya, mengawal suaranya.

Daniel tidak mempedulikan renungan tajam dari sahabatnya. "Kalau kita nak menjadikan berita yang tak betul tu jadi betul pun, saya memang tak kisah sangat-sangat..." Sengih.

Helena ternganga.

0 comments: