Saturday, December 12, 2009

18

"Lena, haus! Hulurkan air," selamba Zul mengeluarkan perintah. Helena merengus tanda tidak puas hati, namun diletakkan juga novel Sidney Sheldon yang sedang asyik dibacanya sebentar tadi. Potong stim betul lah mamat ni. Baru nak sampai part krew Dana Evans nak kena bom.

"Mintak elok-elok sikitlah, Zul. Dia yang jaga kau selama ni kan?" Daniel menegur. Direnung wajah masam Helena menghulurkan segelas air masak kepada Zul lalu pandangannya dihala semula pada buku latihan past years Sejarah di atas meja.

"Kau yang bayar gaji ke, aku yang bayar gaji?"

"Parents kau yang bayar."

"Diam lah, tak ada susahkan kau pun."

Gosh, he's being unreasonable, Daniel menggelengkan kepala. And he let it out pada Lena. Dia membulatkan C untuk soalan ke-35. Kalau marah kat aku sebab tak datang tengok dia masa dia tengah kronik dulu, lepaskanlah kat aku, ni tidak... budak tu jugak yang dia jadikan mangsa.

Macam budak-budak, Helena merungut di dalam hati. Konon cool sangatlah tu tak let out frustation kat Daniel masa dia datang mintak maaf minggu lepas? Konon macam cool gila lah buat indifferent aje bila Daniel datang setiap hari lepas sekolah nak belajar sekali? Last-last siapa yang kena? Aku jugak.

Lagi seronok tengok kau bengang aku lepaskan geram kat Lena daripada aku fire kau directly. Zul menyambung pembacaannya. Suka hati kau orang nak kata aku childish ke apa ke... shouldn't he trust on our friendship more than rasa bersalah dia tu? Yang dia banyak hilang tenaga fikir dia yang salah apa cerita?

Buat seketika bilik itu diselubungi kesunyian dan dipecahkan dengan ketukan di pintu bilik. Mereka saling berpandangan. Siapa agaknya? Nak kata Cik...tak dapat nak difikirkan sebab kenapa dia nak naik atas, aku kan ada kat sini... Helena berkira-kira.

Pintu dikuak sebelum Zul sempat memberi izin. Terjengul kepala salah seorang rakan sekelasnya. "Surprise! Kitorang saja datang tak kasitau....eh, siapa ni?" Mata pemuda itu terkebil-kebil memandang Helena yang terkaku di atas katil bujang Zul.

Zul mengetap bibir. Musibat punya classmate. Aku dah warning awal-awal lagi kalau nak datang kasitau dulu. Surprise kepala hotak kau. Tajam matanya menatap rakan yang tidak bergerak dari pintu. Dari luar sudah kedengaran suara-suara rakan-rkan yang lain. "Ayie, gerak lah. Orang nak masuk ni." Fazri ditolak ke dalam. Seorang demi seorang melangkah masuk ke bilik. Lapan orang, Helena mengira dengan hati yang berat. Memang kantoi tak dapat nak tutup dah ni.... dia tunduk, tak sanggup bertentangan mata dengan mereka.

"Budak sekolah kita ke ni?" Seorang gadis bertanya. Matanya tidak lepas memandang Helena yang asyik menatap buku Sheldon di tangannya, sedaya upaya untuk tidak mempedulikan mereka.

"Apa bezanya kalau ye ke tak? Korang kenal ke?" Zul menjawab, dingin suaranya. Macam mana aku nak cover untuk budak ni ek? Nak belasah kasitau sepupu ke? Sedara jauh...?

"Budak sekolah kita lah, aku sure. Lagipun kalau tak silap aku dulu, aku pernah nampak Neil jalan sekali dengan budak ni..." seorang lagi menyampuk. Zul menjeling ke arah Daniel yang kelihatan serba salah. Aku dah kata dah...

"Siapa budak ni, Neil?" Nani membuka mulut bertanya. Debaran di dada ditahannya.

Siapa budak ni, siapa budak ni... hampeh betul. Kenapa tak tanya aku sendiri je siapa aku? Helena cuba memfokuskan perhatian pada novel di hadapan. Oh, Dana meets Jeff.

Daniel menarik nafas. Tak boleh nak beritahu yang dia helper kat sini, datang dari kampung pulak tu. Memang sah-sah dia akan kena humiliate sepanjang dia ada kat sekolah tu nanti.

"She's my girl."

*************

"I'm so not gonna forgive you!" Helena meluru turun tangga, tidak mahu bersaing dengan Daniel. Sampai hati dia buat aku macam ni!

"Lena! Hey, saya mintak maaf sangat-sangat. Tapi tu je yang cross kepala saya masa tu."

"Awak boleh je kata saya ni cousin awak ke,apa-apalah besides that... Zul boleh je buat macam tu?" Aku tak percaya aku tengah menyebelahi Zul sekarang ni...

"Me and Zul ada sepupu yang sama? Lagi orang tak percaya."

"Better kalau awak tutup aje mulut besar awak tu. Tak adalah benda jadi complicated macam ni. Saya rasa nak hangus dah kena jelingan maut kak Nani tadi, awak tau tak? Why did you have to go and open your mouth?!" geram sungguh dia. Daripada elok-elok statusnya –unknown- terus tukar jadi –awek headboy-.

Zul ternganga. Helena terasa jantungnya seperti hendak jatuh ketika itu. Lapan orang yang lain tidak terkata apa-apa, terlalu terperanjat dengan pengakuan Daniel yang tidak semena-mena itu. Nani sudah merah padam wajahnya. Daniel mencuba sedaya upaya untuk mengawal riak wajahnya. Macam mana boleh terkeluar ayat tu dari mulut aku?

"Neil," Zul memaksa diri untuk senyum. "Since when kau declare dengan cousin aku ni?" You are so dead, buddy. Apasal laju sangat mulut tu nak mengaku Lena awek kau?

Helena merenung Zul dengan penuh rasa syukur. I'm saved. Jadi 'awek' Daniel tak dapat hendak menerangkan mengapa dia berada di bilik Zul. Ada ke nak 'heret' awek pergi melawat member sakit hari-hari. Dahlah aku buat gaya selamba maut gila landing atas katil Zul. Dia memandang Daniel dengan rasa marah membuak-buak di dada. Kenapa sampai masa macam ni awak spoil kan role awak sebagai peace maker saya dan Zul? Kenapa tak ambik masa-masa lain aje?

"Aku...aku tak tau pulak cousin kau duduk sekali dengan kau...Sengaja kau sorok sepupu kau yang cun ni ek?" Fazri memecahkan kesunyian.

"Budak ni low profile sikit, tak mau orang tau dia cousin aku. Selalu kalau korang datang pun dia sembunyi dalam bilik dia je. Hari ni pulak terkantoi," Zul sengih. "Tapi kalau tak kantoi hari ni, agaknya sampai bila pun aku tak tau yang budak-budak berdua ni buat pakatan kat belakang aku."

Daniel tersandar di barrister tangga. Kenapa la cabul sangat mulut aku nak mengaku Lena tu girlfriend aku. Darn it... "Lena."

"Awak tak kisahkan kalau saya elakkan diri daripada awak?" dingin suara Helena sudah mencecah suhu yang lebih rendah daripada takat beku. Tanda bahaya.

Satu keluhan terlepas dari mulut Daniel. Serves me right. Dia mengangguk setuju. Helena melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.

1 comments:

amirasyahirah said...

neil, be tough kay,, let her cool dulu..
teja,, awat misteri sgt cite ni??
what is the history?? curious tau?? phening pun ada..