Saturday, December 12, 2009

17

“Tak apa ke ni, doktor? Dia tak marah ke?”

Ikmal menolak lembut belakang Helena supaya ke hadapan. “Positive. And call me uncle. Uncle off duty,” dia tersengih. Helena menelan liur. Lagi satu spesis pelik macam Jazid dengan Adila. “Lena ketuk pintu, pastu terus bukak aje pintu bilik dia. Kalau nak tunggu dia menyahut memang sampai bulan depan pun tak bersuara.” Senyuman ditampal ke muka, walaupun dalam hati risaunya hanya Allah yang tahu.

Anak tunggalnya enggan membuka mulut sejak Zul ditimpa musibah. Terperap aje dalam bilik. Keluar pun bila nak pergi sekolah dan makan sahaja.

“Doc...umm...uncle...?”

“Just go. Apa-apa yang uncle cakap tak jalan dah.” Mana tahu Daniel perlukan woman’s touch pulak ke? Dia sedar Daniel kekurangan bab yang satu itu, tapi dia tidak mampu untuk memotivatekan diri untuk berkahwin lagi. Kenangan bersama arwah isterinya sudah cukup untuk sustain hidupnya untuk berpuluh-puluh tahun lagi. “Uncle tunggu kat bawah.” Dengan itu Ikmal meninggalkan Helena seorang diri di hadapan pintu bilik Daniel.

Apa gaya selamba kambing gurun pakcik ni tinggalkan aku kat sini sorang-sorang? Dahla tiba-tiba tadi datang rumah ajak keluar tak ada warning tak ada apa. Mujur dia dah menyiapkan makanan tengahari untuk Zul. Kalau tak mau telinganya disaji dengan bebelan orang tua seorang itu balik nanti.

Pintu bilik Daniel diketuk dan terus sahaja dia memulas tombol pintu tanpa menunggu permission tuannya terlebih dahulu. “Assala...”

Terhenti langkahnya, kepalanya cuba me-register keadaan dalam bilik Daniel. And I thought dia mat belia. Keadaan bilik bersepah-sepah macam ni la yang aku bayangkan untuk bilik Zul masa tak pernah nampak bilik dia dulu. Alih-alih.... “Daniel?” ujarnya teragak-agak bersuara kepada sekujur tubuh yang sedang membongkok di meja study. Pergerakan Daniel terhenti. Sedar akan suara itu bukan milik mana-mana ahli rumahnya. Perlahan dia memalingkan kepala.

God...Daniel ke ni? Muka cengkung. Eye bags kat bawah mata. Badan pun macam dah kurus. Tak ada teasing aura macam selalu. “Daniel?”

“Kau rupanya...macam mana kau boleh ada kat sini?” serak suaranya.

Mak aii...kasarnya. Mana perginya ‘saya’ ‘awak’ macam selalu? Mujur juga dia sudah mendapat warning awal daripada Tengku Nadia secara tidak langsung beberapa malam sebelum itu, kalau tidak mahu jantungnya skip dua tiga beat melihat keadaan Daniel seperti itu.

‘Ex-headboy kita tu dengar-dengarnya macam kena guna-guna aje.’

‘Apala yang kau merepek ni, Nad?’

‘Ei, aku quote apa yang aku dengar je. Semalam aku terserempak dengan kak Nani kat PKNS. Saje je lah tanya macam mana preparation nak SPM semua. Lepas tu sengaja je aku usik dia dengan head boy, kan gossip tengah berleluasa masa sebelum kita PMR hari tu? Dari situ lah aku dapat tahu yang dia tu macam living corpse aje.’

‘Oh ye?’ Sebab apa ye? And sampai sekarang dia tak datang menjenguk Zul. Mamat tu dah nak sehat dah...

‘And yeah, kau tau, mamat yang ko terlanggar tu eksiden motor nak dekat sebulan lepas?’

‘Really?’ Like hell I don’t. Aku lah nurse peribadi dia sekarang ni, kalau kau nak tau.

“Macam mana kau boleh ada kat sini?” Daniel mengulang pertanyaannya. Dia sudah kembali menghadap meja semula.

“Ayah awak...”

“Tschh... what is he thinking?” Daniel menggumam rendah. “Apa yang dia suruh kau buat?”

“Entah.” Secara jujurnya Helena tidak tahu apa yang dia patut lakukan. Ikmal kata—cuba bercakap dengan Daniel. Umm...we are talking right now, kan?

“Then pergi balik.”

“Kenapa tak datang jenguk Zul?” dia memberanikan diri bertanya.

Lama Daniel tidak menjawab. “Why ask?”

“Korang dua kan rapat. Mestilah saya hairan kenapa dalam banyak-banyak kawan dia yang datang, awak tak termasuk antara diorang?”

“Mana kau pergi masa diorang datang?” Saje je tukar topik.

“Kunci diri dalam bilik lah. Takkan nak menempel kat tepi dia pulak with the sign –Zul’s private nurse.”

“Bunyi macam kau enjoy je ada title tu.”

“At least better dari bercakap dengan orang yang macam tak ada semangat nak hidup macam awak,” haa...dah keluar dah ayat-ayat kurang ajar aku ni. Sape suruh dia bercakap macam keliling mulut tu dah kena beku aje.

“Kau tak tahu apa-apa. And kau tak akan faham. So baik kau balik aje.” Sekali lagi kena halau.

“Try me,” Helena menyilangkan tangannya. “Apa yang saya tak boleh nak faham sangat tu?”

“Kau ingat aku nak bercerita kat kau ke?”

“Zul tunggu kau datanglah, pakcik. And kau boleh je buat derk kat sini talking rubbish. Dia tak kasi tau aku tapi setiap kali aku masuk bilik dia lepas kawan-kawan sekolah korang datang, muka dia toya macam yoghurt je, tau dak? Lepas tu, tempat dia lepaskan rasa dia kau tahu kat siapa? Kat aku. Disebabkan kau, dua tiga kali ganda naik dia punya evil tu, tahu?” Helena naik bosan hendak berlembut bahasa dengan Daniel. Perlahan-lahan kepala pemuda itu berpusing ke arahnya.

“Kau apa tahu? Kau tahu ke macam mana rasa...orang lain ditimpa malang disebabkan kita. Bila kita ada kuasa nak menghalang, nak prevent benda tu, tapi kita tak buat...and in the end, they end up in a mess, huge mess til the verge of losing life...” Daniel berkata sepatah-sepatah. Helena cuba mencari mata anak muda itu. As expected, fathomless.

“Contoh dalam hal ni?” Helena bersila di tepi katil Daniel, belakangnya disandarkan pada katil tersebut. Penat lah pulak berdiri.

“Bike yang dia naik tu bike aku. Aku sepatutnya pergi sekali dengan dia, tapi... last-last minute aku cancel disebabkan something trivia---aku tak mau miss tengok NBA kat TV... Kalau aku tak selfish sangat nak tengok benda tu, kalau aku ikut dia....”

“You’ll end up dead together?”

“Helena!” Daniel meninggikan suara, terperanjat sungguh dia mendengar bicara gadis itu. Tak pernah-pernah dia berfikir begitu, tapi...

“Itu salah satu possibility jugak kan?” Helena menolak rambutnya ke belakang bahu. “Things can get worse...and pakcik, aku tau benda ni lagi senang cakap dari buat, plus aku tak rasa apa yang kau rasa, but you ARE talking rubbish. Nak dengar aku punya version pulak?” Helena menarik nafas. “Kalaulah aku ada kat Sarajevo masa Archduke of Austria kena assasinate, I could have prevented World War I, kalau lah aku ada kat Melaka masa Alfonso Abu-Quek-Quek nak datang, I could have prevented Tanah Melayu dari kena jajah...”

“Itu baru betul sampah sarap yang kau bercakap tu. As if...” Daniel terdiam. As if aku dapat prevent Zul dari...

“And...” Helena tidak mempedulikan Daniel. Dia tunduk. “And kalau aku tak lahir kat dunia ni, Tuk Pah mungkin dapat enjoy life dia lebih happy dari sekarang, just thinking about her well being instead of risaukan spoiled brat macam aku. And mungkin jugak arwah parents aku akan still hidup lagi...and kalau aku tak balik kampung hari tu, Zul mungkin jugak tak terlibat dalam accident tu....”

“Helena...” suara Daniel mengendur.

“Tuk Pah practically tempeleng aku bila aku cakap macam tu kat dia masa aku darjah 5 dulu.Time tu kitorang tengah gaduh-gaduh sikit...” Helena menggigit bibir bawah, menahan air mata daripada tumpah. “Dia kata aku kena sampuk.” Tergelak kecil gadis itu. “Pastu dia membebel sehari semalam tak habis, and last sekali dia keluar ayat power dia---“

‘Lena adalah perkara terbaik yang pernah ada dalam hidup tuk. Tuk tak dapat nak bayangkan macam mana hidup seorang diri kalau Lena tak ada. Sampai hati Lena kata tuk lagi suka kalau Lena tak lahir?’ Berjurai-jurai air mata menuruni pipi tua Tuk Pah, dia pula sudah meraung. ‘Dan sampai hati Lena kata mak ayah Lena pun mungkin masih hidup dengan gembira kalau Lena tak ada? Apa yang Lena tahu pasal diorang sampai Lena kata gitu? Kenal dengan diorang pun tidak!’

“...and at least diorang tahu diorang ada tinggalkan bukti kewujudan mereka dengan adanya aku kat dunia ni...something like that la Tuk Pah kata...”

Daniel terpaku, tidak tahu macam mana hendak memberi respon pada kata-kata Helena. Walaupun cara gadis itu meng-approach dirinya agak kasar, tapi tidak dapat dinafikan keberkesanannya. Cara gadis somehow dapat knock some sense dalam kepala batu aku ni. Orang lain semua kata ---

Ni bukan salah Neil, benda ni kita tak dapat nak jangka.

--- dia pun tahu benda tu, bukannya dia tidak dapat berfikir sendiri. Tapi rasa bersalah yang tersimpan dalam dadanya tanpa dipaksa itu siapa yang faham? Hanya sepatah ayat sahaja sudah cukup untuk memberikan electric shock pada sel-sel otaknya yang sudah numb sejak Zul kemalangan.

‘You’ll end up dead together?’

Helena bangun. Tak tahu apa yang nak ditafsir daripada riak wajah Daniel. “Saya balik dulu lah. Mintak maaf banyak-banyak kalau ada tersalah, terkasar bahasa...” bukan kalau, memang kasar pun bahasa aku.... Langkah diatur menuju ke pintu bilik.

“Lena."

0 comments: