Saturday, December 12, 2009

16

Apalah nasib aku, burn je cuti lama yang sekolah kasi untuk budak-budak lepas PMR. Dahla tak kemana-mana, dapat kerja baru pulak tu.

Private nurse Zul. Hampeh. And the guy being as impossible as ever. Muka tak pernah nak senyum. Demand lebih-lebih. Nak makan itulah, inilah. Dahlah suruh aku yang buat. Tak mau kalau air tangan Cik. Mengada-ngada cam tahi kuda. Cepat-cepat lah sihat. Pastu pi lah pulun belajar untuk SPM tu, jangan kacau aku lagi.

Tapi...at least dia tak ada jerkah-jerkah dah. Tak ada nada menghina-hina dah. Atmosphere macam ni...lebih kurang macam aku gaduh dengan Azlan kat kampung. No harm done. Just for fun.

Sampai di hadapan pintu bilik Zul, Helena menarik nafas. Kumpul kesabaran sikit. Dulang berisi sup ayam dan semangkuk nasi cuba diimbangkan dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi mengetuk pintu bilik.

"Masuk."

Helena memulas tombol pintu. Zul tersandar di kepala katilnya dengan buku Fizik di atas riba. Buku-buku nota tersusun elok di tepi peha. Tangan kanannya yang terselamat dari sebarang patah riuk mencoret-coret sesuatu di atas notepad. Budak ni memang rajin nak mampus. Sejak dah boleh gerak sikit-sikit hari tu lagi dah mula mintak buku. Mujur jugak dia kena ni bila budak-budak form 5 dah masuk revision phase. Kalau tak mau tercekik-cekik nak catch up.

"Sup ayam?"

Angguk.

"Kicap?"

"Yep," Helena menjawab malas. Dulang diletakkan dia atas overbed table pada hospital bed yang dibelikan oleh Jazid untuk memudahkan pergerakan Zul. "Nak adjust katil?"

"Nanti, aku belum nak makan lagi. Kau duduk sini dulu. Nanti aku nak makan sat lagi, senang nak suruh kau pusing hand crank tuh," Zul tidak mengangkat muka dari bukunya.

"Memang sengaja."

"Tu, ,katil aku tu kosong. Duduk lah kat situ dulu. Buku pun banyak kalau kau rajin nak membaca. Form 4 bukan honeymoon year."

"Whatever," Helena mencebik. Tak guna dia melawan pun.

"Lagipun, kau bukan boleh buat apa sangat kat bawah tu pun. Cik tu, tak tau sebab apa sayang sangat kat kau sampai tak kasi kau nak tolong dia buat kerja rumah. At least, tak ada lah kau makan gaji buta aje,"selamba Zul menutur.

Helena mengetap bibir. Tak habis-habis nak cari gaduh.

Sunyi menyelubungi bilik itu. Helena merenung buku-buku yang tersusun rapi di atas rak kayu yang 'tertanam' pada dinding di sebelah study table Zul. Pertama kali dia menjejak kaki ke bilik itu pada hari ketiga Zul pulang dari hospital, dia agak kagum juga dengan kekemasan bilik anak muda itu. Dia tahu bukan Cik Izah yang membersihkan bilik Zul kerana wanita itu selalu mengomel tentang kedegilan Zul untuk menguruskan bilik sendiri.

"Aku lapar. Tolong naikkan katil ni."

Tanpa bantahan Helena ke kaki katil dan menunduk sedikit, tangannya mencapai hand crank dan memusingnya absent mindedly.

"Dey minachi, kau nak aku tercekik makanan ke?! Yang kau turunkan katil ni buat ape?"

Ooops.... Helena menukar arah pusingan. Seronok nih, lain kali aku tinggikan height katil pulak. Tak pun naikkan leg section. Oh, what fun, what fun... "Keluar dulu ek? Habis makan nanti jerit je kat walkie talkie tu," Helena memuncungkan bibir ke arah walkie talkie kepunyaan Jazid di atas side table.

"Tunggu aku habis makan kan senang? Tak payah nak terjerit-jerit panggil," Zul menuang kicap dari dalam piring kecil ke atas nasinya. "Penat tahu? Aku nak simpan tenaga untuk study." Dituangnya pula sedikit sup ke dalam mangkuk nasi. Dia memandang Helena sekilas. "Ni betul kau masak ni? Confirm?"

"Iyelah, hari-hari pun tanya benda yang sama jugak. Tak percaya tanya lah kat Cik. Dah nak dekat dua minggu pun....ceh."

"Kau tinggal dengan siapa kat kampung?" Selamba Zul bertanya sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. Helena terpempam seketika. Ouch, the question caught me off guard.

"Guardian."

"Tu yang kau panggil dia?"

Shut up. Aku tak lupa lagi yang kau pernah hina dia dulu. "Tuk Pah."

Zul perasan perubahan wajah Helena, dan dia tahu mengapa. Teringat kata-katanya pada suatu ketika. "She did well raising you." Ikhlas. Secebis ayam masuk ke dalam mulut. Not bad. Compared dengan mula-mula dia masak tu. Ayam tak habis empuk, sup masin....

"Ne?" Aku salah dengar ke ape?

"Parents?"

"Arwah," jawab Helena sepatah. Cuba jangan tanya soalan yang kau dah tau jawapan? "Tak pernah kenal. Gone when I was one and a half years old." Typhoid fever ke ape mamat ni, tak pernah-pernah dia borak ngan aku macam ni, let along tanya soalan personal. Plus, without yelling.

"Siblings?"

"None that I know of."

Zul terangguk-angguk. Betul lah kata mama, sebatang kara. Apa yang merasuk kepala aku dulu dok buat musuh dengan dia? Oh ye, aku takut...takut aku hilang semua yang aku ada sekarang ni. Especially family punya attention and love. First time since THAT day bertahun-tahun yang lalu dia merasa terancam sebegitu rupa. Disebabkan rasa insecure sebegitu dia bertindak kasar terhadap Helena yang langsung tidak tahu menahu sebab musabab dia sekasar itu.

Sekarang ni apa yang kau rasa, Zul?

Dah hilang. Sebaik sahaja melihat Adila di sisinya pada saat dia membuka mata, hilang terus rasa terancam tersebut. Dan bila dia melihat wajah Jazid yang tidak terurus, tidak tertinggal secebis pun rasa kurang senangnya terhadap Helena. And plus, this girl—my life saver. Mungkin ada hikmahnya dia ditimpa ujian begini.

"Tanya sikit?"

"Apa?" Zul mengangkat kening. Ah, kenyang dah. Alhamdulillah.

"Tak nampak pun Daniel....dia tak sihat ke?"

Zul senyap. Neil.... "He'll come. I trust him."

0 comments: