Saturday, December 12, 2009

15

Zul membuka matanya perlahan-lahan. Auww....my head hurts... Matanya menyapa siling putih yang pastinya bukan kepunyaan mana-mana bilik di rumahnya. Apa dah jadi? Where am I?

???!!!

Kenapa aku pakai ventilator? Matanya merayap pula pada anggota-anggota badan yang lain. Tiub berselirat. IV drip di sebelah kanan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.

"Zul?" Suara mama....

"Ma?" Dia menoleh ke kiri. Adila dilihatnya terpisat-pisat bangun dari pembaringannya di atas sofa berwarna coklat lembut di tepi dinding.

"Alhamdulillah, Zul dah sedar..." Adila bingkas ke sisi katil anaknya. Matanya berkaca. "Mama risau sangat-sangat..." Diusapnya kepala Zul dengan penuh kasih. Dahi Zul dikucup. Terima kasih, ya Allah...

Terkebil-kebil Zul memandang ibunya. Dia masih tidak dapat meneka sebab mengapa dia terlantar di atas katil di dalam bilik yang begitu asing baginya. "Zul kat mana ni? Kenapa Zul ada kat sini...in this condition pulak tu?" dia berbisik., tidak berdaya hendak bersuara seperti biasa.

"Zul kat hospital, sayang. Zul rehat dulu, biar mama panggil uncle Ikmal periksa keadaan Zul, dan kalau keadaan Zul stabil, then we'll work on your memory. Zul tidur dulu ye?" Adila memandang tepat ke dalam anak mata pemuda itu. Kalau aku hilang Zul... tak tau macam mana rasanya nak sambung hidup lagi... amanah kat atas bahu pun belum sempat lagi nak tunaikan.

Zul seperti hendak membantah permintaan ibunya, namun melihatkan wajah Adila begitu serius sekali, dia mengangguk bersetuju sahaja. Adila menarik nafas lega. Baguslah budak ni tak degil macam biasa, kalau tak jenuh jugak nak memaksa. "Mama keluar panggil uncle Ikmal sekejap ye? Kalau ada apa-apa, press button kat hujung kepala tu je, okey?"

Zul mengangguk lagi. Matanya terasa berat tiba-tiba. I'll save the questions for later...banyak masa lagi...

*****

"Setakat ni, tak ada tanda-tanda yang menunjukkan badan Zul reject pada darah yang kita masukkan kelmarin," mata Ikmal mengecil melihat laporan keadaan Zul ditangannya. "Blood pressure normal, blood count, a little bit low, but still normal... urine composition pun normal..."

"Should be, kan?" Jazid memandang doktor di hadapannya. Ikmal mengangguk.

"But we can't be certain seratus peratus, Zid. Walaupun blood yang kita tranfuse tu matching, tak boleh nak kata yang tak akan ada complication. Tapi jangan risau lah, Zul bawah jagaan aku..."

Jazid tersandar di kerusi, lega. "Daniel macam mana? He's okay?"

Ikmal termenung seketika. Teringat anak tunggal di rumah. "Can't say... dia dalam trauma lagi, aku rasa. Dua malam dah helper aku dengar dia mengigau saying things like—dia tak patut pinjamkan bike kat Zul...sepatutnya dia ikut Zul sekali—something like that...risau jugak aku tengok anak aku seorang tu. Makan pun tak lalu. Bibik pun dah bising-bising..."

Jazid meraup muka. Daniel dan Zul, dari kecil lagi mereka akrab, tidak hairan lah sekiranya anak muda itu juga sedang menghadapi saaf-saat sukar sebegitu. "He's not to be blamed... tak ada siapa yang boleh teka Zul akan accident hari tu...lagipun, tu bukan first time Neil pinjamkan bike dia pada anak aku."

"I've told him that, now it's up to him nak deal macam mana. Aku tak boleh nak paksa sangat. Dia kena selesaikan masalah dalaman dia tu sendiri."

"Second time, is it, Neil buat perangai macam ni? First time...was it few years back? Masa tu pun berapa lama dia tak jejak kaki ke rumah aku. Reason: Unknown. Zul pun lebih kurang buat perangai yang sama jugak that time."

Ikmal menongkat dagu. "Ha'ah, sampai sekarang pun aku tak boleh nak teka sebab dia kenapa...apa yang aku boleh buat masa tu adalah kasi pandangan secara general. Alhamdulillah, makan pujuk jugak budak tu akhirnya..."

"Kali ni pun..." Jazid menghela nafas. " Aku rasa impact dia lagi besar pada Neil, isn't it? He'll be all right?"

"He'll survive.And kalau kau nampak dia kat tepi katil Zul, tu maksudnya dia dah boleh terima hakikat yang benda ni takdir," Ikmal menulis sesuatu pada laporan Zul. "So, how's our girl? She's doing good?"

Jazid senyum. "Okey dah. Makan pun kami jaga jugak, ikut nasihat kau. Tapi, tak adalah dandy sangat mood dia. Macam tak bersemangat aje dia buat kerja kat rumah tu..."

"Who would, after....." Ikmal terdiam seketika lalu memandang ke arah Jazid. Jazid mengangkat kening. "No, tak boleh kata jugak kan? Honestly, aku sendiri terkejut bila Lena offer diri nak donate darah dia pada Zul. Dengan muka pucat lesi macam tu, grip tangan aku as if dia dah nak jatuh gaung..."

"Apa nak jawab kalau Zul tanya? Kenapa tak guna darah aku dengan Dila?"

"The truth, but not yet the truth."

"Instead of ambik medic, kenapa kau tak ambik sastera aje? Dari sekolah dulu macam tu. Ayat tersirat aje memanjang," Jazid menggumam. Ikmal tersenyum sahaja.

"You and Dila tak cukup fit nak donate. Both of you tak cukup tidur, tak cukup rehat, emotionally unstable and so on and so forth. And the blood dari tabung darah was damn slow, sementara tu kami masukkan crystalloid solution dalam body dia, for increasing the blood volume. And then she came with matching blood group.The truth lah tu. Tapi the real reason, kita simpan dulu. Belum masanya lagi. You know better."

0 comments: