Saturday, December 12, 2009

14

Tangan Tuk Pah menggigil memegang helaian kertas yang berterabur di atas katil bujang Helena. Lakaran seorang wanita cantik menggunakan pensel terpampang di atas dada kertas-kertas itu. Perlahan tangannya mengusap wajah wanita itu. Lena yang lukis semua ni? Tapi macam mana...? Setahu aku, tak ada sekeping pun gambar....

"Ala Tuk Pah...!" Helena terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik, tuala membaluti rambutnya yang basah. "Malu la Lena macam ni!" Matanya terarah pada kertas-kertas di tangan Tuk Pah.

Tuk Pah memaksa dirinya tersenyum. "Kenapa nak malu pulak? Cantik je Tuk Pah tengok Lena lukis ni. Lena belajar melukis dari siapa?"

Helena tersenyum malu. Setakat ini hanya dia dan guru kelab lukisan di sekolah sahaja yang pernah melihat hasil tangannya. "Cikgu seni lukis Lena ajar Lena sikit-sikit. Lena pun baru nak cuba belajar aje."

"Ye ke baru nak cuba belajar? Cucu Tuk Pah ada bakat terpendam rupanya," Tuk Pah mengusik, dadanya berdebar-debar hendak menuturkan soalan seterusnya. "Tapi, siapa perempuan ni? Cikgu sekolah Lena ke?"

Helena terdiam sebentar. Nak cakap apa ye kat Tuk Pah... kalau aku cakap, rasa-rasa dia percaya tak? "Umm...Lena pun tak tau tuk..."

Tuk Pah mengangkat kening. "Ei...? Kalau tak tau macam mana boleh Lena lukis gambar dia?"

"Macam mana nak cakap ye...Lena tak tau pun siapa dia...tapi dia selalu datang dalam mimpi Lena. Hampir setiap hari Lena mimpikan dia," Helena menanggalkan tuala dari kepalanya lalu menyangkutkannya pada penyidai. "Tapi cantik, tuk...Lena rasa kan dia bukan orang Melayu. Rambut dia warna merah coklat-coklat,mata dia pulak warna hijau..."

Tuk Pah tersenyum tawar. Tak salah lagi. Memang wanita itu yang dimimpikan oleh Helena. "Umm... berapa lama Lena duduk dengan Tuk Pah ni?"

Lena mengangkat kening, agak hairan kerana Tuk Pah menukar topik secara tiba-tiba, tapi dia menahan diri daripada memberi komen. "Kenapa Tuk Pah tanya macam tu? Lena baru je balik 2 hari, tuk nak halau Lena balik dah?" Dirangkul bahu Tuk Pah, manja. Tak puas rasanya lagi bermanja dengan wanita tua itu. Tuk Pah mengusap-usap lengan anak gadis itu dengan penuh kasih sayang.

"Takkanlah tu nak halau Lena balik... Tuk nak rancang-rancang masak apa untuk Lena setiap hari la. Tuk pastikan semuanya kegemaran Lena..."

Makin erat rangkulan Helena.

"Dato' dengan Datin jaga Lena dengan elok?"

Helena mengangguk. "Lena tak rasa asing pun kat rumah tu. Datin pulak, tak kasi Lena panggil dia Datin dah. Dia suruh bahasakan diri dia makcik. Pelik pun ada jugak, kan tuk? Ada ke orang gaji panggil majikan dia 'makcik'?"

Tuk Pah menyembunyikan senyum. Dila, Dila... Mek dah agak dah kamu akan buat macam tu... Mek tengah tunggu je si Jazid nak suruh Lena panggil dia pakcik. "Dato' pulak?"

"Umm..." Helena menggosok-gosok dagunya. "Lena still panggil dia Dato' lagi, tapi kadang-kadang, dia pun tersasul membahasakan diri 'pakcik'. Kelakar la diorang tu, tuk."

"Lena dengan anak-anak diorang macamana pulak?" Tuk Pah menuturkan ayatnya satu persatu. Setakat ini, dia baru mendengar kisah dari mulut Adila sahaja berdasarkan pemerhatian wanita itu. Tapi, hatinya tidak puas selagi tidak mendengar dari mulut Helena sendiri.

Helena diam seketika. Wajah Zul terbayang di mata. "Okey aje."

"Lena, tak elok sembunyi benda dari tuk. Tuk tau ada benda yang tak kena."

"Okey aje," Helena mengulang, bibirnya mengukir senyum. "Lena baru jumpa dua orang aje, yang sulung kat Australia, tak pasti lagi dia balik ke tidak tahun ni. Lena kamcing sekali dengan yang bongsu, happy-go-lucky betul budaknya."

"Yang tengah?"

Helena berpaling ke arah dinding. Dia tidak mahu memberitahu perseteruannya dengan Zul pada Tuk Pah, kalau boleh... tapi, dia tidak sanggup hendak menipu, walaupun ia hanyalah benda yang kecil. "Lena....Lena tak berapa baik dengan dia, tuk. Agaknya sebab kami masing-masing tengah tertekan nak periksa besar kot..."

Tuk Pah menarik nafas panjang. Betul lah kata-kata Adila dalam telefon tidak lama dahulu.

'Dila risau, Mek...macam ada je tak kena dengan budak-budak berdua tu. Dila tak pernahlah nampak mereka bergaduh ke apa, tapi setiap kali Lena ada, Zul mesti jadi senyap, kalau boleh tak nak pandang Lena langsung. Lena pun macam tu jugak...'

"Lena, kita singgah satu tempat dulu ye?" Jazid mengerling ke arah Helena di tempat duduk penumpang. Helena mengangguk sahaja. Dia tidak tahu apa yang terjadi, tapi dia dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena.

1. Jazid kelihatan tidak terurus

2. Adila tidak ada bersama-sama Jazid ketika lelaki itu menjemputnya di rumah Tuk Pah tadi.

3. Tuk Pah seakan-akan tak sabar-sabar hendak menghantarnya pulang. Asyik –asyik tengok jam aje, menanti kehadiran Jazid.

4. Jazid membahasakan dirinya 'pakcik' tanpa ada attempt hendak membatulkannya balik semula.

"Ada apa-apa jadi, Dato'?" Helena memberanikan diri bertanya. Risau pulak aku tengok tuan aku sorang ni...

Jazid senyum pahit. "You can say that. Sampai nanti Lena tahulah... Lena lapar ke? Kalau lapar pakcik singgah sekejap kat R & R..."

"Lena dah kenyang makan kat rumah tadi. Kita terus je lah. Nampak macam urgent sangat-sangat aje...."

Jazid senyum lagi, cuba menyembunyikan kekusutan fikirannya. Ya Allah...tolong jangan uji kami dengan kehilangan lagi. Tak tertanggung kami jadinya. Kami tak sekuat itu. Please...please spare the child, he didn't even get to know.... Dia mencuri pandang ke arah Helena yang kelihatan tenang sekilas.

Apa yang aku fikir ni? Have faith Jazid! That child will survive. Keep on praying. Jazid menarik nafas panjang, lalu menekan pedal minyak.

0 comments: