Saturday, December 12, 2009

13

Daniel ketawa terbahak-bahak, tidak berupaya hendak menahan dirinya walaupun wajah gadis di hadapannya cukup masam apabila dia berbuat begitu. Itu rupanya yang cuba disembunyikan dari Zul bila dia bertanya kenapa pemuda itu berjalan terhincut-hincut sedikit. Bila ditanya, Zul hanya menjawab tiada apa-apa, namun daripada nada suara pemuda itu sahaja Daniel dapat meneka ada sesuatu yang tidak kena.

“Patutlah pun dia tak mau cakap kenapa dia jalan macam tu bila saya tanya. Rupa-rupanya penangan sepakan Lena,” Daniel tersedak-sedak.

“Awak tau tak sebab apa saya beritahu awak?” Helena mengecilkan mata. “Bukan sebab nak suruh awak gelakkan saya macam ni tau? Saya tak tahan rasa bersalah kat dalam ni. Takkan nak kasi tau Datin Adila dengan selamba yang saya tampar and sepak kaki anak teruna dia?”

Daniel tersengih. Pertama kali dapat berbual secara bebas dengan Helena. Sengaja dia melawat banglo mewah itu tanpa memberitahu Zul terlebih dahulu. Kebetulan pula Zul tiada di rumah, mengikut ibu bapanya ke majlis kahwin anak kepada teman Jazid. Cik Izah pula melawat anak sulungnya yang baru berpindah ke Subang Jaya. Dan dia mendapat peluang bercakap dengan Helena secara berseorangan tanpa gangguan jelingan tajam milik Zul.

Helena menghirup teh o panasnya perlahan-lahan. Benar, pelakuan Zul begitu menyakitkan hati tempoh hari , tetapi dia juga tidak patut melepaskan kemarahan sebegitu rupa. Ni bukan duduk kampung Lena, dan kau bukan budak kecik lagi boleh bergasak dengan budak jantan...kalau lah Tuk Pah tau aku macam ni, memang sah dia suruh aku balik kampung time-time ni jugak. Tapi, bukan tu ke yang aku nak? Nak kata aku merajuk lagi dengan Tuk Pah...kitorang dah lama berbaik...tapi..aku macam dah seronok pulak tinggal dekat sini walaupun hari-hari terpaksa menghadap muka Zul yang 24 jam masam kalau kitorang bertemu muka.

“Lega rasa dah dapat bercerita kat orang. Thanks for listening,” Helena memandang Daniel sambil tersenyum.

“Tak ada hal. You can always come to me anytime. Nak mengadu pasal Zul buli ke apa-apa ke...” tutur Daniel, ikhlas.

Helena mencebik. “Setakat Zul buli tu tak ada calar kat kulit sikit pun. Tak hairan dah.”

“Lena.”

“Iye?”

“Awak ada darah campur ke?” Daniel sudah lama ingin menanyakan soalan itu. Mahu ditanya pada Zul takpasal-pasal kena laser balik dengan dia nanti.

“Ha’ah, darah mak saya campur darah ayah saya. Darah campur lah kan?”

Ei, budak ni, orang tanya betul-betul dibuat main-main pulak. “Anak kacukan ke awak ni? Dah, jangan nak jawab main-main macam tadi. Saya sekeh kepala awak nanti.”

Helena terdiam. Apa yang dia hendak jawab? Salasilah dirinya sendiri pun dia tidak tahu, bagaimana dia hendak menjawab pertanyaan Daniel? “Honestly, saya pun tak tau. Dari kecik saya kenal Tuk Pah aje. Tak ada orang lain. Well, mungkin saya sempat merasa dijaga oleh mak bapak sendiri, tapi apalah boleh budak kecik ingat. Bila tanya Tuk Pah pulak, Tuk Pah kata tak ada, pure Melayu.”

Daniel mula terasa kekok berbicara tentang keluarga Helena. Tidak pula dia tahu gadis itu tidak mengenali kedua-dua ibu bapanya sejak kecil. Dia hanya tahu Helena-anak yatim, tinggal kat kampung, masalah kewangan. Tu aje. “Umm...”

“Baru cakap sikit dah rasa tak selesa dah?” Helena mengangkat kening. “Tak rock betul. Benda ni benda biasa, aje... kehidupan, orang kata. Banyak je kes kat luar macam saya, takpun lagi teruk, tapi kadang-kadang kita dah selesa dalam comfort zone masing-masing so secara tak sedar we tend to shield ourselves daripada the hard truth kat luar. Kes cerai...kematian, hari-hari pun ada, tapi kita jarang nak ambil tahu... so much so that bila benda tu jadik kat diri sendiri kita rasa dah the end of the world, sedangkan that’s the truth of the live we are living right now...”

“Lena?”

“Apa?”

“Are you sure you’re fifteen?” Dengar cara budak tu bercakap tadi...macam orang besar.

“What’s that supposed to mean!?” Helena membeliakkan mata. “Saya nampak tua sangat ke?”

Daniel tergelak. Tidak terfikir pula dia tadi yang perempuan agak sensitif kalau berkaitan dengan hal umur ni. Nak nampak muda aje. “Tak, cara awak bercakap, macam orang matang.”

“”Oh..Tuk Pah yang ajar,” balas gadis itu sambil tersenyum. “Optimistik betul kan dia?”

Daniel sengih lagi. “But seriously, betul awak pure Melayu?”

“Dah jawab kan tadi?”

“Tau, tapi macam susah nak percaya aje awak pure Melayu dengan rambut ala-ala auburn macam ni, warna mata pun tak macam Melayu.”

“Cakap orang, awak tu?”

“Saya mengaku saya mixed. Arwah mama kacukan Melayu-Inggeris.”

“Arwah?” Helena memperlahankan suaranya.

Daniel mengangguk. “Saya pun, tak adalah dilindungi sangat daripada ‘hard truth’ yang awak cakap tadi. Mama meninggal masa umur saya 3 tahun. Lepas tu my dad membujang sampai sekarang. Puas saya suruh dia kahwin, tak mau jugak.”

“Oh...”

“Kenapa? Awak pulak rasa tak selesa bercakap pasal arwah mak saya?” Daniel tersenyum mengusik.

Helena menggeleng-gelengkan kepala. “Tak adalah...Cuma terfikir, awak still ada ayah yang boleh bercerita pasal arwah mak awak.” Dia menarik nafas. “Tak tau sebab apa tapi Tuk Pah macam selalu mengelak bila saya nak tanya dia pasal parents saya.”

Bunyi hon kereta mengejutkan mereka berdua. Helena menyelak langsir lalu menjenguk ke luar jendela. Kereta BMW perak Jazid menjalar di luar pagar. Habislah aku kena leter dengan Zul lagi lepas ni kalau dia tau aku berborak-borak dengan Daniel. Eh, ye ke dia nak leter? Dah berapa hari dah dia tak menegur aku.

Tanpa sedar Daniel sudah berada di belakangnya. “Awak masuk dulu lah Lena, biar saya aje kat luar ni. Karang kalau Zul tau awak berborak-borak dengan saya, dia syak pulak yang rahsia dia dah pecah, awak kena lagi nanti.”

Helena mengalihkan pandangan daripada tubuh Zul yang sedang membuka pintu pagar untuk memberi jalan kereta ayahnya masuk ke dalam kawasan rumah. He read my mind? “Tak pe ke?” dia sekadar berbasa basi walaupun itu yang dia mahu sebenarnya. Daniel mengangguk.

“Rumah ni dah macam rumah saya jugak.”

Helena tidak berkata apa-apa lagi. Pantas dia mengambil cawan tehnya di atas coffee table dan terus menuju ke dapur. Well...that mamat is okay I guess...

0 comments: