Saturday, December 12, 2009

11

Senyuman terukir lebar di bibirnya. Slip peperiksaan percubaan PMR di tangan diperhatikan tanpa berkelip. Wow...nice...6A 2B...B pun sipi-sipi nak A aje...hehe, berbaloilah jugak Dato dengan Datin hantar aku kat sini. At least aku tak adalah kecewakan mereka. Tak adalah membazir duit diorang.

Gentarnya dia sebelum peperiksaan bermula Tuhan saja yang tahu. Ketika di kampung dulu dia tahu dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat keputusan yang baik. Di sekolah baru, dia mula meragui keupayaannya, lebih-lebih lagi melihat ketajaman akal beberapa orang pelajar di kelasnya.

“How was it?” Tengku Nadia menjenguk dari belakang. “Waah..just a little harder je dah boleh dapat straight As...Congrats!”

“Thanks...kau punya macam mana?”

Tengku Nadia tersengih. “Aku dapat result standard je. Macam biasalah, 3A-Math, Agama, English. Kakak aku kata memang student biasa dapat result macam tu masa trial. Tak tau lah dia saja nak sedapkan hati aku ke ape kan...tapi kaulah yang luar biasa. Highest in our class.”

Helena tergelak kecil. Segan pula dia bila mendengar Tengku Nadia berkata begitu. “Dahlah tu...ada sekali lagi trial kan? Boleh buat lagi elok time tu...”

“Really? And you? Target lapan terus lah kan? Sikit je lagi ni...” Tengku Nadia tersengih memandang Helena ketika mereka berjalan meninggalkan bilik guru, Mereka berdua baru saja menemui guru kelas untuk mendapatkan slip keputusan.

“Stop it, Nad... memanglah aku target macam tu, tapi dapat tak dapat tak tau lagi, kan?” Helena menampar lembut bahu Tengku Nadia. Siapa sangka Tengku Nadia yang pada awalnya kelihatan senyap dan sedikit sombong sebenarnya amat peramah dan suka mengusik. Hampir sebulan selepas dia memasuki sekolah itu baru dia tahu bagaimana sifat Tengku Nadia yang sebenar.

“I am so pissed off!”

Helena merenung Tengku Nadia di sisi dengan mata tidak berkelip. Apahal pulak? Selalu aku tengok senyap aje, alih-alih hari ni mengamuk pulak. Dia memberanikan diri bertanya. “Kenapa, Nadia?”

Pandangan Tengku Nadia beralih ke arahnya. “So what if aku tak nak pinjamkan rumah aku untuk diorang buat party? Does that make me an antisocial, a rebel? Hampas kelapa betul. Sebab tu lah aku malas sangat nak bukak mulut kat kelas ni, kat sekolah ni, even! Setiap kali aku bukak mulut, setiap kali kata aku memberontak.”

“Party apa?”

“Birthday party si Meor... diorang tak nak buat party tu kat rumah Meor sebab lawn rumah dia tak sebesar mana, tak cukup nak tampung tetamu yang dia nak jemput untuk party dia. Meanwhile, rumah aku selang beberapa rumah je dari rumah Meor, and it so happens yang our lawn cukup luas...and so and so...”

Helena terbayangkan halaman rumah Dato’ Jazid yang luas dan mendamaikan mata yang memandang. “So?”

“So tadi Meor and the gang panggil aku, request nak pinjam lawn kitorang. And aku reject. Tak pasal-pasal ramai pulak yang serang aku tadi. Dah lama agaknya diorang semua simpan dendam kat aku, ada peluang terus je lepaskan macam tadi,” Tengku Nadia melepaskan nafas. “By the way, kenapa kau tak pergi offer je lawn rumah kau untuk diorang punya party. Kitorang tak tau pun rumah kau yang mana satu lagi. Lagipun ni peluang baik kalau nak mix dengan budak-budak school ni,” Nada suara Tengku Nadia sarkastik sekali, menyakitkan hati Helena.

“Awak ingat saya ni apa, nak terhegeh-hegeh offer rumah sendiri kat diorang?” suara Helena berubah dingin.

“Well, you seemed okay dengan Mysara ‘we all, we all’ tu....” Tengku Nadia mengangkat kening. Kalaulah bukan dalam suasana yang tegang, mahu sahaja Helena tergelak dengan gaya Tengku Nadia mengajuk Mysara dengan gaya selamba begitu.

“You’re impossible,” Helena merengus. Buang masa aku je bercakap dengan minah ni. “Awak tak kenal saya langsung tapi awak berani nak buat tuduhan macam tu? Yang saya nak sangat bercampur dengan diorang?”

Tengku Nadia menjungkit bahu. “Well...that’s what newbies do...Sebelum kau masuk sini, budak Jamilah tu masuk masa awal tahun. Macam budak baik masa dia mula-mula masuk tu. Tak pasal-pasal, lidah dia dah tergeliat jugak nak menyebut ‘we all, we all’ tu...”

“Cuba jangan samakan saya dengan orang lain?”

Tengku Nadia mencebik. “Hard not to. I’ve seen enough.”

“Pergi mati.”

“Huh?” Mata Tengku Nadia terbelalak. Biar benar apa yang aku dengar? “Apa kau cakap tadi?”

“Pergi mati. Kau pun tak ada lainnya daripada diorang semua. Sebelum cakap orang tu, cuba perhati diri sendiri dulu. Self-righteous. Ingat diri sendiri je yang bagus.,” Helena menolak rambut yang mengganggu di lehernya. Cara dia membahasakan diri juga sudah berubah. Sikap yang dipamerkan Tengku Nadia tadi mengingatkannya kepada Zul. Sehingga kini mereka berdua belum berbaik seperti yang sepatutnya lagi.

Tengku Nadia terdiam. Namun bibirnya mengukir senyuman. Helena mulai pelik. Budak ni tak naik darah ke aku dok fire dia macam tadi?

“You’ve got guts talking to me like that face to face. Budak-budak lain semuanya nak tunggu ramai-ramai baru attack aku...”

“Oh, aku dah jumpa orang yang lagi teruk daripada kau,” Helena juga tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum mendengar kata-kata Tengku Nadia. Boleh tahan jugak anak orang kaya sorang ni. Otai macam ape je. Walaupun mulut lepas macam Zul aje, perangai dia tak ada lah seteruk mana pun. At least dia tau kat mana nak stop dan acknowledge orang lain.

“Call me Nad.Family aku panggil aku macam tu,” Tengku Nadia tersengih. This is gonna be fun. This girl is full of fire.

Helena terkedu seketika. Betul ke apa aku dengar ni? Kalau tak salah tafsiran aku dengan ayat dia yang aku dengar tadi, budak ni baru je suruh aku panggil dia dengan nama yang family members dia panggil je...meaning... Kemudian Helena tersenyum. Why not? Budak ni macam okey jugak. Lain daripada yang lain. “Okay, takde hal.”

“Lena, kau nak ke mana tu? Kelas kat sini la,” suara Tengku Nadia mengejutkan Helena daripada lamunannya. Helena memberhentikan langkah. Teruk betul. Berangan sampai tak ingat dunia. Nasib baik tak langgar tiang ke... jatuh masa naik tangga tadi ke. Helena menggeleng-gelengkan kepalanya. Lena, Lena, apala nak jadi...

“Lena, pandang depan!”

Ooops...dada siapa pulak kat depan aku ni?

“Mata letak mana? Kepala lutut?”

Adui... suara sedingin space shuttle ni...tak ada orang lain punya dah. Kenapa..kenapa dia yang aku langgar? Kenapa...? Helena mendongak ke atas, dan matanya bertemu dengan mata Zul. Cold as ice.

0 comments: