Sunday, December 20, 2009

28(2)


Jazid tersentak bangun dari lena. Dia terkebil- kebil di dalam gelap. Dadanya berdebar- debar. Aircond bersuhu 20 degrees, tetapi bajunya basah dek peluh. Dia pandang ke sebelah. Wajah Adila yang tenang dalam tidurnya membuatkan jantungnya mula mengurangkan kelajuan degupan.

Dia bingkas bangun dari katil, terasa perlu menghirup udara luar. Jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 3.15 pagi.

Sudah lama dia tidak bermimpi. Lebih spesifik lagi, sudah lama dia tidak dilawati oleh mimpi buruk yang satu itu. Mimpi sama yang menyeksa jiwanya. Dia melangkah keluar ke beranda. Angin malam menyapa wajahnya, lembut. Sejuk.

'Jazz! Aku ada projek malam ni. Nak tak nak kau kena join!'

Suara itu.

'Jazz, aku rasa aku jumpa bakal mak anak- anak aku!'

Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Kelakar mengenangkan waktu itu.

'Bro, kenapa kau duduk sorang- sorang je? Mehla kongsi makan dengan aku. Mak aku masak sedap ni.' Ayat pertama yang keluar dari mulut Shukor berpuluh tahun yang lalu. Jazid yang tak pernah berjauhan daripada keluarganya dan yang tak pernah merasa susah seumur hidupnya, pastilah merasa kekok bila bersekolah di boarding school. Seminggu dia bersendirian terkulat- kulat tidak tahu hendak membawa diri. Status ayahnya dan status dia sebagai anak orang berada seperti tidak ada gunanya.

Bersahabat dengan Shukor seperti bersahabat dengan satu sekolah. Rata- rata hairan, bagaimana Jazid Dato' Hambali yang senyap dan serius itu boleh bertemankan Mohd Shukor Dasuki yang gila- gila dan mempunyai latar belakang yang misteri. Melalui Shukor, Jazid rapat dengan Ikmal. Dan melalui Shukor dia berkenalan dengan Adila. Shukor juga yang memberinya nickname Jazz.

'Jazz, tengok anak jantan aku. Serupa macam maknya kan? Kulit putih, rambut perang... besar nanti mesti tak senang.....'

"Abang. Kenapa duduk seorang kat luar ni?"

Putus lamunan Jazid apabila belakangnya disentuh Adila. "Abang...tak boleh tidur. Mimpi buruk."

".....arwah?" mata Adila mula berkaca. "Abang... dah la tu...jom masuk tidur semula. Esok abang kena travel jauh..."

Jazid angguk. Dia menarik nafas panjang. Dia menurut sahaja bila Adila menarik tangannya masuk ke dalam bilik semula.

'....kalau anak jantan aku ikut muka Lyss, anak perempuan aku confirm ikut muka aku! Melayu tulen!'

Dan dia ketika itu menjawab. 'Aku tak rasa Tuhan tu kejam sangat nak kasi rupa kau kat anak perempuan kot.' Mereka sama- sama ketawa besar.

Jazid senyum dalam gelap. Tekaan kau tak menjadi lah Shuq. Helena saling tak tumpah wajah Melissa. Tapi degilnya itu, memang 100% kau punya baka.

Sunday, December 13, 2009

28 (1)


Ikmal meletakkan suratkhabar ke atas ribanya sebaik sahaja pintu hadapan dibuka dan Daniel melangkah masuk, wajahnya kelesuan. Ikmal melirik ke arah jam dinding. 7.20 malam. Sudah hampir Maghrib baru anak bujangnya pulang? Selepas seharian keluar, dan cuma meninggalkan nota di peti sejuk.

'Papa, Neil keluar jumpa kawan.'

"Assalamualaikum."

Hampir melompat Daniel dibuatnya mendengar suara ayahnya. Dia mengurut- urut dadanya. Beg sandang dilurutkan ke lantai. "Papa, waalaikumsalam... terkejut Neil lah..." dia tersengih.

Ikmal tidak terus menjawab. Wajahnya serius. Dia membetulkan duduk di sofa. "Pergi naik mandi, kita jemaah malam ni."

"Okey..." Daniel tak banyak bicara dan terus naik ke atas.

*****
"Papa nak makan apa? Nak Neil masakkan?" Daniel melipat sejadah yang digunakan kedua- dua mereka. Mereka berjemaah Maghrib bersama dan sementara menunggu waktu Isya', Ikmal memberikan tazkirah pendek selepas mereka membacakan tahlil untuk arwah Rose Mariana, ibu Daniel.

Ikmal menanggalkan kopiah dan meletakkannya di atas side table di sisi katilnya. "Tak apa. Kita keluar makan sekejap lagi. Papa ada benda sikit nak cakap. Neil siap dulu. Kita cakap di bawah nanti."

"Ada apa, pa?" Daniel melabuhkan punggung di atas sofa, bersebelahan ayahnya.

"Daniel Hafizi."

Uh-oh...bila Ikmal memanggil nama penuhnya, maksudnya adalah yang tak kena tu... Daniel menelan liur.

"Boleh Neil bagitau papa, Neil ke mana sepanjang hari ni?"

Jawapan seakan tidak boleh terkeluar dari mulut Daniel. Mudah sahaja jawapannya kalau diikutkan, tetapi... hendak diluahkan terasa berat. "Um..."

"Dan ke mana Neil pergi setiap Sabtu, setiap minggu? Neil balik ke rumah dari kolej, tapi jarang papa nampak Neil ada kat rumah. In fact, for the last few months, papa tak nampak langsung Neil on Saturdays. Neil tau papa kerja hari Jumaat, jumpa Neil pun waktu malam, kepenatan drive. On Sundays, dapat jumpa sekejap waktu pagi je sebab lepas tu Neil nak rush balik kolej siapkan assignments. Papa cuti hari Sabtu, and you weren't here."

"Pa..."

"Maybe I should re-schedule my working hours? Supaya papa tak seorang diri tercongok di rumah? Sesekali tak apa Neil, tapi every weekends? Kalau Neil tak balik, papa tak kisah sangat, tapi the fact that you came home..."

Daniel mengetap bibir. "Neil... Neil ke Kuala Selangor, pa..."

Ikmal senyap. Dia tidak menyangka jawapan itu yang keluar dari mulut Daniel. He had his suspicions, tapi...tak sangka itu yang benar- benar terjadi. "... jumpa Lena?"

Angguk.

"Kenapa?"

"Neil tolong dia. Tutor untuk Add Maths..."

"Why?"

"Pa...kan Neil dah bagitau..." Daniel mengangkat muka.

"What made you do that?"

Okey. Soalan ini agak susah sedikit nak dijawab.

"Neil," Ikmal menghela nafas. Kalaulah Rose masih ada, kan senang. Kekok rasanya nak berbincang tentang hal hati dan perasaan man to man. "Papa tak larang Neil nak kawan dengan Lena. Tapi, berpada- padalah. Neil sendiri pun masih belajar. And I just found this," Ikmal tunduk dan mengambil sehelai kertas dari bawah coffee table. Dihulurkan kepada Daniel. "Your results. Papa terjumpa atas meja Neil pagi tadi."

Daniel tidak berani mengangkat muka. Kertas itu sepatutnya ditunjukkan kepada Ikmal sejak minggu lepas lagi. Sepertimana yang dia selalu lakukan sejak dia masih di sekolah rendah. Dan kerana itu dia sentiasa bekerja keras supaya dia dapat melihat wajah Ikmal berseri- seri bangga dengan pencapaiannya. Tapi, keputusan kali ini...

"...Your first result since you enrolled. 30 points daripada 42? Look at your Maths, 4? And you still can go tutor other people?"

"Pa, Neil perlu masa nak adjust dengan English terms in the Science subjects and Maths..."

"Neil... papa takkan suruh Neil apa- apa," suara Ikmal berubah lembut. "Neil dah besar, Neil boleh fikir sendiri. Papa beri kebebasan pada Neil untuk buat apa pun. At your own responsibility. Papa tak halang Neil nak ke Kuala Selangor, tapi please be responsible of the consequence. Papa tegur ni sebab nampak macam Neil nak lepas tangan. Apa- apa jadi... ini masa depan Neil."

Senyap.

"Okey, itu je papa nak cakap. Jom. Kita decide nak makan mana dalam kereta nanti."

Saturday, December 12, 2009

27

"Lena."

"Ada apa?"

Tengku Nadia menarik nafas panjang. Okey Nad, just say it. Serkap jarang aje. "Is there by any chance...kau memang officially dengan Daniel?"

"What's that supposed to mean??" Helena mencampakkan Mr. Ben ke arah Tengku Nadia. Tepat mengena kepala gadis itu. Tengku Nadia memegang teddy bear yang berukuran sederhana itu. Nasib baik lembut, cuba ada brick dalam tangan Helena tadi, tak ke naya dahi Miss Universe aku ni?

"Cut the crap," Tengku Nadia melambung-lambung Mr. Ben tanpa mempedulikan renungan tajam Helena yang jelas kurang senang teddy nya diperlakukan begitu. "Kau tau apa maksud aku kan? Jangan lah nak buat-buat tak tau pulak."

"Gimme that!" Helena menarik Mr. Ben daripada pegangan Tengku Nadia.

"Tengok tu. Aku pegang Mr. Ben dua tiga saat pun kau dah tak senang duduk," Tengku Nadia tersengih. Mr. Ben merupakan hadiah dari Daniel sempena hari jadi Helena ke-17 dan kejayaannya mencapai keputusan yang baik dalam Add Maths. Tak berenggang langsung dengan beruang berwarna coklat itu.

"Tu bukan pegang namanya, Nad. Tu melambung-lambung. Ni aku punya, aku aje yang boleh buat apa yang aku nak pada dia," Helena sengih. Pertama kali dapat teddy bear, memang lah dia jakun sampai begitu sekali. "Tak ada kene mengena dengan siapa yang kasi benda ni."

"Ha'ah, ye lah sangat tu. Now tell me. Sejak dua menjak ni, sejak start naik form 5 ni, telinga aku memang tak sah kalau tak dengar nama Daniel sehari. Ada-ada aje cerita pasal dia. Setiap benda yang kita buat, semua nya macam ada kena mengena dengan Daniel."

"Nad, cuba jangan exaggerate?" Helena menjeling. Teruk betul kawannya seorang ni. Kalau dah ada dalam mood nak mem'provoke' orang tu, exaggeration power naik berkali ganda.

"Tell me where I'm wrong. Kalau makan roti canai kat dewan makan tu, mesti ada aje cerita Daniel yang suka makan roti canai dengan susu pekat, tak macam orang lain. Masa makan nasi ayam hari tu, tiba-tiba masuk cerita Daniel bawa kau pergi restoran yang serve nasi ayam paling sedap yang pernah kau rasa. Tak tersenarai lah banyaknya. Tak masuk lagi pasal dia jadi tutor Add Maths kau. Patutla markah melonjak naik meninggalkan aku. Nasib baik lah dapat jugak menyelit dalam kelas yang sama dengan kau."

"Merapik." Jantungnya dah mula memainkan rentak dangdut. Relax, relax...just caught off guard by this monkey's observation je...tak ada maksud lain. "Dah tu, kalau aku pergi makan dengan makcik ke, pakcik ke, mestila aku bercerita hal diorang pula. Bukan aku ada ke buat macam tu dulu?" Yes, yes! Good job Lena.

"So to say, kau memang banyak spend masa dengan Daniel lah kan?"

"Cuti itu hari, ha'ah."

"Mana pergi abang angkat kesayangan kau tu?"

"Tak habis perang lagi." Walaupun Daniel dah banyak kali menyuruhnya memaafkan Zul, tapi dia tak dapat hendak berbuat begitu. Dia kecil hati sangat-sangat dengan Zul. Tiada sebab yang kukuh, tapi dia memang kecil hati. Sarah juga beberapa kali mengaturkan supaya Zul berpeluang meminta maaf untuk kali yang ke-berapa dengan dia, namun dia sentiasa sahaja berjaya mengelakkan diri.

"Helena bt Mohd Shukor--sila turun ke bawah kerana waris anda sedang menunggu," pengumuman daripada speaker aspuri membuatkan kedua-dua gadis itu terdiam. Tengku Nadia mengangkat kening.

"Siapa pulak? Uncle Jazid ada cakap nak datang ke?"

Helena menggeleng. Dia turut kehairanan. Namun dia mencapai juga tudung yang tersidai di hujung katil.

"Now kiss and make up," Sarah menjegilkan mata. Merah padam muka Helena. Sarah memang macam ni, main cakap ikut sedap mulut je. Memanglah dia tidak memaksudkan ayatnya itu secara literal, tapi...

"I did my part lah Along... dia yang tak mau," Zul menjeling kakaknya. Tak pasal-pasal pula dia kene heret ke Kuala Selangor hari panas-panas macam ni. Dijeling Helena sekilas. "Berapa kali dah Zul minta maaf pada dia."

Kala itu Helena terasa malu sangat-sangat. Selalunya dia menyedapkan hatinya sendiri bila rasa bersalah mengetuk pintu ataupun bila cuba di'brainwash' oleh Tengku Nadia ataupun Daniel. Tapi bila dah dibentangkan kesilapannya di hadapan orang lain, dia tidak mampu lagi hendak berdolak dalik. Sarah menyilangkan tangannya di hadapan dada. "Lena? Any special reasons kenapa tak boleh nak maafkan adik along ni? Along mengaku yang dia memang kadang-kadang acting like a jerk sikit..." dia tidak mempedulikan pandangan Zul. "...tapi, macam yang dia kata, dia dah minta maaf, and along tak dapat nak faham kenapa Lena tak boleh nak maafkan dia lagi. It's been months. At least sebelum along balik Aussie next week, along tak mau ada masalah yang belum selesai dalam family."

Family...?

"Kenapa nampak terkejut sangat?" Sarah menjadi hairan. Awat yang dia dok tenung aku macam orang bodoh je bila aku cakap macam tu? "Lena tak rasa Lena part of the family ke? Did we do a horrible job treating you like one? Except this guy, of course."

"Kak Sarah!" Zul menyiku kakaknya. Suka hati je nak kenakan aku macam tu.

"Kak Sarah, janganlah macam tu...Lena rasa kecik sangat dalam keluarga kak Sarah..."

"Along tak mau dengar dah tu semua. Any special reason kenapa tak dapat nak maafkan Zul?"

Tanpa memandang wajah Zul, Helena bersuara perlahan. Sarah mengerutkan dahi.

"Lena, Along tak dengar lah."

"Dia buat Lena rasa macam orang menumpang balik semula. Lama Lena nak sesuaikan diri, nak yakinkan diri Lena yang Lena ni diterima dalam family kak Sarah. In a snap, dia hancurkan semua," satu-satu perkataan keluar dari mulut Helena. "Sejak tu, Lena nak pandang muka Dato' dengan Datin pun rasa malu sangat-sangat."

Zul diam.

"Zul..."

"Okay, okay... aku minta maaf sangat-sangat pasal tuduh kau bukan-bukan hari tu, pasal cakap benda yang tak sepatutnya aku cakap---tu semua sebab aku tengah marah...--- and....for not trusting you bila kau nafikan benda ni... I'm really sorry..." dalam satu nafas sahaja Zul berkata-kata. Bila melihat Helena memandangnya tanpa berkelip-kelip, dia menyambung. "Jangan tanya kenapa aku naik marah hari tu. I have my own reasons...no Along, jangan main cucuk-cucuk orang macam tu, Zul memang tak kan beritau punya."

"Kedekut," Sarah mencebik. "So, Lena?"

Helena menelan air liur. Uisk...payah ni... "Taken." Lena, kena ikhlas tau. Lama sangat dah ni tak berbaik-baik dengan Zul. Tak baik.

"Lena," tiba-tiba Zul bersuara. "Jangan buat macam ni lagi. Macam Ice Princess, beku je. Kau memang a part of our family. Apa yang kau buat, memang akan affect satu family. Walaupun aku buat hal macam mana pun, jangan libatkan family members lain dalam hal ni. Diorang semua risaukan kau jadi pelik tiba-tiba. Nak marah, marah aku, jangan wat mogok kat satu family." And I almost hate her for that.

26

"Zul memang rapat ye dengan kak Sarah?" Helena mengerling ke arah Daniel yang sedang menatap buku Biologi di atas meja. Tanpa mengangkat muka Daniel mengangguk.

"Sangat. Saya rasa dia ada big sister complex kot. Kenapa tanya?"

"Sebab tak pernah nampak dia rapat dengan perempuan agaknya," balas Helena. Kecuali aku...untuk jangka waktu yang sekejap. Siapa suruh dia rosakkan semuanya? Siapa suruh Zul tak percayakan aku?

"Marah pada dia lagi?" Daniel menutup Andrew Allotnya sebelum memandang wajah Helena. Terasa seperti yang gadis itu sedang memerlukan teman untuk berkata-kata. Kalau tidak masakan secara tiba-tiba Helena muncul di halaman rumahnya dengan wajah yang sugul sekali.

"Sikit-sikit... Dahla sekarang ni kat rumah macam bosan gila. Faiz pergi rumah member dia kat Perak. Makcik dengan pakcik pulak sibuk. Dah tak ada orang kat rumah tu, Cik pergi bantai tengok VCD Hindustan sampai dua tiga kali khatam. Tak ada teman nak buat bercakap..."

Dah agak dah, Daniel menyembunyikan senyum. So easy to see through. "Minat science subjects tak?"

Helena tercengang-cengang, langsung tidak menyangka Daniel akan mengubah topik secara tiba-tiba. "Um...boleh la...Kimia macam interesting...masa periksa akhir tahun hari tu pun, macam puas hatilah jugak jawab."

"Hmm... cadang-cadang nak ambik apa lepas SPM nanti?"

"Tak tau lagi lah yang tu..." Helena berterus terang. Puas juga dia berfikir sebelum tidur setiap malam, ke mana hala tujunya selepas habis sekolah nanti. Masuk matriks kot macam orang lain...tapi lepas tu? Nak ikut arus aje?

"Medic minat?" Daniel memancing lagi. Helena menongkat dagunya.

"Tak boleh nak cakaplah Daniel, sebab saya sendiri pun tak tau macam mana situasi belajar, lepas tu kerja dalam bidang medic ni...more over, tak tau pun apa sebab utama saya nak jadi doktor, IF I want to become one.... tak mau lah sebab orang semua berduyun-duyun mau jadi doktor, saya pun terikut arus diorang sekali."

"Good answer. Saya buat preparation ni pun, belum ada real exposure to the doc's world. Setakat ada attachment dua minggu sekali pun, belum cukup rasanya. Tapi dari kecik dulu ayah selalu bawak pergi tempat kerja dia, so like, little by little, the job grows on me. I got excited whenever my dad told me about his successful surgeries for the day. Muka ayah sedih sebab losing his patients pun saya pernah tengok jugak. So sedikit sebanyak saya dah ada experience juga pasal benda ni," Daniel bercerita panjang lebar.

Daniel untunglah macam tu, ayah dia surgeon. Kalau orang lain yang bukan datang dari family doktor macam mana pulak? Helena cuba mengagak sendiri.

"Lega dah saya tengok muka awak dah hilang satu kerut," Daniel mengusik.

"Haa??"

"Tadi masa awak sampai, muka awak teruk betul. Jadi takut pulak nak tengok. Ni dah oke dah ni, baru senang hati saya." Sengaja dia mengubah topik tadi, kerana dia tahu apa-apa perkara tentang Zul hanya membawa mendung pada wajah Helena. "Pantang sebut pasal Zul aje, terus aje rasa macam nak hujan. Jadi elok la kan kalau kita bercakap pasal benda lain?"

Helena tidak tahu hendak berkata apa. Transparent sangat ke aku ni sampai Daniel boleh nampak segala-gala yang aku rasa, yang aku fikir? "Benda lain?"

"Umm...apa kata kalau bila-bila kita mintak ayah saya bawa pergi tempat kerja dia. Mana tau lepas awak ter-expose dengan hospital awak boleh make up your mind pasal medic ni. Kalau terasa awak suit as a doctor, awak boleh set goal awal-awal and then work for it. Kalau rasa tak sesuai, kita cari bidang lain yang awak rasa okey dengan awak. Macam mana?" bagai budak kecil lagaknya Daniel memberi cadangan.

Biar benar mamat ni? Sesuka hati aje nak mempergunakan ayah dia untuk aku. Eh, untuk aku? Ye ke untuk aku? "Tak usah lah Daniel, susahkan ayah awak pulak nanti."

"Tak ada punya. Ayah saya tak kisah pun, asalkan kita tak buat kacau dah lah. Jomlah Lena, awak pun tak ada buat apa-apa kat rumah kan? Cuba sekali dulu, kalau awak rasa tak best, tak payahla kita teruskan," beriya-iya Daniel memujuk. Tak dapat lama, sekejap pun jadilah nak spend masa dengan dia.

Betul jugak cakap dia ni. Daripada aku mati kutu kat rumah... "Nanti saya tanya pakcik dulu ye?"

*

Budak ni makin tak lekat kat rumah. Selang sehari mesti hilang. Bukan sekejap pulak tu. Seharian. Dari pagi sampai ke petang. Zul termenung panjang. Nak dimarah pada Helena kerana sering tiada di rumah, gadis itu sudah pun mendapatkan kebenaran daripada Jazid dan Adila. Lagipun bukannya Helena ke tempat-tempat yang tidak elok bersama orang yang mereka tidak kenali. Gadis itu bersama Ikhmal dan Daniel. Ke hospital tempat Ikhmal bertugas.

"Ha, mengelamun!" Sarah menyergah dari belakang. Namun disambut sepi oleh Zul. Dia sudah dapat mengagak kehadiran kakaknya. Tu lah, siapa suruh suka sangat pakai perfume kat rumah. Dari 100 meter pun dah boleh bau tau? "Aii...boring betul lah Zul ni.Makin lama makin lemah aje."

Omelan Sarah tidak dipedulikannya. Entah kenapa fikirannya terasa berserabut memikirkan Helena. Sejak akhir-akhir ini, Helena kelihatan riang sekali. Sedangkan sejak mereka melancarkan perang dingin dahulu, gadis itu lebih banyak mendiamkan diri. Senyum pun tawar sahaja. Sehingga menimbulkan tanda tanya seisi rumah. Bila ditanya, Helena menjawab tiada apa-apa. Namun senyuman gadis itu kembali menghiasi bibir. Suaranya bergurau senda dengan Faiz mula kedengaran semula. Malah Sarah yang pada mulanya menganggap Helena agak sombong juga kelihatan seperti berminat untuk mendekati gadis itu setelah dia berbalik kepada sikap asalnya.

Tapi dekat depan aku...kenapa dia tak boleh nak senyum macam biasa dekat depan aku? Kalau tengah bergelak ketawa dengan Daniel tu, sanggup dia berhenti semata-mata sebab aku ada kat situ. Bercakap dengan aku pun dengan suara yang macam nak tak nak aje keluar. I preferred the way she was before this, sebab dia bolayan semua orang, and that way I know she was feeling miserable the way that I do. Tapi sekarang ni...sekarang ni... apa yang Daniel buat sampai dia boleh hilang rasa murung tu? So now...I'm the only one who's feeling miserable over what happened between us?

Sarah menumbuk keras bahu adiknya, geram kerana tidak dipedulikan. Aku bercakap seorang-seorang aje rupanya? "Apa kena Zul ni? Along dok bercakap dari tadi, Zul langsung tak sedar ye?"

Zul menggosok-gosok bahunya, dahinya berkerut menahan sakit. Kekuatan kakaknya boleh tahan juga. "Along ni pun, jangan lah main tumbuk-tumbuk orang sakitlah. Kepala Zul tengah sakit ni."

"Pasal Lena lah tu. Apa yang kompleks sangat pasal korang dua ni sampai Zul tak boleh berhenti nak fikir pasal dia?"

"Apa Along cakap ni?" Zul cuba mengawal suara. Aiseh...!

"Jangan ingat Along tak perhati apa yang Zul buat. When you thought nobody was watching, you stared at her like anything. Apalah ego sangat, cakap aje lah dengan dia yang you want things to be like the way it used before."

"I told her I was sorry okay? Dia yang kata lepas ni Zul dengan dia setakat majikan dengan orang gaji aje."

"You're sorry for what?"

"Sebab tuduh dia macam-macam, sebab tak kasi dia peluang beritahu perkara sebenar..."

"You're not sorry for not trusting her?"

Zul terdiam. Dia tidak dapat menyangkal kata-kata kakaknya. Helena pernah bertanya mengapa dia minta maaf secara tiba-tiba setelah sebulan perkara itu berlaku. Dan dia senaraikan semuanya, kecuali satu sebab yang disebutkan oleh Sarah sebentar tadi. I didn't say I was sorry for not trusting her when it was that which hurted her the most. And why didn't I say it? Sebab aku masih tak dapat nak percayakan dia...sebab aku masih tak dapat nak percayakan orang lain selain daripada diri aku sendiri...

25

Sarah mengheret beg besarnya dengan penuh hati-hati masuk ke dalam perkarangan rumah, sambil memastikan tiada siapa yang menyedari kehadirannya di situ. Dia tertawa di dalam hati membayangkan wajah-wajah ahli keluarganya yang akan terperanjat besar dengan kepulangannya secara mengejut. Sepatah kata pun dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang rancangannya mahu pulang ke Malaysia cuti musim panas itu. Memanglah macam kurang appropriate, tapi dah itu sifatnya dari dulu. Suka buat kerja tanpa pengetahuan orang lain. Bila dah kantoi, dia hanya mampu tersengih sahaja ketika dileteri.

Jari telunjuknya menekan loceng sebaik sahaja tiba di hadapan pintu. Dia berdebar-debar menunggu siapakah yang akan membukakan pintu untuknya. Cik Izah ke ek? Kalau Cik, memang satu rumah dengar dia menjerit nanti. Kalau Faiz yang bukakan pintu tu pun sama jugak. Kalau mama dengan ayah, agaknya kena saji dengan leteran dulu baru dia dijemput masuk. Kalau....

"Ye, nak cari siapa?"

Terputus lamunan Sarah bila mendengar suara yang tidak dikenali menyapanya dengan soalan yang tidak dijangka-jangka. Seorang gadis dengan ketinggian sederhana berdiri di muka pintu rumahnya. Raut wajah gadis itu penuh dengan tanda tanya. Eh sekejap, aku ni salah rumah ke? Sarah berpaling ke belakang. Betullah ni rumah aku, BMW ayah ada kat sini, basikal Faiz ada kat sini....tapi budak ni siapa pulak? Kemudian dia tersedar yang gadis itu sedang memandangnya tanpa berkelip.

"Kak Sarah ke ni?" tanyanya teragak-agak.

Uisk, sejak bila aku ada adik perempuan? Namun belum sempat Sarah memberi respon pada pertanyaan gadis di hadapannya, kedengaran suara ayahnya melaung dari dalam rumah. "Lena, siapa yang datang tu?!" diiringi derap kaki menuju ke pintu utama. "Dari tadi kamu tak bergerak dari pintu, pakcik ingatkan.... SARAH!" terbeliak mata si ayah melihat kehadiran anak sulung di hadapan matanya. Gadis yang tidak Sarah kenali itu tersenyum kecil.

"Yosh," Sarah tersengih riang melihat wajah Jazid yang seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Assalamualaikum ayah."

****

"Still macam tu juga?" Daniel menjungkit sebelah keningnya ke arah Zul. Zul menyandarkan tubuh ke bangku yang menghadap Tasik Shah Alam, bola matanya melekat pada dua orang gadis yang sedang terkial-kial mengayuh kayak.

"Macam tu jugalah... lepas je aku marah dia tak tentu pasal hari tu memanglah dia ada cuba nak terangkan hal sebenar. Tapi I wouldn't listen. Then, bila aku minta maaf sebulan lepas tu after Nadia beritahu apa yang jadi, all about that freaky admirer, dia pulak yang declare perang dengan aku. Tak faham aku budak tu. Dia ada cakap apa-apa dengan kau tak?"

Aku kembali mengambil role pendamai antara Zul dengan Lena, not sure whether it's a good thing or not. "Dia terkilan tu sebab kau boleh percaya cakap orang lain yang kau tak berapa kenal pun, tapi tak beri dia peluang nak bercerita pun walaupun dia duduk serumah dengan kau." Terbayang wajah Helena yang penuh dengan kemarahan ketika gadis itu meluahkan rasa tidak puas hatinya berbulan-bulan yang lalu.

"Nadia tu garang nak mampus. Kalau tak memang aku abaikan jugak..."

"Cukuplah kasi alasan basi macam tu. Kenapa susah sangat kau nak percaya kan dia? Dia tak ada buat apa-apa yang break your trust in her kan?" Daniel bertanya. Kemudian dia menyambung dengan suara yang perlahan. "Or...is it...kau tak pernah percayakan dia dari dulu lagi?" Zul diam sahaja, tidak mengiakan atau menidakkan kata-kata Daniel. "Kenapa? Kau still rasa insecure lagi?"

"Who wouldn't?!" suara Zul meninggi tiba-tiba, mengejutkan Daniel. Namun dia tidak cuba untuk menenangkan anak muda itu. Biar Zul melepaskan apa yang dia simpan selama ini. Bukannya mudah untuk memujuk Zul membuka mulut. "Kau sendiri tengok macam mana family aku layan dia. Macam anak emas. She's our helper for God's sake and Cik asyik halau dia dari dapur aje setiap kali dia nak masuk tolong. Everytime dia nak buat kerja rumah, mama kata tak payah. Nak cucikan kereta ayah aku, ayah aku boleh siap join sekali. Si Faiz pulak dok ngekor dia macam apa aje. Aku tau dia tak ada salah apa-apa, but I can't help feeling whatever I am feeling when my family did that. I am getting displaced by this girl, tu aje yang ada dalam kepala aku setiap kali diorang buat macam tu. Aku cuba nak abaikan benda tu, tapi bila dia dapat bunga hari tu, rasa macam all hell breaks loose. Rasa macam dia betray family aku...and stuff like that."

"Tapi... you do know that your family loves you so much, right? Auntie Dila macam orang sasau bila kau accident hari tu..."

"Of course I knew that!" Zul membentak. "Kan aku dah cakap, I can't help it! Aku tau kau cuba faham keadaan aku, Neil, tapi believe me, you won't. Kau tak akan boleh faham macam mana rasa anak pungut macam aku ni!"

"I told you not to use that word again!" suara Daniel pula yang meninggi. "Stop it, Zul. Really, aku tak sangka...."

Bunyi telefon bimbit Zul memaksa Daniel berhenti bercakap. Terasa kemarahannya meluap-luap di dalam dada. Zul menghela nafas, cuba mengawal suaranya supaya kedengaran seperti biasa sebelum menjawab panggilan. "Assalamualaikum ayah. Umm... Zul kat tasik dengan Neil ni...balik sekarang? Kenapa, yah...? Hah?!!"

Daniel memandang ke arah sahabatnya, kehairanan mengapa Zul kedengaran begitu terperanjat sekali. Zul membuat isyarat tunggu sebentar sebelum meneruskan perbualannya. Tidak lama kemudian, dia menamatkan panggilan lantas berdiri. Handphone dimasukkan semula ke dalam poket. "Neil, we gotta go."

"Kenapa?"

Zul tersengih. Terasa hilang segala resahnya selepas panggilan telefon tersebut.Lupa segala benda yang dia luahkan pada Daniel. "Kau takkan dapat teka punya benda ni. Along tiba-tiba tercongok depan pintu rumah pagi tadi."

24

Helena merenung sepi buku nota kecil yang berada di hadapannya. Susah juga bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni ye? Aku dah kate aku tak available, dihulurnya lagi benda ni. Terbayang wajah serba salah Hayati tempoh hari.

"Aku dah cakap dah dengan dia, Lena. Sumpah. Aku beritau dah yang salah seorang daripada mamat-mamat yang datang lawat kau hari tu kau punya balak. Tiba-tiba pulak dia kata dia tak percaya, padahal benda tu lah yang dia pegang sebelum ni. Aku cakap jugak pasal mamat tu budak medic KMB. Dia boleh gelak aje. Aku rasa otak dia dah rosak lah Lena sebab suka pada kau..."

"Gila!"

"Haa...lepas tu, ni...dia suruh aku passkan pada kau," Hayati menghulurkan sebuah buku nota kecil berwarna hijau. Comel. "Dia kata kalau boleh, kau isi lah apa-apa aktiviti yang kau buat time cuti dua minggu nanti. Dia nak tau sangat. Dia tanya lagi boleh ke tak kalau dia dengan kau bertukar-tukar buku catatan harian? As in tukar-tukar diari lah. Satu hari dia tulis apa-apa, lepas tu pass pada kau untuk kau tulis pulak...."

"As in berbalas-balas surat tapi guna buku?" Helena menjegilkan mata. Hayati tunduk dan mengangguk.

Pening betul lah kepala aku. Tak reti-reti yang orang tak suka. Bila cakap aku dah ada balak, dia terus masuk phase denial pulak. Ceh.

"Lena, Lena tak mau makan ke? Tuk dah siap masak dah ni..." suara Tuk Pah kedengaran dari luar pintu bilik. Cepat-cepat disorokkan buku nota tersebut di bawah bantal. Nanti-nanti aje lah aku fikir. Tak payah fikir pun tak apa. Bukan berdosa pun kalau aku tak tulis apa-apa dalam buku tu.

*

Tuk Pah memerhatikan Helena yang leka menonton televisyen. Dah besar dah cucu aku ni rupanya...Baru semalam rasa macam dia berlari-lari keliling kampung dengan asikrim di tangan. Sedar-sedar dah masuk 15 tahun masa berlalu, hak penjagaan gadis itu pun dah bertukar tangan. Tugasnya memelihara Helena sehingga gadis itu boleh berdiri sendiri sudah selesai, kini tugas Jazid dan Adila pula untuk menyempurnakan pendidikan gadis itu. Wang ringgit bukan masalah besar. Tanpa pengetahuan Helena, dia mempunyai simpanan yang begitu mewah sekali. Mak dengan ayah Lena tak tinggalkan Lena macam tu aje, sayang...

"Kenapa tuk pandang Lena semacam aje?"

"Tak ada apa-apa. Tuk terkenang aja masa Lena tinggal dengan tuk dulu..."

"Lena boleh aje nak pindah balik rumah tuk," ujar Helena bersungguh-sungguh. Mata coklatnya memandang Tuk Pah dengan penuh kasih.

"Betul ke ni? Tak sayang nak tinggalkan sekolah dekat Kuala Selangor sana? Tak sayang nak tinggalkan Dato' dengan Datin?" Tuk Pah menduga hati anak gadis itu.

Helena terdiam. Tak tahu apa yang harus dijawab. Benar, dia sudah jatuh sayang pada keluarga Jazid. Dia sudah jatuh sayang pada sekolah barunya. Pastinya dia terpaksa meninggalkan kedua-duanya andai dia ingin tinggal bersama Tuk Pah semula...

Tuk Pah tergelak. Lena, Lena..."Tuk tak kesah, Lena. Asalkan tuk tau Lena seronok, tuk tumpang seronok juga. Lagipun tuk tau Lena selalu ingat pada tuk...jangan la Lena risau, tuk elok-elok aja duduk seorang diri. Lagipun siang-siang anak mak teh Lena, tuk yang jaga. Tak adalah tuk sunyi sangat."

Helena tersenyum. Lega sedikit rasa hatinya. Dipeluknya tubuh tua itu dengan manja. "Lena sayang tuk."

*

'Aku ada abang!' Hati Helena melonjak-lonjak kegembiraan. Kenyataan yang dia perolehi secara tidak sengaja itu betul-betul menaikkan semangatnya. Aku bukan seorang diri dalam dunia ni. Tapi kenapa tuk pun tak pernah nak kasitau yang aku ada adik beradik yang lain. Kalaula aku tak terjumpa gambar lama ni dekat setor, memangla sampai ke mati pun aku tak tau... kenapa ye tuk rahsiakan?

Sekali lagi gambar itu ditatap. Gambar seorang wanita bersama-sama seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 3 tahun dan budak perempuan yang kelihatan baru berumur setahun lebih. Ni lah dia perempuan yang selalu masuk dalam mimpi aku tu...sah, memang dia mak aku. I'm sure of it. Ditelek pula belakang gambar tersebut. Ada tulisan yang hampir pudar, namun Helena masih berupaya untuk membacanya.

'Fizi,Melissa, Helena, Kuala Lumpur,1984'

Alahai, comel nya aku time kanak-kanak. Kalau masuk iklan dulu-dulu, mesti dah famous, dia tersengih sendiri. Perasaannya terbuai-buai. Helena yakin budak lelaki itu abangnya. Dia yakin 'abang'nya itu masih hidup. Dia pasti. Entah dari mana dia mendapat keyakinan itu pun dia tidak tahu. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana perasaannya bila menyedari hakikat itu. Namun, di hadapan Tuk Pah, dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, sehinggalah dia pulang semula ke Shah Alam, sepatah pun dia tidak memberitahu wanita tua itu tentang gambar tersebut.

"Kenapa kamu tersengih-sengih aja dari tadi Lena? Sehat ke tidak?" suara Cik Izah mematikan lamunan Helena. Aiseh cik ni... potong stim betul. Cepat-cepat Helena menumpukan perhatian pada kupasan bawangnya.

"Tak ada apa-apalah, Cik. Mana ada Lena senyum... Cik salah nampak kot?" Helena mengangkat kening sambil tersenyum. Heheh, mujur jugak tangan aku boleh berjalan jugak time aku berangan-angan, kalau tak memang lagi kantoi tak boleh nak cover lah. Cik Izah mengecilkan matanya. Budak ni mesti ada sembunyikan apa-apa ni. Bukannya aku tak tau perangai dia macam mana. Selalu riuh aje mulutnya bercerita. Kalau tak ada benda yang nak diceritakan tu, maksudnya adalah benda yang dia sembunyikan.

"Biasalah Cik, orang dah ada buah hati. Mestilah asyik tersengih-sengih seorang diri," suara Zul dari belakang membuatkan Helena berhenti tersenyum. Apahal pulak nak cari gaduh dengan aku ni? Perlahan-lahan dia menoleh. Wajah serius Zul yang ditatapnya. Tiada senyuman mengusik ataupun sengihan nakalnya. Uisk, apa salah aku?

"Apa yang abang Zul merapik ni? Tak mainlah buah-buah hati. Orang sekolah lagi la..." berdiri bulu tengkuknya membahasakan Zul sebagai abang. Tapi itu dilakukan semata-mata untuk menjaga hati keluarga Jazid. Tidak manislah pula nak ber'aku' ber'engkau' dengan Zul di hadapan ahli keluarga yang lain. Tapi bila mereka berdua sahaja, ataupun bertiga dengan Daniel, gaya percakapan mereka kembali seperti biasa.

Zul tidak terus menjawab. Matanya tajam merenung gadis yang sedang duduk di lantai dapur rumahnya. "Meh ikut aku sekejap. Ada benda yang aku nak tunjuk kat kau." Dia terus berlalu. Helena memandang Cik Izah yang terkebil-kebil, tidak faham apa yang berlaku di antara anak majikan dan gadis di hadapannya. Sejak dua menjak ni macam kembar siam, tup-tup tak ada ribut, tak ada tsunami, berubah terus sikap Zul terhadap Helena.

"Pergilah, Lena. Tengok apa yang Zul nak. Penting kot..." Cik Izah bersuara. Helena mengangguk sahaja.

"Ada apanya? Apa kau buat depan bilik aku tu?"

"Masuklah, tengok ada apa atas katil tu. Nasib baik aku yang bukak pintu tadi. Kalau orang lain?" sinis suara anak muda itu. Helena mengerutkan dahi. Tak faham betullah dengan mamat ni. Tapi di jengukkan juga kepalanya ke dalam bilik. Sebaik sahaja pandangannya singgah pada katil bujangnya, matanya terbuka luas.

Siapa pulak yang mengada-ngada buat flower delivery ke rumah ni?? 5 kuntum semuanya, 4 kuning dan sekuntum berwarna merah, Helena membilang dari jauh. Kemudian dia memandang Zul yang diam sejak tadi. "Serius aku tak tau apa-apa."

"Iye sangatlah tu tak tau apa-apa. Kau ingat mak bapak aku hantar kau pergi belajar SBP suruh bercinta ke?" tajam kata-kata Zul menghiris hati gadis itu. "Kau ingat duit mak bapak aku macam pasir ke?" Terjegil matanya.

"Aku tak tau apa-apa, Zul," Helena cuba menenangkan dirinya, walaupun dalam hatinya sudah menangis. Sedih bercampur marah. Marahkan si pemberi bunga yang tidak diketahui. Sedih kerana dituduh tanpa usul periksa oleh Zul. "Kalaulah aku tau bunga tu nak datang, takkan la aku boleh buat tak tau? Mestilah aku sendiri yang nak buka pintu ambil sendiri...bukannya..."

"I'm not talking about the flowers okay?" Zul cepat-cepat memotong. "Mungkin bagus jugak bunga ni datang. Kalau tak, kami tak tau apa yang kau buat kat belakang kami. Janganla kau risau, aku takkan kasitau benda ni kat parents aku. Rest assured about that." Dengan itu dia berjalan meninggalkan Helena.

Terasa ingin pecah dadanya mendengar kedinginan suara Zul. Apa salah aku? Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik lalu merapatkan pintu. Kolam matanya berair. Dicapainya bunga yang disusun dalam jambangan kecil itu. Cantik, desis hatinya, bila dah disusun sekali dengan bunga-bunga kecil berwarna ungu. Kad kecil yang dilekatkan bersama-sama bunga-bunga itu dibukanya.

'Jangan ditanya dari mana saya dapat alamat awak. :) Jangan lupa penuhkan buku tu dengan aktiviti awak masa cuti ye? Buku saya dah nak penuh dah. Tak sabar betul nak tunggu sekolah bukak. See you in school.'

Wajahnya mula memerah. Direntapnya kad tersebut, diramas-ramas dengan penuh geram dan dilontarkan ke hujung bilik, diikuti pula dengan bunga di tangan. That's it. Aku dah fed up. Dulu boleh la aku tahan lagi...tapi sekarang, kalau dah rosakkan friendship aku dengan Zul...

Helena mula tersedu. Ditariknya gambar dari bawah bantal. Abang..

23

"Kau tak cakap kau dah ada balak?" Hayati menjegilkan mata. Patutlah dia buat tak peduli je bila aku cakap dia ada SA. Rupa-rupanya pemegang status-already taken. Helena memandang Tengku Nadia yang pura-pura khusyuk menghadap latihan Add Maths dalam buku Pelangi. Cis, macam aku tak tau dia tengah pasang telinga.

"Memanglah aku tak ada balak."

"Dah tu siapa yang datang lawat kau hari tu?"

"Kenapa kau nak tau sangat?" Helena mengangkat kening kehairanan. Dah dua hari benda tu jadi baru dia nak tanya? Semalam tak ada pulak nak sibuk-sibuk tanya. "Kelmarin kau relax aje..."

"Sebab kelmarin aku tak tau apa-apa. Pagi tadi baru aku dapat tau...tu pun daripada SA kau. Dia kata dia nampak kau dengan dua orang lelaki dekat DM Ahad hari tu."

"Dah tu yang kau nak marah-marah ni kenapa, Yati?" Helena menyoal.

Hayati mengeluh. "Aku bukan marah...tapi..." gadis itu terdiam. "Cara SA kau beritahu pada aku macam aku yang salah sebab tak cakap awal-awal yang kau dah berpunya. Macam aku sengaja aje nak tengok dia suka kat kau macam orang bodoh. Patutlah dia buat mogok tak tegur aku sejak hari tu lagi. Bila tegur hari ni, aku pulak yang kena fire. Mana aku tak hot! Mintak maaflah sebab terlepas pada kau..."

Siapa yang kemaruk sangat sampai sanggup marah kat posmen sendiri ni? Kesian Yati..."Yati, macam ni lah...kau cakap aje kat budak tu yang aku memang dah berpunya, habis cerita. Cakapla yang selama ni memang aku tak pernah beritahu sesiapa pun. Yang budak tu nampak kat dewan makan hari tu, salah seorangnya, balak aku lah. Seorang lagi sepupu aku." Ya Allah, sesedap mulut aje aku membuat cerita. Tapi dengan cara ni aje nak buat peminat misteri itu berhenti mengirim salam setiap hari dan pada yang sama enggan mendedahkan identiti dirinya. Tak suka betullah berurusan melalui posmen ni, Tengku Nadia menyembunyikan tawa di sebalik long book yang digunakan untuk membuat latihan. Lena, Lena...mesti tak tersangka kan yang kau pun terpaksa guna cerita karut yang sama jugak...

"Kalau dia tanya apa-apa pasal balak kau, apa nak kata?" Hayati mengerutkan dahinya. Nak tabur macam tu aja senanglah, dibuatnya sekejap lagi budak tu tanya yang bukan-bukan, aku nak menjawab apa. "Misalnya...budak sekolah mana ke...?"

Helena tersengih. Pandangan Tengku Nadia tidak dipedulikan. "Tak mainlah budak sekolah. Dia budak medic kat Kolej MARA Banting tau."

*

"Termenung aje aku tengok kau daripada Ahad hari tu. Ada apa-apa masalah ke?" suara Azlan melenyapkan wajah seorang gadis yang sejak tadi mengisi ruang fikirannya. Daniel senyum tawar. Baringnya dibetulkan supaya lebih selesa. Masalah...kalau ada pun, jika diberitahu pada teman sebiliknya itu, apa yang dia boleh buat?

"Tak ada apa-apalah, Lan. Benda kecik aje."

"A girl?" mata Azlan bersinar-sinar. Kalau benarlah pemikiran Daniel terganggu disebabkan seorang gadis, ini memang berita sensasi. Memang membuatkan dia teringin bersua muka dengan gadis yang membuatkan temannya termenung panjang lewat beberapa hari ini. Mana tidaknya, sepanjang dia menjadi teman sebilik Daniel, tidak pernah sekali pun dia melihat Daniel menunjukkan sebarang minat pada mana-mana pelajar perempuan. Bukannya tiada gadis yang cantik, yang baik di KMB ni. Malah, surat secret admirernya juga sudah hilang entah ke mana.

Bingo! Kata hati Daniel mengiakan serkap jarang Azlan. Namun dia menggelengkan kepala, membuatkan temannya mengangkat bahu. Dia tidak mahu berkongsi kisah tentang Helena dengan Azlan. Tidak, sebetulnya dia tidak mahu 'berkongsi' Helena dengan roommatenya. Sekurang-kurangnya, belum tiba masanya lagi untuk dia berbuat begitu. Entah sejak bila dia menjadi tamak begini, tamakkan Helena hanya untuk dirinya sahaja, Sejak bila, ya?

Oh ye... sejak mata dan hatinya mula menyenangi wajah si gadis dengan rambut perang separas bahunya yang selama ini terdedah telah dilindungi sehelai tudung di bumi Kuala Selangor Ahad lepas...

*

Kuala Selangor, Ahad lepas

"Kenapa pandang saya macam tak pernah pandang orang?" Helena bertanya, kurang senang apabila direnung tanpa berkelip oleh Daniel. Zul ketika itu ke hujung dewan makan untuk mencuci tangan. Daniel menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa ek?

"Awak nampak....umm...saya pun tak tau mana lainnya awak hari ni, tapi awak nampak lain la..." Apa ye yang lain? Hidung ada, Mulut ada. Mata...dua-dua ada lagi..

Helena tertawa kecil. Fahamlah dia mengapa Daniel berkelakuan begitu. Hujung jarinya menyentuh tudung berwarna krim yang melitupi kepalanya. Pemberian Tuk Pah. "Ini ke? Awak tak pernah nampak saya bertudung kan? Peraturan sekolah."

"Oh..." Daniel terangguk-angguk, tetapi matanya masih belum lepas dari memandang wajah Helena. "Tapi, awak tau tak...awak nampak lain sangat bila pakai tudung ni. Nampak sweet aje. Tak salahkan kalau awak terus pakai macam ni dekat luar sekolah?"

Pipi Helena memerah mendengar kata-kata Daniel. Berlainan sungguh dengan reaksi Zul bila pertama kali melihatnya bertudung. Seperti Daniel, dia juga agak terkedu pada mulanya. Namun dia kembali seperti biasa dalam masa beberapa saat kemudian, mulutnya selamba mengeluarkan komen yang membuatkan Helena terasa hendak menampar-nampar mulut anak muda itu. Celupar sangat!

"Kau ni sebenarnya reti ke tak pakai tudung ni? Comot aje aku tengok. Nak aku carikan mana-mana perunding imej untuk kau tak?" Dan peha Zul menjadi sasaran cubitan Adila. "Mama ni, Zul main-main aje..."

Zul, cepatlah datang duduk sini balik. Kau buat apa lama-lama dekat sinki tu? Aku dah mula segan dah duduk dengan Daniel ni. Mata Helena terarah ke hujung dewan makan. Zul kelihatannya masih lagi menunduk ke arah sinki, entah apa yang dibuatnya, Helena pun tidak tahu. Dia mula tidak senang duduk berhadapan dengan Daniel yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti daripada merenungnya.

Pertama kali menerima pujian dari seorang lelaki, Helena tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. Selama ini bukannya tidak pernah Tuk Pah memuji, Pak Samad jual ikan memuji, Jazid memuji, namun penangannya tidak sehebat kata-kata yang keluar dari mulut Daniel sebentar tadi. Agaknya sebab tak pernah budak-budak sebaya aku bermanis mulut macam dia kot? "Umm..macam mana KMB? Best?"

Daniel tersenyum. Lucu melihat Helena seperti tidak tentu arah. "Seronok jugak. Walaupun terperuk dekat dalam ladang kelapa sawit, tak ada tempat nak lepak-lepak selain daripada pekan tu,tapi not bad la. Meal dewan makan yang sediakan, macam kat sini lah. Library facilities pun boleh tahan la. Dalam bilik ada meja and lampu study sendiri. Classmates pun okay. Apa lagi Lena nak tau?"

Helena hilang kata-kata. Adoi Lena, sejak bila lidah kena curi? Selalu tu ada aje jawapan kat hujung lidah. Sedangkan masa berseteru dengan Zul dulu pun tak pernah nak hilang ayat untuk membalas kembali kata-kata pemuda itu. Ni Daniel cakap dengan nada biasa pun,.. "Err...dah ada awek dah?"

Daniel ketawa kecil. "Kalau belum, Lena nak isi borang ke?"

Helena mendengus. Aku pulak yang dikenakannya. And sejak bila pulak dia membahasakan aku Lena? Mana pergi 'awak'? "Dah awak tanya ada apa-apa lagi yang saya nak tau ke tidak. Saya tanya ajelah apa yang terlintas kat kepala. Tak mau jawab sudah..."

"Hmm..." kalau nak try masuk jarum sekarang okey tak ye? Rasa-rasa dia ada rasa cemburu ke tidak kalau aku beritahu pasal surat SA tu...Ah...cuba aje... "Kalau nak ikutkan, tak ada. Tapi, hari tu adalah jugak terima note dari sorang budak perempuan. Sampai sekarang saya tak tau siapa..." Matanya memerhatikan wajah Helena dengan teliti, cuba mengesan sebarang perubahan pada riak gadis itu. Namun hampa. Helena tetap selamba. Malah bibir gadis itu mengukir senyum pula.

"Awak dapat love note,ek? Wah...ada jugak orang guna cara tu lagi ye? Sweet betul. Kenapa tak cari orangnya?"

"Saya rasa macam tak berminatlah," Daniel menjawab, hambar. Helena terangguk-angguk.

"Tapi kan...saya macam kureng sikitlah dengan SA ni. Macam buat orang tertanya-tanya aje siapa sebenarnya dia tu. Lepas tu macam rasa tak sedap jugak, macam ada orang dok perhatikan semua benda yang kita buat dari jauh. Macam ada stalker lah pulak. Puas saya pujuk posmen tu suruh beritahu siapa budaknya, tapi tak jalan jugak...." Helena terhenti tiba-tiba, baru sedar dia sudah terlalu banyak bercakap. Dipandangnya wajah Daniel yang seperti terkaku mendengar kata-katanya sebentar tadi.

Daniel menelan liur. Itulah Neil, nak tengok reaksi orang, diri sendiri yang terkantoi cemburu. Siapa budak hingusan tu?! "Um...are you saying that....awak ada secret admirer?"

Isk...habisla aku kalau dia bocorkan pada Zul. "Daniel, awak janji dengan saya satu benda ye? Jangan sebut benda ni pada Zul ye? Nanti mati saya kena perli. Nanti dia kata saya dah gatal nak bercinta time belajar. Tapi saya berani cakap yang saya tak pernah nak melayan budak tu walaupun dia asyik kirim-kirim salam or kasi saya macam-macam benda. Janji ya, Daniel?" Dia memandang Daniel, penuh mengharap. Dari ekor matanya dia dapat melihat Zul berjalan kembali ke arah mereka. Please, Neil, say yes...

Suara Helena kedengaran sayup-sayup di telinganya. Hanya rentakan jantung yang semakin laju didengarnya. "Okay, saya janji."