Tuesday, February 21, 2017

Rindu FLC tak?

Dari atas bukit, Batrisya menebarkan pandangan pada tanah yang luas di hadapannya. Ditutupi rumput separas lutut. Ada yang masih segar hijau. Ada yang sudah kering kekuningan. Dibasahi dengan lembayung mentari senja. Dan angin sepoi-sepoi bahasa. Bau rumput yang menyegarkan. Menenangkan.
Batrisya merapatkan lutut ke dada. Rasa selamat bila dia berbuat begitu. Kalau ikutkan hati di mahu sahaja berbaring. Dalam ‘fetal position’. Itu posisi yang dia paling suka. Macam masa sebelum dia lahir dulu. Semasa dia masih dalam rahim ibu. Ibu yang tidak sempat dia jumpa. Bertentang mata pun dia tidak tahu sempat atau tidak.
Rindu. Pada wajah yang dia hanya kenal melalui gambar- gambar simpanan daddy. Melalui cerita-cerita daddy. Melalui cinta daddy pada ibu yang tak pernah pudar dalam mata lelaki itu. 25 tahun. Cukup lama tempoh masa itu. Dia pun sudah mahu bertapak dalam dunia kerjaya. Masih lagi Batrisya terdengar daddy berkomunikasi dengan ibu bila daddy fikir anak-anak tiada di sekeliling. Masa kecil dahulu dia dan abang-abangnya akan ketawa-ketawa melihat daddy bercakap seorang diri. Anak kecil, apalah tahu. Tapi bila sudah meningkat remaja, sudah pandai menilai emosi, pandai melihat nilai kasih. Dan dia jadi kagum dengan cinta daddy.
Adakah lelaki yang berupaya mencintai sebegitu untuknya?
_________________________________________________________________________________
23 tahun.
Agak-agak sudah cukup matangkah untuk membuat keputusan membabitkan kehidupan? Setiap tahun yang dia capai, dia akan bersoal jawab dengan diri sendiri. Sejak 8 tahun lepas. Dan setiap kali, dia akan rasa umurnya ketika itu sudah cukup masak. Namun bila semakin usia meningkat, dan dia lihat semula keputusan-keputusan yang telah dia buat.
Senyum sinis.
Mentah lagi rupanya aku.
Meor menyelitkan tangan kanan ke bawah bantal. Mencari sesuatu. Secebis memori sebesar tapak tangan. Ingatan yang lama dahulu. Jumpa. Memori itu ditarik keluar. Sekeping gambar lama. Pasangan suami isteri, umur pertengahan 20-an. Senyum riang dengan bayi dalam dakapan si isteri.
Itu rutin Meor setiap malam. Dan seperti biasa, himpunan memori, ria dan tangis bercampur aduk bagai air yang terlepas dari empangan. Membanjiri seluruh kotak ingatannya. Dadanya terasa ketat.
Ada orang menasihatkan agar memori lama, biarlah disimpan sahaja. Lebih- lebih lagi yang membawa duka. Teruskan hidup dan bina memori baru.
Tapi Meor tak boleh buat begitu. Sekeping memori itulah yang membuat dia terus ada harapan untuk terus bergerak ke hadapan.Kerana jika dia simpan kemas secebis ingatan itu di sudut paling dalam supaya tidak terasa lagi sakitnya, maka dia akan hilang siapa dirinya. Dan mengapa dia masih di sini meneruskan kehidupan.
Meor senyum sendiri. Walau dadanya masih terasa sakit.

Mentah lagi rupanya aku.

Monday, May 25, 2015

The Unspoken I -9-

"Oi korang! Cooperate lah sikit. Ni untuk kelas sendiri jugak!" Dah nak terkeluar anak tekak Afnan menyeru rakan-rakan sekelasnya. Last-last terpaksa juga dia meninggikan suara. Barulah tampak mereka memberi perhatian sedikit. Afnan berdehem sedikit.

"Next two weeks, kelas kita punya turn nak bukak gerai," suara Afnan mulai tegas. "Secretary, dah sedia?" ketua tingkatan 4 Mutiara itu memandang Juliet yang terkial-kial mengeluarkan buku catitan khas untuk kelasnya.

"Okey bos!" Juliet mengangkat tangannya sambil tersengih.

"Ada apa-apa cadangan nak jual apa? We better make profit out of this, korang kemut sangat bayar duit kelas tiap-tiap bulan," Afnan berseloroh. "Kena lawan budak kelas Delima. Aku dengar diorang dapat dalam seribu lebih untung bersih."

"Ikan bakar!" Darius melaung dari belakang.

"Tak ada orang nak makan ikan bakar tengahari terik macam tu," sangkal Afnan. "Lain. Juliet, jangan salin."

Juliet sudah tersipu-sipu ditegur begitu di hadapan satu kelas. Tajam benar mata ketua kelasnya yang seorang ni. Segera dipadam kembali tulisan 'ikan bakar'. Tu lah, laju sangat tangan nak menulis. Anna di sisi sudah terkekek-kekek menahan tawa.

"Afnan, ABC!"

"Dah selalu dibuat, tapi boleh masuk list lagi. Orang tak jemu dengan benda tu, lagi-lagi budak-budak baru balik dari bacaan luas time tu," Afnan mengangguk. Juliet tekun menulis.

"Murtabak maggi!"

"Mentang-mentang dia pengakap, menu yang budak pengakap selalu buat kalau bukak gerai tu jugakla yang dia sebut," Anna bersuara. Nazrey sengih dan mengangkat bahu. Juliet mencoret 'murtabak maggi' di dalam bukunya.

"Air soya!"

"Dewan makan punya makanan."

"Wei, serius lah sikit!" mahu tergelak juga Afnan mendengar cadangan makanan DM daripada Hashimah.

"Buat murtabak je lah."

Afnan terdiam sebentar. "Nice one, Hakim. Tak pernah orang buat lagi pun setakat ni, aku rasa. Tapi...ada siapa-siapa yang reti buat ke?"

Anna terasa mukanya panas. Hakim ni memang sengaja! Dia menjeling Hakim dengan hujung mata. Pemuda itu pula, bagaikan sedar Anna sedang berapi di hujung kelas, tersenyum kecil.

Peduli hape, aku tak nak volunteer! Anna memandang ke hadapan semula. Siapa lagi yang tau aku reti buat murtabak? Tak ada kan? Tak kan pulak Hakim nak semberono aje sebut nama aku?

Aduh, macam mana nak beritau kat orang yang perempuan tu reti buat? Hakim sudah menggaru kepala. Kalau ada telepati kan bagus. EIsh, tak menjadi plan nak kenakan budak tu.

"Umm..."Juliet bersuara. "Afnan, aku rasa Anna reti kot."

"Ju!" Anna terasa seperti mahu terjatuh dari kerusi.

"Apa?" Juliet terpinga-pinga. "Betul kan? Kau pernah bawak ke sini kan a few times, murtabak yang kau buat sendiri?"

"Betul?" Afnan memandang tepat ke arah Anna. Anna mengetap bibir. Alahai Afnan, kenapalah pandang aku macam tu...Dia mengangguk, teragak-agak. Kedengaran Hakim terbatuk-batuk dari satu sudut kelas.

"Boleh buat tak?" Afnan bertanya perlahan-lahan, tidak mahu kedengaran terlalu memaksa walaupun dia merasakan yang idea murtabak itu bernas sekali. Dia dapat melihat Anna agak keberatan dengan tugasan yang jatuh ke tangannya secara tiba-tiba, lalu membuat keputusan untuk menggunakan approach yang lebih halus. "Kau jadi mandur je pun tak apa,monitor...."

Nasib baik aku suka kau jadi ketua kelas aku. "Boleh lah..." Anna memotong kata-kata Afnan sambil tersenyum.

Afnan tersengih lebar, lega. "Okey, sambung brainstorming. Ada cadangan lain?"
                    ***
"Afnan, aku ada request... pasal murtabak tu..." Anna mengambil tempat di sisi Afnan. Kebetulan deskmate Afnan, Carliff tiada. "Umm...kalau boleh aku tak mau ramai sangat tangan..."

"Okey..." Afnan membalas. "So..."

"Umm..."

"Afnan."

"Kejap ye Hakim, aku tengah bercakap dengan Anna ni..." Afnan mengisyaratkan Hakim supaya tunggu sebentar.

"Ada kena mengena dengan dia jugak ni," kata-kata Hakim membuatkan Anna menoleh. "Disebabkan aku yang mencadangkan kita untuk jual murtabak, aku rasa macam aku patut join dalam team Anna."

Afnan mengangkat kening. Jarang Hakim mau menawar diri untuk aktiviti kelas.Biasanya dia lebih suka mendiamkan diri. Namun kalau diberi sebarang kerja, memang akan dilakukan sebaik mungkin oleh anak muda itu. Dia memandang Anna semula yang kelihatan terpegun dengan kata-kata Hakim. Biasalah, budak perempuan mana yang tak admire Hakim? tafsirnya sendiri. "So, Anna? Macam mana? Boleh Hakim join?"

"Dia seorang je lelaki?"

Uih, ada ura-ura nak mereject aku ni... Hakim berkira-kira di dalam hati. Ei, aku dah korban kan ego aku tau datang tawar diri untuk tolong kau sebab rasa guilty. "Takpe, aku ajak Carliff sekali, okey tak?" Come on lah Anna, tak sedap hati aku kau buat muka macam tu.

Kalau ikutkan hati mau saja Anna membuka gelanggang pertarungan dia dengan Hakim saat itu juga. Sakit hati. "Umm... ikutlah. Aku queen control. Nasib koranglah kalau korang tak tahan," balas gadis itu, dingin, membuatkan Afnan tertanya-tanya. Tadi tengok Hakim macam kagum semacam, ni alih-alih macam tak sudi pulak. Oh, main jual mahal kot. "Aku nak Ju dalam team aku boleh? Lepas tu memandangkan dah ada orang volunteer untuk join team ni, I just need one more person. Boleh aku ambik Tifa?"

"Lima orang je, cukup?" Afnan menulis sesuatu di atas kertasnya.

"More than enough."

Friday, April 10, 2015

The Unspoken I -8-

Megat Johari melangkah masuk ke dalam rumah besar bercat kuning susu dengan rasa berat hati. Sejak akhir-akhir ini dia merasa malas sekali hendak balik ke rumah. Kadang-kadang dia bermalam di hotel sahaja dengan alasan hendak menyudahkan kerja syarikat. Duduk di rumah pun hanya menambahkan sakit hati sahaja.

"Ayah balik dah..." Puteri Noreha menghadiahi Megat Johari sekuntum senyuman manis. Tangan Megat Johari yang masih terpinga-pinga diraih dan dikucup penuh hormat. "Ayah nak apa-apa? Eha buatkan...?"

"Apa Eha buat kat sini?" seakan-akan baru terjaga dari mimpi, Megat Johari terus sahaja menarik puteri sulungnya dalam dakapan. Terkejut betul dia dengan kepulangan anaknya itu. Ni bukan hujung minggu, dan kalau tak silap sekarang ini bukan waktu cuti Puteri Noreha.

"Ayah ni, macam tak suka je Eha balik," Puteri Noreha memuncungkan bibirnya. Dia dan adiknya Puteri NorAina memang manja dengan Megat Johari, sejak kecil lagi. 

"Bukanlah, ayah suka...tapi terkejut ayah tiba-tiba Eha ada kat rumah, sepatah pun tak cakap dengan ayah. Eha balik naik apa tadi?" Megat Johari meletakkan brief case di atas sofa. Ditarik tangan Puteri Noreha agar duduk di sisinya. 

"Kawan Eha hantar..." perlahan sahaja suara gadis berusia 20 tahun itu. 

"Kawan?" Megat Johari tersenyum nakal. Anaknya ini memang lemah sikit kalau bab-bab nak berdalih, lagi-lagi dengan dirinya. "Anak ayah dah besar ye?"

"Apa ayah ni...! Kan Eha kata kawan..." Puteri Noreha mengetap bibir. Wajahnya merona merah. Susah benar nak menyembunyikan sebarang perkara dari Megat Johari, pasti dapat dihidunya.

"Bila nak bawak jumpa ayah?"

"Hm? Apa ayah cakap?"

Megat Johari senyum lagi. Taktik nak mengelak jawab soalan lah tu. Tak apa lah, lain kali boleh tanya lagi. "Hm, Eha tak jawab soalan ayah lagi. Kenapa Eha tiba-tiba balik? Bukan time cuti Eha kan? Ke ayah tersilap?"

Puteri Noreha menggelengkan kepalanya. Mana mungkin ayahnya tersilap. Dia tahu setiap hari Megat Johari akan memeriksa planner untuk memastikan waktu cuti anak-anaknya. "Tak cuti, tapi kebetulan Eha tak ada kelas esok. Eha memang ingat nak stay back kat UKM je, tapi mummy called Eha suruh balik. Eha pun hairan. "

"Mummy suruh Eha balik?" hairan Megat Johari dengan apa yang didengarnya. Seingatnya isterinya itu tidak pernah kisah sama ada anak-anak perempuannya ada atau tidak. Disebabkan itu gadis-gadis itu lebih rapat dengan Megat Johari. "Mummy cakap apa lagi?"

"Entahlah yah. Eha tanya jugak, tapi mummy tak nak jawab..."

"Kalau Eha tak balik, boleh tak mummy?  Eha ingat nak study...."

"Mummy cakap balik, balik je lah. Selalu mummy tak suruh balik, you balik jugak. Bukannya selalu mummy mintak you balik. Susah sangat ke?" tajam kata-kata Puteri Kamariah memotong kata-kata anaknya. Puteri Noreha hilang kata-kata.

".....Okey. Eha jumpa mummy kat rumah malam ni...."
                    ***
"Apa awak cakap ni?" Megat Johari meninggikan suaranya. Bagai tidak percaya akan apa yang baru sahaja dia dengar dari mulut isterinya. Puteri Noreha kaku tidak bergerak. Terasa baru dijatuhkan hukuman maut.

Puteri Kamariah tidak mempedulikan pertanyaan suaminya. Matanya terarah pada Puteri Noreha. "Noreha, dengar kan apa yang mummy cakap?"

"Mummy..."mata Puteri Noreha mula berair. "Eha rayu pada mummy, jangan buat Eha macam ni...jangan buat..."

"Ikut cakap mummy. Ni untuk bahagia hidup you jugak."

"Berilah Eha peluang nak tentukan arah hidup Eha sendiri. Eha dah ikut setiap permintaan mummy. Eha nak ambil medic, mummy suruh tukar business management, Eha ikut...so please mummy... ni hidup Eha..." setitik air mata jatuh ke pipi anak gadis itu.

"Kenapa degil sangat ni? Bukannya susah sangat nak fulfill my request," pandangan diarahkan pada suaminya pula. "Megat, cakap dengan anak you ni sikit."

Terasa sakit hati Megat Johari bila Puteri Kamariah langsung tidak mempamirkan rasa hormat langsung ketika berbicara dengannya. "Yah, dia muda lagi. Tak puas hidup seronok lagi. Kenapa nak paksa-paksa dalam benda ni? Biar lah dia buat keputusan dia sendiri..." dia cuba berlembut.

"I'm not sentencing her to death! You akan hidup senang Noreha, kenapa nak tolak tuah?"

"Macam mana Eha nak kahwin dengan orang yang Eha tak kenal, yang Eha langsung tak suka?!" Puteri Noreha mula membentak. Hilang sifat keanak-anakan dan kepatuhan yang sering dia tonjolkan di hadapan Puteri Kamariah untuk meraih kasih sayang wanita itu. Tiada guna nya lagi dia berlembut dengan ibunya, hanya untuk dipergunakan demi kepentingan perniagaan wanita itu sahaja.

"Dah kahwin nanti kan boleh kenal? Dah, mummy tak mau dengar dah any of your nonsense. Esok mummy bawa you pergi jumpa Dato' Shahid dan keluarga dia. You better behave," Puteri Kamariah bangkit dari sofa. Dipandangnya Megat Johari sekilas. "You memang tak boleh diharap lah Megat. I buat ni untuk anak kita hidup senang jugak. Nanti kalau dibiarkan entah dengan siapa-siapa dia berkawan. Hidup susah."

Megat Johari diam sahaja, malas hendak membalas kata-kata isterinya. Tidak mahu mereka bertengkar di hadapan Puteri Noreha. Apabila Puteri Kamariah sudah menghilang ke tingkat atas, Megat Johari mendekati anaknya yang sudah teresak-esak menangis. 

"Ayah...ayah...tolong Eha ayah...Eha tak mau..."

"Ayah tau..." Megat Johari menggosok-gosok belakang anak gadisnya. "Eha..." sebak hatinya mendengar suara sayu Puteri Noreha. "Kalaulah ayah ada kuasa, memang ayah akan buat segala-galanya dalam kuasa ayah untuk halang benda ni..."

"Ayah... Razif tu...bukan orang baik, yah... dia pernah cuba nak pegang-pegang Eha dengan Aina dulu..." Puteri Noreha membuka cerita. Ketika itu mereka sekeluarga menghadiri majlis di sebuah hotel. Keluarga Dato' Shahid ada sekali. Itulah kali pertama dia bertemu Razif, anak tunggal Dato' Shahid. Ketika dia dan Puteri NorAina sedang berjalan-jalan di taman hotel, mereka menyaksikan anak muda itu tanpa segan silu meneguk beer bersama beberapa orang lagi. Dan belum sempat mereka berdua hendak berpatah balik, Razif terlebih dahulu menarik kedua-duanya dalam pelukan. Terasa hendak muntah dengan bau arak dari badan Razif. Mujur dia mendapat keberanian hendak menampar wajah Razif sekuat hati lalu menarik Puteri NorAina jauh dari situ sebelum Razif sempat hendak berbuat apa-apa lagi.

"Ayah tau, Eha..." Megat Johari mengetap bibir. Dia arif sekali dengan perangai anak tunggal rakan perniagaan isterinya itu. " Eha naik tidur dulu... ayah akan cuba fikirkan cara..."

The Unspoken I -7-

"Lisa!"

Adelissa Shafini menoleh, dan saat itu juga dadanya mula berdebar-debar. Haris! Ish, comel betul dia dengan outfit pengawas sekolah- kemeja lengan panjang biru, seluar hitam, tali leher pengawas yang berwarna kuning tanah dan kasut kulit hitam. Come on lah Lisa, benda yang dia pakai sehari-hari pun nampak comel pada mata kau. Just admit it lah yang Haris pakai apa pun kau nampak elok. Masa solat hajat sebelum PMR dulu, sampai nak sesak nafas kau tengok Haris dengan baju melayu dan kain pelekat.

"Lisa?" Haris menegur apabila gadis itu hanya merenung wajahnya tanpa bersuara.

"Oh sorry, aku termenung pulak. Tu lah, siapa suruh kau jalan lambat sangat?" Rasa gemuruhnya ditutup dengan lawak selamba. Selamba? Tu lawak bodohlah Lisa!

Haris tersengih. Hai...ada-ada aja budak Lisa ni. Kalau dengan dia, mesti tak sah kalau tak ceria hidup lah.

"Ada apa kau cari aku?" Lisa mengerling ke arah anak muda di hadapannya. "Nak belanja aku makan eh? Rehat ada lagi 15 minit ni. Moh le kite ke kantin. Aku siap sedia aje."

"Lisa, Lisa. Aku baru cakap sepatah, kau dah reply berpatah-patah," Haris tertawa. "Tak ada benda sebenarnya. Aku nampak kau, aku tegurlah. Nak ke mana ni?"

Semata-mata sebab nampak aku aje? Hati Lisa mula melonjak-lonjak ingin tahu. "Iye ke ni? Apa yang menarik pada aku hari ni yang membuatkan ko merasa nak tegur?" ujarnya dalam nada mengusik. Dilihatnya Haris sudah mula resah. Terketar-ketar bibir anak muda itu. Apa maksud keresahan awak tu, enche?

"Ke..." Kasihan pula Lisa melihat Haris terkulat-kulat begitu. "...aku ada hutang dengan kau, tapi kau segan nak cakap sebab aku adik Adam?" Sudah-sudah lah tu mengusik Lisa. Entah-entah Haris tak selesa langsung kau buat macam tu. Mungkin dia sekadar tegur kau sebab kau kembar kepada teman sepasukan dia. Cukup-cukuplah memasang angan-angan.

Haris kelihatan tenang semula mendengar kata-kata Lisa. Sebab ni lah aku senang nak hang out dengan budak ni. Kalau pun lawak-lawak selamba dia tu boleh buat aku kelam kabut, end resultnya mesti aku akan rasa selesa jugak. "Tak ada apa lah. Saja je. Lama dah tak nampak kau, dari cuti lagi. Hm...jomlah aku belanja kau kat kantin. Tak tahan aku tengok muka sememeh kau tu."

Bibir Lisa mengorak senyum riang.

Tak tahan aku tengok muka sememeh kau tu. Cute sangat-sangat.
***
"She...really likes him...kan?" Johan menghela nafas. Patutlah keras sangat hati gadis itu untuk diketuk, rupanya sudah terkunci rapat untuk orang lain. Sudah lama dia perhatikan tingkah laku Lisa. Orang lain mungkin akan merasakan Lisa bersikap biasa sahaja di hadapan Haris, lagipun gadis itu memang peramah dengan sesiapa sahaja. Tapi dia...dia yang setiap saat memerhatikan Lisa sekiranya gadis itu ada di hadapan matanya dapat mengesan perubahan ketika Haris ada bersama. 

"Kenapa cakap macam tu pulak?" Adam bertanya kembali. Sengaja dia tidak mendedahkan yang dia juga turut tahu isi hati Lisa.

"Whenever Haris is around...Lisa macam... lain. Senyum dia lebih dari biasa and Haris will get all her attention. Although dia layan juga orang lain pada masa yang sama, tapi perhatian dia ada pada Haris aje."

"You've been observing my girl?" Adam mula terasa panas hati. Dia pantang sedikit kalau mendapat tahu ada lelaki yang asyik memerhatikan adik-adik kembarnya. Tak kisah lah kawan ke lawan ke. Melihat kemesraan Haris dan Lisa tadi pun dia sudah merasa hendak menarik adiknya itu jauh-jauh. Mujur dapat dipujuk hatinya. 

Johan menepuk bahu Adam, perlahan, cuba menenangkan temannya. "Over protective betul kau ni lah. We're teens now. Normal lah tu. Opposite attracts."

"Pi tenung perempuan lain. Adik aku jangan," Adam masih berdegil. 

Johan ketawa sahaja. Terhibur dengan gelagat teman. Namun sedikit terkilan bila merasakan dirinya tidak berpeluang lagi untuk mendekati gadis itu. Lisa menolak permintaannya secara baik, tapi... tanpa dipinta, wajah seorang gadis lagi menjelma dalam fikirannya, dengan raut wajah yang saling tidak tumpah dengan wajah Lisa. Wajah yang tidak pernah tersenyum apabila mata mereka bertemu.

Kenapa ye Anna tak pernah nak berlagak mesra dengan dia? Dia bukannya orang lain, member kembar gadis itu juga. Setiap kali mereka bertemu muka, dapat dirasakan ada perasaan negatif yang dikeluarkan oleh Anna, macam gadis tu sangat tidak suka akan kehadirannya.

"Does Anna... hate me?" tanpa sedar soalan itu meluncur keluar dari mulut Johan. Adam merenung temannya, tajam. Johan ni nak buat musuh dengan aku ke? Tadi Lisa, sekarang Anna pulak? Johan menyedari pandangan maut Adam, lantas mengangkat kedua-dua belah tangannya. "Hei, Adam, relaks... aku tanya bukan sebab apa pun. Sebab masa kat kampung kau hari tu, dia pandang aku macam aku ni musuh negara nombor satu. Aku tanya, dia jawab sepatah aje. Pandang pun macam nak tak nak aje. "

"Oh..." Adam terdiam sebentar. "Sama kes dengan aku sekarang ni lah. Dia rasa tak seronok aku punya attention ada pada kau aje time kat kampung hari tu. She felt left out by me. Salah aku sebenarnya. And dia jenis yang biasanya tak beritau orang sangat apa yang dia rasa through words, unless being provoked. Hakim yang hebat dalam bab tu. Aku memang tak reti sangat. Banyak based on twin instinct je aku ni."

"Dengan Hakim kau tak terasa nak jadi over protective sangat dengan Anna?"

"He's our childhood friend. Nak lagi tepat, Anna punya childhood friend. Hakim spent masa dengan Anna lagi banyak daripada aku. No other choice but to trust him," Adam mengangkat bahu. Dia tidak nafikan pernah satu masa dahulu dia sangat-sangat tidak suka pada Hakim kerana keakraban lelaki itu dengan Anna. Dia rasa jauh hati kerana ada perkara tentang Anna diketahui Hakim, namun dia langsung tidak tahu menahu. Kerana Hakim dengan selambanya membuat perkara yang dia rasakan hanya hak dia sebagai abang sahaja yang layak melakukannya. Hampir-hampir bertumbuk dengan Hakim apabila melihat Hakim menarik rambut Anna ketika berumur 12 tahun. "I fought a lot with him masa kecik dulu. I hated him. Rasa macam hak aku diambil dia je," Adam tertawa kecil. "Tapi, makin besar...makin aku dapat terima..." 

"Something you're not telling me?" Johan dapat mengesan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Adam. Suara temannya itu tiba-tiba berubah nada. Adam sengih. 

"Not yet. Lain kali aku cerita lah."

Sunday, April 5, 2015

The Unspoken I - 6 -

"Apa aktiviti kau dengan Hakim cuti itu hari?"

"Ju, rendahkanlah sikit suara tu. Kau nak semua orang dengar ke?" Anna mencuit lengan si teman.

Juliet menekup mulutnya. "Yikes, sorry. Kau tau lah, aku ni kan naik excited sikit bila masuk bab kau dengan boy next door tu," gadis kacukan itu tersengih. "But still...I can't understand kenapa kau dengan dia nak sembunyi-sembunyi pasal relationship korang. Bukannya ada apa-apa pun kan?"

"Dah berbuih mulut aku beritau kau makcik, nape tak buleh nak compute dalam kepala tu?" Anna menjegilkan mata. Cadar katil ditarik-tarik sedikit supaya lebih kemas. Senang lagi kalau kitorang ada apa-apa, at least aku hidup tenang aje. Tapi sebab kitorang tak ada apa-apalah yang buat the whole thing become irritating. Aku dah serik lah Ju jadi post girl tak bergaji. Masa sekolah rendah dulu, hari-hari aku kena sampaikan salam dari budak-budak perempuan lain tau. Lagi-lagi kakak-kakak senior, sibuk je nak jadikan Hakim tu adik angkat. Tambah lagi aku kena berdepan dengan kutukan-kutukan budak yang obses dengan dia. And aku naik boring dah ditanya 'awak dengan Hakim ada special relationship ke? Kenapa nampak korang berdua ni baik sangat?' Duh, macam lah satu jenis relationship je yang boleh ada antara lelaki dengan perempuan."

Juliet tergelak. Dia sendiri tahu tentang Anna dan Hakim pun secara tidak sengaja ketika mereka berada dalam tingkatan 2. Waktu itu, mereka berdua belum rapat lagi walapun berada dalam kelas yang sama.
***
Juliet berhenti menghirup air daripada water cooler apabila terdengar suara orang bercakap-cakap dari belakang bangunan kelas yang menghadap ke arah blok bengkel Kemahiran Hidup. Hairan ada, seram pun ada juga. Mana taknya, water cooler itu terletak di hujung bangunan, antara kelas 2 Berlian dan tandas lelaki. Dah la malam-malam macam ni pulak. Dalam kepala Juliet mula terbayang-bayang cerita-cerita hantu sekolah yang sering mereka bualkan dalam dorm. Lantas dia mengambil keputusan untuk beredar pulang ke kelas. Tak sanggup nak berlama-lama di situ.

"Eh...ada orang..."

Langkah Juliet terhenti apabila mendengar suara dari belakangnya. Hantu bercakap? Namun sebelum sempat rasa takut mengambil alih pemikirannya, kepalanya sudah terlebih dahulu berpaling. Matanya bertemu pandang dengan dua pasang mata yang dikenalinya. 

"Bodoh, yang kau pi bukak mulut buat apa?!" si gadis menyiku keras anak muda di sisinya. "Tak pasal-pasal kantoi macam ni."

"Mana aku nak tau la mangkuk! Dah terkeluar suara baru aku tersedar."

"Hopeless."

"Shut up."

Terpegun seketika Juliet mendengar perbualan mereka. Antara Shafirul Hakim yang kurang bergaul dengan perempuan dan Adreanna Soffea, yang biasanya lebih suka membawa hal sendiri. 

"Korang...buat apa kat belakang tu?" Rasa curiga mula menyelinap dalam diri Juliet. Lelaki dan perempuan. Tempat sunyi. Gelap.

"Eh perempuan, kena ke...?" Hakim memandang Anna yang sedang terkebil-kebil memandang Juliet. "Biar je lah..."

"Juliet kan?" Anna tidak mempedulikan permintaan Hakim. "I really need you to keep this a secret..."

"Why should I?" Juliet memotong, geram. Gila ke hape diorang ni? "Korang berdua kat belakang tu buat apa benda pun aku tak tau. Berdua! Apa, ingat sekolah ni nenek moyang korang punya ke yang korang boleh buat sesuka hati macam ni? Ni nasib baik aku yang jumpa, kalau warden yang jumpa tadi macam mana?" Terasa dia mahu menjerit ketika tu. Kot iye pun nak dating, pi lah cari tempat cerah-cerah, ramai orang sikit. Ni kalau kena cekup, bukan diorang je yang kene fire, mau satu sekolah kena stay back masa perhimpunan Isnin nanti tau. Dengan korang-korang sekali cikgu sandingkan kat depan. 

Sekelip mata Hakim sudah berada di hadapan Juliet. "Kau ingat kitorang buat apa, ha?! Merendek tak tentu pasal? Buat kerja tak senonoh kat belakang tu?"

"Dah tu? Apa lagi yang patut aku fikir?"

"Betul jugak cakap dia Hakim. Oi, cuba kau jauhkan diri sikit daripada dia. Sampai tersandar budak tu kau asak dia," Anna menarik lengan baju melayu Hakim. "Aku faham kalau kau fikir macam tu, Juliet, tapi... just percaya yang kitorang tak buat benda yang kau fikir tu. Dating pun jauh sekali. Hakim just nak hulur ubat demam kat aku. Tu je. Lepas tu, kitorang bukan berdua je."

"Wah, terasa macam dalam filem lah pulak. Coming to the rescue dalam critical moments." Muncul seorang wanita dalam awal 30-an dari tempat yang sama Anna dan Hakim muncul tadi. Dengan senyuman ke arah Juliet. "Saya ada sekali dengan mereka tadi."

"Cikgu Maryam??!" Juliet ternganga. Apa pesen dating bawak cikgu nih? Maryam senyum sahaja.

"Budak-budak," wanita itu memandang ke arah Hakim dan Anna. "Kak Yam rasa kena tambah seorang lagi lah dalam secret society kita..."
***
"That was funny," Juliet tersengih.

"Was not," Anna mencebik. Dia menarik beg ke hadapan locker yang sudah sedia terbuka pintunya. Satu persatu bajunya dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam almari. T-shirt di atas susunan t-shirt, seluar di atas susunan seluar. Dia tak boleh kalau barangnya bercampur-campur jenis, menyerabutkan kepala sahaja. "Bukannya senang nak menerangkan pada orang tau. Kau pun ambil masa berapa lama nak terima yang aku dengan Hakim memang sejujurnya, strictly friends. Lepas tu dengan Hakim yang degil tu, berapa lama baru dia boleh berlagak macam biasa depan aku bila kau ada."

"Mana taknya, makcik. In case you don't realize it kan, that guy is exceptionally good looking. And he seems unreachable. Adding to his saham dua combination tu. But then, there you are, bergelak ketawa dengan dia like you don't care. Aku rasa ada defect lah dengan kau ni, Anna," Juliet membeliakkan mata. "Cikgu Maryam tu lain lah. Dia sekampung dengan korang and for sure dia tak ada perasaan bukan-bukan dengan budak bawah umur."

"Ju, how many times kita dah bercakap pasal hal ni?"

"Remind me the next time we talk about this."